Ini kisah benar.....
Seorang budak lelaki berumur 10 tahun di suruh gurunya masuk pertandingan menari, sebelum ni dia tak pernah menari. Cuma biasa naik pentas ambil piala, berlakon zaman tadika.
Dia tak berminat tapi cikgu dah pilih, dia terima tanpa bantahan. Setiap hari ada latihan menari dari pagi hingga petang.
Satu hari ada seorang guru pelatih yang di jemput datang mengajar, seorang lelaki lembut.
Mungkin kerana ramai yang belum pernah menari, agak sukar cikgu tu melatih.....penat campur nak marah.
"eh....keling....bla...bla...bla.." tapi yang di panggil keling buat tak tau je.
"kenapa kamu buat tak tau masa saya panggil tadi" tanya cikgu tu.
"oh...cikgu panggil saya ke? tapi nama saya Aziz, dah banyak kali saya cakap nama saya Aziz, bukan 'keling'" jawab murid tu.
Cikgu tergamam......tak terkata apa pun. Mungkin rasa di sindir atau malu.
Esoknya, berlatih lagi dan cikgu terpanggil keling juga tapi......eh...sori...sori..katanya.
Nampaknya tektik Aziz Iskandar menjadi.
Walaupun orang selalu buli dia dengan panggilan najis, keling, hitam...ntah apa2 lagi....ibu bangga sebab anak ibu dapat mengatasi masalah dengan sendiri tanpa keluar airmata.
Perhatian pada mereka yang di luar sana, bagi saya perkataan 'keling' bukan satu penghinaan tetapi sebagai kanak-kanak yang masih belum sepenuhnya mengenali permainan dunia, gurau itu amat memalukan dia. Sebagai ibubapa kamilah tempat dia mengadu dan kamilah pemberi semangat dan kata nasihat agar dia tidak menyimpan dendam kepada mereka diluar sana. Janganlah sampai anak-anak ini tidak boleh dikawal kemarahannya dan mengambil tindakan yang bukan-bukan satu hari nanti.
Sambil tu, apa kata kita baca cerita yang kak pb copy paste di sini....saja-saja baca sambil berfikir...
Cuit: Alkisah India di India dan India di Malaysia
Oleh Zaini Hassan, Utusan Malaysia
(yang berada di kota raya Hyderabad, India dari 29 November-4 Disember menghadiri Forum Editor-Editor Sedunia)
BERADA
 di kota raya tua India, Hyderabad selama seminggu minggu lalu amat 
memberi kesedaran kepada diri ini. Setiap inci persegi tanah di 
kota-kotanya dihuni oleh ratusan insan. Setiap kilometer persegi dihuni 
oleh ratusan ribu insan dan setiap bandar raya di negara keramat itu 
dihuni oleh jutaan manusia. Dan India ialah tanah bagi 1.2 bilion umat 
manusia. Angkanya bertambah setiap saat.
Berada
 di India bererti kita berada dalam satu realiti kemanusiaan yang 
sebenar. India ialah tanah bagi manusia ramai. Jurang hidupnya adalah 
antara langit dan bumi. Yang papa terlalu papa, yang kaya terlalu kaya. 
Yang kaya, tidak pandang ke bawah, yang bawah tetap di bawah.
Kasta,
 darjat atau keturunan masih diamalkan secara tebal di seluruh India. Ia
 semacam satu agama. Kasta atas tidak boleh bersatu kasta rendah.
Jalan
 rayanya haru-biru. Suasananya hiruk-pikuk. Bas, lori, kereta, basikal, 
teksi roda tiga, kereta lembu, kuda bersimpang siur. Bunyi hon adalah 
wajib. Pegang sahaja stereng, bunyi hon dulu. Di belakang bas dan lori 
tertulis `tolong hon’. Tiada siapa marah jika dia dihon. Hon ialah 
nyawa.
Semasa dalam perjalanan 
menghadiri makan malam perpisahan di Istana Chowmohalla (dibina pada 
1780 oleh Nawab Nizam Ali Khan, Asaf Jah II), pemandu bas yang membawa 
kami tiba-tiba turun lari meninggalkan bas yang dibawanya. Hilang dalam 
lautan manusia dan kenderaan. Kami terpinga-pinga. Dua lelaki preman 
masing-masing memegang submesingan jenis sterling yang mengawal 
keselamatan kami dalam bas berkata ``jangan bimbang’’. Pemandu tadi 
sebenarnya turun untuk meleraikan kenderaan-kenderaan yang sudah 
berpintal di atas jalan raya. Dia bertindak menjadi polis trafik.
Sambil
 dia menyelesaikan kekusutan itu, saya melihat di seberang sana seorang 
penumpang turun dari teksi roda tiga yang dinaikinya menolak kenderaan 
itu yang mati di atas jalan raya. Tiada rasa marah pun di muka penumpang
 itu yang menolong menolak teksinya yang rosak.
Tiada
 siapa peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka. Polis trafik pun 
menjalankan apa yang terdaya, tanpa memperlihatkan sedikit pun kekerutan
 di dahinya. Trafik lalu lintas tetap berjalan lancar, walaupun dalam 
suasana kekecohan.
Sebelah malam,
 di tepi-tepi jalan insan-insan tidur merata-rata. Ada yang telah 
nyenyak membungkus tubuh dengan kain selimut daripada kedinginan kota 
itu. Yang belum tidur, duduk mencangkung sambil memandang ke satu tujuan
 yang tidak diketahui.
Hampir dua
 jam bergelut kami tiba di istana bereka bentuk masjid itu. Di sepanjang
 dinding tembok istana tertulis tulisan dalam bahasa Inggeris ``Ini 
tempat suci jangan kencing’’. Kencing berdiri sambil si anunya memancut 
ke dinding adalah pemandangan umum yang biasa. Mungkin kerana terlalu 
ramai manusia, tandas bukan lagi pilihan. Awas, setiap pagi berhati-hati
 berjalan di kaki-kaki lima kerana terlalu banyak jerangkap samar dari 
isi perut manusia berlonggok di sana-sini. Suasana serupa juga juga 
khabarnya boleh dilihat di bandar raya lain termasuk di Mumbai.
Sampainya
 di istana itu, kami dibawa masuk ke dalamnya. Satu suasana antara 
langit dengan bumi. Kawasan istana lama itu diwarnai dengan lampu-lampu 
berwarni yang menyenangkan perasaan. Bagaikan berada dalam kisah Hikayat
 1001. Tarian-tarian Bollywood dari era 50-an hingga kini dipersembahkan
 kepada kami. Selesai persembahan kami dijamu dengan juadah Hyderabad 
tersohor di dunia, nasi beriyani.
Kami
 makan beriyani kambing dan ayam, tanpa mempedulikan apa-apa lagi. Ia 
terlalu sedap tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana restoran Malaysia, 
waima Hameediah di Campbell Street, Pulau Pinang mahupun Mahbob di 
Bangsar.
Di luar tembok sana, 
suasananya adalah terlalu kontras. India yang penuh warna-warni. India 
yang penuh dengan drama. Di dada-dada akhbarnya konflik di mana-mana. Di
 Parlimennya pun haru-biru seperti di atas jalan rayanya juga. 
Televisyen memaparkan bagaimana seorang speaker dewannya tidak 
diendahkan oleh ahli-ahli Parlimen yang memboikot sesi soal-jawab. 
Akhbar Deccan Chronicle dalam karikatur muka satunya (macam Senyum 
Kambing) keesokan harinya mencuit: Mengapa mereka tidak mahu buat sesi 
soal-jawab dalam kantin saja, kan di situ tempatnya ahli Parlimen selalu
 melepak?
India tetap India. 
Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok 
wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.
Namun,
 kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. 
Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam 
dan kini menjadi ahli politik. Di Malaysia hanya orang India yang 
pandai-pandai sahaja yang sering buat bising. Mereka menguasai Majlis 
Peguam dan kini mereka sudah ramai di Parlimen, bukan mewakili MIC, tapi
 mewakili DAP dan PKR.
Kerana 
mereka lantang dan suka buat haru-biru, suara mereka sering kedengaran. 
Salah seorangnya ialah N. Kulasegaran yang kini memegang jawatan Naib 
Pengerusi DAP Perak. Beliau lantang mempersoalkan hak-hak orang Melayu.
Katanya,
 beliau tidak faham mengapa setelah bertahun lamanya masih ada kelompok 
manusia percaya kepada warna kulit atau penampilan yang lebih tinggi 
daripada satu kaum lain.
Kita 
tidak pasti apakah beliau ikhlas dengan kenyataannya itu. Dia tahukah 
apa yang dia cakap? Tapi yang pasti kenyataannya itu cukup sensitif dan 
akan membuat kumpulan lain marah. Tapi seperti biasa orang Melayu 
marahnya tidak lama. Tak apalah. Orang Melayu tidak seperti orang India,
 walaupun ada juga Melayu yang darah keturunan Keling (DKK), tapi darah 
Melayu yang lembut banyak menguasai mereka.
Jika
 di India, mungkin kita akan sentiasa dikawal oleh pengawal bermesingan.
 Kulasegaran perlu mengambil cuti. Pergilah melawat ke India, dan 
hayatilah erti kehidupan di sana, hayatilah erti kasta dan darjat, 
miskin dan kaya, seperti yang saya alami minggu lalu.
Seburuk-buruk Malaysia, inilah tanah tumpah darah kita.
nota pb: entry agak panjang sekadar berkongsi rasa hati..