my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kalau FREE..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Malam tadi kami keluar makan di tempat yang dah lama tak kami kunjungi. Sebenarnya aku dan hubby dah kenyang tapi saje nak layan anak nak makan chicken chop. Makan tak seberapa, ibu dengan ayah yang kena habiskan!!

Sebelum ke tempat makan, kami lalu sekitar Perdana Park yang baru dibuka bulan Februari. Anak aku sibuk nak tengok air pancut kat sana. Kata kawan2 dia, air pancut berwarna. Dia pun terpengaruh le......sedangkan kat semenanjung dah biasa tengok. Ingat nak bawa dia masuk kejap, lepaskan hajat dia. Aku dan hubby dah selalu masuk sejak dibuka hari tu (lepas hantar dia sekolah, kami selalu masuk sini, exercise sikit)

Lalu je kat situ, perghhh......punya la berderet kereta nak masuk. Dari luar aku tengok ramainya orang mengelilingi kawasan air pancut tu. Macam ada konsert pulak. Mula2 aku ingat ada konsert, mana la tau kan? Malam tadi pula hari terakhir parking free. Apa tak ramai orang? Biasalah kita2 ni, kalau free, berebut2 nak masuk, nak join sama.

Akhirnya kami cuma u-turn saje kat situ, terus pergi makan. Kesian juga kat anak aku tu, ayah dia pula tak kuasa nak bersesak2. Aku kata, lain kali kita pergi, kena bayar pun takpelah!

Sebelum ni aku sempat ambik gambar waktu pagi di Perdana Park. Sebenarnya ni tempat untuk mereka2 yang nak beriadah. Ada trek yang selesa, ada tandas selesa, ada tempat untuk mereka yang nak cycling dan sesiapa yang nak exercise tanpa berlari. Tapi kalau dah masuk kena bayar (tak tau pula berapa dia charge) aku tak fikir lepas ni orang ramai akan datang berduyun2 macam malam tadi. Kalau ada pun mungkin orang luar yang datang melancong atau mereka2 yang tidak menetap sekitar KK.

gambar tak clear sb snap pagi2, belum nampak tanah...

aku berkenan tandasnya.....tapi.....ni baru lagi, tengoklah dua tiga bulan lagi!

hehe.....gambar tandas pun nak ambik ke? kata hubby ku. bukan apa, esok2 kalau dah pecah sana, conteng sini......tak hingin aku nak ambik gambar.......yang lain2 tu aku tak snap sebab belum lengkap sepenuhnya.

Aku harap tempat riadah ni akan kekal begini, bersih, tersusun, sedap mata memandang sampai bila2.

Takut!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pejam celik dah nak masuk bulan Mac, tak terasa masa berlalu begitu pantas. Umur makin meningkat, makin tua, makin berkedut, makin pelupa.......dan makin naik berat badan ni......

Anak bujang aku tu makin membesar. 6hb Mac ni cukup 9 tahun umur dia. Tapi aku belum nampak lagi kematangannya dalam diri dia. Lebih2 lagi masa tidur malam. Asyik nak berkepit dengan ibu ayah dia. Dah la katil kat rumah ni jenis queen size.

Sejak balik dari Tawau hari tu, aku paksa dia tidur sorang dalam bilik. Mula2 tu dia bantah tapi aku buat tak reti je, aku cakap malu dengan anak orang lain yang boleh tidur sendiri. Aku pasangkan lampu tidur dan radio dari handphone ku. Makan masa juga dia nak lena. Malam pertama ayah dia teman. Esok lusa aku buat seperti malam pertama walaupun dia masih keberatan. Kejap2 aku jengok ke bilik dia. Elok je tidur sampai ke pagi.

Esoknya dia tanya, malam tadi Aziz tidur sorang ke? tak....ayah temankan....(sedangkan ayah dia teman malam pertama je) Kiranya seminggu ni dia berjaya tidur sendirian. Lepas ni aku kena belikan radio kecil untuk dia elak rasa takut dalam bilik.



Satu perubahan yang baik. Lepas ni nak cari jalan bagaimana nak hilangkan rasa takut dia terhadap lipas, ulat gonggok dan seumpamanya. Kat rumah aku ni pula, banyak betul ulat gonggok. Aku sendiri hari2 menjerit dek terkejut. Di sebabkan takde siapa2 kat rumah, terpaksa aku settlekan sendiri. Biasanya aku spray dengan sheltox.

Agaknya dia ni menurun aku kot. Aku ni pantang jumpa binatang macam tu, menggigil tangan ni. Kalau siang sayur dan jumpa cacing dalam tu (nak2 kobis)......memang tercampak la pisau dari tangan. Baik pacat, ulat bulu, ulat sampah, lintah dan sebagainya......memang tak aah!! Tak turun ke tanah le jawabnya.

Aku suka aktiviti jungle tracking (dulu2 selalu turun bukit naik bukit, maklum le....spring lutut ok lagi) Suka snorkling walau tak tau berenang tapi aku takut dengan karang laut. Kalau berkayak dengan member, aku elakkan melalui karang2 dibawah tu......

Pernah satu ketika aku dan kawan2 ke kaki Gunung Ledang, mandi manda kat sana....lepas tu aku taknak join mereka naik lebih tinggi. Aku turun jalan kaki kebawah sorang2, ingatkan berani, terserempak dengan lipan, aku rasa paling besar yang pernah aku jumpa. Terserempak dengan semut yang bontot dia hitam tu......huhu...siap patah balik naik atas.

Aku rasa, akulah manusia paling teruk bila perasaan takut ni sentiasa ada dalam diri. Kekadang rasa malu bila suami tegur......macam tu pun takut? Kalau anjing, lagi la aku takut. Sedangkan masa kat kampung dulu2, arwah tok angkat ku ada bela anjing untuk jaga lembu2 dia. Mungkin aku mudah terpengaruh dengan bacaan di suratkhabar atau mana2 media dengan kisah yang menakutkan tentang anjing ni.

Bagaimana nak mengatasinya ye? Adakah kerana aku anak manja yang tak biasa dengan dunia luar yang lasak? Itu tak mengapalah sebab aku sorang perempuan. Bagaimana pula dengan anak lelaki ku? Akan berterusankah dengan sikap takutnya yang merungsingkan kami berdua?

Sahabat Pena

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Anda ada sahabat pena? Sahabat pena bagi ku adalah teman yang kita kenali melalui satu ruang di suratkhabar, majalah hiburan atau seumpamanya. Sekarang mana ada lagi kenalan seperti itu sebab semuanya dah menjadi mudah dengan hujung jari menekan komputer, berkenalan melalui internet seperti facebook, myspace, twitter dan lain2 lagi.

Dulu, zaman aku sekolah menengah, aku ada sahabat pena di UKM. Masa tu aku kat Johor, tinggal dengan datok ku. Aku kenal dia melalui majalah kalau tak silap. Dia seorang pelajar lelaki di sana dan aku hampir lupa nama penuhnya yang bermula dengan Ku........bertahun juga aku dan dia berhubung melalui surat kiriman.

Tapi hubungan kami tak lebih dari seorang adik kepada abangnya. Aku tak pernah ada perasaan, walaupun surat2nya tak pernah putus kepadaku. Apatah lagi aku tak dapat bayangkan bagaimana orangnya. Kalau perhati pada hasil karangan suratnya, dia seorang yang pandai mengukir kata dengan bahasa yang indah. Tulisannya penuh dengan kata nasihat, gurau senda dan bersemangat.

Setiap minggu aku tertunggu2 surat dari dia. Seolah2 aku rindukan dia tapi mungkin kerana ketika itu aku selalu sunyi kerana tiada teman atau adik beradik disekeliling ku. Aku simpan kemas surat2 dia dalam satu bekas seolah2 aku sayangkan dia. Kisah ini dah lama berlalu dan aku hampir tidak mengingatinya lagi. Kalau tak silap aku, persahabatan aku dan dia terputus bila aku pindah mengikut mak. Mungkin sekarang dia dah bercucu agaknya.

Nampaknya kebiasaan ku yang suka menulis surat dari sekolah dulu terbawa2 hingga sekarang. Tapi bukan tulis surat, tulis dalam blog pula. Bagi ku ini satu kepuasan. Seolah2 aku berkongsi resipi masakan dengan semua orang.

nota aku: bagaimana rupa dia agaknya? dah puluh tahun berlalu...

'BERAPA JUMLAH KAMBING'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Angin apa pulak aku ni tetiba nak join kontes dari blog 'Bulan Purnama'....http://bulanpurnama89.blogspot.com/
Agak2 sempat tak? Tarikh tamat 27hb Feb. ni......ala....join je la, dah takde keje ni. Lagi pun bukan kena bayar.



"En. Kasim Ahmad......jawapan saya 12 ekor kambing, betul tak?" Kena tag 3 orang kawan untuk join kontes ye? ish...sempat ke dia orang nak buat entri?
Ok, aku tag mereka2 ni......

http://isallaboutlife.blogspot.com/ > Ekyn

 http://akuzealous.blogspot.com/  > Aesya

http://sariyusa.blogspot.com/        > Sari Yusa

untuk keterangan lebih lanjut, boleh kehttp://bulanpurnama89.blogspot.com/2011/01/contest-berapa-jumlah-kambing.html      

Personaliti bulan October

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dah hari selasa.......cepatnya masa berlalu.....di KK setiap hari mendong. Badan pun rasa lemau, lama tak jogging atau jalan tepi pantai.

Hari ni aku nak copy paste artikel tentang "Mengenali personaliti diri sendiri" oleh Dr Fazilah Kamsah. Teringat masa aku pergi mengundi beberapa tahun lepas, kami sama2 beratur dalam satu barisan. Orangnya kecil, comel dan senantiasa ceria. Kalau tak silap masa kursus kahwin dulu, aku dan suami pernah ajukan satu soalan tentang masalah kami dengan dia. Masa majlis kahwin aku atau adik kalau tak salah dia ada datang juga.

OKTOBER (aku ambil bulan kelahiran ku je....)

* Suka berbual. > aku memang suka berbual tapi dengan orang yang aku rasa sesuai dan selesa mengikut topik perbualan, bukan hal2 keburukkan orang ye!! aku suka sembang dgn adik beradik...

* Suka orang yang sayang padanya. > semua orang suka di sayangi, ada ke suka di benci?

* Suka ambil jln tengah. > kerana jalan itu lebih baik utk menjaga hati semua pihak

* Sangat menawan & sopan santun. > errr.....rasanya takde la menawan sangat pd kacamata ku tp mungkin pada suami ku.....hehe.....sopan santun tu wajib la kan? nak2 depan orang tua...

* Kecantikan luar & dalam. > yang ni aku tak dapat nilaikan sendiri, yang pasti aku tak irihati kat orang lain dalam semua hal

* Tidak pandai berbohong & berpura-pura. > memang sukar nak berbohong/berpura2 kerana perasaan bersalah pasti wujud

* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. > haha....yang ni aku suka, kalau baik dengan kawan......sayang dia teramat sangat hingga timbul rasa cemburu..

* Sentiasa berkawan. > aku? tak jugak la sekarang ni......cuma kalau baru kenal biasanya aku akan sering berhubung agar tidak terputus.

* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. > ini paling benar dalam diri aku, sensitif beberapa minit, merajuk kejap.....lepas tu ok balik.

* Cepat marah. > hemmm......betul jugak tu, macam mana eh?

* Macam pentingkan diri sendiri. > kadangkala, asyik nak pentingkan orang lain apahal pulak....

* Tidak menolong orang kecuali diminta. > kalau aku fikir2 balik, rasanya aku tolong orang tak tunggu orang minta, mungkin ada sesekali.

* Suka melihat dari perspektifnya sendiri. > hanya pandangan ku, apa salahnya?

* Tidak suka terima pandangan orang lain. > mula2 memang susah tapi aku terima dalam diam....hehe...ego kot.

* Emosi yang mudah terusik. > teramat mudah....

* Suka berangan & pandai bercakap. > berangan seratus peratus betol tapi pandai bercakap tu.....tidak!! aku pendiam..

* Emosi yang kelam kabut. > oh...memang benar, nak2 masa bawa kereta...

* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). > aku rasa ramai perempuan macam ni.

* Suka melancong, bidang sastera & seni. > yesss.....suka sangat melancong tapi bidang sastera aku dah tak minat sekarang ni, masa remaja dulu memang aku suka........

* Pengasih, penyayang & lemah lembut. > serius....masa bujang aku memang dikatakan lemah lembut tapi sejak berkahwin ntah kenapa berubah. agaknya disebabkan perubahan dalam hidup?

* Romantik dalam percintaan. > huh! aku tak romantik langsung, kalau jalan berdua naik rimas pimpin tangan...

* Mudah terusik hati & cemburu. > biasa la, perempuan...

* Ambil berat tentang orang lain. > untuk perkara tertentu saja

* Suka kegiatan luar. > sebenarnya tak berapa sangat tapi suka aktiviti spt camping dll.

* Orang yang adil. > semua surirumah kena adil, kalau tak.......mana yg ramai anak mesti kelam kabut.

* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. > sebenarnya suka menyimpan untuk masa depan tapi bila masa shopping, memang gila2 punya shopping..

* Mudah patah semangat > kita hanya manusia biasa, yang punya kekurangan......walau patah, pasti akan tumbuh kembali.

JANGAN Rapat-rapat Sayang!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat pulang ke rumah dari Tawau, bertolak pukul 11.45 am dan tiba di KK pukul 9 malam. Lama gila hubby ku bawa kereta sorang je semalam. Tapi ada berhenti sembahyang, makan dan tidur melepaskan lelah.

Aku pula dah togok segelas nescaffe, jadi mata ku bertahan hingga ke malam. Cuaca pula hujan di Ranau ketika kami tiba di sana, nasib baik tak begitu lebat. Pukul 7.30 pm sekitar Kundasang, kali pertama aku dan suami melalui kawasan ini waktu malam. Dengan kabus yang tebal, hujan lagi........cuak juga hati ku, mulut ku tidak henti2 melafazkan selawat dan zikir. Kereta yang berseliseh pun tak banyak. Mungkin orang Sabah sendiri lebih tidak yakin jalan jauh waktu malam. Tapi kami terpaksa pulang sebab anak ku kena sekolah walau hubby dapat perlepasan sehari lagi.

Sepanjang perjalanan pulang (siang hari) selepas ikut hubby ke padang smk Tawau, tiada yang menarik untuk kami kongsikan. Biasalah kalau jalan jauh ni, pemandangan hanya hutan belukar, pokok kelapa sawit dan rumah2 kampung yang unik bagi ku.

Cuma yang menarik bagi ku ketika kami follow sebuah lori. Di belakangnya tertulis < Jangan Rapat-rapat Sayang > haha....terasa lucu tapi ok juga. Menasihati sambil menyayangi pemandu yang di belakang. Kan bagus tu?

Hubby ku ni......nak ngumpat ni.....kalau drive, suka sangat ikut rapat belakang kereta orang. Aku selalu pesan, tak elok macam tu. Dibuatnya orang depan break mengejut, langgar lubang ke........membelok tak beri signal ke......bila aku bising, sekejap je dia ingat, lepas tu buat lagi. Aku ni dah macam pak guard sebelah dia.

Bagaimanapun aku suspect, eh....respect kat dia. Jauh tu dari Tawau ke KK, drive sorang je.....hehe....mem kat sebelah tolong suap makan, minum dan komplen itu ini. Nasib baik la anak tak buat hal. Tidur je sepanjang jalan, bila bangun tanya kat mana, sambung tidur lagi.

tercongok aku kat tepi padang tengok budak2 ni main kriket yang aku tak faham kiraan matanya....



layan Mastika baru bulan Mac, sampai habis satu buku aku baca, buku tu aku hadiah kat sorang student situ sebab leka tengok dia baca, aku pun dah nak balik......ambik ahh!!
jalan2 tepi laut, makan kacang rebus, air kelapa dan kepak ayam bakar.......petang hari Jumaat tempohari....jadilah sekadar lepaskan kebosanan di hotel....
terus terang aku komen kat sini, tepi laut ni tak berapa bersih, tikus berkeliaran dengan sampah sarap dari rumah atas air agaknya.......sayang la.....negeri cantik tapi kesedaran menjaga alam sekitar, entahlah...
hehe.....foto tertunda hari tu, tak bawa usb masa kat Tawau. celebrate kat hotel tiga beranak, dengan takde piring dan sudu, kami makan alas kertas kotak kek je! lepas tu baru aku turun cari pinggan RM2, asalnya nak sambut kat rumah, dah jadi macam ni........apa2 pun tak kesah la....

nota aku: jangan marah ye, tajuk takde kena mengena dgn entry.....hehe..

Ulangtahun kami

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...



Syukur alhamdulillah, tanggal 19hb Februari tiba lagi mengimbau kenangan lalu kami ketika di ijabkabulkan. Masih segar di ingatan ketika itu aku dan suami berbaju kuning air, di kelilingi tok kadhi dan para jemputan. Teman rapat ku yang hadir hanya tiga orang. Ketika itu memang tak ramai yang tau majlis pernikahan ku. Bukan sebab ada agenda lain tapi majlis dibuat secara kecil2an saja. Masa bersanding barulah teman2 yang lain di jemput.

Bagi pasangan lain mungkin hari itu adalah hari yang paling bahagia kerana menjadi raja sehari. Raja yang di raikan, di sayangi dan dikasihi rakyat jelata. Namun bagi kami ketika itu, sukar untuk dinyatakan atau diluahkan perasaan kami. Gembira sudah pasti kerana kami bakal melayari alam rumahtangga. Disebaliknya, hanya Allah yang tahu perasaan kami.

Sepanjang tahun selepas pernikahan itu, kami sering berbincang dan memberi semangat antara satu sama lain. Hidup kena diteruskan walau apa terjadi. Suka atau tidak, kena terima pasangan kita seadanya, begitu juga dengan keluarganya. Nasihat suami ku, jangan menyesali atau disebut kembali perkara yang dah berlalu. Itu semua mengundang perbalahan. Kita tidak boleh menoleh kebelakang kerana ini adalah jalan yang kita pilih dan ini juga 'takdir' kita. Kita juga hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukannya dan Dia tahu apa yang terbaik untuk umatNya. Tugas kita hanya berusaha, berdoa memohon kepadaNya, tawakal dan selebihnya terserah pada Dia.

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kami, aku tetap bersyukur dengan apa yang kami miliki. Bila aku bersyukur, maknanya aku redha dan pasrah. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan ku seorang suami yang teramat baik pada ku dan anak ku. Suami yang memahami, menyayangi bukan diri ku saja tetapi seluruh keluarga ku, boleh di bawa berbincang dan yang penting dia amat menyayangi kedua ibubapanya dan mertuanya. Moga hubungan kami tidak akan terputus hingga keakhir nanti. Amin.

nota ku: setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

layan Lagu Cinta Nirmala

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

As salam........tiga empat hari memerap di hotel, makan berbeli, beraircond sepanjang hari, aku rasa berat ku bertambah2 naik. Kalau ada exercise pun cuma turun naik tangga hotel saja.

Celcom broadband pula laju je kat sini, kalau kat rumah ku sana, tersekat2. Katanya, kalau majoriti guna streamyx dan wifi, akan ada effect pada mereka yang guna broadband. Ntah betul ke tidak, aku rasa mungkin juga.

Terlanjur line laju, aku layan sinetron Lagu Cinta Nirmala lakonan Alyssa Soebandono dan Baim Wong. Cerita ni sedang ditayangkan di Indonesia sana, dah banyak episod. Aku pula baru sampai episod 9. Tak kisah la, janji dapat juga tengok.

Pasti ramai surirumah di luar sana layan cerita ni. Bila agaknya nak tayang kat Malaysia? Ramai peminat Baim dan Alyssa di Malaysia ni..........bukan la aku nak promote artis Indon, tapi aku memang suka sangat lakonan Baim sejak sinetron Bukan Diri ku.

nota aku: balik KK nanti tak dapat layan macam ni.....

Selamat hari lahir untuk mu!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

 Selamat panjang umur untuk suami ku yang tercinta. 'Ibu' harap 'ayah' gembira, panjang umur, murah rezeki dan diberkati olehNya apa saja yang 'ayah' lakukan di dunia ini.

Tiada hadiah mahal dari 'ibu' hanya doa dan harapan moga kita kekal selamanya. Tiada kata2 indah, tiada hadiah berjenama, namun 'ibu' berikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Kali ni kita sambut birthday di Tawau. Nak celebrate macam mana pun tak tahu lagi ni. Mungkin hanya makan2 di luar kot. Esok hubby ku mula bertugas jadi hari ni kami mungkin kena cari hotel di Tawau. Rasanya tak jadi nak tidur rumah anak saudara. Dengar khabar ramai tetamu kat rumah dia. Hotel pun hotel la.......

Dilema ke Tawau

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Salam semua. Cuti nak kemana ye? Sehari je cutinya kan.........tak sempat nak jalan jauh pastinya bagi mereka yang bertugas di pejabat kerajaan. Tapi, bagi mereka yang ada tugasan out station, hati2 dalam perjalanan. Sambil drive tu, sambil selawat untuk junjungan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W sempena kelahiran dia hari ini.

Saat ini aku dalam dilema kerana terpaksa ikut suami ke Tawau. Pagi ni kemas2 kain baju untuk stay di sana selama beberapa hari. Dia mula bertugas hari Khamis tapi kami bertolak awal kerana perjalanan yang jauh, mungkin akan bermalam di mana2 nanti. Anak ku terpaksa di cutikan dari sekolah. Ikutkan dia memang taknak pergi tapi terpaksa.

Harap2 tiada halangan dalam perjalanan, insyaAllah, doakan kami selamat sampai kesana.

Syurga kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Kali ni aku taknak cerita pasal kuih, resipi atau masakan.....bosan ahh! Dah la semalam buat roti bantat, sakit hati betol. Entah kenapa 2 hari ni apa yang aku  buat serba tak kena. Nak kata rindu kat mak ke, famili ke......baru  je call minggu lepas. Mak sihat, cuma mertua ku je yang kurang sihat dengarnya.

Khabar dari mak, katanya baru lepas buat perjumpaan adik beradik di rumah adik ku. Berkumpul untuk menyelesaikan beberapa perkara kerana dah lama tak berkumpul dek kesibukan masing2. Aku tumpang gembira dari jauh. Teringat2 juga, kalau aku ada pasti ditanya apa yang ingin aku katakan? Aku cuma nak mereka jangan lupakan aku yang jauh ni, itu saja. Doakan kami selamat di rantau orang dan murah rezeki (boleh balik selalu)

Intipati perbualan mereka yang aku dengar dari kakak tentang 'emak', Kalau nak cerita kat sini aku rasa tak manis pula. Jadi aku nak kongsi apa yang aku dapat dari facebook ustaz sorang ni......la..lupa nama dia. Tu la orang melayu, kalau artis mudah je nak ingat kan? hehe...aku la tu!!

Tanggungjawab anak lelaki selepas berkahwin
Sahabat yang dimuliakan,
Apabila seorang lelaki Muslim berkahwin ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dikurniakan anak-anak maka tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.

Walau bagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.
Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi “Ayah kamu”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."

Hadis di atas menjelaskan selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Rasanya ramai yang dah pernah baca tentang tanggung jawab anak2 terhadap kedua ibubapa tapi masih juga mengabaikan tanpa di sedari. Ibubapa kita ni bukan nak duit beribu juta, bukan nak rumah banglo mewah, bukan nak intan berlian, bukan juga minta dibawa melancong ke luar negara. Hanya yang mereka minta perhatian dari anak2, kasih sayang yang penting.

Cara menunjukkan sayang tu pula bukan dengan wang ringgit atau harta benda. Anak2 yang tak mampu bagaimana pula? Kadang kala kalau kita bawa pergi shopping kat kedai dekat dengan rumah pun dah cukup. Beli barang keperluan dia seperti sabun mandi, ubat gigi, bedak dan lain2. Itu tanda kita perihatin dengan dia. Tanyalah apa yang dia inginkan kalau sesekali kita balik kampung. Kalau mahal, kita boleh bagitau, bila ada duit atau kemampuan, kita akan cari atau beli kemudian. Biasanya orang tua ni senang je nak pikat mereka. Layan apa yang mereka nak makan pun dah cukup. Jika tak pandai masak, kena la belajar. Tekak orang tua ni kekadang bukannya nak makan masakan dari restoran. Kalau anak2 sendiri yang masak lagi dia suka.

Kalau sebut bab ibubapa ni memang sampai bila pun tak habis. Aku bukan nak kata orang lain, aku pun nak ingatkan untuk diri sendiri. Harap2 apa yang aku lakukan selama ini tak menyakitkan hati mak dan keluarga ku.

Bagi mereka yang dah mula lupakan ibubapa kat kampung, bertaubatlah hendaknya. Dari buku Motivasi untuk wanita yang aku baca, bertaubat bermakna membersihkan hati dengan airmata penyesalan. Petanda orang yang bertaubat ialah tunduk, mudah tersentuh hatinya dan senang menangis. Ketika orang lain tenang, dia tidak boleh tenang kerana takut. Jika ia mengingat dosa dan kesalahan yang lalu, maka dia mengalami kesedihan yang mendalam dan gemuruh hati, yang menjadikan airmatanya kering kerana terlalu banyak menangis.

Heartbeat yang cute!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Rasanya ramai yang dah tau pasal Heartbeat ni dan dah ramai aku tengok kat blog2 banner dia. Sebenarnya aku pun dah daftar hari tu tapi tak berkesempatan nak tepek kat blog.

Mana tau kan? untung sabut timbul.........aku tau, blog aku tak ramai pengunjung kerana apa yang aku tulis berkisar tentang hal rumahtangga, masakan, resipi saja. Bukan tak berminat menulis tentang perkara lain tetapi keadaan kadangkala tak mengizinkan.

Berbalik pada kisah Heartbeat ni, korang daftar je kat situ....http://heartbeat.my/ takde kena bayar ke hape......senang gitu. Lepas tu klik la mana2 yang kita suka nak ambil tau. Setakat ni aku belum menjelajah sepenuhnya.

Masak sambil berBxGxL??? oh no!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Gila apa? Kalau la aku masak sambil berxxxxx, buang tebiat namanya tu!

HONG KONG - Seorang chef wanita, Flora Cheung (gambar) akan mengendalikan program masakan di televisyen dalam keadaan berbogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Flora yang berusia 26 tahun akan menjadi hos program yang disiarkan dalam rangkaian televisyen untuk orang dewasa.
"Ramai lelaki tidak mahu memasak tetapi saya mahu menjadikan mereka meminati bidang masakan," katanya kepada akhbar South China Morning Post.
Dalam program itu, jurukamera akan mengikuti Flora berjalan di pasar basah di Hong Kong.
Selepas dia membeli beberapa barang untuk dimasak, dia akan pergi ke dapur untuk memasak.
Wanita itu kemudian akan berbogel dengan hanya memakai apron lut sinar yang boleh menampakkan susuk tubuhnya.
Walaupun Flora bukannya seorang chef yang profesional, penerbit program itu, Jesse Au berkata, wanita tersebut akan mampu menarik minat ramai orang untuk menontonnya.
Setiap episod akan berlangsung dalam tempoh 30 minit. - Agensi

kredit to http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp

nota aku: kalau macam ni la chef, konpem pelajar semua lelaki..

Komen boleh dapat hadiah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Semalam jalan2 blog paklongcikgu......dan terbaca pulak entry tentang En. Mustaffa,.http://mustaffabaharudin.com/ katanya 'Hadiah menarik, hanya letakkan komen anda', biar betul? Tak percaya ek? boleh tengok kat blog dia, aku cuma tolong promote.

Blog sendiri pun takde orang komen banyak macam dia. Kelakar la pulak nak promote blog orang. Tak kisah la.......siapa yang berminat boleh selak2 langsir rumah dia, tengok apa yang berguna dan diambil sebagai pedoman.

Kerapu Goreng Berperisa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Semalam aku kehabisan idea nak masak apa, ada ikan kerapu kat dapur tu. Mula la cari buku masak.....macam la nak masak untuk tetamu cari buku bagai!

Ada beli buku masak SELERA, susunan Amelia Mustafa tapi aku jarang guna sebab resepinya biasa2 je......maksud aku resipi yang ada sesuai untuk orang bujang, masakan yang simple.

Ikut resipi asal Talapia Goreng Berperisa. Kat sini susah nak jumpa ikan talapia. Biasanya kerapu berlambak. Jadi aku gantikan dengan kerapu. Simple je masakan ni, aku ubah sikit ikut kesukaan ku.

Bahan:-

2 ekor ikan kerapu yang sedang besarnya
2 labu bawang besar (sebiji pun cukup, bawang mahal skrg ni)
6 biji limau nipis (takde limau nipis aku guna limau kasturi, lagi harum baunya)
5 biji cili merah (alah....sebiji pun cukup)
6 ulas bawang merah (kan bawang merah mahal? so aku tak guna)
kat sini bawang mahal gila, sekilo sampai RM30 (biar betol? tapi memang betol!!)
sedikit garam, gula, minyak bijan dan cuka.
resipi aku tu takde minyak bijan.

Cara membuatnya:-
Ikan dibersihkan (apahal kalau tak siang kan? tambah pulak ikan kerapu, biasanya aku rendam dengan limau untuk hilangkan hanyir)
Ikan di goreng dahulu, aku garam kunyit ikan sekali dengan tepung jagung.
Bawang besar di potong bulat, cili merah dihiris, begitu juga kalau nak guna bawang merah.
Campurkan bahan yang di hiris tadi dengan gula, garam, cuka dan perahkan limau.
Tuankan atas ikan yang telah di goreng tadi.
Sedap di makan dengan nasi panas2.

mesti terliur kalau ikan panas2 macam ni.....

Baguskah aku?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Maaf pada teman2 yang lama tak ku kunjungi, lebih2 lagi blog masakan. Masa benar2 tak mengizinkan aku blog walking walaupun di malam hari. Sebagai surirumah 'terbaik', hehe......baik ke? semua kerja aku kena uruskan. Bukanlah maksudnya che abe tak buat kerja. Dah dia sorang cikgu, tentulah lagi serabut kepala. Bila di rumah, pasti nak rehat secukupnya. Aku pula taknak menyusahkan dia. Kalau benda kecil, takkan dia nak buat juga kan?

Jadi surirumah ni, mencabar sebenarnya.........dan lelaki 'seharusnya' tabik 'spring' kat orang2 macam aku ni.

Pagi > sediakan air panas untuk mandi (samada diri sendiri, anak atau suami sebab sekarang ni musim sejuk de!!) Lepas tu, siapkan sarapan serta baju dan lain2 untuk dia ke sekolah. Kemas tempat tidur sebelum aku pun turut sama kesekolah (hantar anak)> time ni aku memang selalu ada sama kesekolah. Biarlah orang nak kata apa pun. Sebabnya.......lepas hantar anak biasanya aku dan che abe akan ke pasar KK untuk cari barang keperluan tempahan kuih karipap dan kasturi. Bisnes kecil je....

Tengahari > prepare untuk makan petang pula. Walaupun hanya tiga 'umat' je, kena prepare awal sebab aku tak suka hubby balik aku masih terkial2 nak masak.

Petang > kena tengok homework anak atau apa yang harus dia buat, sambil layan cerita kat tv.......hehe....nak jugak hiburan, kalau tak.....naik mengong kepala aku ni. Lepas dia sembahyang asar (belajar satu jam je) ajar mengaji pulak. Dulu aku sarankan lepas maghrib tapi ubah disebabkan aku nak layan cerita Kejora dan Bintang. Jadi, anak murid kena ikut ustazah la kan?

Malam > 6.30 pm masa untuk makan. Kami jarang makan melebih waktu 8.00 pm. Nak jaga kesihatan kononnya. Che abe ada tution pukul 7.00 pm, jadi kelam kabut lepas makan kemas meja sebab budak2 tu guna untuk tusyen (tiga orang je)
Aku pula lepas maghrib, sambung lagi mengajar anak apa yang perlu. Samada math, science, english dan bm. Kalau setakat kelas rendah, boleh la jugak. Mana yang tak tau, aku pass kat che abe. Kekadang sekali sekala dia takde tusyen, aku minta dia ajar anak tapi dia tolak kat aku juga. Adoi.......kiranya aku ni......tukang masak pun aku, tukang basuh pun aku, tukang kemas pun aku.......cikgu pun aku? Dia gelak aje  kalau aku komplen, semua saya kena buat...bla...bla...bla...

Kata dia.....'ibu kan rajin dan kuat kerja......"
Aku > ala....nak bodek la tu....aku ni pantang di puji sikit, semangat nak buat semua. Tapi aku tak pernah simpan dihati dan aku ikhlas dengan apa yang aku lakukan. Mudah2an di berkati olehNya.

Nasi 3 Warna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Selamat berkerja bagi mereka yang memulakan tugas hari ni, cuti dah habis ye........jangan nak menyambung cuti dengan MC la pulak. Kesian meja dan kerusi yang tinggal kat office tu, tunggu tuan dia cuti lama sangat.

Mereka yang menghadapi banjir di semenanjung sana, aku harap dah berkurangan. Sabar banyak2, ini semua bencana kecil untuk kita yang di duga olehNYA. Aku harap semuanya dalam keadaan baik, aku doakan, termasuk saudaramara ku yang ada di sempadan sana.

Semalam aku bosan masak nasi putih, asyik2 putih.......sekali sekala tukar warna la pulak. Paling happy anak aku la, budak2 kan suka warna warni. "Pandainya ibu masak nasi ni!".......hehe.....ibu memang pandai cilok dari intenet......"macam mana boleh jadi kaler2 ni?" dia tanya, "adalah!!" aku jawab.....

Terima kasih pada umi_e dari myresipi.com kerana kongsi resipi ni, kali ni kita tepek kat sini pula....

NASI 3 WARNA

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 3 cawan beras (saya guna beras basmati)
  • 3 cawan air
  • pewarna merah, hijau dan kuning secubit garam
  • satu ketul stok ayam (Knorr atau maggi) beberapa helai daun pandan
  • 2 sudu makan margerin
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara

  1. Cuci beras dan toskan
  2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia
  3. Panaskan periuk dan masukkan margerin hingga cair
  4. Tumiskan bahan yang telah di blend hingga naik baunya
  5. Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan(takde pandan, aku letak serai)
  6. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering
  7. Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga2 pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
  8. Biarkan hingga nasi masak.
  9. Kacau nasi setelah betul2 masak 
 kredit to http://www.myresipi.com/


 Budak2 mesti suka, makan dengan ayam goreng, letak timun......tak payah kuah, kalau ada sup lagi sedap agaknya. Semalam aku masak simple je sebab dah ada lauk daging semalam, tambah goreng telor masak sambal.

Favourite food, tetapi.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Pasti ramai di antara kita suka makan rojak. Tak kiralah rojak mi, rojak ayam, rojak buah dan ada bermacam2 jenis lagi. Sudah tentunya bahan kuah dibuat menggunakan kacang tanah.

Kali ni aku bukan nak kongsi resepi tapi kongsi tentang makanan yang paling aku suka. Aku suka sangat mengunyah kacang dulu2nya. Kalau pergi shopping, tak sah kalau tak beli kacang Pagoda yang dalam peket tu atau sejenis lagi (lupa pulak namanya sebab dah lama aku tinggalkan kesukaan aku ni) Nak tau sebab2 aku hentikan makan kacang?

Aku pergi massage kaki kat satu spa, dia nasihatkan jangan banyak makan kacang sebab kacang ni banyak angin katanya. Membuatkan tapak kaki kita bisa-bisa. Kalau di fikirkan kembali kata2 orang tu, betul juga. Setiap kali lepas makan kacang, mesti jari2 ku sakit menyucuk2. Jari kaki je, tangan tak pulak! Tapi kadang2 aku tak peduli, sakit pun sakitlah........kalau tengok orang makan, mana boleh tahan?

Dari apa yang aku baca, sebenarnya bagus juga kacang tanah ni. Info yang aku dapat dari satu website....
http://vyanrh.wordpress.com/2009/08/03/kacang-tanah-manfaat-dan-dampaknya/(terima kasih kerana infonya)

Kacang tanah kaya dengan lemak, mengandungi protein yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus, vitamin A dan K, lesitin, kolin dan kalsium. Kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Mempunyai rasa yang manis dan banyak digunakan untuk membuat beraneka jenis kuih.

Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh dalam mencegah beberapa penyakit. Mengambil satu oz kacang tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama pesakit kencing manis dapat membantu kekurangan zat.
Kacang tanah mengandung Omega 3 yang merupakan lemak tak jenuh ganda dan Omega 9 yang merupakan lemak tak jenuh tunggal. Dalam 1 oz kacang  tanah terdapat 18 gram Omega 3 dan 17 gram Omega 9.

Kacang tanah mengandung fitosterol yang justru dapat menurunkan kadar kolesterol dan level trigliserida, dengan cara menahan penyerapan kolesterol dari makanan yang disirkulasikan dalam darah dan mengurangi penyerapan kembali kolesterol dari hati, serta tetap menjaga HDL kolesterol.
Kajian-kajian menunjukkan kacang tanah dapat sebagai penurun tekanan darah tinggi dan juga kandungan kolestrol dalam darah, berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, penyakit keputihan dan insomnia

Namun Kacang tanah sangat dicegah pada mereka yang menghadapi penyakit jenis kanker payudara dan yang mempunyai masalah jerawat atau acne juga dinasihatkan berhenti mengkonsumsi kacang tanah.

Setakat ni, muka ku tak mengalami jerawat kalau makan banyak mana sekali pun kacang ni tapi yang kena jerawat, biasanya che abe aku tu.......hehe.... dan semalam.....rojak kat atas tu la yang aku makan di Restoran Rezki. Rasanya rojak paling sedap kat Sabah ni, aku rasa kedai dia je......

Daging Goreng Krisek

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Cuaca mendong seharian ni, rancang nak keluar pun tak jadi. Tak best jalan kalau basah2 kan? Jadi, aktiviti kami hanya tengok tv dan layan cerita2 yang ada dalam simpanan. Aku pula tercari2 resepi nak masak daging, bosan asyik masak kari je. Daging dalam peti dah lama aku keluarkan pagi2.

Akhirnya aku jumpa resepi dalam Saji Online (kredit to Saji kerana resepi yang sedap ini)

Kita share resepi ni kat sini. Daging yang aku masak ni tak letak bunga lawang dan cengkih (saje taknak letak).


Bahan2 di perlukan:

600 gm daging batang pinang (dipotong nipis)
1/2 biji kelapa utk kerisik (aku guna yang beli je)
1 senduk sos tomato
1/2 senduk kicap cair
1 sudu besar gula
1 cwn santan
1/4 cwn air asam jawa
4 kuntum bunga cengki - tumbuk halus
2 kuntum bunga lawang - tumbuk halus
Garam
Bawang goreng dan kacang pis utk hiasan.

Bahan menumis:
5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 cm halia - dimayang
2 tangkai daun kari (yg ni aku takde, biasa la rumah macam rumah aku mana ada tanah nak tanam?)

Bahan kisar:
(Di goreng dulu dengan sedikit minyak)
15 tangkai cili kering (aku tak letak banyak sebab anak tak suka pedas)
10 ulas bawang merah
2 cm halia

Cara menyediakannya:

Gaulkan daging dengan bahan2 kisar, bunga lawang, cengkih yang ditumbuk halus tadi, sos tomato, kicap cair, gula, garam, kerisik dan air asam jawa. Kacau hingga rata dan perap selama sejam.

Panaskan minyak dan masukkan bahan menumis tadi, bila naik baunya, masukkan daging dan masak dengan api yang perlahan hingga daging empuk.

Kemudian masuk santan dan kacau rata.

Bila kuah pekat, taburkan bawang goreng dan kacang pis.

Piknik yg menjimatkan kos!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Cuti panjang kali ni kami tak dapat kemana2, fulus tak mencukupi nampaknya. Tapi takpe, aku tak kisah sebab keliling KK ni banyak pantai, belakang rumah pun ada (kalau nak sangat mandi air masin sampai menggelupas kulit pun boleh!)

Plan mengejut ni memang tak sempat nak buat apa2. Main tangkap muat semuanya. Ambil towel, beg sandang, t-shirt dan air mineral. Singgah kat kedai jeruk, beli jambu, nenas dan corn cup serta air tin. Dah cukup. Tikar pun tak bawa padahal dah letak atas meja. Takpe, dok atas pasir atau batu je.......

Sampai sana, anak aku terus terjun laut. Suka sangat dia tu.......tapi ibu ayah tengok je dari jauh sebab tak bawa baju lebih. Aku pun tak teringin nak mandi kat sini. Sejak tinggal Sabah ni, aku belum jejak lagi air laut kat sini (Tanjung Aru ni je, tempat lain tak boleh tahan tengok)

Sambil makan sambil sembang, sape lagi aku nak ajak sembang kalau bukan che abe aku tu. Nasib baik la dia bukan jenis pendiam. Ada je topik nak cerita. Dari kisah kat paper, politik, parti, hal2 pendidikan......aku la tempat dia lepas ketidakpuasan hati.

tengah belek jambu batu dgn nenas, makan sambil diri je.....hehe...tak sopan betul...

dapat mandi satu jam pun jadilah, kesian dia sorang2 takde teman.......kalau ada pakcik2 belah ayah dia, ok gak.....

Pukul 5.30 ptg kami siap2 nak balik. Tandas awam kat sini cekik darah, tersergam indah tapi tak boleh guna. Apa masalah agaknya? Takde air kot? Selama 2 tahun aku tinggal sini dan kerap datang 2nd beach ni, tandas tak pernah buka. Kesian orang yang datang jauh2 nak buang air ke.......memang kena turun ke laut la nampaknya.

Ingat, esok nak datang lagi ke sini. Tak dapat bawa anak jalan cuti2 ni, dapat mandi laut pun dah suka dia tu.

Udang goreng nestum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pagi tadi aku melawat blog kawan2 dan ternampak resepi udang goreng nestum (kalau tak silap) kat rumah siapa tak ingat pula. Maklum la, pepagi ni otak terawang2 lagi......

Aku tak salin pun resepi tu, cuma baca sekali imbas. Pagi tadi sarapan roti goreng salut tepung, ada lebih tepungnya, aku salutkan udang pula.

 Maaf ye, gambar kurang menarik, sejak kamera kita tu buat hal, mengharap pada hp je......

Resepinya biasa2 je......

Lebih kurang 1 cawan tepung gandum, 1 sudu tepung jagung, sedikit garam, sedikit butter/planta dan bancuh dengan air. Udang perap dgn limau (hilangkan bau) Bila dah salut tepung, golekkan atas bijirin nestum. Kemudian goreng dalam minyak panas. Jangan lama sebab nestum mudah garing.

Siap, boleh makan dengan nasi atau cicah dengan sos! sedap....

Bila bosan!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Kawan2 yang melawat blog aku ni jangan terkejut kalau tengok perubahan rumah aku ni. Biasalah kalau dah bosan. Aku pun masih belajar mengubahsuai apa yang patut. Masa selalu tak mengizinkan aku untuk belajar lebih lanjut.

Celik mata pagi dah nak masak, basuh baju, kepasar dan bla...bla..bla...kekadang bosan juga hidup sebagai surirumah yang tak ramai kawan ni. Cuti sekolah pun aktiviti macam biasa. Berebut dengan anak pula tu kalau nak guna komputer. Malam, aku tak larat nak berjaga. Mungkin sebab aku takde kawan nak sembang, tu yang cepat mengantok. Che hubby, biasa la......awal2 dah ngorok!!