my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Lokan bakar dan air kelapa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

 Hari ni kami jalan jauh sikit dari rumah, hampir 45 minit ketempat di tuju. Hanya nak makan lokan bakar dan air kelapa. Ini kali pertama aku makan lokan bakar. Ada yang besar, kecil dan sedang-sedang aje. Kami order sedulang je, takut tak abis. Aku pun makan tiga ketul, rasa liat2......nak tercekik bila menelan tu.....

Sepanjang jalan ke sana, cuaca amat panas. Kereta kami tak beraircond, dah beberapa minggu tak repair. Kekadang aku menolak hubby ajak keluar semata2 kerana kepanasan duduk dalam kereta, habuk lagi bila tingkap terbuka. Tapi ada suara yang mengatakan, "itu sikit je dugaan, dah tak tahan". Biasalah kita ni sebagai manusia biasa, perkara yang dah biasa kita dapat, tetiba terputus sekejap, dah merungut.

Balik dari makan-makan, singgah shopping complex, katanya ada offer gila2 kat situ. Bila aku masuk, takde apa yang ku beli. Tak reti nak beli longgok-longgok gitu (bukan memilih tapi kalau dah bertimbun, tak kuasa nak mengorek mencarinya)

Ok la...sambung kemudian. Orang sebelah nak guna laptop pulak!! ish....saje kacau tau..

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Zana..lama x mai sini. sedap la lokan ni tp kat sini susah nk jumpa. last mkn pon dh > 5 tahun dulu..donut mayo tu pon nmpk gebu la sgt..tringin pulak rasa nk cuba..:)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)