Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
Dari mana harus ku mula bicara? Sayu dan pilu hati ini mendengar kisah anak yatim kehilangan ibu tercinta. Rasa di siat-siat, dirobek dan dicincang lumat namun tak mampu ku lahirkan dengan air mata. Hanya doa ku pohon moga mereka (anak-anak) dapat bersabar dengan dugaan yang Allah turunkan.
Cuba kita letakkan diri kita seperti anak-anak ini. Hidup....sudahlah miskin, kais pagi makan pagi. Adik beradik ramai lebih kurang sembilan orang. Arwah ibu tidak berkerja tetap dan ayah pula hanya pekerja biasa, gaji tak sampai seribu. Nasib baik rumah yang di duduki di atas tanah sendiri walaupun tidak sesempurna jiran keliling.
Ibu mereka ketika masih hidup menjual kuih, kadang kala pergi menoreh. Hantar dan ambil anak disekolah dengan motor saja. Makan apa yang ada, kadang kala selepas habis kenduri rumah jiran, ibunya bawa pulang makanan untuk anak-anak, masa tu la agaknya hidangan mewah mereka. Pakaian di tubuh tak seindah anak-anak kita. Dulu-dulu sebelum aku pindah ke Sabah, sering juga bawa balik baju-baju dan kasut yang tak diguna. Boleh juga sedekah kat mereka.
Itu tak jadi masalah pada mereka, alah bisa tegal biasa.......mulut orang keliling yang buat dia tak tahan menanggung sengsara. Macam-macam yang aku dengar, mereka dikata nista. Mentang-mentang mereka miskin harta, suka hati je orang menginjak hidup mereka. Walaupun miskin tak sempurna dan sebagainya, anak-anak ni bijak dalam pelajaran. Sekarang ada yang dah status pegawai, lulusan U dan sebagainya.
Saat ibu mereka meninggal juga tiada saudara mara yang membantu anak-anak ini. Apa yang ku dengar memang benar-benar buat ku terpanggil untuk menulis di sini. Usahlah kita memandang orang seperti ini dengan sebelah mata kerana kita tak tahu lagi nasib kita kemudian hari nanti. Allah maha adil lagi mengasihi. Pasti ada balasan kalau tidak di dunia, di akhirat pula.
Tidak adakah belas kasihan dihati saudara mara mereka? Sedangkan kita yang tiada apa-apa hubungan pun, si miskin ni menganggap kita sebagai saudara sendiri. Tidak malukah saudara itu?
Aku berharap sangat, selepas pemergian ibunya, nasib anak-anak ini terbela. Masih ada yang kecil belum bersekolah lagi. Akan ku lawat juga nanti bila kami pulang berhari raya, insyaAllah.
Entry kali ni bukan ku tuju pada mereka yang tertentu saja tapi peringatan pada diri ku juga.
'Sayangilah anak-anak kita lebih lagi anak yatim'
nota aku : ada masa terluang baca kat di sini
Semoga Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga... Amin.
BalasPadamInsyaAllah, t.kasih Ijan..
BalasPadam