my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Macam-macam hal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pernah dapat sms dari bapa, pakcik, abang atau saudara mara terdekat dan jauh? Mestilah ada tapi pernah ke dapat sms dari pakcik yang tidak kita kenali? Rasanya dah ramai terkena macam ni dan aku juga dah beberapa kali terkena.

Mulanya dapat sms tu, hati ni tertanya-tanya juga, siapa pula 'pakcik' aku yang kena tangkap, dok dalam lokap? Sms berbunyi......'Ni pakcik guna kad orang, tolong isikan pakcik top up RM30 di number baru pakcik. Ni nombor dia 0128354420, pasal pakcik ada kes di balai polis. Boleh tak cepat sikit beli'

Aku ni yang agak-agak lurus bendul, pergi la tanya orang tu, orang ni.......kita ada ke pakcik guna nombor ni? Hubby kata jangan layanlah! Nak mengena la tu.....cantik muka dia? ingat senang-senang kita nak top up pada orang yang kita tak kenal?

Cakap pasal top up ni satu hal. Baru masuk RM10, belum sempat guna, dah lesap dah.......hari tu hubby ku nak talipon nenek dia di London. Taknak guna celcom sebab nenek dia biasa guna maxis, pergi la top up, kononnya nak talipon esok hari. Bila nak guna keesokkanya, kredit zero?? Aku cakap kat dia, baik awak langgan celcom yang bulan-bulan RM5, dah tentu kita dapat guna berbanding dengan menopap selalu, lepas tu duit burn, sepatah pun tak dapat cakap.

hurmm...macam-macam hal, takut anak salah guna line talipon, tu yang taknak langgan tapi kira dah rugi juga ni.....

2 ulasan:

  1. alahai nasib tak baik ek minggu ni..nenek hb duk kat london ker?

    kat sini pun susah nak cari petai..kalau ada pun mahal..

    BalasPadam
  2. Kak Ina...nenek/atok dia mmg selalu ulang alik London sb ada rumah disana, skrg menetap di JB.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)