“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)
Gastrik...
Tadi masa makan malam, aku dengar Aziz bisik kat ayah dia, "ayah nak tau pasal apa ibu sakit? sebab ibu asyik buat kerja je, asyik kat dapur je........lepas tu tak nampak pun ibu makan tengahari......tu la.....keje sampai tak ingat nak makan...". Ayahnya pulak menambah, "ibu gastrik la tu, penyakit lama dah datang..."
Aku rasa memang betul apa yang dia orang cakap. Tengahari aku jarang makan sebab tak rasa lapar. Lepas tu aku minum pulak lactose tu dengan perut yg kosong. Dah cara minumnya macam tu, 4 jam sebelum atau selepas makan, aku ikut je. Atau perut ku alahan dengan lactose tu agaknya. Adui.....sampaikan tak larat nak masak tengahari semalam. Bila berdiri lama je, sakit......terpaksa la baring dari siang hingga malam......naik bosan pulak.
Esok, kalau tak baik lagi.........kena pergi klinik ni...tak sanggup nak menanggung sepanjang masa.
Kad Persahabatan, hujan pula...
Tak jadi piknik..
Entry yang lepas, aku ada cerita nak pergi piknik pd hari sabtu lepas, hampeh!! Sebenarnya aku dan suami tak sependapat bila sepatutnya keluar piknik. Aku lebih suka pergi belah pagi tapi suami lebih suka waktu petang. Sudahnya, petang tu hujan lebat pulak.........dengan ribut petirnya........alamat berpiknik kat rumah je la kami......tu lah, org cakap pergi pagi, taknak dengar. Tapi ok gak hujan, dah lama tak hujan di KK ni. Rasanya dimana2 pun sekarang ramai yg mengeluh tak hujan. Jadi, syukur alhamdulillah hujan turun hari tu walaupun plan nak bersuka ria tergendala. Nikmat Allah kena terima dan redha.
Hari-hari nak.....
Panas!!!
Kesian juga bila memikirkan pelakun berbakat besar ini. Dulu2 tak pernah pun ada cerita2 yg tidak elok tentang dia di akhbar atau mana2 majalah. Tambahan pula dia seorang ibu tunggal yg mempunyai anak dewasa. Bagaimana agaknya anak dan saudara mara menangani masalah ini? Mungkin dia boleh pekakkan telinga, butakan mata. Buat tak tau, lama2 orang akan senyap dan lupa.............tapi aku ada baca komen seorang guru dari Johor dan aku setuju apa yg di perkatakannya....
Azizah Mahzan perlu di kaunseling?
Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam dan sentiasa mengikuti perkembangan artis Malaysia, saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang Azizah Mahzan yang telah ditemubual oleh Pancaindera pada 15 Februari yang lepas.
Saya amat terkejut apabila membaca kenyataannya. Padanya seksi itu okey sebab tidak bertelanjang. Tidakkah dia tahu bahawa seksi yang dilakukan itu mendedahkan aurat. Dia juga menyatakan seksi itu bergantung pada bentuk tubuh badan. Bagi artis yang pendek akal dan dah terlalu moden itu ungkapan yang selalu digunakan tetapi 1,000 kali lebih bagus orang yang memakai jubah dan bertudung sebab dia menutup aurat yang patut ditutup berbanding dengan dia yang dah lupa aurat mana yang wajib ditutup.
Kenyataan Azizah Mahzan seolah-olah membenarkan seksi kalangan wanita. Saya takut kenyataan sebegini akan mempengaruhi pemikiran orang muda kita yang sentiasa menjadikan artis sebagai idola mereka.
Sebagai seorang guru saya mencadangkan agar artis sebegini wajar diberi kaunseling berhubung dengan agama supaya dia sedar bahawa rezeki yang Allah bagi atas sebab keseksian dia tidak akan kekal lama.
Terima kasih.
Guru prihatin, Muar, Johor
aku..............betul...betul...betul...(bak kata upin dan ipin)
BOSANNNNN!!!!!!
Suami kata, esok kita piknik la....bawa makanan yg simple2, bentang tikar....tp kat mana ye? mana lagi pantai yg dekat kalau area KK ni...kalo tak Tanjung Aru, Tanjung Lipat la....
Mungkin bosan sebab aku takde kawan nak sembang hari2. Aku pulak jenis yg tak suka bergayut di telephone, bertandang rumah orang. Tu pasal aku selalu ikut suami hantar anak pergi sekolah tiap2 pagi. Kalau tak ikut pagi tu, memang tak kemana la aku ni sampai hari sabtu.
Cuma kurang sikit bosan kalau dapat ym dengan orang yang baru dikenali. Walaupun jauh, rasa macam dah kenal lama je......bukan selalu, seminggu sekali pun belum tentu. Kekadang celcom 3G ni buat hal, menambahkan bosan je......
Apa nak masak esok ek? laksa penang.....malas nak bawa mangkuk bagai...hari tu baru makan, takkan nak buat lagi. Sandwich kot....atau cucur udang (udang takde plak..)
Esok la fikir..........
santapan rohani
(Surah al-Hujurat:12)
Selamat panjang umur Ayah!!
first time buat choc fudge, ikut dlm buku. tak cantik sb berketul2 sikit..
haaa.....ni la rupanya...coklate moist cake. sebenarnya gula kaster takde, aku bedal gula icing, tu yg jd gitu, lembik je......cepat2 aku masukkan dlm peti....
Tiada hadiah istimewa untuk birthday 'ayah' tahun ni.........hanya sebiji kek yg dapat ibu hidangkan. Maafkan ibu........tahun ni kita celebrate sederhana saje. Dulu2 pun macam ni jugak kan? Tapi dulu ada juga ibu belikan dompet, beg, minyak wangi dan lain2. Harap ayah happy ye..........dah la kita jauh dari famili, hanya talipon sebagai penghubung setiap minggu. Walau kita jauh, sebenarnya kita dekat di hati mereka. Ibu harap semua keluarga mendoakan kebahagiaan kita disini...........amin......
Kek tempohari dibuat mengikut resepi 'maklang'. Terima kasih la maklang oii........sedap kek tu....hehe...puji diri sendiri nih!! ni kakzana tepek resepinya....
MOIST CHOC. CAKE
BHN A - di ayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate
4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih
Cara
Pukul gula + telur = kembang (high speed)
Masukkan susu pekat }Masukkan minyak }low speed
Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
Bakar 40-45’
senang je kan? tiga empat hari tak abis makan, punyalah besar.......
Tengok wayang....GENG!!
Show pukul 12.30 tengahari, ada masa ronda2 dulu. Kebetulan ada pamiran di sana oleh jabatan pendidikan, maka penuh la dengan budak2 sekolah dan pelajar2 u. Sambil lepak, pekena oreo aiskrim dan chocolate shake di mcDonald. Mana la nak kurus.............sejak pindah sini rasanya badan ku dan suami, makin menjadi2 tembamnya. Ye la.....exercise kurang.........
Kami duduk sederet dengan student2, aku rasa. Suami dan aku senyap sunyi tidak bersembang. Akhirnya kami tidur dan Aziz sorang melayan cerita. Tapi bila aku dengar orang gelak2, aku cuba juga menghayati cerita Geng ni. Best jugak.........terutama bila mereka sesat dalam hutan dan berkenalan dengan seekor Opet. Watak setiap orang hidup.......hingga tak sedar cerita dah nak habis. Saat penghujung cerita aku rasa sedih dan menitis juga airmata dalam gelap2 tu. Sedihnya bila si Opet nak berpisah dengan Rajoo, Upin dan Ipin. Walaupun hanya animasi, hati tersentuh dengan dialog mereka yang tidak kaku.
Boleh dikatakan aku bangga di Malaysia ni ada filem seperti ini. Nak terangkan lebih2, aku bukan pandai sangat komen pasal filem. Lebih baik siapa yang ada masa terluang tu, pergi tengok sendiri. Bawa anak2, adik beradik, kawan2 pun ok juga. Sesuai untuk release tension bagi mereka yang inginkan hiburan ringan.
Mahalnya!!!
Di mana mereka?
Kemana agaknya Umi, atau merajuk dengan kawan2? Masihkah umi simpan pemberian aku dulu? Walaupun kecil aje souvenir tu, ia sebagai tanda persahabatan kami. Harap satu hari nanti umi akan cuba menghubungi ku.
Agar-agar lapis drp Rozzan's resepi
Bahan A
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir
870 ml air2-3 helai daun pandan (simpul)
Bahan B
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula pasir
870 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)- saya gunakan 400ml santan KARA + 470 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..
1 sudu teh garam
Bahan C
Loyang berukuran 8"x 8"x 3"
sedikit pewarna cokelat (optional)
Cara-Cara
1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.
2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar2 santan (Bahan B). Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga.
3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan.
4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
terima kasih pd en Rozzan atas resepi ni, walaupun keras sikit agar2 tu, rasanya sedap.
letak dlm peti ais dulu, makan masa sejuk.......emm......lazat.....
sepetang di tg aru
Cuaca hari ni nak kata panas sangat, tak jugak tapi ok sikit drp semalam. Baju dah 2 hari tak kering. Dah la tempat jemuran tu seciput je ruangnya..........terpaksalah aku menyusun jadual jemur kain drp malam sidai hingga ke esok petang baru di angkat.
Petang ni, suami kesian kot tengok aku masak dari pagi (nasi lemak buat sendiri, nak makan kat luar.....tak menepati citarasa...) jadi dia bawa aku dan anak bersiar2 di pantai sambil makan kacang rebus dan jagung rebus.
Walaupun cuaca mendung dan ada rintik2 hujan, masih ada yang mandi laut.
Aziz leka memerhati anak2 ketam yg bertaburan di pantai. Dia 'geram' je tengok pasir tu, nak bina istana pasir.......
Kacang rebus dan jagung, hidangan di tepi pantai. Sekali sekala lepak disini best jugak. Dah ini je tempat yg ada untuk meredakan ketegangan dlm otak ni......cukup la bagi org macam kami yg tak mampu nak ke luar negeri........
Lempeng mini
Sebenarnya sesuai untuk anak2 tapi kalau anak tak makan, maknya yg 'bedal' (utk mengelak pembaziran)
Resepi drp majalah Rasa...
bahan-bahan:
315 gm tepung gandum
15 gm serbuk penaik
sedikit garam
500 mml susu UHT
2 biji telur
65 gm mentega - di cairkan
30 gm gula kastor
Cara memasak:
1. Ayak bersama tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian campurkan bersama gula. Gaul mesra.
2. Tuangkan susu dan gaul sebati.
3. Masukkan telur satu persatu, kemudian masuk mentega, kacau sebati.
4. Panaskan kuali tidak melekat dan tuangkan satu senduk adunan.
5. Bila permukaan kelihatan berbuih2, terbalikkan dan masak sehingga kekuningan.
rasanya sape yg ada anak dara umur 9 atau 10 thn pun boleh buat lempeng ni......makan dgn madu atau syrup..
untuk sedara di semenanjung
Gambar ni di ambil pada minggu pertama persekolahan. Masa tu Aziz baru nak daftar sekolah. Nampak serombongan bebudak ni sedang menjalani program transisi tahun satu. Kesian Aziz, tak dapat join sama...........
Roti canai
Entah kenapa hari jumaat malam tempohari, teringin pula mencuba buat roti canai sendiri. Sebenarnya lebih senang beli kat restoran mamak tu. Tapi saje je cari masaalah sendiri.
Mimpi jadi kenyataan....
Tadi siang, aku pulak berebut2 ke One Borneo. Pukul 11 pagi dah terpacak kat sana. Apa pun aku tak bawa untuk 'si comel' Riz. Dalam hati ku dapat tangkap gambar pun jadi la........
Masa kami berlegar2 di depan stage tu, orang tak ramai lagi tapi kat tempat duduk mereka2 yg audition tu memang penuh. Ada juga yg berbaris panjang, ada yg sedang tulis borang.......macam2 rupalah ada situ......mata ku hanya mencari Riz, tapi hampa........
Sebenarnya aku ni tak tau program astro, main redah je.........rupanya bebudak af ni nyanyi dlm pukul 1 ptg.
Hemm.......nampaknya kena isi perut dulu le.......sebelum tu kami shopping kat Giant. Beli sterika utk adik ipar, beli barang dapur, buah2an dan serba sedikit yg dah habis kat rumah. Lepas shopping tu, lalu lagi depan stage, masih takde apa2. Bosan menunggu, kami pergi mengisi perut kat mc donald. Lepak2, sembang2 dengan suami dan anak, tak sedar dah pukul 1 lebih. Bergegas ke stage, tengok2 Riz tengah nyanyi dgn Nadia. Alamak........tak sempat nak snap gambar dekat2 sebab orang dah ramai. Aku pesan kat suami, tolong ambik gambar Riz sebab aku nak pergi beli donut big apple.
Lepas beli tu, ingat nak tulis nota sikit utk Riz. Alaa.....pen takde pulak!! Ahh...redah je la. Balik kat tempat suami tunggu tu, dia terus ajak ke tepi stage. Aku tertanya2 jugak, laki aku ni ada kenal org astro ke? Dia cakap kat salah sorang krew nak jumpa Riz sebab nak bagi barang. Nasib baik mood brader tu ok. Dia pergi panggil Riz. Aku ni berdebar2 jugak, maklum la, selama ni 'memuja' di luar je........
Riz keluar dengan wajah sedikit terkejut. Mungkin tak sangka, tetiba ada orang nak jumpa. Kami bersalaman dan aku jelaskan ini 'Riezzana' dari fan club dia. Dia angguk2 dan mungkin dia ingat (harap2 dia ingat) Big apple pun bertukar tangan. "Susah2 je beli....." kata Riz dengan senyuman sentiasa di bibir. Kami berfoto sambil di perhati oleh orang di sekeliling. Sebelum pulang aku hulur juga big apple utk Nadia. Tak sempat nak tunggu dia orang nyanyi solo. Dapat jumpa ni pun dah syukur.