my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Selamat menyambut tahun baru 2009

Gambar ketika dlm penerbangan ke Sabah tempohari



Selamat menyambut tahun baru pada mereka yg sering mengunjungi blog ku dan teman2 yg baru ku kenali. Apa yang korang buat ye di malam tahun baru ni? Bersiar2 di malam hari bersama kawan2 dan famili atau menunggu percikan bunga api pd 12 mlm di tempat masing2.


Bagi ku, tiada beza tahun baru dgn hari2 biasa. Hanya pertambahan usia makin meningkat, penghijrahan ke tempat baru dan pengalaman hidup di rantau orang. Moga tahun 2009 memberi sinar yg lebih terang dlm hidup kami. Amin.......


Seharian ni, belakang tengkok ku sakit yg teramat sangat. Kata orang 'salah tidur', sehinggakan apa saja yang ku lakukan hari ni, semuanya tidak selesa. Siang tadi kami ke Tanjung Aru berdua saja tanpa di temani. Saja ku paksa suami biasakan memandu sekitar KK. Sampai juga kami ke Tg Aru............cantik pemandangan di sana. Kelihatan dari jauh kepulauan Manukan. InsyaAllah, ada masa nanti kami akan ke sana bercuti.


Petang pula, suami buat temu janji dengan kawan sekuliahnya dulu. Janji berkumpul di Centre Point. Riuh rendah restoran mamak tu dek suara gelak tawa mereka bertiga. Aku dan isteri2 pd kawan suami ku hanya tumpang sengih melihat keakraban mereka. Satu hari nanti mungkin kami akan adakan 'family day' di suatu tempat peranginan yg indah untuk merapatkan lagi hubungan sahabat2 karib ini.

Dalam penerbangan ke Sabah.............

Masuk rumah baru dan sembahyang hajat




25hb (krismas tempohari) adik ipar ku masuk rumah baru dia, jadi ada majlis masuk rumah baru serta sembahyang hajat sekali untuk kami yang akan berangkat ke Sabah. Mak dan ayah mertua ada sama serta keluarga sebelah adik ipar ku berkumpul ramai2.


Seronok tengok orang masuk rumah baru. Semuanya lengkap, tak macam kami dulu. Kosong je rumah, yang ada cuma tv kecil dan dapur gas. Majlis bermula selepas magrib.




Sepetang di Sutera Harbour

28hb Dis.

Sehingga hari ini kami masih menumpang di rumah mak saudara sepupu suami ku. Penempatan tempat mengajar suami tidak pasti dimana. Jadi, semua rancangan mencari rumah sewa tertangguh.

Dalam pada kami menyesuaikan diri dengan cuaca yang panas di KK ni, sempat juga makcik suami ku membawa kami ke Sutera Harbour. Boleh juga release tension. Budak2 pula seronok mandi manda, tambah Aziz memang suka suasana begini.

Pemandangan yang indah, di kelilingi kapal2 berlabuh dan anak2 ikan yang jelas di air. Sempat berposing sementara menunggu senja. Kedua pakcik dan makcik pula minta di hidangkan air dan makanan ringan di tepi kolam. Terasa seperti aku melihat drama di tv, makan dan minum di tepi kolam renang. Bukan tak pernah mengalami sebelum ini tapi dah lama tak bersantai begini. Kena pulak fikiran tengah berserabut memikirkan dimana kami akan tinggal, rumah sewa, pindah barang lagi, daftar sekolah anak dan macam2 hal.

Oh ye, gambar tak dapat nak upload sekarang ni, masaalah laptop ni kot, sakit hati betul......
Mungkin nanti aku cuba guna pc lagi satu yang masih dalam kontena tu.

Maal Hijrah ku di perantauan

Kepada semua umat Islam, selamat menyambut Maal Hijrah. Semoga tahun baru ini kita meningkatkan azam untuk lebih maju dari segala segi. Mudah2an kita diberkati olehNya, di beri petunjuk kejalan yang di redhai.

Tekad ku pada tahun baru ini, insyaAllah apa yang kami rancang dan impikan akan menjadi kenyataan. Walau berada jauh di negeri orang, aku tak pernah lupa pada keluarga di seberang lautan dan mengharapkan doa dari ibu serta kedua mertua agar kami di sini selamat menjalani kehidupan seperti biasa.

Bersatu menuju wawasan..................

abg ipar belanja makan

Tempohari sebelum krismas, abang ipar ku belanja kami makan di sebuah restoran sekitar BBB.
Menunya tomyam, ikan siakap masak tiga rasa, sayur kailan campur ikan masin, ayam goreng halia, udang goreng salut tepung dan sup fish ball.

Hai.......macam mana nak kuruskan badan ni? Akhir2 ni asyik makan luar je..........nak tolak, nanti orang kata apa pula. Tak makan, rasa rugi. Tapi malam tu aku kurangkan makan nasi dan lebih meratah lauk. Hemm....tak jalan jugak..........

Jumpa teman baik suami

Pagi, kami ke uitm kerana makcik nak jumpa anaknya. Terpaksalah ikut sebab kami tak tahu jalan di KK ni. Baru aku terasa panas terik di sini. Betul kata abang ipar ku, di KK cuaca lebih terik dari KL. Mungkin berdekatan dengan laut, angin laut memang berbahang.

Hati tertarik melihat keindahan tepi laut (tak tau lagi nama tempat) juga kelihatan kapal-kapal berlabuh. Mungkin akan jadi tempat kami bersantai satu hari nanti.

Petang, kami ke One Borneo, janji dengan budak2 tu nak main di playground kat sana sambil aku dan suami berjumpa dengan teman lama dia semasa di universiti. Saat bertemu memang menggembirakan dan terasa lucu juga kerana aku terpaksa pasang telinga betul2 bila berbual dengan dia. Loghat sabah yang pekat buatkan aku pening dan kekadang aku biarkan saja mereka bersembang. Sekali sekala aku tumpang gelak (mana yg aku faham). Macam-macam cerita yang keluar dan berbagai perancangan mereka berdua.

Ok......nanti sambung lagi.......nak sarapan dulu..

Dunia baru

Salam..........

Banyak cerita sebenarnya yang ingin ku kongsi di sini tapi susah betul nak upload gambar beberapa hari ni. Tertangguh lagi................

Kami sekeluarga telah pun berada di negeri Sabah dan menginap sementara di rumah mak saudara sepupu suami ku. Alhamdulillah semuanya selamat. Cuma penempatan rumah dan tempat mengajar suami je yang belum pasti. Mungkin sehari dua ni dapat tau.

Dalam pada excited berhijrah ketempat baru, ada juga peristiwa kecil tentang kepala gear kereta kami hilang dalam perjalanan ke sini. Mesti kerja budak2 kat pelabuhan tu.........suami pula tak perasan benda tu takde masa dia hantar kereta. Jadi, tadi kami round di KK mencari ganti kepala gear yang baru. Aircond kereta pun buat hal, padahal dah habis lima ratus tempohari masa service. Ni kes kena tipu la ni.............

Ok, nanti free sambung balik......
Malam sebelum Krismas tempohari, abang ipar ku belanja makan di sebuah restoran. Mungkin sebagai jamuan perpisahan kerana sejak sibuk2 pindah barang ni, aku tak terlintas langsung nak buat jamuan perpisahan dengan keluarga ku.

Tak kering gusi!

Majlis dipihak perempuan juga berjalan dalam suasana yang meriah. Kemesraan jelas kelihatan diwajah kedua-dua pihak walau kali pertama bertemu. Cincin merisik dan tunang disarung sekali, memudahkan kerja kami. Perbincangan soal hantaran dan sebagainya juga tiada masaalah. Janji di ikat, tali silaturrahim tersimpul rapi, insyaAllah akan terlaksana majlis pernikahan selepas setahun bertunang.

Saat bertukar dulang hantaran memang riuh dengan gurau senda dan gelak ketawa kami sekeluarga. Inilah yang akan aku rindukan bila berjauhan nanti.
Barang hantaran dari pihak perempuan yang telah di susun di rumah kakak. Dengar-dengarnya bakal pengantin buat sendiri sirih junjung tu...........


Bertunang

Tempohari tak sempat nak upload gambar majlis pertunangan anak saudara. Majlis berjalan dengan lancar disertai doa selamat oleh ustaz ditempat kami. Dihidangkan soto ayam, karipap sadin, pemanis mulut dan lain2.
Dia orang ni (keluarga ku la....) kalau pasal makan memang tak tolak, tak rugi jemput kerumah. Siap sound.........nak keluar gambar kat blog, keluar la.......tak kisah......huhu....saje nak glamer.....

Anak saudara ku yang bertunang tempohari dikelilingi sebahagian drp sepupu-sepupunya. Siksa nak suruh dia bergambar, lepas tu suka buat muka herot sana, herot sini..........

Hemm....dah nak kahwin dah anak saudara ku..........tak sangka, kecik2 dulu aku dukung dan jaga (masa tu takde kerja), dah nak berbini rupanya!!



Barang2 hantaran anak saudara ku, maknya yang buat sendiri. Rajin betul, kalau aku memang tak sanggup. Mana nak masak, mana nak uruskan barang2 hantaran lagi.



Kawan lama bertemu kembali

Tadi siang kawan lama ku yang sama2 kerja dulu datang kerumah bersama isteri dan anak2nya. Lama kami tak jumpa sejak aku berhenti kerja tahun 2002. Dah besar anak dia, rupanya anak murid suami ku juga. Isterinya kawan ku juga tapi lain department. Tak berubah mereka ni, masih seperti dulu. Mesra dan sopan santun..............

Kami berbual tentang masa lalu, masa depan dan perkembangan politik serba sedikit. Suami ku pula memang suka kalau cakap pasal politik ni. Tapi tajuk perbualan yang sebenar tentang ubahsuai bilik air rumah ku yang rosak sedikit. Kawan ku ni sejak berhenti kerja, membuat kerja sendiri, mengecat, baiki rumah dan lain-lain.

Sebelum ni suami ku nak buat sendiri mengecat dapur dan dua bilik tapi aku cadangkan suruh kawan ku ini yang buat semua. Tak payah nak penat2kan diri. Nanti di Sabah nak memindahkan barang ke rumah baru, lagi banyak kerja. Kesihatan kena jaga juga. Jadi sebelum berangkat nanti, harap2 dia boleh siapkan kerja. Kalau tak pun, adik ipar ku yang akan ambil alih memantau kerja2 pembaikkan ni.

Majlis pertunangan anak saudara

Majlis berlangsung dari pukul 2 petang di rumah kakak dan pihak perempuan pada pukul 3.30 petang. Gambar akan di upload nanti kerana sekarang ni celcom 3G bermasaalah dari malam tadi.

Tunggu...........

Kepenatan, selsema

Rasa nak tercabut segala tulang temulang kami semalam. Pihak pengangkutan datang untuk membungkus barang2 yang perlu dibawa pindah. Sebelum mereka sampai, kami berdua dah selesaikan mana yang patut dibawa. Walaupun rumah kecil, barangnya banyak. Itu pun banyak lagi barang yang kami tak bawa.

Dari tengahari sebelum zohor hingga ke azar baru selesai tugas membungkus dan mengangkat kedalam lori. Dah jadi padang bola rumah kami ni, dengan takde tv, dapur masak pun kena angkut. Selepas asar, kami bergegas ke restoran untuk mengisi perut yang berkeroncong. Kemudian cari heater untuk masak air.

Letih teramat sangat sekarang ni, selsema pula menyerang. Malam tadi adik ipar datang mengambil barang yang kami tak perlu bawa. Karpet, pasu bunga, mug2, buku2 dan sebagainya. Hari Ahad nanti ada lagi sebahagian yang akan diangkat oleh adik ipar ku. Senang sikit nak basuh rumah kalau dah kosong. Sebab rumah kami akan di sewakan pada jiran disini. Ada juga bahgian bilik air yang akan di baiki seperti pintu dan paip air.

Tak sabar rasanya nak selesaikan semua ni.............

Esok pula ada tugasan dirumah kakak. Anak saudara akan bertunang. Aku nak bantu kakak apa yang patut. Mungkin seharian disana. Eloklah pun, kat rumah ni bukan ada apa2 yang nak di masak. Dapat juga tumpang makan kat rumah kakak. Dah jimat sikit.........

lain dicari, lain dibeli

Asal tujuan kami semalam nak ke Mid Valley. Tak tau le apa yang nak dicari suami ku. Ikutkan hati memang malas, tapi bila dengar kakak ku kata semalam Sogo ada 'sales', wah......tunggu apa lagi? Tujuan nak ke Mid Valley pun lupa, terus ke Sogo.

Tiba disana orang masih belum ramai. Mata ku tertumpu di bahgian baju wanita. Tapi hampir sejam mencari dan mencuba baju2 disitu, hati masih belum berkenan. Setiap kali ke Sogo, walau offer kain baju murah2, aku tak pernah beli. Entah kenapa, citarasa ku tak sesuai disini. Mungkin kerana fesyen yang ku cari tak jumpa, bila jumpa, takde saiz pula.

Sudahnya...........suami ku pula yang beli baju dia. Aziz pula dapat sehelai, botol air jenama 'Ben Ten'. Aku pula memilih bedak compact baru, yang ada hampir habis. Kopak jugak la dalam seratus lebih. Suami kata takpe, hadiah sempena bonus dia.........hehe....kalau setiap bulan dia dapat bonus, kan best.............
Budak yang merungut letih tunggu ibu dan ayah dia shopping tadi, kini senyum lebar, tak sabar nak balik main dengan kawan dia.

Bukan nak menunjuk apa yang kami beli pada orang luar tapi gambar beg di atas ni adalah hadiah dari suami untuk ku. Taklah mahal sangat dan bukan jenama guess yang berharga tiga empat ratus. Sekadar berkongsi cerita tentang suami yang memang suka membawa ku dan anak berjalan sambil membeli apa yang dah lama kami tak beli. Kalau di fikirkan dulu memang aku tak pernah terniat nak dapat ini semua. Aku pula jenis orang yang suka hidup serba serbi sederhana, ada takpe, takde pun tak apa.........

Lumrah manusia, suka yang baru tapi bagi ku, tetap sayang yang lama walau ianya buruk dan ketinggalan zaman.



KL yang akan di tinggalkan!!


Walaupun aku tak suka shopping atau masuk bandar yang sibuk macam KL, tapi rasa sayu juga nak meninggalkan tempat yang banyak meninggalkan seribu kenangan.


Teringat waktu remaja dulu, beramai2 kami meredah kota ini dengan berjalan kaki dari sebuah bangunan ke sebuah bangunan. Menonton wayang, lepak di dataran, makan di fast food...........


Bila dah berkerja, masih juga janji dengan kawan2 kalau nak turun KL. Transport tinggal ditempat letak kereta dan kami menaiki komuter. Seronok kalau pergi sesuatu tempat yang jarang kita lalui. Macam2 kerenah kawan2 yang boleh dijadikan bahan cerita atau ketawa bila di ingat kembali.


Teringat waktu tengok konsert rock (lupa kat mana) dengan adik perempuan ku. Masa nak pergi tak fikir langsung nak balik dengan apa. Lepas konsert mula menggagau cari teksi, sampai rumah jam 1 pagi. Tapi dulu-dulu tak risau sangat tentang bahaya kat luar sana. Emak pula sporting, asal bagitau nak kemana, dia ok je.............


Sekarang ni, bila jalan2 tu aku lalui semula, kami akan mengungkit kembali kisah lama. Suami pun ada kisah tersendiri sewaktu menuntut disini. Asal hari minggu je, mula mengukur jalan di KL, sampai malam baru balik.

Itu dulu...........tidak sekarang ni. Aku dan suami kurang minat menempuh kesesakan yang sentiasa menyesakkan dari pagi hingga malam.......

Semua tinggal kenangan yang akan tersemat dihati untuk selamanya....................

Cicakman dan hamster


Sepeninggalan kami balik kampung tempohari, rupanya hamster Aziz beranak tiga ekor. Eeiii.......gelinya.......badan lembik, tergolek2 dalam sangkar. Risau juga kalau2 ibunya taknak jaga atau dimakan oleh bapanya.
Tapi nasib baik ibu dia sayangkan anaknya. Digonggong kesana kemari. Kesian aku tengok bila ibu dia naik roller yang berpusing ligat tu, dibawa sama anaknya sampai terpelanting kebawah dibuatnya. Seronok juga dalam geli2 tu.........gelihati tengok perangai binatang ni, bila dia menggaru dan membersihkan badan, lucu sangat!!

Tapi sekarang Kiki dan Hary takde kat rumah. Adik ipar ku pula yang bela. Tadi dia datang dan berkenan pula tengok dua ekor tu. Sedih juga Aziz nak berpisah dengan hamster dia tapi nak buat macam mana. Kalau ada rezeki nanti akan kami ganti yang lain.





Pukul 3 pm tadi kami pergi menonton Cicakman 2 - Black Planet. Ramai orang, hinggakan tempat duduk belakang dah habis. Terpaksa ambil seat depan, baris kedua dari depan. Apa lagi..........mendongak la kita orang............best jugak cerita ni. Tak la seboring menonton Senario tempohari. Paling aku suka watak AC dan Adlin, tapi tak banyak. Ada juga part yang boring.

Kalau bab lawak, Apek memang superb cuma bab sedih kurang 'feel'..........


Cicakman kali ni lain sikit sebab berwatak Islamik. Ada dialog 'assalammualaikum', 'Allahuakbar' dan seumpamanya. Err.....tak tau nak bagi berapa bintang.......4 kot!!

letih dan rasa sedih....

Dua hari ni kami sibuk mengemas rumah, masukan barang dalam kotak, menyusun dan membuang barang2 yang tidak di perlukan lagi. Kalaulah ada orang datang, berserak gila........nak buat macam mana kan? orang nak pindah...........gitu le...

Rasa sayang pula nak tinggalkan setengah barang yang meninggalkan kenangan pada kami. Dulu rumah ni kosong je, hanya ada tikar, tv kecil dan kipas. Nampaknya selepas pindah ni kami akan hidup seperti dulu semula. Mudah2an semuanya berjalan lancar di sana nanti.

Dalam pada sibuk menguruskan perpindahan kami ni, hati ku tersentuh juga. Rasa macam takde orang kisah pun aku nak pindah dan tiada di depan mata mereka. Jiran sebelah rumah ni aku tak rapat sangat. Kawan2 yang kerja sama dulu, dah lama tak kontek. Cuma seorang je yang aku hubungi tempohari, itu pun belum sempat jumpa.

Entah kenapa kekadang aku rasa seperti merajuk, tapi tak tau dengan siapa aku rajuk. Mungkin ada sorang dua yang buat ku kecil hati tapi aku dah maafkan. Namun jauh di sudut hati ni, tetap terkilan...............orang yg pernah rapat dengan ku dulu tak pernah ambil tahu tentang diri ku sekarang. Mungkin semua orang sibuk dengan tugasan masing2 hingga lupakan aku.

Sedihnya rasa kalau kita takde teman rapat atau kawan karib yang boleh di jadikan tempat mengadu sewaktu susah dan senang. Macam suami ku, dia ada seorang teman rapat dari U lagi hingga sekarang masih berhubung. Waktu kesempitan dan ada masaalah, teman dia ada membantu begitu juga suami ku, cakap je.........kalau diizinkan Allah dia tak pernah menolak untuk membantu. Tapi aku tak jumpa lagi kawan yang sebegitu.............mungkin aku tak sebaik orang lain agaknya. Itu sebab orang pun berat hati nak buat ku sebagai teman rapat...........atau aku yang keberatan nak rapat2 dengan orang lain kerana aku susah nak percayakan orang. Pengalaman lepas mengajar ku agar berhati2 dalam persahabatan. Ada kawan yang rapat dengan ku semata2 kerana 'wang' atau sebab2 tertentu.

Apa-apa pun aku ada suami yang setia menjadi 'teman' dikala susah dan senang. Alhamdulillah, syukur................

Tapai pulut mak mertua



Dah beberapa hari nak upload gambar tapai yang mak mertua ku buat tapi tak kesampaian kerana masaalah tertentu. Dia buat tapai ni 2 hari sebelum raya haji. Asyik hujan je, daun pisang belakang rumah pun tak dapat di cantas. Mak kata, kalau nak buat tapai pulut, daun tak boleh di layukan dengan api, kena jemur tengah matahari terik. Macamana nak jemur kalau dah hujan seharian............


Aku cadangkan mak isi tapai tu dalam bekas taufu fa. Lepas ni mak tak payah susah payah pergi tebang daun pisang. Cara ni lebih mudah dan cepat. Kalau guna daun, nak kena cari lidi, nak kerat daun pisang, berserak satu rumah.


Mak mertua ku memang cekap buat tapai pulut. Tak sah kalau raya takde tapai buatan mak mertua. Penat macamana pun, dia mesti nak buat untuk tetamu dan yang penting untuk anak2 dia yang pulang beraya.
.

Tak sangka....

Gembira dihati...

Rasa hati tak sabar nak sampai ke KL, nak tengok rumah kami yang lama di tinggalkan. Pilu pun ada kala meninggalkan Tomy di kampung dalam keadaan sakit (muka bengkak, kena gigit binatang kot)

Dalam kereta, bila ku imbas saat bersama Tomy pada suami, Aziz menitiskan air mata kerana terdengar perbualan ku. Kami menangis bersama...........terbayang dan terdengar2 suara Tomy mengiau menyambut kepulangan kami bila membuka pintu rumah.

Dalam perjalanan ke KL, cuaca tidak panas sangat dan hujan pun tidak. Alhamdulillah, tiada halangan yang melintang. Ketika singgah makan di KFC Raub, Pahang.................tak sangka boleh terserempak dengan teman sekolah suami ku, Budiey yang glamor tu!! Mula2 suami beritahu ku, tak percaya, mungkin salah orang. Aku suruh tegur, dia pergi dan memang betul, dia orangnya. Cuma dia dah tak berapa kenal suami ku, katanya berbeza sangat (dah montel berbanding dulu). Sebelum pulang kami bersalaman dan bertukar nombor talipon. Sebenarnya aku cuma nak bersalam dengan bakal isteri dia je tapi bila dia hulur tangan, takkan nak biarkan? Nanti menjatuhkan air muka dia pula.........

Hairan juga memikirkan Budiey tu..........dulu kata suami, ambil course yang tiada kena mengena dengan media massa.

Tiba di lebuhraya MRR2, jalan jem gila..........mata pula makin mengantuk......hari makin gelap. Risau, takut tak sempat magrib di rumah. Tapi akhirnya 7.30 pm sampai dan berkejar solat dulu.

Leganya...............

Suasana 'korban'











Gambar2 di atas ni di snap oleh suami ku. Rasanya tak perlu ku jelaskan apa2 lagi apa aktiviti mereka. Cuma berbeza suasana kampung dengan bandar cara pembahagian daging. Letih semalam tak hilang lagi.
Di bandar tempat ku, hari raya adil adha tidak semeriah di sini. Maksudnya, selepas pembahagian daging pada para penduduk, tiada majlis makan2 seperti di Kelantan ni.
Semalam, selepas daging yang masih baru sampai ke dapur rumah kami, sudah melepasi waktu zuhur. Jiran2 di jemput datang kerumah selepas asar, di hidang dengan masakan daging masak kicap, daging goreng dan sup tulang. Naik kembong perut, segalanya daging..........sana sini daging......




Tag dari lieahashim

Si liea ni.........nak kena tau!! Orang sibuk raya, dia tag kita pulak................


1.The last persons who tagged you are
yanie rahman
2.What is the relationship of you and him/her
takde apa2 pun, teman ebi fan club
3.Your impressions towards him/her
klaka
4.The most memorable things he/she had done for you
belum lagi.........
5. If he/she become your lovers, you will...
tak mungkin sb dah ada cik abe......
6. If he/she become your enemy, you will...
maafkan aje....
7.If he/she become your lover, he/she has to improve on his/her
jgn berpura2
8. If he/she become your enemy, the reason is...
mulut kot?
9. The most desirable thing to do on him/her is?
tiada
10. The overall impression of him/her is...
gila-gila kot
11. How do you think the people around you will feel about you?
mesti org ingat sombong sb kakzana ni pendiam dan pemalu......hehe...malu ke?
12. The character of you for yourself is?
biasa je, mcm org lain.......takde la baik sgt....
13. On contrary, the character you hate of yourself is?
cerewet
14. The most ideal person that you wanna be is?
sape ek?? kalo boleh macam isteri nabi, Khadijah..........
15. For the people who likes you, say something to them.
doakan yg terbaik
16. 8 people to tag:
taknak tag la.........bg chance dia org rilek......
17. who is no. 2 having a relationship with?
tiada jwpn
18. Is no. 3 a male or a female?

19. If no. 7 and no. 8 were together, would it be a good thing?

20. How about no. 5 and 6?

21. What is no. 1 studying about?

22. Is no. 4 single?

23. Say something about no. 2.


sorry ye liea!! yg bwh2 tu tak jwb sb takde sape akak nak tag. ni pun kira ok dah jwb ni.........
lain kali soalan mcm ni (mcm nk jwb kertas spm je......) sesuai utk para remaja mcm korang!!
akak tak masuk list.......huhu.....tp takpe, just for fun..........

Korban

teman yang setia

Imbas kembali kata yg diucap,
Ingat kembali janji yg dkata,

Imbau kembali masa yg berlalu,
renung kembali hati yg terguris,

Izinkan ku memohon maaf...utk lisan yg tak terjaga,
janji kata yg terabai,

hati yg berprasangka & sikap yg pernah menyakiti.

SALAM AIDIL ADHA
MAAF ZAHIR & BATIN.

Daripada :
Mohd Zin Bin Othman
Hasnah Binti Mohd Noor
Muhammad Zikri Thaqif Bin Mohd ZinZafirah Husna Binti Mohd Zin

Teman yang tak pernah jemu menghantar email pada ku. Dah lama dapat tapi tak berkesempatan membacanya, terima kasih kerana mengingati diri ku dari dulu hingga sekarang walau hanya melalui alam maya.

Raya.....raya juga, tapi.....

Pada isteri2 yang seronok melayan tetamu datang, jangan lupa dengan anak2 anda di luar sana. Tolong tengok2.......takut mereka main air banjir ke, main kat parit ke atau sungai.

Kalau menonton tv tu, jangan terlalu leka sampai lupa apa yang di masak kat dapur tu.........kang hangus pulak........saje nak ingatkan diri sendiri juga ni.............

Ketupat daun palas


Ketupat pulut daun palas, kesukaan ku bila hari raya aidiladha menjelma esok. Terkenal di pantai timur dan wajib ada dalam setiap rumah. Tapi aku tak pernah tengok bagaimana cara ia di buat. Apa yang penting, setiap kali raya di sini, mak mertua mesti tempah banyak untuk kami sekeluarga.

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Mungkin terlewat sedikit nak ucap selamat hari raya aidil adha pada semua pembaca blog samada yang ku kenal, baru kenal atau yang jengah sekejap2 saja.

Moga dihari mulia ini kita bukan hanya berkorban harta, perasaan, kasih sayang dan lain2 tetapi mengeratkan juga silaturrahim sesama insan. Mengukuhkan lagi jalinan persahabatan antara kawan atau sahabat, adik beradik, ipar duai, pemimpin dan rakyat yang beragama Islam seluruh negara.

Saya berharap dan berdoa, tiada lagi 'korban' dan 'bencana' yang melanda negara kita selepas ini. Tumpang simpati atas nasib mereka yang tidak dapat menyambut aidil adha kerana musibah yang melanda. Bersabarlah, mungkin ada hikmah di sebaliknya.................

Terkenang.........

Hanya keseronokan yg terpapar di wajahnya, ketika mencari barang2 persekolahan tahun satu 2009 nanti. Budak2 macam tu lah............yg dia tau, barang dia mesti lengkap dan cantik mengikut pandangan mata dia.

Jauh beza dengan zaman ku dulu. Kasut dah ada bermacam2 jenama, tak macam aku, kasut kain je............beg pun bukan jenama 'Ben Ten', 'Spiderman', 'Spongebob' dan banyak lagi. Aku dulu tak tau memilih, asal ada, boleh masuk buku..........dah cukup...

Kekadang rasa teringin nak balik semula seperti zaman kanak2. Teringin nak belajar di tadika, ada orang hantar ke sekolah, belajar komputer dan yang penting sekali nak belajar sampai ke peringkat tertinggi. Namun apakan daya...............jalan hidup yg ku lalui tak semudah budak2 zaman sekarang. Seharusnya mereka bersyukur mendapat segala keperluan dan kemewahan. Selalu ku ingatkan Aziz, kena bersyukur dengan apa yg kita ada dan jangan terlalu banyak meminta, biar hidup sederhana asalkan bahagia...........insyaAllah!!

Serunai atau suna.....

Orang Kelantan kata, kuih ni kuih serunai atau dialek kelantannya 'suna'. Jarang dapat jumpa kuih ni disebelah pantai barat. Mungkin di Johor ada yg hampir serupa dgn kuih suna ni, iaitu kuih jongkong (kalau tak silap).

Masa kecil dulu, arwah tok selalu buat, tapi cara bungkus berbeza dan isi dalam pun berbeza sikit. Rasa lebih kurang sama.

Kad raya dari Melurr.....


Baru je terima kad ni dari melurr.......ops!! cikgu azza......cantik manis orgnya. Akak pun nak ucap juga Selamat Hari Raya Aidil Adha pd melurr dan abang..........hati2 bila memandu!!

InsyaAllah jika tiada aral melintang, boleh kita jumpa di Kelantan.

Jogging dlm suasana kampung....

Nyamannya udara pagi di kawasan kampung............saje ku ajak suami berjogging, sejak balik tempohari hujan tak henti. Dua hari ni ok pulak, maka berjogginglah kami sekitar kampung, melalui kubur, sawah dan ladang getah. Nasib baik jalan kampung bertar, kalau tak.........dah tentu kasut penuh lumpur........
Sebelum pergi, sempat ku sambar kamera ku. Suami kata aku 'gila berposing' tapi bukan aku yg berposing. Tengok dia tu, kat rumah buruk yg ditinggalkan pun dia suruh aku ambil gambar. Seram pun ada...........kalau la ada 'makhluk' yg keluar masa tu, wa cabut dulu.........lu tinggal la sorang!!!


Sebenarnya rumah ni selalu jadi bahan gelak kita orang bila balik dari kubur melalui kawasan ni. Adik2 ipar ku kata nak panggil tv 3 atau seekers datang menyiasat. Sape la tuan punya tanah ni? Tak sayang ke?


Huhu.......sempat posing dgn di kelilingi nyamuk. Sebelum tu aku dah meraung kena gigit pacat........suami kata aku menangis macam nampak hantu!! Lantak la nak kata apa, memang aku takut!


Taliair yg penuh air tempohari dah surut.


Buku masakan lagi.........

Cuaca terang hari ni, baju yg tak kering dua tiga hari lepas dah boleh di jemur bawah matahari. Alhamdulillah, tak payah hantar baju ke dobi.
Selepas sarapan pagi, aku mula operasi kemas rumah. Tolong kemas bilik adik ipar lelaki, maklum la orang bujang.............tapi vacum pula buat hal, tetiba tak boleh guna.

Lepas masak tengahari, suami mengajak ku keluar mencari sesuatu. Ingat malas nak pergi tapi kena pergi juga, bantuan buah fikiran ku di perlukan kalau mencari barang. Suami ku nak gantikan vacum yg rosak tu, cari yg murah2 je............

Dah jumpa apa yg dikehendaki, kami takde idea nak kemana. Kebetulan kedai yg kami beli vacum tu berdekatan dengan KB Mall, kesanalah pula meronda. Nak beli buku utk adik ipar perempuan yg akan ambil spm tahun depan.

Kalau dah masuk kedai buku, tak sah kalau tak beli. Pilihan ku, dah tentu buku masakan atau kraftangan. Gambar diluar kulit buku menarik perhatian ku tapi bila dah bayar, aku buka dan lihat didalamnya, aku rasa kurang puas hati sebab takde gambar masakan.

Hanya ada resepi.............nak buat macam mana kan? Benda dah bayar, takkan nak pulangkan.............Bagaimanapun banyak resepi di dalamnya dan bagus untuk mereka yg sibuk dan yg suka masakan simple. Tak apa lah..........berguna juga nanti.........

Telekong dan tudung idaman

Cuaca cerah seharian ni, boleh la jemur kain yg dah 2 hari lembab. Selepas masak utk tengahari, suami mengajak ku ke KB. Nak cari tudung dan telekong utk ku. Tak ramai pula hari ni kat KB, sebelum ke MPKB, kami singgah dulu di kedai buku.Buku Kisah Para NABI, Teladan Bagi Orang Berakal..........pilihan suami ku.
Singgah di MPKB, rambang mata ku m elihat tudung. Bukan tak biasa datang sini. Tapi aku tak boleh tengok tudung banyak2, tak tau nak pilih mana satu.
Semuanya cantik2..........tapi aku suka yg simple dan manis. Warna pun tidak terlalu terang, boleh masuk dgn berbagai2 kaler baju.
Aku pilih 2 helai tudung fesyen terbaru dan sehelai yg biasa tapi tetap manis di mata ku. Itu juga pilihan suami ku...........terima kasih 'ayah' sebab selalu 'memberi' drp menerima.....

Telekong ni katanya kain dari Indonesia, warna krim, cantik pada mata ku. Dah lama tak beli telekong lebih2 lagi yg bersulam begini. Malam ni confirm aku sarungkan ke badan mengadap yg MahaEsa. Terima kasih atas segala nikmat Mu............







Petang hari dlm hujan

Hujan lebat dipetang hari menjadikan semua penghuni rumah kami sunyi sepi, masing2 dlm bilik, apa lagi.........membuta la tu......
Sedang leka aku menonton siri 'Puteri Salju' tetiba tv gelap, ah sudah! takde letrik la ni........bosan menanti, kami bertiga ambil payung sorang satu, turun ke tanah menikmati suasana hujan dan melihat air sungai yg deras laju sekitar kampung.
Kiri dan kanan jalanraya tu, penuh air...........Aziz senantiasa dlm perhatian ku, takut tergelincir, awak tu tak pandai berenang macam bebudak kampung.


Aziz dan kawan2 dikampung, mereka ini lah yg jadi teman bila kami pulang. Dialek kelantan pekat tapi Aziz boleh faham. Sekarang kalau nak main mercun, dia selalu sebut 'bedil'.......
org kampung mesti gelak tgk kita berposing dlm hujan

Walaupun hujan masih turun, ada juga ku lihat penduduk kampung yg menjala ikan di sungai. Kata mereka saje suka2..................
Sebenarnya aku ni takut nak turun kalau tanah lembap, takut ada penghuni yg tak di undang memanjat kekaki. Setiap langkah akan ku perhati kebawah..........tak sanggup org dengar kalau aku menjerit.

Aiskrim goreng

hujan dari pagi hingga ke malam, tak guna basuh kereta....

Walau hujan seharian dikampung, aktiviti membeli belah tetap berjalan lancar. 9 pagi kami bersama mak mertua ke Tesco, beli barang2 dapur yg dah licin. Ikan, ayam, susu, milo dan banyak lagi yg dah takde kat rumah.

Sebelum keluar tadi, risau juga memikirkan banjir, mana la tau.........takut terkandas kat tesco. Tapi alhamdulillah, tiada halangan banjir.


Selesai mencari barang utk masak nasi ayam tengahari ni, berihat sekejap sambil mata melilau cari kedai Big Apple tapi frust betul..........tutup pulak!! Mak kata takpe, boleh datang esok atau lusa. Masaalahnya........tekak ni nak makan kat situ jugak........

Sambil lepak di food court, sambil makan aiskrim, hujan2 pun bedal aje la...........tapi pilihan ku aiskrim keladi, takde jugak.......waaaa....tensionnya!! Akhirnya suami cadangkan aku merasa aiskrim goreng berperisa keladi. Selama ni aku tak pernah merasa aiskrim goreng. Ohh!! gitu rupanya.................sedap jugak, tapi....alahai, kecik sangat.


sempat posing.........tapi aiskrim dah kena ngap!!

Sebenarnya banyak lagi gambar2 yg nak ku tepek di sini tapi tak larat nak tunggu upload foto, lembap betul. Cuaca sejuk2 ni mata mudah mengantuk.




Letih dan mengantuk

Dari pukul 5 pagi aku sampai kampung, belum tidur lagi hingga kepetang. Mata ni mengantuk, kepala rasa berat tapi tak boleh tidur juga. Tomy pula asyik meronda satu rumah, bawah katil pun dia siasat. Sampaikan satu badan dia penuh dengan sampah. Orang lain masih tak boleh tegur, aku dengan suami je boleh.

Ada pulak seekor kucing betina kat rumah mertua ni. Jadi rebutan jantan2 lain datang mengurat. Tapi Tomy tak heran pun...........