Lama tak main uli-uli tepung, rindu pula rasanya. Semalam petang layan 'Sejuta Cinta Marshanda' sambil buat donut. Resipi dari blog wanieyra http://ummiaffaf.blogspot.com/ dan sumber asal dari Ros. Terima kasih kerana resipi donut ni lembut, gebu........
Donut ku macam di pam-pam naiknya. Malas nak repair, biarlah dia tinggi rendah ke, kerepot ke........nak makan sendiri je.....
Dah separuh goreng, nak masuk dalam freezer. Esok boleh buat sarapan pagi anak ku.
hehe....sebiji je goreng sebab takde sape nak makan petang semalam, kenyang makan nasi.....
Donut Mayo
(copy/paste dari blog mereka berdua)Bahan-bahanya
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball) (aku guna mayonis ladys choice)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
wow...sedapnye....gebu2 donut nye...
BalasPadamuishhh gebu2 donat akak yer hehe.. ada lg ke bak la sekutul dua hehe
BalasPadamaii yoo ! sukanya aku dgn donut ni..big apple durian ..the best abgi ku....bila la nk makan ni !
BalasPadam@mamadiana
Wahhhh..bestnya donut...Anak2 kita suka donat lagi2 yang sulong..Gebu jer donut..Goreng sebiji jer cukup ke???
BalasPadamsalam,sedap tu.
BalasPadamsalam perkenalan zana...
BalasPadamgebunya donut tu pasti sedap rasanya....
salam..wahh gebusnyer donut tue..saya baru nak cuba tqvm share resepi...
BalasPadam