my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kuih Kaswi resipi mak

Orang kata kakpb pandai masak, itu boleh ini boleh. Kadang rasa macam superwoman pun ada juga. Iyelah.....kalau surirumah ni kena serbi serbi boleh. 
Masak memasak memang wajib tau dan mahir. Kena tau macam mana lipat kain, susun dalam almari cantik2. Kena pandai kemas rumah, luar dan dalam baru nampak segar mata encik suami. Kena tau berbelanja, bukan boros menghabiskan duit dengan perkara tak berfaedah.
Kalau pandai memandu, lagi bagus. Terutama jika terdesak, encik suami tiada dirumah, out station ke......kitalah jadi driver.

Tapi superwoman pun ada kekurangannya tau. Kakpb tak pandai belanja dipasar ikan. Semuanya cikgu fahmi yang pilih, tawar menawar lagi kakpb tak pandai. Bila dipasar kakpb hanya jadi pemerhati. Kalau dia tanya nak beli? kakpb hanya angguk dan geleng je. Selebihnya dia yang uruskan.
Kakpb juga tak pandai buat kuih yang jenis kukus seperti talam ubi, serimuka, kaswi dan seumpamanya. Selalu buat tak jadi. Bila teringin makan, kakpb beli je. Masalahnya, tak memuaskan hati. Keras, tawar.....sakit hati betul.

Kuih kaswi adalah favourite kakpb. Kalau balik kl mesti cari. Baru2 ni call kakak, tanya resipi dia buat kaswi sebab dia buat memang sedap. Rupanya resipi yang biasa dia guna adalah daripada emak juga. Dulu mak kakpb ambil tender kantin Felda di Perak. Masa tu kakpb sekolah lagi. Kakak la yang rajin membantu dia buat kuih. Ingat lagi, mak selalu buat pastri currypuff sendiri. Sekarang ni ada jual jenama Kawan. Kita orang dulu semua mak yang buat. Ingat balik kl nak minta resipi dari kakak.

Kaswi ni kakpb buat semalam. Resipi mak buat agak banyak, jadi kakpb buat separuh je..... kalau nak cuba pandai-pandailah adjust ye.



KASWI (resipi mak)
@blogsurirumah

3 cawan tepung gandum
1 setengah cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
2 sudu kecil kapur makan
Gula melaka (kakpb guna 2 keping untuk 1/2 adunan)

Masak gula melaka dan gula pasir hingga larut, sejukkan. (gula pasir separuh je)
Bancuh tepung gandum, kapur dan tepung ubi dengan air sejuk/biasa hingga sebati.
Sukatan air untuk setengah adunan kakpb buat dalam satu cawan atau lebihkan lagi bagus sebab dapat kaswi yang lembut dan kenyal..
Tapis adunan atau nak senang blend baru tapis.
Biarkan adunan terperap selama setengah jam.
Sapu sedikit minyak pada loyang.
Panaskan kukusan, masukkan adunan dalam loyang dan kukus hingga masak.
Sejukkan barulah di potong. Gaul dengan kelapa putih yang diletak garam sedikit.

Rasanya lebih sedap daripada beli diluar sekalipun tak sesedap jika dibandingkan dengan mereka yang dah expert. Alhamdulillah, dah menjadi kawi ku, licin seloyang.

8 ulasan:

  1. Kena kuih kaswi yang lembut,manis dan bergegar-gegar tu...,boleh bergegar tekak dibuatnya.
    Sedap.

    BalasPadam
  2. Saya antara wanita yang banyak boleh buat tapi banyak juga perkara tak boleh buat ha hahaha... kurang sempurnalah tu. Mak kita pun dulu rajin buat kaswi untuk sarapan pagi, suka sangat rasanya yang lemak manis dan kelapanya yang rasa masin sikit bubuh garam!

    BalasPadam
  3. Memang kena dengan sarapan pagi bila ada kuih kaswi yang sedap ni. Nak kena cuba juga..

    BalasPadam
  4. Sy mg cri resipi kuih kaswi ni kak! Sedapnya. Pnh bt tp benyek. Sobs!

    BalasPadam
  5. ni pun kuih feveret saya kak...saya paling suka buat iku resepi mak saya..memang lembut dan sedap...

    BalasPadam
  6. assalam
    sama kita kak wat kuih kaswi he hee tp sy versi pandan
    sedappp kuih ni

    BalasPadam
  7. Assaalam kak pb,
    kuih kaswi favourite hubby kita...
    marilah nak rasa...kalau dekat memang kita hangkut bawa lari..hehe

    BalasPadam
  8. Emm...sedap nya meleleh air liur...
    Jemput singgah www.ainbeautifulhouse.blogspot.com

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)