Siaran tertunda dah beberapa hari kerana perjalanan dari pantai timur ke bandaraya tergendala sehari. Petang khamis lalu kami menaik keretapi pukul 7.18 pm, sesuatu yang dah berpuluh tahun aku tak alami. Kali terakhir aku naik keretapi kalau tak silap tahun 1991, si hubby pula 9 tahun lepas dan anak ku kali pertama jejak kaki.
Rasa teruja nak naik melebihi perasaan naik kapalterbang. Orang ramai sepanjang station dengan barang berkotak-kotak, berbungkus-bungkus.........macam kami juga. Beg baju kami ada tiga, sekotak keropok dan barang makanan, beg laptop dan shopping bag untuk isi bekalan. Itu pun abah suruh bawa lagi buah salak........huhu.....kami tolak dengan baik sebab dah ada sebungkus besar buah mangga kiriman mak untuk besannya di KL. Apa yang aku runsingkan masa nak turun naik tangga dari stesyen keretapi tu........ada anak bujang pun bukan boleh harap sangat. Satu beg sandang dia, boleh la.......
Sewaktu keretapi sampai, berebut-rebut orang naik. Bab ni yang aku tak suka, padahal dah ada tempat duduk masing2. Dah la pintu tu sempit, aku dengan beg kiri kanan, nasib baik beg tangan aku selepang kat bahu. Bila dah sampai dalam, barulah aku nampak bagaimana keadaannya. Oooo....gitu rupanya dalam keretapi. Ada tempat simpan barang kat atas, boleh bawa banyak mana yang kita suka, tiada had. Selesai letak barang dan ambil tempat duduk masing-masing, perjalanan pun bermula.
Kelas yang aku ambil ni kelas ekonomi sebab dah takde pilihan, tiket sold out. Ini yang aku tak suka bila ada saja orang yang lalu lalang sepanjang masa samada yang mencari tempat duduk kosong, nak ke kantin atau ke tandas. Bagusnya keretapi ni, ada tandas.......tak macam kalau naik bas kena tahan nak buang air. Tandas pun lengkap ada air, sabun dan tisu. Cuma ada setengah tu tak berkunci. Jadi kalau nak guna kena la tahan dengan kaki kat pintu tu......haha......susah la pulak. Tapi ada dua tandas, satu tandas duduk, satu lagi yang jenis cangkung. Terhoyong hayang dok dalam tu, kalau budak2 guna mau kencing bersepah. Paling aku tak suka bila nak ke tandas, dilorong tepi pintu keluar tu ramai budak-budak melepak, samada hisap rokok atau takde tempat duduk.
Perjalanan yang panjang sepanjang malam takde apa yang boleh ku lihat. Selepas beberapa jam, aku dan semua penumpang tidur lena, tiba-tiba keadaan dalam keretapi jadi gelap gelita. Aikk? apakah naik keretapi memang macam ni, hati ku bertanya. Tiba di stesyen Gemas, rupanya dengar cerita takde letrik. Hampir satu jam kami semua menunggu dalam tu sementara keretapi sedang di baiki. Nampaknya perjalanan kami tertangguh satu jam. Nasib baik malam, kalau siang.........confirm berpoloh.....
Akhirnya sampai juga ketempat di tuju. Dengan berat hati menjinjing barang turun naik tangga, sampai merah2 tangan ku dan hubby. Kesian pula aku tengok pakcik makcik yang tua2 memikul barang masing2. Tapi dalam keletihan tu aku lihat terpancar kegembiraan diwajah masing-masing, macam aku juga. Alhamdulillah semua selamat. Takde la runsing sangat macam naik bas, takut gaung la......bas laju la.....berselisih dengan kereta atau lori ke......apa2pun sebelum naik kenderaan kita kena baca doanya. Selepas itu apa nak jadi, terpulang kepadaNYA.
hik...hik....ada orang gelak tengok kita orang snap gambar anak beranak, aku pedulik hape?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)