Buka je blog hari ni ada message dari Puan Noorsafone, blog beliau http://storyofmama.blogspot.com/ suruh ambil award. Dia tu baru je berblog tapi follower dah beratus, aku?
Tak kisah la.......niat awal ku berblog bukannya nak kejar follower atau apa. Mungkin Puan Noor memang rajin orangnya, tak macam aku ni. Kena pulak kalau balik semenanjung berminggu-minggu, memang berhabok la blog ni.
Terima kasih Puan Noor ye, insyaAllah lepas ni turn saya pula.......
Sebenarnya ada juga plan nak buat GA tapi sedang cari idea yang menarik dan hadiah pun kena la menarik. Aku lebih suka kalau pemberian itu dari hasil tangan aku sendiri. Bila la agaknya ye? Tengok kat blog orang meriah je......blog aku ni dah bertahun aku buat tapi follower tak berapa nak ramai.
Asalnya berblog dulu hanya untuk suka-suka melepaskan tension dirumah. Tapi trend sekarang bukan saje nak lepas tension, nak cari teman untuk berkongsi apa yang boleh sebagai ilmu pengetahuan.
Apa pun pandangan orang lain terhadap blog ku ni, aku tak kisah asalkan aku dan kamu semua gembira berblog!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)