Orang kata tak elok marah-marah, nanti cepat tua. Ahh....aku tak kira, nak marah jugak.
Ada ke patut tak marah kalau makanan yang kita masak dibuang begitu saje? Tak habis.... satu hal, sorok pulak tu!
Semalam aku goreng kue teow untuk anak ku makan tengahari. Perencahnya telor dan udang besar-besar sebab dia memang suka seafood. Sebenarnya aku tak paksa kalau dia belum lapar, boleh je tinggalkan bawah tudung saji. Ini tak, konon-kononnya dia habiskan makanan tu tapi yang sebenarnya dia letak dalam kertas suratkhabar dan lipat bersama surat khabar lama.
Kebetulan selepas dia buat hal tu, aku pula pergi ambik suratkhabar nak guna lapik sesuatu. Apa lagi? Terkejut berok la aku, ingatkan 'tahi' dari mana pulak. Suara aku marah semalam agaknya orang sebelah pun boleh dengar. Rasa nak menangis pun ada kerana kecewa sangat dengan sikap dia. Selepas dihukum dengan rotan (aku jarang merotan melainkan gertak je biasanya) di tapak tangan dan kaki, aku tak benarkan dia keluar bermain waktu petang dan menonton tv.
Hukuman ditambah pula dengan menulis didalam buku tulis tentang keburukan sikap dia selama ini. Tapi dah nama pun budak-budak. Apa yang kita hukum tu, dia buat je tanpa bantahan. Malam tu, lepas sama-sama sembahyang magrib, dia hulur tangan minta maaf. Aku tanya, kalau lepas ni buat lagi, nak hukum apa pula? Dengan sedih dan lenangan airmata, 'sebat dengan tali pinggang'.
Anak....anak....itu sorang je, orang lain yang anak ramai tu senang je nak urus. Kadang-kadang aku rasa dah bersungguh-sungguh ajar dia supaya berdisiplin, jangan menipu, cakap bohong, jangan degil tapi kurang berkesan. Adakah kerana pergaulan disekolah atau teman-teman sekeliling mempengaruhi? Bila guna cara yang lembut, kekadang dia tak takut pula.......
Bercakap pasal MARAH ni, aku nak share sikit keburukan suka marah. Info dari majalah MIDI.
- Menyebabkan orang kurang senang dengan sikap kita yang panas baran.
- Menyebabkan darah mudah naik dan boleh menjejaskan kesihatan mereka yang berpenyakit darah tinggi atau hipertensi.
- Menyebabkan suasana menjadi tegang dan tidak ceria.
- Menyebabkan kita digeruni oleh kanak-kanak.
nota aku: bila takde mood nak marah, aku pass kat hubby pula....
kak zana, jgn lupa bgtahu kat dia yg akk rotan bkn sebab akk marah. tp sbb nk bg pengajaran kat dia supaya jgn buat lg.. peluk anak jgn lupa lepas bgtau dia sbb kita hukum dia. doa bnyk2 kak.. semoga anak akk dengar kata selepas ni. insyaAllah..
BalasPadamZana,lama kak e tak jalan2 kat siber...
BalasPadam*Sedih pulak bila baca n3 ni... Budak2 memang camtulah... dia akan belajar daripada kesilapan dia... bersabar ya...
eQueen...insyaAllah!
BalasPadamkak-e, sibuk betul kak-e skrg ye? takpelah, yg penting hubungan kita tak putus...t.kasih kak-e, budak lelaki mcm tu le perangainya.
BalasPadam