Hari minggu pula, aktiviti seperti biasa, pergi pasar. Kali ni aku beli ikan yang tak pernah aku beli apa lagi makan......bila tengok ikan kaler hijau kuning ni, teringat pulak dekat kak-e. Dia datang Sabah dengan kotak besar semata2 nak beli ikan pelik2 ni........apa rasa agaknya ye? Aku belum masak lagi ni........kata orang sedap di bakar atau goreng.......
Ikan ni pun aku tak pernah makan. Kalau tak silap, ikan merah mata besar.......agaknya la....Masa beli hari tu, aku tak pegang pun jadi aku fikir sisiknya mesti banyak. Dirumah, aku cuba buang sisik tu.........tapi tak boleh kikis rupanya.......tak tau macam mana rupa ikan ni kalau di goreng atau panggang........macam ikan cencaru kot, mungkin kulit dia akan terkopek bila di bakar nanti.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)
Bestnya urut kaki.....
Jumpa Kak-e
Jumaat lepas, kali pertama aku bertemu kak-e atau umi-e, nama yang biasa ku nampak di myresepi. Rupanya kak-e ni orang Kelantan (sekapal dgn suami ku, tu yang suami ku kata peramah sungguh kak-e.......mulut becok dan tak meninggi diri orangnya)
Kami ambil kak-e di airport walaupun sebelum tu tak rancang nak kesana sebab suami sepatutnya sekolah. Entah macam mana last minute dia cakap nak tolong ambil. Kami bawa kak-e kerumah ku dulu, minum air sejuk dan aku hidang kuih lompang yang ku buat pagi tu. Itu je yang ada. Dengan tiada meja kopi, kami bersila di lantai. Maklum la......rumah ku ni ada sofa je......
Bagi ku, kak-e ni peramah betul orangnya, seolah2 kami dah kenal lama. Walaupun rumah kak-e sama taman dgn rumah mak ku, tapi aku tak pernah jumpa dia masa di sana. Ye la...aku dulu2 kerja, mana nak kenal jiran2 satu taman.
Selepas suami balik dari sembahyang jumaat, kami keluar ke KK untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Maaf la kak-e, bukan taknak masak, tapi semua tak di rancang. Lain yang di rancang, lain pula jadinya. Kami makan di restoran Sri Rahmat. Kak-e pun dah biasa di sini nampaknya. Restoran ni la tempat kami melepak waktu pagi dulu2 selepas membeli ikan di pasar. Sambil makan, sambil borak. Tajuk utama dah tentu kisah anak2. Kekadang rasa lucu pula bila kak-e cerita pasal anak2 dia. Sabar je la kak-e.
Perut dah kenyang, kami hantar kak-e ke Promenade Hotel. Barulah kak-e dapat rihatkan badan setelah setengah hari melayan kami bersembang. Nampak sangat kak-e letih dan mengantuk. Terima kasih kak-e pemberian tempoh hari dan tolong belikan barang2 yang kami perlukan yang tiada di sini (bukan takde tapi susah nak jumpa). Nanti kalau kak-e datang dengan anak2 dan suami, boleh la bermalam di rumah kami. Walau tak selesa seperti di hotel, insyaAllah, setakat kak-e sekeluarga, takde masalah. Menambah eratkan lagi hubungan kekeluargaan kita.
nota: kalau kak-e tersinggah rumah mak, boleh la kak-e cerita bagaimana keadaan kami di sini. tapi kak-e kena cakap, zana tak sempat nak kirim apa2 sebab kak-e ada hal tau, nanti dia kecik ati plak. bukan taknak kirim, taknak menyusahkan kak-e........
Sotong masak hitam
kek hitam manis
KEK HITAM MANIS
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kasar
2 sudu teh soda bikabonate
1 sudu teh baking powder
1 cawan koko
1 cawan minyak jagung atau butter (di cairkan)
1 cawan air
1 1/4 cawan susu cair
garam
2 biji telur
esen vanila
Cara:-
Tepung gandum, serbuk koko, soda, baking powder, diayak hingga rata.
Dalam bekas berasingan, kisar gula, minyak jagung, air, susu cair dan telur dikisar hingga gula hancur. Kemudian masukan adunan tepung tadi, gaul rata. Tapis dulu sebelum masuk kedalam acuan 8x8. Loyang di lapik dengan kertas dan sapu sedikit marjerin. Bakar selama satu jam atau lebih.
Tapai pulut daun kelapa
Indah dan nyaman
Rumah yang kami sewa sekarang ni, rumah teres je tapi dah di ubah suai, besar la jadinya. Boleh masuk dua kereta di garaj tu. Dapur pun selesa, luas dan ada 2 bilik air. Di belakang rumah ku ada sederet blok rumah dua tingkat yang menghadap ke laut. Gambar2 yang ku ambil tu di waktu pagi, lebih kurang pukul 6.30 pagi.
~~Happy Birthday Mizan~~
Tak payah cerita pasal pindah la......boring pulak.....kisah orang pindah ni, bukannya best pun......nak cerita hari Ahad lepas, kami dijemput ke majlis hari jadi anak kepada pakcik belah suami. Hamizan namanya, teman rapat Aziz di Sabah ni. Dengan hidangan soto mihun, bubur kacang dan ayam kfc. Simple je, mama dia sibuk manjang, nasib baik buat jugak kecil2an dan jemput kawan2 rapat dia.
Aku sekeluarga sebenarnya banyak terhutang budi dengan mereka ni. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Pakcik suami ni dah puluh tahun menetap di Sabah, kalau dia cakap loghat sabah, confirm orang tak kata dia orang semenanjung. Mereka berdua memang berhati mulia, tidak meninggi diri, low profile dan berbudi bahasa. Aku dan suami bangga dapat mengenali keluarga ni..........
Dalam pada menyambut hari lahir Mizan yang ke 6, sempat juga kami selitkan sambutan hari ibu. Ada la sesi bergambar untuk ibu2 tapi tak dapat ku siarkan kerana perasaan malu ku ini.....ahak....kat gambar tu....aku tambah montel lak.......
Masa sesi sembang2 kaum ibu ni, aku baru kenal dua tiga orang kawan2 makcik ku ni. Kak zu namanya......peramah gila.....tak henti2 mulut dia bercerita. Dalam banyak2 cerita dia tu.......ada satu yang aku nak share di sini......kisah anak2....dulu dan sekarang.
Anak kak zu ni study lagi di uitm skudai. Kalau balik sana, selalu talipon mak dia, rindu nak makan sambal ikan bilis. Kak zu kata, dia bangga sangat kalau anak rindu nak makan masakan dia walaupun tak sedap mana. Anak2 sekarang, mana yang selalu mak dia tak masak (makan luar) kerap nak makan kfc, mcdonald dll. Umur baru 3 tahun dah pandai nak kfc, kata dia. Makcik ku pula sampok, dia dulu masa kecik2, time makan mesti di suap oleh mak dia........berderet2 duduk bersila tunggu di suap dengan tangan, lauk telur goreng dgn kicap je.....takde lari sana sini macam bebudak sekarang, nak di suap bukan main susah. Aku tumpang dengar dan tumpang sengih..........macam2 hal.......kesimpulannya, anak2 yang merasa makan dari air tangan ibu masing2 lebih mesra dengan ibubapa dan adik beradik......hemm...ada betulnya juga kan?
Kad 50 sen
Pulang dari sekolah semalam, Aziz tanya ayahnya......."bila sebenarnya Hari Ibu, ayah?". Ayahnya jawab, "10hb atau 11hb agaknya, macam tulah.....kenapa?" tapi dia tak jawab. Tiba di rumah, dia hulur sebungkus coklat pemberian drp kawanku (Ida).....nah...ibu ambik la sebagai hadiah hari ibu........tetiba dia teringat ada sesuatu yang di beli di sekolah tadi.
Petua
- Tomato dan epal digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan2 pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biar selama 20 minit dan cuci dengan air suam.
- Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapukan campuran tadi sebelum tidur.
- Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.
- Kulit pisang emas juga boleh di gunakan untuk menghilangkan parut.
- Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus, lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan2. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka menggunakan air suam.
- Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok2 hingga rata, melekit dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.
Petua untuk masakan
Sayuran kalau di simpan dalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga menghilangkan kekotoran.
Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang di dalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan bersih memutih.
Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam, diikuti ikan. Hasilnya ikan tidak melekat lagi.
Tauhu akan melekat jika di goreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum di goreng. Hasilnya tauhu tidak melekat lagi.
Bukan pelik dan terkenang bestfriend
Semasa baru masuk rumah kawan ni, aku tengok jenama kipas dan switch box di dinding, semuanya berjenama 'BOLEH'. Kat semenanjung ada ke? Ada kot......aku tak perasan pula....