my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Betul la...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari minggu memerap kat rumah sambil menjelajah internet walaupun line slow gila. Cuaca gelap diluar ketika ini, jam menunjukkan hampir 4 ptg. Kejap lagi nak keluar pergi rumah makcik sambil bawa barang 'dagangan' kami (kuih frozen dan madu)

Alhamdulillah, rezeki Allah beri, syukurlah kami tidak kesempitan tika tengah bulan begini. Tempohari ada update tentang hubby ku kehilangan jam tangan dan handphone. Tapi semalam, rezeki datang tergolek, en.hubby dapat jam tangan baru pula dari pakcik dia. Aku pula dapat tempahan kuih frozen dari makcik ku. Madu pun boleh tahan laku, ada orang order 10 botol lagi.

Betul la orang kata, sekiranya kita hilang sesuatu yang kita sayang, mungkin Allah nak ganti yang lebih baik dari itu. Hubby juga ada dapat job sambilan buat assignment untuk kawan dia yang sambung belajar tapi tak sempat nak buat. Biasalah, orang dah kahwin, mana ada masa nak buat tu semua. Mana anak lagi nak layan, nak masak, kerja pejabat lagi.

Aku harap rezeki kami ni berterusan hendaknya. Seiring dengan doa kami setiap kali lepas solat. Teman-teman juga, terima kasih kerana sering berkunjung keblog ku yang tak seberapa indah ini.
Terima kasih kerana menjadi peneman ku kala sepi..........


nota ku: terima kasih ya ALLAH..

2 ulasan:

  1. Kadang2 betul seperti yg dikata, jika kehilangan sesuatu, mungkin Allah gantikan dengan sesuatu yg lain.. jika ada berita buruk, mungkin ada berita baik yg akan menyusul... :)

    BalasPadam
  2. ye la Ijan, kena bnyk sabar kita ni, tak boleh cepat melenting atau kecewa, ini semua kehendaknya.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)