Terima kasih pada teman-teman yang sudi follow blog ku yang tak berapa menarik ni. Apa pun ianya ditulis lahir dari hati ku, jari ku dan idea ku. Kalau ada copy and paste tu, minta halal ye!!
Seharusnya aku follow balik siapa-siapa yang jadi follower aku tu tapi kalau tak ada link dalam profile, nak buat macam mana? Pastikan profile teman-teman lengkap ye. Senang nak follow balik dan kalau ada yang terlepas pandang, sila beritahu.
Nak membebel pasal apa ye? Akhir-akhir ni cuaca sering mendung kan? Tapi kalau jemur kain pepagi, matahari memancar terang, pasti kering. Petang biasanya hujan.......mana ada orang jemur kain petang, kan? Orang bujang aku tak tau la......ada kot.....
Sejak lepas balik dari KL tempohari, rumah ku sering dikunjungi 'sang semut'. Tak boleh tahan ni, letak ubat pun kejap je habis, dia datang lagi. Kalau semut yang besar2 tu senang sikit nak urus, ni semut halus......gatal pulak tu kalau menggigit. Geram betul aku!!
Gula dia kerumun, bekas air dia terjun.......dalam bekas cili taknak pulak dia berkampong!! Ada petua yang aku baca, katanya letak daun sireh tempat yang banyak semut, mana nak cekau sireh? Di spray dengan shieldtox......pun kejap je mati, makin ramai dia panggil kawan2, atok nenek pun datang.....
Katanya letak kulit kayu manis dalam bekas gula. Ni belum cuba lagi. Spray dengan Serai Wangi, tak pernah jumpa produk ni kat Sabah.
ke...ada jual...tapi aku yang malas nak round supermarket cari bendalah ni.....
nota aku: nasib baik la dia tak panjat katil aku tu, kalau tak......mau bintat2 bangun tidor!!
Salam ziarah...
BalasPadamKat rumah kita pun banyak semut..Tapi semut hitam yang berbau tu...emmm dalam gula,dalam bekas air masak..semua semut tu tibainya..sakit hati betul!!!Apa boleh buat makhluk Allah jugak...huhuhu..Follow blog saya yer..
BalasPadamrmh akak pun sama, bnyk semut.terbaik guna cogo, jenama direct selling.semua serangga..lipas semut semua kojol..hehe
BalasPadambukan promot..akak pun tak memeber.beli ngan kawan online jugak.