my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

KL Gangster 2

Semalam kakpb dan famili tengok KL Gangster 2 di Suria Sabah. Beli tiket online senang. Tapi semalam orang tak ramai sebab filem ni dah tayang dari minggu lepas lagi. Masa kami menonton Vikingdom. Kali ni pergi sebab permintaan anak bujang kakpb. Sebenarnya tak suka sangat dia tengok cerita begini tapi nak halang pun, dia dah tengok dirumah opahnya minggu2 yang lepas. Kan sebelum ni kecoh filem ni terlepas di internet. Dia sempat tengok. Jadi semalam sekadar meneman kami yang belum tengok.

Ok juga filem ni tapi kakpb tak galakkan budak2 tengok. Dari anak kakpb pandai tengok tv memang tak benarkan langsong dia tengok cerita yang ganas2. Kalau kami nak tengok wresling ke....cerita perang2 ke...kakpb suruh dia tidur dulu. Kakpb memang pantau habis bab2 ganas ni. Contohnya tak benarkan bermain api seperti bakar2 sampah. Tak biarkan dia guna pisau atau gunting untuk gunting2 kertas (kalau bagi main pun cari gunting yang tumpul hujungnya.) Barang mainan seperti pistol, senapang, pisau dan lain-lain memang tak dibeli sekalipun dia berminat. Jadi anak-anak tidaklah cenderung kearah benda2 sebegitu bila dia membesar.

Eh..lari tajuk pula. Bukanlah nak kata cerita ni tak bagus. Boleh anak tengok cuma ibubapa kena ada sama. Kakpb selalu pesan pada anak, tengok boleh sebagai panduan tapi jangan ditiru yang tak elok tu.

 
sumber foto : sini

Kakpb tak sempat tengok pada awalnya kerana sampai lewat 6 atau 7 minit gitu. Jalan jem, parking jauh sikit dari panggung. Masuk2 je dah bergasak si Tailong dengan King (Riduan Hashim). Bahasa yang digunakan 'lu' dan 'gua'. Adakah keluarga Shark (Shamsul Yusof) berbangsa cina kacukkan? Bapanya King (Ridzuan Hashim) dan ibunya pelakon Angeline

Terbaik lakonan Rosyam Nor, Sofie Jikan, Zizan RL dan lain2nya. Aaron Aziz toksah tanyalah....time sedih, memang sedih gila muka dia (kakpb pun sebak) time mengganas tu, memang kita pun sakit hati tengok. Adi Putra pun tak kurang mantop. Rokok sebatang sepanjang masa kat mulut. Dialog terbaik dia, "aku tak hisap rokoklah, emak aku marah....aku semput mana boleh hisap rokok!" lebih kurang gitu ler....

Penghibur dalam filem ni dah sah-sah si Zizan dan Sofie Jikan. Pantun sepanjang masa dengan slang cina dia......kakpb kadang-kadang baca kat subtitle untuk lebih jelas....haha...cerita melayu tapi kena baca subtitle.

Oklah....baik korang tengok sendiri mana yang belum pergi tu. Support filem Melayu walaupun taklah menggambarkan filem kita sangat. Sekadar cerita rekaan kan? Nanti marah pula orang filem, surirumah nak komen filem mereka, apa yang kita tau....tengok dan komen. Hak kita.....masuk panggung pun kita bayar, jadi kita berhak komen, tak gitu?

Santai bersama.....

Assalammualaikum, buat apa tuuuu? Update entry ke.....atau lepak-lepak dengan famili di shopping mall? Cuti hujung minggu, dah gaji pula tu kan.....apa lagi...aktiviti mengabiskan duit, betul tak? Kalau dah beli barang dapur, bayar kereta, bayar rumah, sekolah anak....tu kira menghabiskan duit juga. Tapi untuk yang berfaedah dan kewajiban untuk keluarga harus didahulukan....tak salah pun.
Oh ye....ada ke lagi blogger yang nak turun Sabah. Boleh kakpb sambut dengan karipap frozen...hehe...sebungkus je tau. Inti kentang sardin, ayam dan daging.....hehe...kalau tak makan sardin tu, rugi yang amat. Tak percaya....tanya Seri Kandi kakpb tu....hehe...cercite sikit...

Hari ni saja nak share gambar-gambar yang kakpb ambil beberapa hari lepas. Tanjung Aru first beach diwaktu senja. Cuba tengok...betapa cantiknya keindahan Allah ciptakan untuk kita yang dikasihi. Tenang dan damai.....janganlah kita cemari ia dengan sampah sarap, botol arak, tin minuman dan sebagainya. Bumi Allah ini juga perlu dicintai, disayangi.....



Matahari hampir melabuhkan tirainya. Ketika ini baru pukul 6.10 petang, hampir masuk waktu maghrib sudah. Kalau menyewa hotel sekitar Tanjung Aru, bolehlah turun makan disini, betul-betul berdepan dengan pantai. Best tak?? Mereka yang berbulan madu, seronok ler.....tapi kakpb yakin hotel sekitar sini mahal gila.

Hampir terbenam....masing-masing mengeluarkan camera, merakam detik indah untuk kenangan. Kakpb pun setiap kali datang sini, tak sah tak ambil gambar. Tak jemu-jemu.....

Kalau menginap sekitar KK, petang hari boleh melepak di sepanjang jalan menuju ke Suria Sabah. Ada disediakan kerusi mengadap laut. Boleh la duduk santai sambil berkisah dengan sidia pertemuan manis ketika bercinta dulu. Mata tak lepas memandang laut didepan. Air berombak lembut ibarat perjalanan hidup kita ni yang menempuh pelbagai onak dan duri.....huhu....falsampah yang tah apa-apa.


Model macam di paksa. Perasan tak model bergaya macam penyanyi nasyid, ayu dan sopan....kahkahkah...gayat sebenarnya kalau bergambar tepi2 gitu. Model tak pandai berenang der...jatuh kelaut....jenoh cikgu fahmi nak menyelamatkannya.


Belakang Suria Sabah ada juga tebing untuk mereka santai petang hari. Punyalah lama tinggal kat Sabah, baru ni kakpb jejak tempat ni. 

Akhirnya....kami bertemu juga. Kenangan manis bila bersua muka. SeriKandi yang tinggi menjangkau bersama suami dan anak gadisnya Yaya/Iman. Wajah yang mudah tersenyum dan lembut orangnya. Entah apalah agaknya dalam hati SeriKandi bila jumpa kakpb. Senyuman kakpb taklah semanis yang SK tengok di foto kan? hehe....tapi kakpb syukur sangat kurniaan Allah pada kakpb. Punya rakan maya yang sangat baik dan terasa kasihnya dihati ini.

errr....foto kelihatan pendek sebab tukang ambilnya tinggi menjangkau...hehe..


Muffin pisang dan cheese tart Alam Sari

Akhir2 ni kakpb jarang dapat blogwalking blog kawan-kawan. Bukan tak sudi.......bila duduk depan pc, kakpb boleh tinggalkan komen. Takde masalah. Cuma bila kakpb guna tablet dan S3 kakpb tak boleh komen guna account google. Tak tahulah kenapa. Nak kata kena virus....tak pasti pula. Mungkin ada masalah dengan blogspot kot.....Itu yang kakpb pergi blog kawan boleh baca je. Jika dia ada account google bolehlah kakpb komen disitu. Jika tidak.....kakpb tinggal message di shoutbox saja jawabnya.

Dalam sehari dua ni kakpb tak dapat update selalu. Entry baru ni tentang Ayam Kurma Sedap pula terhilang dari blog. Gara2 buka blog guna S3, hambik kau.....hilang entry dengan komen2 sekali. Nak buat balik, tak kuasa la pulak. Bagaimana pun entry Roti Kerca tu kakpb dapatkan balik dengan cara, klik sini. Satu lagi entry tak dapat cari, redha je laa....

Oh ye, hari selasa lepas kakpb jumpa AlamSari dan entry dia dah pun ada di blog. Baca kat sana la ye.....khamis ni nak terbang balik dah. Harap Sari/Yusa seronok ketika bersama kami. Takde apa hadiah yang istimewa.....hanya cenderahati kecil. Tapi yang lebih bermakna adalah persahabatan kita tu, mudah2an hingga ke tua....hehe..

 Muffin ni bukanlah untuk SK, saja je buat sebab kakpb sukakan muffin pisang. SK kakpb dah bagi karipap sardin. Lupa la kat mana ambil resipi ni.....kakpb catit ikut yang kakpb ingat ye..

1 cwn tepung naik sendiri
1 sudu besar susu tepung
1 biji telor
1/2 cwn pisang emas lecek
1/4 st soda bicabonate (lupa letak)
70 gm butter
1/2 cwn brown sugar (kakpb guna gula castor)
1/2 cwn coklat chips
secubit garam

Putar butter dengan gula hingga sebati. Masukkan telor dan putar lagi.
Masukkan telor dan pisang lecek.
Masuk tepung, coklat chip dan susu tepung.
Bakar dalam papercup selama 25 minit (bekas kakpb tu agak besar) suhu 180C.



Pemberian (ada kos yg tak disebutkan ye) dari SK dah tinggal separuh. Anak bujang kakpb buat sarapan. Cuma dia kurang suka dengan rasa bluberry (dia memang cerewet) Jadi, yang dia tak suka tu ibu dengan ayahlah kena makan. Terima kasih SK kerana sudi terbangkan jauh2, susah payah bawa. Insyaallah, ada rezeki kita jumpa di Johor ye.





Roti Kerca

Perhatian: MAAF, ini adalah entry yang telah terdelete dan kakpb dapatkan semula. Maaf kerana telah hilang komen2 disini. Entah bagaimana terdelete ketika kakpb menggunakan S3 pagi tadi.
 
Assalammualaikum,.....Khamis sudaaaa....cepatnya masa berlalu. Kadang-kadang kakpb rasa seperti pejam celik, pejam celik dah berubah. Umur makin meningkat, anak makin menginjak dewasa, barang-barang naik harga.....gaji?? Oppss....kakpb tak kerja tak boleh komen lebih2 melainkan barang dapur dan keperluan diri tak cukup baru boleh membebel....hehe..
Semalam teringin makan Roti Kerca, nampak kat blog Damai Kalbu nak kata laksam, bukan. Rupa laksam tu dah ada. Bila tengok resipinya......ohh..macam resipi roti jala. Jadi kakpb buat lempengnya tu seperti resipi roti jala saja. Maaflah tuan punya resipi, kakpb tak ikut sepenuhnya seperti asal. Cuma kuah tu yang kakpb buat sama, itu pun kakpb tak guna santan, ganti dengan susu cair (takde santan sebenarnya)

Ni dia rupa bila dilempengkan dan di gulung. Macam kita buat kuih dadar/ketayap. Kakpb letak warna kuning sedikit. Saja gatal letak.
2 cwn tepung gandum
2 cwn air biasa
1 biji telor
1 sudu minyak masak
pewarna kuning
kuali non-stick
Itulah dia, bila dah potong-potong jadi cantik pula kan? Anak bujang kakpb makan dua kali tambah. Kakpb ubahsuai sikit, letak fishball.Terima kasih bagi mereka ini yang telah berkongsi resipi.
ROTI KERCA
@blogsurirumah
copypaste dari Damai Kalbu
olahan asal : Ayu Jalinan Rasa (fb)
 
Bahan kuah;
300-400 daging/ayam cincang
1 biji kelapa [sukatan 7 cawan air] *kakpb ganti susu cair
30 gm serbuk rempah kari daging [bancuh sedikit dengan air untuk dijadikan paste]
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
4 cm halia
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
200 gm tomato puri [1/2 tin besar] *kakpb guna sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
fishball - kakpb tambah sendiri

Cara memasak kuah;
1.Tumbuk lumat bawang dan halia.
2.Panaskan minyak.Tumis bahan tumbuk tadi, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga hingga harum.
3.Masukkan serbuk kari dan tumiskan hingga pecah minyak.
4.Kemudian masukkan santan.Kacau hingga mendidih.
5.Akhir sekali masukkan daging/ ayam cincang, tomato puri, garam dan gula.
6.Tunggu hingga daging masak dan siap.Sementara menuggu kuah mendidih, bolehlah gunting serong kesemua gulungan tepung tadi.[gulung seperti membuat laksam].

Kakpb sedar diri, gambar2 masakan kakpb takde yang menarik pun. Tak seperti blog masakan lain yang gambarnya canggih, hiasan menarik, props mahal dll. Tapi inilah kakpb yang sebenarnya. Kongsi apa yang kakpb ada saja. Mungkin sebab itulah blogger popular tak sudi nak komen kat sini. Mungkin juga datang bertandang sekali lalu......tak apalah.....tak baik bersangka buruk dengan orang yang kita tidak kenal rapat kan?

Sambal Sardine Adabi

Selama ni kakpb guna sardine biasa yang tin merah tu, King Cup kalau tak silap. Jenama ni memang sejak dari emak kakpb dulu jadi kegemaran. Hinggakan nak tukar jenama lain pun agak susah kerana dah terbiasa.

Sekarang sardine dah naik harga. Daripada RM3 lebih yang tin besar tu (kalau tak silap) meningkat ke RM5 lebih rasanya. Mahal betul kan? Untuk makan 3 orang seperti keluarga kakpb setakat tin kecil, dah mencukupi. Tapi keluarga besar? Mana cukup 1 tin kecil, mesti tin besar. Sekali sekala tidak apa. Selera kita ni kekadang bosan makan ikan kembong, cencaru, merah dan lain-lain.

Kakpb akan masak sardine bila mood malas melanda. Cicah dengan cekodok, roti atau biskut krim kraker....fuhh...memang lupa diet seketika.


  
Nak resipi juga ke? Masak simple begini sekali adap je dah licin. Oklah...kakpb tulis juga cara kakpb masak. Untuk mereka2 yang baru belajar masak, mungkin malu nak bertanya boleh la curi-curi tengok resipi kakpb ni.....hehe....

1 tin kecil sardine adabi
1 labu bwg merah besar
2 biji cili hijau hidup, hiris biasa
2 ulas bwg putih 
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan asam jawa, ambil airnya
garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam kuali.
Bawang putih cincang atau hiris. Bawang merah di potong kasar, potong melintang.
Tumiskan bawang putih seketika, masukkan cili kisar.
Biar masak betul, baru masukkan ikan sardine bersama kuahnya.
Masukkan air asam.
Perasakan dengan gula dan garam.
Akhir sekali masukkan bawang potong dan cili hijau potong

Kadang-kadang kalau takde asam jawa, masukkan tomato sos sebagai ganti. Kakpb lebih suka asam jawa. Emak suka buat cair tapi kakpb buat pekat sebab nak cicah dengan cekodok. Cubalah.....untuk jadi tukang masak yang terbaik, kena cuba masakan yang simple dulu...hehe...seperti puan blog ni...haha..perahsantan!!

nota kakpb: suka pula sardine adabi ni, ikannya comel2 je..

Sajak Kemerdekaan - Aziz Juara

Pahlawan sejati
dalam hatinya bernyanyi

Tanah air dan bangsa
dimana terpaut cinta mulia

Untuk mu darah ini mengalir
padanya jasad ini cair

Pahlawan
Jika hilang mu tanpa pusara
Jika pusara mu tanpa nama
Jika nama mu tanpa bunga
Penjajah mengatakan kau derhaka
maka kaulah pahlawan sebenarnya...

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru, bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu

arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat.



Pahlawan!

Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat

namamu terukir di jantung rakyat.
nukilan Tongkat Warrant/Usman Awang 

Hari ini anak kakpb akan ulangi lagi di atas pentas sekolahnya. Hari ini juga dia akan menerima tepukan dan hadiah kerana memenangi pertandingan mendeklamasikan sajak Usman Awang. 
Sajak ni pilihan dia sendiri dan gaya yang tersendiri....hehe....ibu dan ayah hanya komen sikit-sikit.
Pertandingan berlangsong pada hari rabu lepas. Hari ni baru buat sambutan Hari Malaysia/Kemerdekaan disekolah. 

Cikgu fahmi bagi idea, bagus guna background music. Jadi pagi rabu tu cikgu fahmi tolong download dan save ke pendrive. Tapi yang buat anak bujang kakpb frust bila cikgu kelasnya telah menggunakan music itu untuk murid2 lain yang bertanding sama.

Nasib baik Aziz menang, kalau tidak confirm dia tak puas hati kerana cikgu curi idea dia...haha...budak2 lain takde music. 
Tahniah dari ibu dan ayah untuk Aziz Iskandar....

 Bakal 5A UPSR? Insyaallah...

Vikingdom - Jon Foo - boleh dibanggakan

Vikingdom (2013) Poster 

Vikingdom arahan Yusry Abd Halim, kakpb bangga sangat bila nama ni tertera sebagai pengarah kepada kaum yang kita panggil 'orang putih' ini. Kakpb tak pandai sangat nak menilai, mengkritik filem dan memperkatakan lakonan mereka bagus atau tidak.

Hanya seorang yang membuatkan kakpb sentiasa senyum, kagum dengan lakonannya. 'Yang' atau sebutannya Yeng........kacak, comel (sesuai ke lelaki dipanggil comel?). Nama sebenar beliau Jon Foo. Belum google lagi samada dia ni berbangsa Cina kacukan atau apa. Tapi memang orang kata, kecil-kecil cili api dia ni.....

Kakpb rasa macam dialah hero dalam Vikingdom. Cuma tubuh yang agak rendang berbanding dengan pelakon lain. Tetapi ketangkasannya dalam peperangan itu yang menarik hati kakpb. Tak tau la pandangan orang lain.

Jalan cerita agak memeningkan kerana semua nama-nama tempat yang direka memang sukar untuk disebut, apatah di ingati. Itu pasal kakpb kata, Yang paling senang nak ingat....haha...dasar malas nak fikir kan?

Boleh klik sini untuk sinopsis dan kakpb copy image dari sana juga.

Jon Foo 

Baru 31 tahun si Yang ni....hehe...tadi google kejap kat sini
 
Selamat menonton filem kita!! (bukan wajah Melayu ye..)

Mereka ke tanah suci, Sweety pula kembali

Alhamdulillah, abang ipar kakpb dah berlepas ke tanah suci malam tadi. Kakpb hanya dapat melihat gambar2 yang anak saudara kongsikan di instagram dan weChat sahaja. Nak buat macam mana, kita jauh diseberang. Nak balik.....anak bujang kakpb pula banyak program. Ada UPKK, berkawat, masuk baca sajak dan lain-lain lagi. Dua minggu akan datang nak exam sekolah agama. Cikgu fahmi suruh balik kakpb kesian pula nak tinggal anak.

Takpelah dapat tengok gambar pun jadilah. Mudah2an mereka dalam keadaan sihat walafiat untuk mengerjakan ibadah di sana. InsyaAllah, panjang umur kita dapat juga bertemu penghujung tahun ini.

Itu kisah orang pergi haji. Ni haa.....nak cerita pasal Sweety yang lepas keluar dari kandang semalam. Bukan main lagi dia ye!! Entah pukul berapa dia menggigit sangkar dia tu dan lari tinggalkan rumah.

Semalam kakpb balik dari KK dah waktu maghrib. Dalam hati asyik ingat dia je. Sampai depan gate, anak jiran sebelah bagitahu ada jumpa Sweety. Rupanya mereka (budak2 taman ni memang kenal Sweety) jumpa dia dalam parit/longkang besar. Nasib baik takde air dan kebetulan semalam tak hujan. Kalau tidak, sure dah hanyut kelaut. Dan nasib baik juga dia masuk parit, kalau tidak pasti dah kena ngap dengan anjing jalanan. Budak2 tu tangkap dia guna serkop rama-rama. Siap dimandikan pula. Alahai...baiknya jiran2 kakpb ni.

Terima kasih sangat kakpb pada mereka. Inilah bagusnya kalau kita berbaik-baik dengan jiran sekeliling. Apa2 berlaku mereka akan inform kita. Cuba kalau kita tak kenal jiran atau jenis yang tak peduli? Mesti mereka pun malas nak ambil tahu hal kita.



Sekarang Sweety diletakkan dalam sangkar besar. Sebelum ni kakpb asingkan dari anak dia yang dua ekor tu. Asyik nak menenggek atas anak dia, tu yang kakpb jauhkan. Cikgu fahmi kata, lantak dia la nak buat apa kat anak dia.....hehe....kita kesian, anak dia tu remaja lagi...hehe...faham2 je la.


OMG!! Sweety hilang!


Kakpb risau ni......
cikgu fahmi buka tirai kandang Sweety......terkejut....Sweety hilang??
haaa?? macam mana boleh keluar dari sangkar? tak tutup ke semalam?

Rasanya dia gigit-gigit sangkar tu dan penyangkutnya tertanggal (sangkar kan boleh dilipat)
Lepas goreng cekodok, kakpb dan cikgu fahmi bergegas cari sekitar taman.
Tengok bawah kereta, tak ada....
Tengok kat laman rumah yang ada kucing, pun tak ada (biasanya kucing2 yang pernah melepak kat rumah ni  suka tengok dia)

Kecewa sangat. Kakpb tak risau kalau ada orang yang berkenan dan ambil serta jaga dia elok2.
Cuma risaukan takut di serang anjing. Kawasan taman ni banyak anjing terbiar tapi bukan sekitar rumah kakpb, jauh sikit kejalan besar sana.

Kakpb yakin si Sweety pasti berdegap degup jantung dia bila nampak kereta lalu lalang. Nampak binatang yang tak pernah dia jumpa......ya Allah...risaunya. Nak di panggil macam kucing, arnab ni bukan pandai menyahut.....hemm....harap2 dia pandai balik sendiri. Dan harap sangat tiada apa-apa berlaku pada dia diluar sana :(

Teman2 semua, tolong doakan Sweety balik dengan selamat ye......

Donut Keledek Oren

Salam semua. Cuti 3 hari ni kemana agaknya ye? Mesti ramai yang balik kampung atau jalan-jalan makan angin. Kakpb tak kemana pun. Cuaca pun hujan je setiap hari. Kalau nak ketempat yang berbukit atau gunung Kinabalu, risau pula banjir dan tanah runtuh. Lepak kat rumah, masak, makan dan tonton tv atau wayang di panggung saja.

Tadi sempat selesaikan keledek oren yang dah seminggu terperap kat dapur. Donut keledek pilihan kakpb selepas cekmek semalamnya. Kembonglah perut melantak keledek je beberapa hari ni......

Sebenarnya kan......masa kakpb goreng donut ni, gas habis kauuu!! terendam sekejap donut gebu2 tu dalam kuali. Cepat2 kakpb on dapur Frico, panaskan kualinya dan alihkan donut kedalam kuali satu lagi. Sementara cikgu fahmi pergi beli gas, donut pun dah habis goreng. Saja buat lebih untuk frozenkan, senang bila2 nak makan atau ada tetamu dah ada kuih nak dihidang.

Donut keledek ni memang lembut gila. Dari semalam lagi kakpb dah tertangguh nak buat sebab kesana kemari. Teman anak bujang ke klinik bola dia je dah 2-3 jam, balik rumah dah 10 mlm, mana larat nak mengulinya? Tu yang pepagi tadi sebelum pergi pasar, kakpb uli dulu. Lepas tu tutup dengan kain basah. Lama jugalah tinggalkan, dalam 2 jam gitu. Balik dari pasar terus kepal2 dan canai.

Mulanya kakpb merayap dapur Ayu Singapore. Resipi asal dari Kak Wan dan diolah semula oleh K.Nor SecubitGaram. Terima kasih semua2nya kerana memberi panduan dan resipi yang cukup sedap, gebu dan tak jemu bagi kakpb.

DONUT KELEDEK OREN
@blogsurirumah

 Bahan:
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera ~ k.nor guna mauripan
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus ~ k.nor guna keledek oren
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1  sudu besar butter
         ~
minyak 
gula castor secukupnya

 Cara-cara :
Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit),  gaul hingga membentuk sebiji doh.
Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk.
Tutup mangkuk dgn tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan.
Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm)
Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.
Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
Angkat dan toskan. 
Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.

Ni je goreng untuk makan tengahari tadi, lain2 dah masuk peti ais.

Tauhu Sambal dan Udang

Hari ni kakpb masak awal pagi sebab cikgu fahmi jaga exam upsr hingga ke petang. Masak nasi lemak, rendang ayam dan sambal tauhu. Dah lama tauhu dalam peti, sebelum kena sound dengan cikgu fahmi baik kakpb masak sambal.
Nak resipi juga ke? masak simple je ni....dah tayang kat instagram hari tu. Hari ni kakpb masak lagi cuma tambahkan kentang.

Tauhu Sambal dan Udang
@blogsurirumah

1 keping tauhu (kakpb beli yang tebal dan lembut, bagi dua)
1 mangkok kecil udang segar
1 labu bawang merah besar
2 ulas bawang putih
4 biji lada hidup merah dan hijau
sedikit asam jawa
garam dan gula

Goreng tauhu dalam minyak. Angkat dan potong kiub (besar2)
Blend kasar lada merah, bawang merah dan putih.
Tumis bahan kisar dan masukkan air asam.
Masukkan udang, garam dan sedikit gula.
Hampir kering, masukkan tauhu. Gaul rata.

nota kakpb: sedang tonton Blue-Eyed Butcher
syukurlah suami kita tak pukul bantai mcm dlm cerita ni...



CETRIZIN - minta pendapat

Tau tak apa tu Cetrizin? Kalau orang yang biasa ambil ubat2an mungkin tau. Kakpb biasa beli di farmasi dulu harganya cuma RM5 sahaja. Lepas harga minyak naik, pil ni pun naik seringgit....itu baru ubat...belum benda lain lagi, malas nak cakaplah!!

Sebab apa selalu ada cetrizin ni dalam beg dan kemana2 saja kakpb pergi? Kakpb dengan cikgu fahmi selalu alami gegata atau gatal-gatal kulit. Anak kakpb tak kena pula. Sebenarnya kakpb mengidap gegata ni daripada belum kahwin lagi. Dulu doktor bagi ubat sapu yang warna putih tu. Bertepong gomak la kakpb ni bila malam hari. Tak boleh tahan kalau tak berubat. Nak tidur malam pun tak senang, bintat bukan kecil anak....besor-besor naik.

Itu yang kena ada cetrizin dalam simpanan. Orang kata penyakit ni alahan pada makanan laut tapi doktor kata takde kena mengena. Tak makan udang dan sotong pun jadi juga. Nak kata rumah kotor berhabuk, tak juga. Rumah bersih pun jadi gegata. Adakah kerana darah? Cikgu fahmi pernah jumpa doktor dan katanya penyakit begini memang sukar nak hilang terus.

Masalah kakpb pula bila telan ubat cetrizin ni, mulalah mengantok dari malam sampai ke siangnya sedangkan orang lain makan ubat ni tak mengantok. Untuk mengelakkan kakpb tidur siang dan malam, kakpb ambil separuh je ubat tu.....ok la....tapi gegata pula tak hilang...uwaaaa...macam mana nak selesai ni? Ikut sejarah keluarga, emak memang ada alahan pada setengah ubat. Kakak, adik perempuan dan adik lelaki pun ada alahan pada beberapa jenis pil yang terdapat di pasaran.

Adakah tanda2 kakpb ni mengidap ekzima?? Kakak kakpb ada ekzima tapi sekarang dah ok sikit. Dulu agak terok dengan jerawat dimuka dan leher. Tangan tak boleh kena sabun, pakai glove nak basuh pinggan kalau tak dia melecet dan berdarah. Sabun dan segala alat kosmetik tidak boleh berbau wangi....huhu...parah betul. Lipstik langsong tak boleh sapu kebibir....kesian juga kakpb tengok dia. Lepas rawatan doktor pakar, barulah dia tau apa barang yang dia boleh guna atau tidak.

Harapnya kakpb tidak sesensitif dia. Mungkin betul apa yang kakpb baca di sini. Kena kurangkan lemak dan gula. Usaha dari sekarang nampaknya sebab dah macam kritikal, hari-hari kena telan ubat....tak larat der...

Ada sesiapa boleh bagi idea atau saranan untuk kakpb hilangkan penyakit ni??
Kakpb tak dapat blog walking hari ni, esok lusa free kakpb terjah blog korang eh....

Assalammualaikum......nak terjah bantal dulu...

nota kakpb: allergi panasilin

Ada apa nombor 7


Terima kasih pada mereka yang sudi follow kakpb, blog yang tah hape2 ni kan.....cuba tengok yang kakpb screen capture tu. Nombor 777 adalah nombor kesukaan kakpb. Daripada masa kerja dulu, nombor kereta kancil kakpb, nombor ic, nombor kereta sekarang, nombor handphone dan lain-lain mesti ada nombor 7. Bukan kakpb sengaja pilih tapi memang nombor tu selalu hadir dalam hidup kakpb.

Apa istimewanya? takde apa-apa pun. Takde maksud membawa untung ke.....bawa kebahagiaan ke....sekadar nombor. Oh ye....tahniah pada follower 777...eh tahniah buat apa eh? Nak bagi hadiah kot, tapi kakpb taktau link blog dia. Cuma boleh add friend kat account google.

Minta tolong sangat, siapa2 yang follow blog ni, sudi2kanlah tinggal link blog anda. Bukan apa, kakpb ni suka sangat kalau orang sudi follow blog kakpb tapi kakpb nak juga kenal siapa yang follow tu. Ada masa dan ruang santai, kakpb akan blog walking.

Sedih

Dialog suami isteri ketika minum-minum di kedai......

"Saya sedih laaa....."
"apasal nak sedih? patutnya awak gembira mereka nak pergi ketempat yang suci, nak beribadat"
"memang la happy, takkan sedih pulak.....tumpang gembira untuk mereka"
"habis tu? apa yang sedihnya?" > dengan wajah sinis > hati isteri terbakar la pulak!!

"sedihlah....dia kan kakak saya. satu-satunya kakak yang saya ada. dia tempat saya mengadu ketika saya gembira dan bersedih" > dah rasa nak menitis air mata, tahan dulu.

"awak tak patut sedih. sepatutnya awak bergembira kerana dia telah sampai seru rukun Islam yang ke lima...bla..bla..bla..."
"saya rasa ada salah faham di sini, saya sedih kerana nak berpisah dengan kakak saya. entah dapat jumpa lagi entah tidak. entah saya pergi dulu....."

Encik suami terdiam. Soal hati ni susah nak jelaskan. Sama juga kalau kita dah suka pada seseorang, walau dihalang ditentang bagai, kalau hati dah suka.....bolehkah sesiapa menyekatnya? Lelaki pula kurang peka soal begini.

Tapi yang peliknya, masa bercinta bukan main 'memahami' si kekasih. Bila dah 'berdua' entah kemana pergi perasaan itu.

nota kakpb: bukan tak puas hati, saja berkongsi

Tanjung Aru dah berubah

Fuhh...fuhh...berabok blog kakpb ni, malas betul nak update. Maklumlah....minggu lepas puasa enam, dah pun raya jumaatnya. Sabtu dan Ahad sibuk open house dan karipap frozen tempahan dari makcik. Bila dah lama tinggal, bukan senang nak dapatkan mood untuk update.

Cerita open house tak best, tak payah cerita la ye.....
Nak cerita pasal tempat paling ramai orang berkunjung di Sabah, pantai Tanjung Aru. Baru ni kakpb jogging (jalan je sebenarnya, tak kuasa nak letihkan lutut ni) di sana. Masuk kat Tg Aru Second Beach je, tercengang kami berdua. Lama betul tak datang sini, sejak sebelum puasa hinggalah dah penghujung syawal. Kawasan disana dah terang benderang berbanding dulu yang banyak pokok dan semak samun. Tinggal pokok yang dah agak berusia, mungkin sengaja tidak ditebang.

Kami jalan sekitar pantai dan ada beberapa buah rumah yang baru dibina (belum lagi dibuka untuk pelawat) dari kayu dan dindingnya juga kulit kayu.


Sekadar ambil sekeping dua. Entah2 lepas ni kena bayar bila nak masuk.

Paling mengejutkan, restoran yang biasa kami lepak minum2 dan makan rojak buah pun sudah lesap. Sini ada satu je restoran. Disebelah kanan restoran ini terbina pentas, mungkin untuk sambutan hari Malaysia pada 16hb September nanti. Syukurlah ada juga perubahan.

nota : apa2 perayaan disini, jangan harap cikgu fahmi nak bawa isteri dia....
bosan jem katanya!!