my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tablet samsung diinginkan, cermin kereta dipecah

Tengok tak gambar akhir entry sebelum ni?

Kereta adik ipar kakpb dipecah dan tablet samsung kami (kakpb punya) diambil/dicuri. Tinggal sekejap tablet dalam kereta dan terletak dibawah kaki. Mungkin pencuri guna lampu suloh dan bermotor.

Kakpb dan cikgu fahmi hantar anak ke kem bola malam jumaat lepas. Sementara tunggu dia main, rancang nak cari buku latihan dia dan beli makanan. Tinggalkan kereta di parking lot yang sedikit gelap. Hujan pula malam tu. Tak sampai satu jam kami balik, tengok-tengok cermin kereta belah penumpang depan dah melopong. Mulanya tak tau juga apa dah jadi. Bila cikgu fahmi raba seat, ada kaca bertaburan, baru perasan. Cermin kereta tu pecah semuanya, takde langsong tinggal tepinya, tu sebab tak perasan.

Dengan tingkap melopong tu kami pergi balai polis terdekat. Ada pula sorang pak polisi tu sound, haaa...lain kali jangan tinggal barang dalam kereta. Laaaa...benda nak jadi la pak!! Ada ke kita nak suruh orang pecahkan cermin dan ambil tablet kita tu? Dengar khabar dah banyak kes berlaku disini, apa kerja polis? Tak nampak pun meronda kawasan yang dah tau katanya black area. Bukan nak mempertikaikan tugas polis. Tapi selama tinggal di sini, kakpb jarang nampak polis meronda. Polis trafik ada ler, waktu pagi dan petang. Ishh....malaslah nak tegur kerja orang.

Kakpb pun redha benda yang hilang. Ini pun pengajaran bagi kami. Kadang kala kita lupa (bukan ambil mudah) sebab nak cepat, nak sekejap je, kita bersangka baik dengan orang lain tapi orang fikir lain pula.

Sebulan ni memang banyak perkara sedih melanda keluarga kami. Basikal kena curi (anak punya). Mak saudara pula didapati sakit yang kronik. Dan ada lagi yang tak perlu kakpb kongsi disini. Takpelah....kita redhakan semuanya. Allah nak duga hambaNya. Mungkin juga nak beri sesuatu yang lebih baik untuk kita. Siapa tahu.....

Kebakaran Besar Belakang Rumah Kami

Kakpb dalam kesedihan sebenarnya sejak kejadian malam tadi. Tapi nantilah kakpb ceritakan.

Ni kisah beberapa hari setelah kakpb sampai semenanjung. Pukul 3 pagi, tidur berdekatan dengan mak dan wajib handphone disebelah (bukan bawah bantal ye) agak jauh dari kakpb. Telinga kakpb macam dengar deringan handphone tapi sebab mata mengantok, makan masa juga nak angkat.
Bila terjaga, terus tengok, ada miss call. Hati berdebar2 kenapa ada call drp cikgu fahmi ni?
Kakpb call balik tak berjawab. Hati dah risau sangat, tak boleh lelap sebab dia tak pernah call pepagi macam ni.

Terus tak boleh tidur. Selepas 15 minit, dia call balik, lega. Dengan nada yang kuat dan cemas, "rumah terbakar buuuu!!" Ya Allah.....kakpb rasa nak pitam masa tu. Rumah siapa terbakar?? Kat mana?
Rupanya rumah-rumah dibelakang rumah kakpb yang kebakaran.

Habis sederet tu hangus tanpa dapat diselamatkan barangan rumah. Tapi syukurlah tiada yang kehilangan nyawa. Cikgu fahmi kata, kesian sangat bila tengok mereka berlari kesana kemari, menjerit dan menangis. Cikgu fahmi pergi juga kebelakang setelah menyiram air belakang rumah kami kerana terlalu panas oleh api yang menjulang tinggi.

 3 ekor arnab yang kat belakang tu ketakutan, terpaksa dibawa masuk dalam rumah.
Kakpb tanya takde ke bomba datang? Kata cikgu fahmi dah setengah jam terbakar, bomba masih belum sampai.


Gambar dari handphone murah cikgu fahmi :) Masa ni api tengah menjulang tinggi.

Balik dari semenanjung, kakpb snap sekeping dua. Tinggal tiang dan tapak rumah je, lain semua hangus.
Ada parit dan pagar besi yang memisahkan rumah terbakar dengan deretan rumah kami.

 Ada satu rumah belakang rumah kakpb ni, sedang dalam pembinaan. Katanya kos mencecah seratus ribu. Sayang, rumah tu cantik bagi kakpb. Dua tingkat dan masih baru lagi.

Katanya (risikan drp cikgu fahmi selepas kebakaran) ada jiran yang masak air pukul 11.30 malam dan lupa tutup api gas. Bahaya sungguh bila cakap pasal lupa ni.

Semalam cikgu fahmi lupa tutup air paip kat belakang rumah. Berjam-jam air terbuang sebab kami keluar jalan-jalan, makan-makan. Rancangnya nak pergi jauh tapi hati macam tak seronok pula. Dah plan masuk baju dalam beg tapi tak jadi. Balik rumah jengah belakang, rupanya air terbuang dari pagi sampai petang....huhu....rasa nak marah, tapi tak guna.

Malang tak berbau, musibah melanda tanpa kita sangka. Begitu juga dengan kes MH370. Janganlah kita menyalahkan atau menuding jari kesalahan pada satu pihak saja sedangkan apa yang berlaku adalah diatas kehendakNya. Ada hikmah atas semua yang berlaku. Muhasabah diri.

Gambar bawah...malam tadi musibah melanda lagi......dan....akan kakpb sambung esok.....
takde mood!!



 


Bingka Pisang (bakar)

  Kakpb dah pun balik dari semenanjung, ada yang cari tak? huhu perasan betul orang cari kita.....
Macam-macam kisah dan kejadian yang kakpb alami bila jumpa emak, kakak, abang dan adik. Begitu juga mak saudara yang tak sihat tu. Lucu dan sedih bercampur gaul. Begitulah namanya kehidupan. Kalau tak mencabar, tak menarik pula hidup ini kan?

Kakpb rasa mana-mana blog mesti update tentang MH370 yang tidak kembali. Balik semalam kakpb naik Malindo Air, gerun juga rasanya tapi kakpb tawakal saja. Masuk dalam perut kapal terus baca doa naik kenderaan. Baca suratkhabar Metro dengan mata yang mengantok sebab 4 pagi dah bersiap ke Putrajaya Central. Naik train ke KLIA, senang.

Bergenang airmata dan sebak didada bila baca kisah mereka yang ditinggalkan oleh penumpang dan kru kapal MH370. Kakpb duduk seat 9B, diapit oleh seorang gadis dan lelaki cina yang baik hati. Airmata nak menitis ketika menatap gambar dan membaca luahan hati mereka tapi kakpb seka airmata supaya tidak gugur. Malu pula. 

Malindo Air cuma hidangkan makanan ringan, biskut dan air kosong. Diet sungguh ye? Bagaimanapun lepas tertidur beberapa minit (lelaki cina tu tolong ambilkan biskut kakpb...hehe) kakpb bedal juga biskut tu. Perut lapar sebab tak sempat makan apa2 di airport. Sampai KK, dengar berita kapalterbang Malindo yang beroperasi di Subang ada kebakaran sedikit katanya. Alhamdulillah.....takde masalah ketika kakpb naik jam 7.45 pagi.

Oklah....tutup cerita atas. Kakpb update pasal bingka pisang yang kakpb buat sebelum balik hari tu. Sempat makan beberapa ketul je. Selebihnya cikgu fahmi yang habiskan.....

Agak tidak menarik bahgian atas tu sebab kakpb tak tabur bijan. Malas punya pasal. Lagi pun lepas on oven, kakpb tinggalkan bingka ni sendirian dirumah....hehe...pergi shopping kejap!!

 Cubalah buat, gerenti sedap!!



Kuih Bakar Pisang@ Bingka Pisang
@blogsurirumah
(Sumber : Inspirasiku)http://dzana
Bahan2
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. byk ni coz sy suka pisang.. klau tak suka boleh kurangkan...
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*


Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 45 minit.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt


 

Berat Mata Memandang, Berat lagi Bahu yang Memikul

Sekadar untuk melegakan perasaan sendiri dan juga mereka yang menghadapi dugaan akhir-akhir ini. Bukan saja kepada keluarga MH370 tetapi kepada kita dan juga mereka yang dilanda musibah atau ujian dariNya......

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan

Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

Terima kasih, sumber Julmazli Dot Com

nota: mungkin kakpb akan balik KL seminggu untuk melawat saudara yang agak kritikal
doakan agar semuanya selamat samada dalam perjalanan pergi dan balik..

Red Velvet Cheese Tart - alam sari

Red Velvet cheese tart ni kakpb buat masa birthday si Aziz tempohari. Memang jadi kesukaan tetamu tapi bukan tetamu kecil, tetamu mak2 orang yang datang....hehe...sampaikan ada yang minta bawa balik.

Kakpb memang suka sangat yang red velvet tu tapi si Aziz suka yang kulit plain. Intinya kakpb guna strawberi dan bluberri.

 Nak berterima kasih sangat pada Seri Kandi kerana sudi share resipi ni diblognya.
Kakpb copy paste kat blog ye, senang esok2 nak buat lagi.

RED VELVET CHEESE TART
sumber: Alam Sari
@blogsurirumah

Bahan Crust :

170 gm margerin (SK guna Buttercup Margerin - tin kuning)
3 sudu besar gula icing
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka kurma (kakpb ganti cuka biasa) 2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar pewarna merah (cecair)
@ boleh ganti dengan 1 sudu kecil rata pewarna merah red velvet (serbuk)
270 - 290 gm tepung gandum (Cap Sauh)

Cara-caranya :
  1. Pukul margerin dan gula icing dalam mangkuk besar menggunakan senduk kayu. Pukul sekejap sahaja.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.. pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan cuka kurma, pukul sebati.
  4. Masukkan pewarna merah, pukul lagi.
  5. Masukkan serbuk coklat.. pukul lagi
  6. Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan dan di mangkuk. *berhenti letak tepung jika dah jadi doh.
  7. Simpan 15 - 20 minit dalam peti sejuk.
  8. Keluarkan dari peti. Ambil sedikit doh, masukkan dan tekan sekeliling dalam acuan tart mengikut ketebalan yang sesuai.
  9. Panaskan oven 10 minit sebelum dibakar pada suhu 170 darjah selsius selama 20 - 25 minit.
*Disebabkan adunan berwarna gelap, selepas 20 minit, keluarkan satu crust dan cuba terbalikkan. Jika crust tidak jatuh sendiri bermakna crust belum cukup masak. tambah 5 minit lagi.

Bahan Krim :

250 gram cream cheese (Philadelphia)
2 1/2 sudu besar gula kastor
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla atau jus lemon atau esen lemon

Jem : Strawberry Filling (Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-caranya :
  1. Pukul cream cheese dan gula kastor hingga lembut menggunakan mesin mixer.
  2. Masukkan telur dan esen, pukul lagi hingga sebati dan lembut.
  3. Masukkan ke dalam piping bag.
Cara Menyediakan RV Cheese Tart.
  1. Susun semua crust dalam tray pembakar.
  2. Picitkan strawberry filling 1/3 mangkuk crust.
  3. Picitkan pula adunan krim sehingga ke tebing mangkuk crust.
  4. Ambil sedikit crust, pecahkan dan taburkan di atas krim.
  5. Bakar selama 10 minit sahaja pada suhu 170 darjah selsius.
  6. Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama.
*Jangan putar cream cheese pada suhu bilik. Putar 10 - 15 minit selepas dikeluarkan dari peti sejuk.



 
warna merah saja kakpb kurangkan...

nota: cheese tart ni dah sampai ke Bangi dan Kelantan pun....hehe...buat kali kedua utk saudara mara.

Kundasang ~ MH370 ~ Operation mak saudara

Assalammualaikum.....
Lamanya tak ngadap blog kakpb ni. Betul2 takde masa nak menaip melainkan di twitter dan facebook. Itu pun sekejap2 je.
Banyak peristiwa melanda dalam negara, dalam keluarga kakpb ketika itu.....8hb Mac...menyambut Hari Wanita...bercuti di Mount Kinabalu Herritage Resort & Spa. Juga tidak dapat lupa hari yang sama dua peristiwa yang menyayat hati.

Pertamanya.....emak saudara kakpb operate (potong kaki) pukul 9 pagi kerana ketumbuhannya melarat tidak dapat diselamatkan. Kakpb tak dapat jelaskan lebih lanjut kerana memegang janji pada anaknya.
Sebelum itu kami sekeluarga asyik menangis kesedihan memikirkan mak saudara ni.

Tapi yang menyentuh hati bila berwhatsapp dengan anak sulung beliau yang bekerja di luar negeri.
Betapa dia tabah menghadapi dugaan ini. Katanya dia tak boleh menangis, takut mamanya makin sedih. Dan menurut cerita kakak kakpb, selepas mamanya operate 2 hari, dia balik ke Maldive bertugas. Dia pesan pada mamanya....."Ma jangan sedih, Dah 70 tahun lebih Dia pinjamkan kaki pada ma. Dia ambil sedikit je hak Dia, syukurlah ma!"
Sebelum operate kakpb ada call tapi kakpb gagal mengawal perasaan kerana kakpb rapat dengan mak saudara ni. Air mata tumpah juga. Bayangkan dulunya dia seorang yang aktif berpolitik, aktif dikedai jahit, aktif berniaga barangan kemas dll. Dialah yang bawa kereta kehulu kehilir kerana suaminya juga tak sihat.
Allah hu akbar.....Dia Maha Mengetahui hidup dan mati kami.

Oklah....kita tutup cerita mak saudara tu.
Dalam perjalanan tempohari ke Kundasang, dalam pukul 9 lebih, kakpb dapat whatsapp dari kawan mengatakan MH370 tidak sampai ke Beijing. Kakpb memang tak sempat tengok berita di internet.
Sepanjang perjalanan ke Kundasang hati tertanya2 juga, betul ke berita ni?
Sampai Herritage Hotel, terus buka tv. Sah!! memang hilang tiada khabar berita. Kakpb harap dengan doa dan solat hajat serta usaha pihak tertentu akan membuahkan hasil tidak kira samada buruk atau baik, kita terima ketentuanNya.



waktu pagi matahari terbit memang cantik, cuma gambar agak gelap dek cahaya belakang tu..
ada dialog drp sorang gadis disitu, macam ambil gambar toyol je....hehe..

Kami bermalam di Mount Kinabalu Herritage Resort & Spa tempohari. Ambil dua bilik dengan harga RM150 sebilik. Besar dan selesa. Katil bujang ada tiga, cukup sorang satu. Untuk mertua bahagian korner agak besar biliknya. Tapi sayang bilik yang mengadap ke puncak gunung dah habis.


Kami tak pergi ke kaki gunung tempat mendaki. Hanya naik tangga dan menunggu dibawah saja. Adik ipar bawa mertua keatas.




Sebelum bertolak pulang, foto dulu. Memang nyaman dan menyegarkan menginap disini.

Sekadar kenangan......2014.

Selamat Hari Lahir anakanda Aziz Iskandar

Minta maaf kerana ibu tak sempat nak wish kat blog tempohari, birthday yang ke 12 tahun. Ibu sibuk dengan atok, nenek dan adik ayah datang bercuti disini. Apa pun ibu dan ayah tak pernah lupa mendoakan anak ibu supaya menjadi manusia yang berguna, taat suruhanNya, rajin menimba ilmu hingga berjaya dunia dan akhirat.

nota: 6hb Mac lepas hari lahirnya, baru nak update hari ini