my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Daging Dendeng

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Bosan nak masak apa? Semalam aku keluarkan daging dari peti, puas fikir nak masak apa. Gulai kawah jemu, bersantan bagai. Sudahnya aku search internet dan jumpa resipi ni. Sebenarnya biasa je masak kicap ni tapi entah kenapa dia letak tajuk Daging Dendeng.

Sumber ditulis dari Chef Wan, maaf la kerana lupa kat mana ambil resipi ni, apa punya minda. Baru semalam print dah lupa hari ni.....

DAGING DENDENG

Bahan-bahan:

1 cwn + 3 sudu besar minyak masak
1 kg bawang besar, dikupas dan dihiris-hiris
2 cm halia, dikupas dan diparut
5 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris-hiris
100 gm cili kering, kisar
1 kg daging lembu batang pinang dihiris 6mm tebal
1 1/2 sudu besar kicap pekat
2-3 cawan air asam diperah dari 45 gm asam jawa
2 sudu besar gula (saya guna gula melaka)
garam

Cara membuat:

Panaskan 1 cwn minyak masak dan goreng bawang besar, halia dan bawang putih selama 5-7 minit. Keluarkan dan kisar kasar.

Di dalam periuk bersih, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis cili tumbuk. Tambah daging dan pes bawang besar, halia dan bawang putih.

Campur kicap pekat dan goreng selama 15 minit.

Masukkan air asam, tambah gula dan garam. Renihkan di atas api kecil sehingga kuah agak kering.

Hidang dengan roti jala atau nasi.

nota aku: daging masak mcm ni tahan lama, simpan dlm peti, bila nak mkn panaskan je....

2 ulasan:

  1. Nampak cam masak kicap...Emmm mesti sodap giler ni..makan pulak gan nasi panas2...pergh!!! tak cukup...

    BalasPadam
  2. daging masak kicap memang sedap..

    akak dulu pun pakai piknik tu nak cantikkan gambar..tapi skrg guna photoscape pulak

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)