my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label Gunung Kinabalu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gunung Kinabalu. Papar semua catatan

Nak daki Gunung Kinabalu?

Salam sejahtera, entry ini atas permintaan seorang blogger yang bertanyakan tentang gunung Kinabalu. Mungkiin dia berhajat mendakinya dalam tahun ini. Jadi, kak pb sudah pun cuba bertanya pada kawan kak pb, seorang guru yang telah pun mendakinya tahun lepas kalau tak silap. Adik Botak ni nakkan entry tentang gunung Kinabalu, akak cuba usahakan ni.

Sebenarnya seorang lagi kawan kak pb dah pun mendaki bersama suami dan teman2nya. Mungkin adik BOTAK kenal atau tidak, Puan Azza Cr Sedetik hati. Boleh tanya lebih lanjut pada dia di blog atau facebook. Mana tau ada benda2 yang di perlukan ketika mendaki tu.


Ini kak pb copy paste dari fb kawan. Untuk mereka yang nak naik gunung, boleh buat persediaan awal.

Pakaian
1. glove tebal
2. selendang untuk lilit leher
3.jaket @ sweater
4. kasut yang mahal..takut koyak @ melecet kaki susah tu..ni paling penting ..sebab kita bergantung pada kasut..kalau kasut koyak atau tak sesuai dengan kaki, melecet habislah.... nak jalan susah...
5. sarung kepala macam eskimo..bagus macam perompak punya yang nmpak mata dan mulut saja, (jangan korang buat merompak sudah!) sebab tak sejuk muka dan telinga..selain tu boleh tutup telinga dari bengang sebab tempat tinggi.
6. baju hujan
7. bawa pakaian lebih takut hujan @ basah

alatan
1. tongkat - yang ni boleh beli sebelum naik kot
2. lampu yang dikepala..macam orang motong getah

makanan
1. bawa coklat..sebab beri tenaga..kalau makanan berat nanti cepat letih
2. minuman tenaga seperti redbull, livita, 100plus

ubatan
1. minyak angin
2. bandage
3. plaster

Kalau nak lebih puas hati sebelum naik gunung tu, lihat dulu gambar mereka yang dah pergi. Adik Botak boleh tengok kat SINI dan kak pb kongsi 2 keping gambar yang agak menarik di puncak gunung dari Nazrin.....dengan izinnya.



kita yang tak mampu mendaki, tumpang gembira je orang lain sampai atas tu.....


Boleh juga layari blog Sedetik Hati untuk melihat gambar-gambar menarik dan pengalaman beliau ketika mendaki. Di facebook pun ada gambar....tengok sini

Selebihnya, korang boleh tanya kat pakcik google kesayangan korang ye....dia sedia menjawab dengan ikhlas hati, tak pernah marah.