my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Anugerah Tokoh Kokurikulum

Assalammualaikum, pagi Jumaat menjelma lagi. 
Fenomena hujan ribut ditempat kakpb ni, jemur baju tak kering2. Dah rasa macam musim tengkujuh di Kelantan pula. Khabarnya ada setengah tempat pendalaman Sabah yang dah banjir. Ada juga tak pendalaman pun banjir. Sekarang ni hidup di kawasan bandar besar pun boleh alami banjir, macam mana tu? Apa tah lagi dikawasan kakpb ni yang perparitannya manjang tersumbat.

Hari ni Jumaat, so kalau free, bolehlah baca surah alkahfi kan....
Entry kali ni pasal anak je nak ceritanya. Semalam sibujang tu dapat anugerah Tokoh Kokurikulum untuk tahun 2014 disekolah dia. Tahniah dan alhamdulillah.....

Gambar dikongsi sekadar kenangan, bukan untuk bangga diri. Setakat baru lepas upsr, apalah sangat kan? Tapi ibu dan ayahnya tetap bangga. Bukan sekadar mengumpul anugerah piala dan sijil saja dalam hidup ini. Apa yang penting mendidik anak kita supaya menjadi anak yang soleh, sempurna ilmu dunia dan akhirat. Kalau sijil tebal menimbun perangai macam setan, apalah maknanya kan?



Baru2 ni anak dan ayahnya sibuk mengisi borang sekolah berasrama penuh. Harap2 keputusan upsr akan cemerlang. Pilihan pertama bersekolah di sekitar Sabah, kedua Labuan dan ketiga di Putrajaya (kalau tak silap)
Anak bujang mengadu ibu.....ayah nak hantar Aziz bersekolah di semenanjung ibu.
Ibu rasa 'tersentap' seketika...
Betul ke??
Alah...itu pilihan ketiga, kata ayah.

Dalam fikiran ibu,,,,,baik Labuan, jauh sikit pun takpe asalkan tak perlu naik kapalterbang nak jumpa anak setiap bulan....hehe...perancangan je ni.

5 ulasan:

  1. Tahniah Aziz atas kecemerlangan...teruskan berjuang di medan ilmu...

    Tahniah juga buat Zana suami isteri atas didikan yang diberi. :)

    BalasPadam
  2. tahniah aziz.. :)

    BalasPadam
  3. tahniah untuk zana dan anak....moga anaknya terus cemerlang dimasa depan

    BalasPadam
  4. Tahniah atas kecemerlangan anak sis. Saya yang baca pun tumpang bangga! Dulu masa zaman sekolah selalu doa nak banggakan dan bahagiakan kedua ibu bapa. Alhamdulillah, berbakat besar tu kalau dah sampai diberi anugerah sebegitu.

    http://imnah03.blogspot.com/
    https://www.facebook.com/hasanah.ahmad.3

    BalasPadam
  5. Tahniah, Aziz
    Alhamdulillah, Aziz bakal mengharumkan nama negara satu hari nanti kak, InsyaAllah.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)