“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)
Selamat hari raya...
Maaf kerana begitu lama tidak berkunjung ke blog sahabat. Banyak masalah tentang blog kakpb sekarang ni. Rindu nak bersua dengan sahabat blog di alam maya.
Sempena Ramadhan yang akan berakhir tak lama lagi, kakpb ingin ambil peluang ini ingin memohon maaf zahir dan batin sekiranya ada menyinggong hati mana2 pihak.
Selamat Hari Raya Idulfitri pada semua. Mana yang balik kampung tu, hati2 memandu ye. Jangan nak cepat sampai. Biar lewat dan lambat asalkan selamat.
Salam sayang dari kakpb sekeluarga. Kami beraya di perantauan nampaknya 2016 ni.
Sekian. Jumpa lagi.
Pine Resort Kundasang, mengubat rindu
Bilik R (rabbit) ni kakpb suka sebab menghadap ke gunung Kinabalu. Tak jemu mata ni menatap seolah2 kakpb di atas sana melambai dari puncak gunung......
Sambungan setelah tertangguh 2 minggu kerana demam dan banyak urusan lain......
Pagi esoknya kakpb bangun awal nak tengok gunung Kinabalu. Sayangnya awan tebal seolah nak hujan menutup puncaknya. Nasib baik la masa mula sampai dah snap banyak.
Makan malam di Pine Resort Kundasang, simple Menu
Happy dapat bercuti di hujung2 Disember
Kami singgah di Herritage spa n Resort sekadar isi masa kerana hajat nak tengok lembu dan makan ice cream di Mesilau tak kesampaian dek terlalu ramai orang.
Ingat nak naik Resort paling atas sekali tapi tak sanggup pula. Kalau pagi2 Ok kot. Jadilah sekeping dua foto sebab dah banyak kali kami ke sini.
Pine Resort Kundasang
Banyak kenangan manis pahit kami dalam berseronok tu. Paling tak boleh lupa ketika di restoran mamak nak order roti canai. Kami tak tau ada orang lain order 50
Keping. Kalau tau baik kami makan maggi di bilik je. Suami nak cansel roti canai yang kami order sebab dah lama tunggu. Tiba datang sorang lelaki suruh mamak tu buat dulu untuk kami dengan ayat sopan dia, "buat la untuk dia dulu sebab tengok muka tak sabar je" WHAT????
Ingat kita ni kebulur sangat ke nak melantak roti canai tu? Pelik juga tetiba kena sound Macam tu. Sudah la orang semenanjung, menyampuk tak tentu pasal. Kalau ye pun nak suruh orang tu buat roti kami dulu, berbahasa la sikit.....huhu....
Berangin je kami balik pagi tu. Kalau terjumpa lepas ni memang nak tanya apa masalah dia agaknya.
Ok la.....kakpb banyak kerja ni. Jumpa lagi....
Kek Pisang Marble
Follower hilang?? Takde hal punya. Hehe....lama betul kak pb menghilang. Alasan? Tablet masuk bengkel 😣 ntah berapa minggu tu.
Kakpb update ringkas je ni. Sebenarnya banyak maklumat dalam tu. Gambar dah upload tapi lupa sumbernya. Minta halal ye tuan punya resipi. Mungkin drp Myresipi.com

@blogsurirumah
2 cwn tepong gandum
1 cwn gula pasir
1 sk baking powder
1/2 sk soda bicabonate
3 biji telor
6 biji pisang emas
1/2 cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak masak
Sedikit serbuk koko
Esen vanila
Secubit garam
Ayak tepung bersama baking powder dan soda.
Lenyek pisang tak perlu halus pun ok.
Kisar gula dan telor hingga sebati.
Masukkan pisang dan garam.
Masukkan minyak masak.
Masukkan tepung berselang seli dengan susu.
Kemudian masuk esen vanila.
Asingkan sedikit adunan untuk di campur dgn koko.
Lenser loyang size 8/9 inci dengan minyak/butter
Lapik dengan kertas minyak.
Tuang adunan kosong ditengah loyang, kemudian tuangkan adunan koko sedikit ditengahnya. Lorek dengan garpu.
Buat berselang seli sehingga habis.
Bakar oven selama 1 jam 15 minit, 180C.
Cucuk ditengah kek, dah masak, angkat.
Sedap bagi kakpb. Budak2 pun suka sebab moist. Dah kali keberapa buat ni, sekejap je licin 👍👍😊
Kek hitam manis
Mee Kari di AidilAdha
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 tangkai daun kari di raut
2 batang serai di titik perdunya
Bahan stock yang kita perlukan adalah stock udang. Stock udang ni kita kena buat sendiri. Senang aje buat dia. 1/2 kg udang tadi kita bahagi dua. Satu bahagian kita buang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.
Satu bahagian lagi kita kopek udang tu. Asingkan isi udang dan kepalanya
Lepas tu kita tapis.
Ambil isi udang tadi, campurkan dengan air udang yang kita dah tapis, masukkan dalam blender yang bersih dan kisar semula untuk hasilkan stock udang.
ok! dah siap stock udang kita. Stock ni kita boleh simpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, macam nak buat laksa atau tom yum.
TUDUNG ONLINE
Jenama tudung terkini di online paling popular atau trending adalah koleksi instant shawl Naelofar Hijab yang diusahakan oleh selebriti cantik manis, Neelofa. Jenama yang telah menjadi fenomena dan menaikkan lagi nama Neelofa di awal kemunculannya ini, paling digemari di Malaysia. Kualiti tudung yang ditawarkan memang terbaik, tidak dapat disangkal lagi memang citarasa Neelofa.

Selebriti seterusnya. penyanyi dan pengacara Heliza Helmi yang cukup terkenal dengan penampilannya yang sopan. Heliza juga mengusahakan jenama pakaian Muslimah iaitu Falah Abiyana yang turut menawarkan koleksi tudung online yang cukup menarik.

Layari laman web ZALORA atau download aplikasi di handphone anda....
Simple Hijab
SeriMuka Pisang
- 1 cawan tepung beras
- 2 cawan santan
- 2 cawan pisang lenyek
- 1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
- 2 sudu tepung kastad
- 1 sudu kecil esen pisang-saya tambah
- sedikit pewarna kuning/oren
- Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg di lecek.
- Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
- Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.
- 60gm tepung gandum
- 100gm gula
- 250gm santan
- 50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
- 1/2 sudu tepung jagung
- 2 biji telur
- sedikit garam dan pewarna hijau
- Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi.
- Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...
- * Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi....kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah di potong.
Kuih Bom Inti Kacang
Serius masa goreng ni kaki kakpb dah pasang kuda2, takut bom meletop. Bila nampak kuih dah merekah sikit dalam kuali, hati ni dah gedebak gedebuk, bila la nak melompat keluar dari kuali.Tunggu punya tunggu sampai kuih masak, elok pulak tak meletop....haha....selamat.
Agar serikaya
- Satukan agar, gula, air dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kacau selalu. Masukkan pes pandan dan masak sekejap lagi.
- Sementara itu, satukan santan dengan putih telur, secubit garam dan esen vanilla, kacau rata dan tuang ke dalam periuk agar2. Kacau perlahan dan biar mendidih. Matikan api, keluarkan daun pandan dan tuang dalam bekas kegemaran anda.
- Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga betul2 beku.
Ayam kurkar

santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang dipotong 4 setiap satu
5 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar pes tomato puri
2 sudu besar pes cili giling (cili kering)
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih
1 inci halia dihiris mancis
2 batang serai dititik
Masukkan rempah kurma, kari, pes tomato dan cili ke dalam mangkuk. Tambah sedikit air dan jadikan pes.
Panaskan minyak. Tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wanngi. Masukkan pes rempah dan serai titik. Tumis sehingga masak dan berbau wangi.
Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
Tambah santan. Apabila ayam setengah masak, masukkan kentang.
Masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat. Jangan lupakan garam. Tak payah bubuh asam sebab tomato puri memang dah ada rasa masam.
Jebat, Messy, Coco, Kiki, Putih dalam kenangan

Pulut Serunding Kelapa
Lamanya tak masukkan resipi masakan dalam blog. Kakpb sibuk dengan tempahan karipap frozen beberapa minggu ni.
Tapi tadi tekak ni nak sangat makan pulut serunding kelapa. Jadi petang tadi, kak pb merajinkan diri didapur.
Ni cara kakpb buat serundingnya. Sama je kot dengan resipi orang lain.
PULUT SERUNDING KELAPA
Segenggam udang kering direndam dulu.
2 btg serai hiris halus, kisar
Sebiji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
Sedikit jintan manis
2 sudu besar cili kering kisar
Sekeping asam keping
Kunyit
Setengah biji kelapa parut
Garam dan gula
Kisar semua bahan kecuali asam keping dan kelapa.
Tumis bahan dengan sedikit minyak. Kacau hingga kering.
Masukkan kelapa parut tadi.
Kacau hingga kering.
Untuk pulut tu kakpb kukus dengan sedikit santan dan garam.
Pemergian adik ipar
28hb Mac2015 kami sekeluarga telah kehilangan seorang keluarga yang dikasihi. Adik ipar (suami adik) telah pulang ke rahmatullah kerana kemalangan.
Pemergian arwah tak dapat kakpb hadiri. Hanya mendoakan dari jauh, moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Untuk adik kakpb pula, kakpb harap dia kuat dan tabah menghadapi dugaan yang berat ini. Allah menduga hambaNya yang dikasihi....
Mudah-mudahan selepas ini segala urusan duniawi berjalan lancar walau perit menanggungnya. Kakpb faham. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Kita hamba yang lemah. Namun jangan mudah putus asa, redhakanlah.....insyaAllah ada hikmah disebalik kejadian.
Al-fatihah...
Letsmasak
Update ringkas je hari ni, harap semuanya sihat ye. Ok, dah lama kakpb nak update pasal ni tapi asyik tertangguh je. Alasan biasa, sibuk dan sibuk....hehe...
Taknak bebel panjang, korang dah follow IG Letsmasak? Senang nak masak apa2 boleh refer kat sana. Mana yang takde instagram boleh tengok kat SINI. Mana yang ada blog, takde pun takpe, boleh letak widget dia kat blog setelah register nama disana.
Contoh widget yang kakpb dah letak ada bawah2 entry ni. Rajin2kan jari tu scroll ye adik-adik sayang!
Menyepikan diri
Kakpb sekarang dalam dilema. Samada nak teruskan berblog atau tidak. Kalau teruskan blog, tak dapat nak update hari-hari. Seminggu sekali pun kadang susah. Banyak masalah akhir-akhir ni. Masalah keluarga, masalah anak, masalah jiwa kacau....hehe.....biasalah kan?
Apa2 pun kakpb menghargai sangat mereka yang sudi dan rajin baca kisah kakpb disini. Kisah biasa2 saja. Baru2 ni kakpb tak sihat, ulang alik Labuan. Family datang dari Kelantan, bercuti di Kundasang lagi.
Kalau mereka yang ada Instagram, boleh la jumpa kakpb selalu disitu. Carilah 'yangsetia', insyaAllah kakpb rajin update IG.
Jumpa lagi bila kakpb free.....
Sukarnya...
Tiga hari ni kakpb tak sihat. Demam batuk melanda selepas pulang dari menghantar mak balik KL 19hb lepas. 23hb balik KK terus tumbang. Tapi gagahkan juga pergi Labuan melawat anak. Ikutkan memang tak larat sangat namun hati ni kuat nak pergi juga.
Dunia baru SBP Labuan
Masih cuti menulis
Kepada semua sahabat blogger kakpb, harap maaf kerana kakpb sunyi seketika, rasanya lebih sebulan tak update.
Banyak urusan anak kakpb akan bersekolah di Labuan. Nantikan kunjungan kakpb diblog kalian.
Jumpa lagi, insyaAllah.
Kem ibadah di Penang






















