Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
Syukur ke hadrat Allah, kami sekeluarga selamat sampai ketempat di tuju. Dapat berjumpa dengan emak, kakak dan yang lain2nya. Namun dalam penerbangan semalam, aku rasa nyawa ku hampir terbang melayang.......
Penerbangan kami dari Sandakan (kenapa Sandakan? sebab murah dari sana...) Kali pertama ke airport Sandakan, aku tengok seciput je bangunan tu. Pukul 8.00 am kami dah melepak disana, tunggu flight ke KL dalam pukul 10.25am. Tiba airport Sandakan, perot dah berkeroncong. Apa taknya? keluar rumah 5.30am, jiran sebelah tolong hantar. Aku sempat buat nasi goreng sebab ada nasi lebih semalamnya, sayang pula nak buang. Beras mahal nak buang2. Masuk dalam bekas taufu fa, masuk dalam beg shopping ku.
Rupanya masa tiba di airport Sandakan, takde apa yang boleh kami beli, takde kfc, mcd. Nasib baik masa di KK aku dah belikan anak ku biskut kegemaran dia, famous amos. Jadi, suka ke tak suka, perut dah berbunyi, kami makan je nasi goreng yang aku buat tadi. Beli air 3 botol, berkelah kat situ la pulak!!
10.30 am flight ke KL. Mataku benar2 mengantok, bangun awal pagi. Terus tidor tiga2 orang. Selepas sejam lebih perjalanan dalam cuaca yang kabur tak nampak apa, nak kata hujan, tak juga. Tiba2 kapalterbang kami seolah2 melanggar satu bumper (macam kita naik kereta laju tak berhenti langgar bumper) sampai terangkat kedudukan anak ku dari seat. Dia kurus, mudah terangkat. Pucat lesi muka kami yang dalam kapal tu. Siap pegang handle kerusi lagi. Mata ku yang mengantok pun jadi bulat terbuntang kerana terkejut. Anak ku yang sakit gigi sebentar tadi pun hilang sakitnya.
Ni la pengalaman paling buat aku takut nak naik kapalterbang. Bagaimanapun, aku serah segalanya pada Yang Esa. Mati, dimana2 pun boleh. Duduk diam2 kat rumah pun ada juga bencana, betul tak?
Baru2 ni kes gempa di Jepun, ketika tu aku dah selamat sampai. Tengok tv3 malam tadi, berita tsunami sepanjang malam. Ada juga keluar berita di belakang tempat kami tinggal tu, polis meronda sekeliling taman. Katanya penduduk di minta kosongkan kawasan rumah masing2. Hubby ku talipon jiran sebelah, katanya semua orang takde, tah mana2 pergi. Risaunya aku, Allah saja yang tahu. Setiap kali hujan ribut waktu malam, aku selalu bangun jengah ditingkap. Bunyi deruan air laut boleh dengar sampai kerumah ku sebab longkang besar tepi rumah menuju ke laut.
Setiap kali lepas solat aku berdoa, semoga kami dijauhi dari bencana alam dan sebagainya. Bukan saja untuk keluarga ku tapi seluruh umat didunia. Segala yang terjadi adalah atas kehendakNya. Sebagai hamba kita hanya mampu berserah dan berdoa minta perlindungan. Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan bersama.
Assalam,
BalasPadamKebelakangan ini cuaca memang tak menentu. Jgn kan dlm penerbangan kat atas jln raya ni pun hujan lebat, banjir sana sini, KL pun selalu banjir dan jam. Ini kan pula dlm penerbangan. Nasib baik zana dan family selamat semuanya.
Teringat mwana semasa flight balik dari Sabah ke KL Disember lalu. Flight 6.30 ptg ditunda ke 7.30 mlm. Hujan lebat, cuaca sms flight menyeramkan, pastu terpaksa tangguh landing 2 jam, kena bawak slow tak boleh landing lagi. kena tunggu isyarat landing. Hampir jam 10.30-11 mlm baru sampai KL. Sepjang penerbangan tak leh tidur lansung tak berhenti2 bzikir dan baca segala ayat surah2 yg di hafaz. Alhamdulillah selamat sampai gak ke Bumi.
mama....alhamdulillah, semuanya selamat. dah begitu lumrah alam, ada hujan, gempa, tsunami dsb. sbg hamba kita hanya mampu mohon perlindunganNya.
BalasPadambila alam semula jadi bersuara, mmg takut gak, lagik2 bila bunyi angin kuat..huhu
BalasPadamAdy...betul tu, kat sabah angin dia berbunyi...wooowooo....ngeri tau.
BalasPadam