my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Selamat Tahun Baru 2013


Sama-sama kita berdoa agar tahun 2013 ini membawa rahmat untuk kita sebagai umat Islam di Malaysia dan di negara lain juga.

Kurang sihat

Assalammualaikum semua....

Hari ni hari Jumaat terakhir untuk tahun 2012. Minggu depan kita dah masuk tahun 2013 pula. Cepatnya masa berlalu, pantas sekali meninggalkan kita yang semakin berusia. Apa azam tahun baru ye? Bagi kakpb seperti biasa, tiada baru tiada lama. Azam yang tersimpan di hati, biarlah hanya kita yang tahu. Kalau di war-warkan, tak tertunai nanti......terkilan pula rasanya.

Kakpb kurang sihat pula sejak balik dari semenanjung. Demam dan selsema berbalik-balik. Mungkinkah sebab kakpb minum Pamoga Vida Beauty? Entahlah....baru mencuba beberapa hari.  Harap tidak berterusan kerana banyak perkara nak uruskan. Karipap frozen makcik tempah belum dapat di hantar, perkakas sekolah anak belum shopping. Cikgu fahmi ajak bercuti sekitar Kudat sana pun tak pasti lagi boleh pergi atau tidak.

Dalam pada tak sihat semalam (hari ni juga) kakpb sempat masak daging korban yang masih belum habis dalam peti. Masak simple je, ikut cita rasa sendiri.

Takde special pun, perap daging dengan bawang putih, halia, gula, garam. Tumis macam biasa, ikut suka nak letak apa pun. Kakpb tumbukkan lada hitam, letak sos tiram....masak dengan api kecil. Last sekali letak kacang panjang dan lobak. Ni masak tengahari, berfotonya belah petang, tu yang kecut sayur tu.


Semalam cikgu fahmi poskan barang ke semenanjung untuk emak dia dan adik perempuan dia. Cuma ikan bilis permintaan mereka. Mahal juga kalau pos biasa ni, katanya pos laju punya borang dah habis......sampai macam tu sekali.

TOM CRUISE, JACK REACHER terbaik!

Selamat menyambut Hari Natal pada mereka yang meraikannya hari ni dan semalam. Salah ke kalau kita ucap begitu? Minta maaf la....

Hari ni kakpb masak kari ayam, ikan goreng dan sambal tempoyak saja. Cepat2 masak sebab dari semalam lagi kakpb nak tengok wayang cerita Jack Reacher. Cikgu fahmi nak tengok Jackie Chan tapi kakpb tak minat cerita cina. Pening kepala la kalau tengok silat cina ni, letih rasanya.

Jack Reacher ni......dah la handsome, macho (walaupun dah berusia), cerita pun menarik. Kisah penembak tepat atau sharp shooter ni mulanya agak confius.Confius siapa yang patut di salahkan, adakah si penembak, si pegawai polis, ayah si peguam dan si gelandangan itu (Tom). Diselang seli dengan lawak selamba dan dialog yang simple.

Baik korang pergi tengok sendiri. Cerita omputeh tak jemu kita tengok. Bukan la nak mengangkat filem luar terbaik tapi itulah kenyataannya. Sebenarnya kan......lama juga kakpb boikot filem luar ni hinggakan kat tv pun kakpb tak minat nak tengok. Kakpb agak anti dengan bangsa asing, tak taulah kenapa.


Durian Crepe... akhirnya merasa juga!


Akhirnyaaaa......dalam keadaan tak sihat dapat juga menunaikan janji pada diri sendiri untuk merasa, membuat Durian Crepe yang tengah meletop-letop di pasaran. Eh...iye ke? selama kat semenanjung, kakpb tak nampak pun orang jual di shopping complex. Mungkin di tempat tertentu ada jual agaknya....

Dua biji durian kakpb dah beli ketika baru balik dari semenanjung. Cikgu fahmi macam tak setuju je masa beli tu sebab di kampong dah puas makan durian. Dia mana tau bini dia nak buat durian crepe. Bila dah ada kat rumah, teringin pula nak kopek durian tu, takkan nak tengok je. Sebiji kita makan, sebiji lagi kupas isinya dan simpan dalam peti dulu. Kakpb tak buat juga hinggalah semalam baru merajinkan diri membuatnya.

Terima kasih pada empunya blog seperti SCANIAZ dan KAKZU semanisgula sebagai rujukan bagi kami yang baru nak mencuba. Ada juga meronda ke blog Izah Daut dan teman2 lain. Myresipi.com juga kakpb refer.


DURIAN CREPE
oleh: blogsurirumah
copy paste resipi dari blog Scaniaz

  1. Isi Durian (Buang Biji)
  2. 50g Tepung Gandum
  3. 1 Penutup Esen Vanilla..
  4. Pewarna ( Terpulang )
  5. 1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
  6. 1 Biji Telur
  7. 3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
  8. 160 ml Air
  9. 40 ml Susu Cair
  10. 2 Sudu Besar Gula Halus
Fillingnya kakpb ikut macam Kakzu, 200 gm whipping cream dan putar hingga kental.
Cara-caranya seperti biasa kita buat pancake. Kakpb masukkan semua bahan dalam blender lepas tu tapiskan. Senang je....:) Kakpb tak tuliskan cara-cara membuatnya, boleh tengok kat blog mereka yang di atas tu ye, mereka yang rajin sesangat.

Nak tambah sikit, betul ke ni Nasi Goreng Pataya Thai? Kakpb makan kat kedai tempohari, teringin nak rasa, order la,,,,,,





Tapi....tidak menepati citarasa kakpb, nasinya dibungkus dalam telor dadar. Dikelilingnya kuah tauco, seolah kita makan bubur pula. Atasnya sayur dan sotong. Baik buat sendiri kan?

Fengsan!

Anak bujang hantar rumah opahnya - ibu rihat sikit hehe..

Kain baju dah panggil minta di gosok dua bakul

Dapur melambai - bila ko nak masak ni?

Si arnab minta di belai -  ibu busy la yang!

Simen kat garaj minta di jirus...
Ibu pun fengsan....demam weh!

Home sweet home:-)

Kakpb sekarang dah kembali asal, kembali masak di dapur rumah sendiri. Melepak di sofa sendiri, bilik air yang di rindui....


Jom beli buku!!


Semalam kakpb pergi The Mines, apa lagi? Pesta buku berleluasa di sana.....rugi kalau pergi dan balik dengan tangan kosong. Peminat novel harus pergi beramai-ramai, bawa anak, adik, mak bapak sekali. Murah je, RM8 dan RM5 komik untuk anak. Kakpb beli satu set RM15, ada 6 buku kalau tak silap.

Selebihnya buku ibu ler......walau nak khatam tu makan tahun, tak kisah la......kalau nak beli kat luar mau dalam puluh2 ringgit. Semuanya dalam Bahasa Inggeris. Macam faham  je kan? eh....ingat kakpb tak boleh baca buku inggeris ke? insyaallah....dengan kemudahan yang ada di rumah seperti Kamus Besta dan sebagainya, semuanya menjadi begitu mudah.

Novel bahasa melayu kakpb tak beli sebab banyak kisah cinta, gua tak layan sangat la....hehe...takde masa. Walaupun suka tengok drama cinta tapi kalau novel-novel ni agak kurang minatnya. Lebih suka kisah masyarakat, kisah benar yang berlaku sekarang ni.

Ada masa lagi tau, jangan tak pergi!

The Hobbit di Alamanda

Assalammualaikum semua........

Minta maaf ye kerana kakpb asyik kesana kemari, tak sempat nak blog walking setiap blog. Sekarang kakpb dah di KL, tak lama lagi nak balik Sabah. Tinggal uruskan benda yang kecil2 aje lepas ni. Dah rindu sangat dengan rumah sana.....



Semalam kakpb dan cikgu fahmi bawa anak tengok wayang setelah meninggalkan dia dua hari di rumah anak saudara. Kakpb balik Kelantan temankan cikgu fahmi hantar parent dia dengan kereta. Balik KL naik bas Sunni Ekspress yang dua tingkat tu. Mulanya nak naik keretapi, tapi tiket habis hingga 23hb nanti. Nasib baik ada bas, kalau tak......meraung la tinggal anak di kl, ibu ayah di Kelantan:

Ok.....cerita The Hobbit ni agak boring masa awalnya. Sampaikan cikgu fahmi boleh tertidur, kakpb pun dah menguap2. Panjang sangat dialog sorang2 tu dan susah betul kakpb nak ingat nama2 watak. Bila dah pertengahan cerita, barulah seronok. Kalau tengok 3D lagi best kot, kakpb tengok yang biasa je.

Baik korang pergi tengok sendiri....sesuai untuk anak-anak yang minat dengan Lord of the Ring, kakpb tak minat cerita rekaan macam ni. Tengok pun sebab cikgu fahmi ajak...

Join SEGMEN Bloglist Pokok Manggis Depan Rumah





Ringkas saja update kali ni sebab kakpb nak ke Kelantan pula pagi ni. Sebenarnya kakpb takde masa langsong nak blog walking tapi gagahkan diri juga sekejap. Untuk tidak menghampakan Pokok Manggis Depan Rumah, kakpb join juga la sebab syarat-syaratnya takde la susah sangat pun.

Jom kita meriahkan segmen PMDR ni....klik link di atas tu ye untuk ke segmen beliau. Masih ada masa hingga 15hb Dis. ni.

Oh ye....kakpb takde fb untuk 'like'. Maaf sangat.

Keropok dan kerepek


Tadi pagi kakpb shopping keropok dan kerepek untuk famili di Johor dan KL. Tak sah kalau balik Kelantan tak beli keropok. Paling sedap bagi kakpb keropok ikan parang dan ikan mas. Bawa balik Sabah tak banyak mana pun, untuk makan sendiri dan jiran sebelah.

Kali ni kakpb ada nampak macam produk baru iaitu ikan bilis sira campur dengan kacang. Sedap juga untuk kunyah-kunyah dalam kereta. Serunding daging pun seperti wajib ada dalam simpanan kat rumah. Time takde mood nak masak, boleh la hidangkan serunding daging tu. Popia goreng pun kakpb beli untuk emak di KL.

Perjalanan ke KL esok awal pagi, mudah-mudahan berjalan lancar tanpa halangan. Doakan kami selamat sampai ke destinasi. Terima kasih sudi komen, ada masa kakpb tak pernah lupa balas kunjungan di blog nanti.


nota kakpb: 'Orang Sandakan' taknak komen? takkan skodeng je? saya tau awak baca blog saya!!

Manggis oh manggis!!

Kali ni cuti sekolah banyak betul manggis keliling rumah mertua. Seronok ler kakpb sebab manggis adalah buah tempatan yang mencetus kenangan ketika kakpb bersama arwah tok di Johor. Ada sebatang pokok manggis depan rumah, tegak lurus dan tinggi. Kalau nak makan, kakpb jolok dengan galah, terlompat-lompat menunjal buah manggis supaya jatuh.

Bila cikgu fahmi panjat (boleh tahan dia panjat pokok, sah...dulu budak nakal) kakpb terdongak-dongak dari bawah. Risau dia terpijak dahan rapuh. Almaklum..berat nak cecah 80 kg. Bising mulut bini dia, takut gedebuk ke bawah lakinya....:)

Baldi kecil dibawa naik ke atas pokok, di ikat bersama tali. Bila dah penuh baldi tu, kakpb sambut di bawah dan tuang dengan lemah lembut kedalam bekas lain. Cikgu fahmi tak bagi tuang kasar-kasar, katanya nanti isi manggis tak cantik bila nak makan, iye ke?

Setiap kali dia tarik baldi dengan tali tu, teringat cerita P. Ramlee dengan A.R Tompel yang berumah atas pokok....."laporpo"....."watakungsi". Hahaha....bila kakpb jerit macam tu, tension je muka cikgu fahmi. Apa taknya? orang penat-penat, di ajak bergurau.....relak la....manggis tu bukan untuk famili bini awak je. Untuk famili awak kat Johor juga kan?


Kalau dah kat kampong, suasana macam ni tak dapat di elakkan, betul tak? Mulanya takut pacat, takut lipas, takut tikus, takut katak......bila dah berminggu, perasaan takut tu berkurangan. Mungkin sebab dah selalu nampak. Bagaimana pun, ibu dia maintain takut. Asyik tengok bawah je.....sedangkan kawasan rumah mertua ni bukannya ada semak samun, kampung ni ada jalan tar.

Update ni mungkin yang terakhir di kampung sebab kakpb nak ke Johor dan terus lepak di KL. Minta maaf kalau kakpb tak balas komen di sini, line maxis dan celcom kekadang mengong sikit. Agaknya sebab terlindong pokok2 kot....hehe...takde kena mengena.

Ok, jumpa lagi nanti dengan entry yang lain.

Jersey Rantau Panjang

Semalam, kami kan tak pergi Perak, pengkebumian tok saudara hubby. Jadi, terlanjur ada kereta dan masa, kami ke Rantau Panjang untuk mencari jersey bola anak dan anak-anak saudara. Cuaca panas yang amat.......lepas satu jam, tak boleh tahan dah. Kakpb ajak balik.

Dapat beberapa helai jersey Liverpool dan M.U. Cantik dan murah. Kakpb pun beli juga, tapi tudung laa...orang tak ramai sangat sebab hari kerja. Keluar dari Rantau, mata cikgu fahmi melilau tengok tepi-tepi jalan. Haus katanya........dia beli air ni...


Suka ke minum air tuak? errr...tekak kakpb tak boleh telan ler....dah cuba beberapa kali, daripada bulan puasa dulu-dulu, memang tak sesuai dengan jiwa!!


Busy memilih jersey, malas nak join.....

nota kakpb: dah lama tak check nuffnang, tengok2 ada keyword 'akak gian', hahaha....apa daaa!!!

Perlis ke Kedah

Sebenarnya takde pun cerita menarik nak kongsi dalam perjalanan kami ke Perlis tempohari (semalam baru balik Kelantan) Kakpb dan keluarga memang belum pernah ke Perlis melainkan sampai jeti ketika nak ke Langkawi dulu. Macam dah banyak perubahan sekarang ni. Masa sampai sekitar jeti (hotel Putra Brasmana berdepan dengan jeti) ramai juga kakpb tengok orang yang menunggu feri nak ke Langkawi, kami pandang je ler.....takde chance nak naik sebab tujuan ke sana pun nak uruskan hostel untuk adik ipar yang dah tahun akhir di UITM. Kesian kami kan? Dah nampak pulau pun masih belum ada peluang pergi. Kakpb ok lagi sebab dah 3 kali rasanya ke Langkawi. Cuma gunung matcincang tu yang kakpb belum jejak. Cikgu fahmi laaaaagi kesian, belum pernah ke Langkawi. Ingat nanti nak direct dari KK ke Langkawi kalau ada tiket murah.

Kisah perjalanan kami dari Kelantan ke Arau tak kesampaian sebab bermalam di Kuala Perlis. Esoknya baru ke Arau. Sukalah kakpb dengan Perlis ni, pemandangannya cantik, bersih, tak banyak bangunan tinggi, kereta tak sesak, jalan tak jem.....wah....macam nak pindah sini je.

 Gambar bujang tu bukan kat Brasmana, tu kat hotel Samilla....Alor Staq...

Hotel Putra Brasmana agak mahal kalau nak bandingkan biliknya yang kecil, katil single dua-dua. Kami pula berempat, apa lagi......sampai je, terus kemas bilik, buat macam rumah sendiri:) kami rapatkan katil, berlonggoklah atas tu ramai-ramai. Kakpb tak boleh tidur lena, sampai pukul 1 lebih masih terkebil-kebil. Sudahnya, ambil cadar bentang kat bawah.....lepas beberapa jam, cikgu fahmi pula tidur bawah, gilir-gilir.

Depan hotel Brasmana ada kedai makanan laut, ketam, kerang, sotong (tak best langsung sotong goreng dia, rasa macam nak ajar je buat sotong goreng tepung) Cikgu fahmi order ikan siakap bakar, kerang rebus, sotong goreng pedas tapi dia buat sotong goreng tepung. Sengal betul la.....dia punya sambal asam boleh puji, memang sedap. Teh tarik dia kakpb rasa pelik sikit, teh pekat dengan susu cair kot. Harga berpatutan kalau nak banding dengan Sabah, sini murah lagi. Sedap ke tak sedap, licin juga kami bedal sebab dari tengahari tak makan, letak batang kayu pun habis kami ratah agaknya!! Apa tak laparnya, check in hotel pukul 4.30 petang.

Atas (Singgahsana Utara Restaurant dan bawah kiri saja snap papantanda Kodiang, sibuk cikgu fahmi suruh snap. Gambar kanan, kat restoran D dapur Ibu)


Urusan kat ITM takyah cerita la.....keluar masuk entah berapa kali. Kiranya kita orang takde kemana pun. Rancang nak ke Gua Kelam pun terbantut sebab cuaca tak elok, hujan....tambah pula letih teramat sangat.

Cadang nak balik hari Sabtu tak menjadi sebab cikgu fahmi letih drive sorang. Bininya tak pandai bawa kereta auto, nasib la kan? Hari Ahad tu kami cari hotel sekitar Alor Star, hotel Samilla. Dapat harga murah, katanya harga sebenar RM100 keatas tapi sebab orang tak ramai, dia bagi RM70 kat kita. Ok la tu, bilik besar, katil single yang dah di cantum....hehe...ada ruang nak kehulu kehilir depan tv tu.

Makan malam kami di Restoran D'Dapur Ibu, dekat dengan masjid. Boleh tahan mi bandung, nasi goreng usa.....cuma tomyam cikgu fahmi order agak tawar dan kurang masamnya.

Sepanjang jalan kakpb suka lihat pemandangan sawah padi. Kakpb cakap kat cikgu fahmi, kalaulah dapat jalan sekitar sawah tu kan best? Tapi jangan haraplah dia nak berhenti. Entah macam mana, hari yang kami nak ambil barang-barang adik ipar di rumah sewa mereka, kebetulan rumah orang tu betul-betul di kawasan sawah padi. Peluang baik ni, kakpb pun berfoto bagai. Orang sibuk angkut barang, kami sibuk berfoto. Nak tengok (kalau nak tengok la....bukan cantik sangat pun kakpb ni, boleh ke Instagram kakpb tapi belum upload sebab gambar semua dalam S3 kakpb)

Paling suka dapat makan nasi kerabu di Restoran SinggahSana Utara, kat Arau. Sedap-sedap lauk di sini dan harga pun tak mahal. Kami sarapan pagi dan makan tengahari di sini.



haaaaa....paling kakpb suka bila dapat makan sengkuang calit ni. Teringat masa sekolah menengah dulu, kat Johor, suka sangat beli sengkuang ni tapi orang tu buat sengkuangnya double. Ni sekeping je.....cikgu fahmi dan anak rasa pelik.....iyelah..kat Kelantan takde kot? Balik Sabah nak buatlah, ada sesiapa yang tau resipi? ke guna kuah rojak mak bee je? :) kemaruk sangat ni....