my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Alhamdulillah..hari lahir ku

15hb October 2014......hari lahir ku yang ke..... (biarlah rahsia) yang dah tau tu, dendiam boleh? hehe...

Alhamdulillah masih bernyawa lagi dan bergembira dalam menyambut hari lahir tahun ni. Mudah2an Allah berikan kesihatan yang baik, boleh beribadat, menguruskan segala tanggungjawab didunia ni.

Terima kasih tak terhingga doa2 dari sahabat di facebook, whatsapp. Hingga ada yang update kat blog. Terhutang budi pula pada Reena kerana sudi highlight nama kami berdua. Kakpb share birthday, bukan kembar ek....dengan sahabat blogger Papablogger/Azmi/ameng/keluangman...hehe..

Bangun pagi semalam, 4.30 pagi...ahh..dah lewat nak tahajud, sementara masuk bilik air, buang itu ini, mandi....subuh pun sampai. Lepas mandi (dua orang tu bangun juga wish happy bday) terus capai telekong nak solat. Masa tu kaup sekali dgn sejadah, tak rasa apa pun.

Bila buka je.....nah...terkezut beruk...(beruk kalau terkejut melompat kot...hehe...kakpb tak melompat) menitis air mata ni, dek terharu sangat. Mungkin sebelum ni ada tersalah sangka dengan cikgu fahmi, tapi tidaklah fikir yang bukan2. Tahun lepas dapat warna merah, tahun ni pun merah juga. Ada sikit2 pink....hehe...terima kasih encik suami tercinta mati ku...

Susah payah awak sorok takut saya jumpa ek? Patut la anaknda tanya, birthday ibu nanti nak hadiah apa? Ibu tak terjawab pun, takde hadiah tak apa. Doakan ibu sihat, boleh masak dan uruskan rumahtangga, boleh beribadat.....dah cukuplah tu.  Rupanya dia berdua pergi senyap2 cari barang tu...

Oklah....jumpa lagi nanti dengan kisah apa, belum ada idea.
Oh  ye...selamat menjalani peperiksaan untuk mereka yang bersekolah agama. Seminggu ni anak kakpb exam SRU. Ada senang ada susah katanya. Nasiblah....


15 ulasan:

  1. selamat hari lahir kak pb..semoga diberikan kesihatan yang baik dan akak dibawah perlindungan Allah..amin

    BalasPadam
  2. Happy bday kak! Bestnya dpt bday present dr suami. Sukaaa!

    BalasPadam
  3. selamat hari lahir kakpb. Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki hendaknya.

    BalasPadam
  4. Selamat hari lahir kakzana....moga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sihat selalu :)

    BalasPadam
  5. Happy belated birthday kak PB... he hehe surprise ye... seronoknya!

    BalasPadam
  6. happy belated birthday .. maaf lambat sikit ucap.

    BalasPadam
  7. Selamat hari lahir yea
    moga dimurahkan rezeki dalam keberkatan -Nya :)

    BalasPadam
  8. Happy belated bezday kak PB...Semoga sentiasa didalam rahmat Allah...

    BalasPadam
  9. happy belated birthday zana.. smga dlm sentiasa rahmat Allah.. amin

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..Happy belated birthday moga2 segala impian tercapai!

    BalasPadam
  11. assalamualaikum zana...hepi besday yer..:)

    BalasPadam
  12. ada tak gambar masa terkejut berok tu..? nak tengok?

    hehe

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)