my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

JJCM di Upper Star, Suria


Malam tadi cikgu fahmi ajak makan luar, katanya sebagai upah penat kemas rumah dua hari ni :) Lagipun dah gajian kan......apa lagi...sesi jalan-jalan cari makan ler. Terima kasih ye encik suami yang ku cintai, banyak pahala kalau suami belanja anak dan isteri atau seisi keluarganya. Mudah-mudahan bertambah murah rezeki cikgu fahmi, insyaallah.

Kami makan di Upper Star, Suria Sabah. Suria ni agak kurang popular berbanding dengan One Borneo kerana bagi kakpb ianya belum lengkap sepenuhnya. Walaupun food courtnya cantik, view keindahan laut di sebelahnya tapi masih belum dapat menarik hati kakpb. Suasana dalam Suria agak suram. Namun sekarang ni sudah ramai juga pengunjung berbanding masa buka dulu. Jarang benar turun ke sini. Kalau pergi pun sebab nak tengok wayang.

Oklah.....malam tadi punya makan kakpb tak snap gambar satu-satu. Malas dan penat sangat. Dua hari berkemas tau, dek habok orang menebuk dinding untuk pasang aircon tu. Kami makan Gril Chicken dengan sos black pepper untuk kakpb dan anak. Cikgu fahmi order lamb chop....fuhh...kita dah ingatkan....awak tu selalu sakit kepala, haaa...makanlah! Degil nak jugak, lepas tu belum sampai rumah dan picit-picit kepala, rasakanlah :)

Ada ambil foto kakpb berspec baru (alamak, terlepas cakaplah) tapi tak cantik laaaa......dah rupa si Betty yang dalam cerita apa tu dulu? yang kaki buku, pakai besi kat gigi......uwaaaa...:)) anak kakpb kata, tak lawa spec baru ibu ni.....

Kos kami makan malam tadi dalam 70.... hengget!! sekali sekala boleh ler.....agak2 la berapa harga sepinggan hidangan tu dengan jus mangga yang pekat, melekat......jus carrot yang bagi kakpb agak tawar tapi ok la dan vanilla smoothi untuk anak. Suka la dia, ada pc kat sebelah, sempat main game.


Lepas makan segala berlemak bagai, kakpb minum fiber d'apple ni balik dari Upper Star. Rasanya opkozz la rasa apple. Macam tak boleh nak masuk ketekak sebab dah penuh sangat tapi paksakan juga. Nak kempiskan perut punya pasal, telan saja laaa....:) Kat sini harganya RM75.90 tapi dia bagi discount RM66.


nota kakpb: pagi tadi dua kali masuk tandas :))

Nak juga gantung kad Nur-nba Cetusan Rasa


Kawan-kawan lain dah lama gantung kad Nur ni dirumah masing-masing. Kakpb je yang lewat, bukan lewat sikit-sikit ni.....lewat bebeno.

Tak kira....nak gantung jugak kad cikgu Nur Cetusan Rasa ni. Maaf ye Nur, bukan cikgu-cikgu je yang sibuk, surirumah macam kakpb ni pun kerja berlambak-lambak. Itu nasib baik tak kena buat assignment cikgu fahmi. Ada juga offer diri (macamlah boleh buat :P)

Kad sebagai tanda persahabatan dari Nur, moga berkekalan hendaknya walau belum pernah bersua muka di alam nyata. Hanya nampak di pc je....:) terima kasih Nur. Entah bila kakpb nat buat kad yang cantik macam ni.......berangan je....masanya? Kalau ada yang sudi tolong reka, kan best.....

Masih bertahan

Kalau balik semenanjung kakpb selalu runsing tinggalkan dia. Cuma dia sahaja yang mampu bertahan, ini pun dulu hampir mati, sebulan di kampong. Balik rumah selepas cuti lama, mesti tengok dia dulu.......



Kesian dia, punyalah malas tuannya nak ajak bersembang.......setakat bagi makan dan minum je....kalau kat rumah kakak sana, hidup subur pokok ni. Keluar bunga lagi. Orang kata, pokok ni susah nak berbunga. Kalau ada bunga, ada 'ong' ke? Itu kepercayaan orang Cina.

Tongkang pecah suda....

Maaf ye teman-teman blogger, hari ni kakpb tak dapat blog walking sebab kesibukan yang teramat sangat. Pagi tadi mengalih barang-barang bawah katil anak sebab nak pasang aircon. Asyik komplen bilik dia takde aircon. Katanya bila dah ada nanti nak tidur bilik sendiri :P iye la tu? Harap-harap lepas ni takde la orang menyelit sebelah waktu malam.

Bilik cikgu fahmi pun nak tukar aircon baru juga...:) yang lama tu transfer ke bilik anak setelah di service. Aircon yang lama tu kena main jolok-jolok pulak dia punya kipas. Kalau cikgu fahmi takde, bini dia terpaksa doublekan kerusi, jolok dengan rotan si Aziz...:)) malu je kalau orang nampak. Masa mula-mula masuk rumah ni dah service, tapi sama je jadinya.

Lepas mereka selesai buat kerja installation ni, kakpb kena tukar uniform pulak, jadi bibik/wahaha... mob lantai sebab habok satu rumah sudaaaa!!

Puding Pisang Karamel


Cikgu Fahmi baru sms, tanya makan apa.....alahai....dia taktau bini dia tengah bosan ni. Tadi kemas ruang dapur, alih meja dan kabinet. Tengahari masak nasi goreng paprik untuk anak. Petang ni tak tahu lagi nak makan apa.

Dalam pada boring tu, cari resipi puding pisang. Dah beberapa hari beli pisang masih tak bersentuh dalam peti ais. Akhirnya kakpb jumpa satu resipi di SINI dan mencubanya. Disebabkan kakpb takde loyang kecil-kecil, kakpb buat dalam loyang berukuran 8x8. Memang leper jadinya. Tapi rasanya teramatlah sedap :) Lepas ni nak cuba buat lagi, nak cari loyang yang kecil sedikit.

Kakpb letakkan potongan pisang atas karamel, pisang yang di kukus dulu.

PUDING PISANG KARAMEL
oleh: @blogsurirumah
sumber: ResepKue Lezat

Untuk karamel
100 gm gula pasir
50 ml air

Bahan puding
3 biji telur
1/4 st garam
100 gm pisang (dalam 3 biji yang sederhana besar) - kakpb guna pisang berangan
200 ml susu cair
1/2 sudu makan brown sugar
1/2 st serbuk kulit kayu  manis (tak letak)
1 sudu makan tepung maizena (kak pb guna tepung jagung biasa)

Cara membuatnya:
Hanguskan gula pasir dalam bekas loyang, masukkan air.
Blender pisang dan susu cair, tapiskan.
Bancuh telor, garam, gula putih, gula perang dan tepung jagung.
Masukkan kedalam adunan pisang dan susu yang di blender tadi.- kakpb blend semua sekali.
Tuangkan atas karamel tadi.
Letakkan loyang dalam bekas yang di isi sedikit air.
Bakar selama 30 minit, suhu 160C.
Simpan dalam peti ais selama beberapa jam, baru sedap dimakan.

Tadi rasa sepotong, alamak ai....sedapnya....sebab kakpb lebihkan pisangnya.

Apalah yang di cari...


Bila buka facebook, pertama sekali kakpb akan tengok message dari kawan atau keluarga. Kemudian mereka-mereka yang ingin jadi kawan di situ. Kebanyakannya yang kakpb terima, kaum perempuan sahaja. Kalau ada lelaki, kakpb akan tengok dulu latar belakangnya, kenal atau tidak, bujang atau sudah berkahwin.

Tapi pelik juga tengok mat-mat saleh ni, sibuk memuja memuji kita nak berkawan. Kakpb bukan budak-budak atau remaja yang boleh tertipu dengan mereka ni. Biarlah rupa mereka handsome macam Johnny Deep pun....:P tak mungkin kakpb sudi nak jadi teman mereka. Cukuplah dengan kawan-kawan yang ada ni....:)




berderet tunggu jawapan dari ku....:))
macamlah kita ni cantik sangat :)





semakin lama, facebook tidak menarik bagi kakpb.....cuma tengok apa yang perlu saja sesekali..



mereka ni suka sangat orang Asia agaknya, mesti ada agenda tersembunyi kan?
untuk remaja di luar sana, hati-hati melayari facebook dan hati-hati memilih teman/kawan...
bermula dengan 'kawan biasa' akhirnya jadi 'luar biasa' bila sudah terpedaya.....fikir dulu sebelum terjebak dengan orang yang tidak dikenali.







Kagum dengan beliau


Hari minggu baru ni tengok Nasi Lemak Kopi O, program kegemaran kakpb. Sambil layan blog, jarang miss rancangan ni. Jemputan ketika itu Prof Madya Lim Swee Tin. Tengok orangnya bukan main brutal, rambut panjang melepasi bahu. kalau tak tengok rupa atau namanya, pasti ingatkan dia guru bahasa Malaysia. Elok tersusun bahasanya, sedap je dengar di telinga ni.

Orang Kelantan kalau bercakap memang leka kita dibuatnya. Dirumah pun dia guna bahasa melayu bersama anak2 katanya. Kagum kakpb dengan beliau......cikgu fahmi lebih ler lagi...sampai berhenti menaip assignment kerana nak tumpu pada cerita prof ni:)

Orang kita yang faseh berbahasa melayu pun suka selitkan bahasa asing dalam perbualan harian.......

Roti Goreng Inti Telor

Sejak beberapa hari ni kakpb jarang kat dapur, faham-faham ye.....jadi entry dalam blog ni caca marba, campur aduk. Kalau sesiapa yang fikir blog kakpb ni blog masak-masak, silap la tu......ini blog ikut suka hati kakpb nak tulis. Malas nak asing-asing cerita, bukan ada sesiapa nak saman pun...:)


Roti goreng ni kakpb buat semalam pagi, dah taktau nak buat apa dengan roti yang dah hampir nak expired tu. Sarapan pula kami berdua saja, si bujang tu kalau ada pun bukan dia makan roti macam ni.....nak muntah la.....tak lalu la....cerewet sungguh.

Hari ni cikgu fahmi takde, pergi sekolah tengahari tadi lepas tu balik petang terus ke Tamparuli katanya. Ada kem di sana dan kena bermalam. Tadi dah siap pack baju bagai, tetiba call, katanya tertinggal towel pulak. Bila kita nak siapkan, dia nak buat sendiri.....tu la jadinya...:D

Oklah, kat atas tu resipi simple je. Telor rebus dihancurkan bersama mayonis, tambah sedikit garam.
Letakkan dalam roti yang dikapit dua.
Celupkan dalam tepung gandum yang di campur bersama sedikit gula halus, marjerin, sedikit tepung jagung dan air secukupnya.
Goreng hingga kekuningan.
Boleh cicah dengan sos cili kalau suka.


Romantiknya nama

Aduhai....kali pertama dengar nama pokok ni, rasa nak terlentok kat situ juga....:))
katanya.....pokok bunga gelombang cinta.....ish..ish...siapalah yang bagi nama tu?


 

Katanya, ada berbagai jenis rupa pokok ni.......kakpb tak pernah dengar pun, lebih-lebih lagi kalau kita tak minat pasal bunga.



Ini pun spesis dia juga, ada sesiapa yang tau pokok bunga ni di panggil apa di tempat kita sana? Saja la nak tanya, untuk ilmu pengetahuan juga ni......

Omak engkau!!


 Tengah leka siang sayur baby kailan......mata ni terarah ke tv. Bersila dengan kain batik kesukaan ku:P

Sayur, cikgu fahmi yang beli.......

Mesti dia tak check masa beli tu, main ambik je...

Tetiba tunduk bawah../shock....omak engkau!!
V
V
V
:
:
:
:
:
:
:



Adeh! elok je dia mengerikut tepi kain ku......huhu....nasib baik!

Terus berhenti siang sayur, bungkus semua yang tak elok tu, sekali dengan 'dia' sebelum dia merayap.../floor

Join Bloglist Cik Rose Cute!!

Cik Rose Cute pelawa sesiapa yang nak join blog list dia. Silalah yang sudi, senang je.......buat satu entry dan copy paste banner Cik Rose Cute ke blog. Letakkan link blog di komen blog beliau...sini atau klik pada banner tu.



Kuih Rangin, nenas sarawak

Orang Johor panggil kuih dangai kalau tak silap. Di Sabah kakpb tanya kat pasar tamu, katanya kuih rangin......lucunya masa kami tanya tu, dengar macam dia kata kuih angin....:)) 4 ketul RM2, sedap juga. Rindu nak makan kuih-kuih traditional begini. Padahal senang je buatnya.

Nenas sarawak pun beli juga (mustahil la kalau menanamnya, melainkan kalau di kampong cikgu fahmi) RM4 sekilo. Beli sebiji, minta tolong penjual tu kupaskan, baiknya hati dia. Mungkin sebab pelanggan pertama dia kot. Manis, ranum.....kami makan selepas sarapan pagi semalam kat restoran Taufik...:) boleh gitu? Tanya juga, ada nenas yankee yang macam Ucu Faridah ceritakan tu? Tak ada.....tak kisah la...



Tinggal sebelah nenas ni dalam peti, makan sikit-sikit, nanti memulas pula perut.........kalau kat rumah takpe, kalau kat panggong ke.....dalam kereta ke......aduhai...:P




Sayap Ayam Goreng Salut Tepong

Selamat berhujung minggu kawan-kawan blogger semua. Maaf kerana kakpb tak sempat nak balas komen dalam blog ni. Blog walking pun guna tablet, pc cikgu fahmi bolot sorang :P nak siapkan assignment kawan dia. Gitulah hari-hari dia, orang lain yang belajar.....dia yang tak tidur malam siapkan kerja, duit punya pasal. Tapi lepas ni dia taknak ambil lagi sebab nak pecah kepala mikirkan assignment tu.......Bila dia dah pergi sekolah, kakpb pula ambil alih tapi tak boleh lama juga. Asyik ngadap pc, apahal pula kerja2 lain kan?

Bila cuti hujung minggu begini, kawan-kawan lain pun kurang update blog. Iyelah.....mesti pergi jalan-jalan, kenduri, piknik ke....kakpb pun macam nak release tension kat shopping komplek, sejuk sikit :D

Semalam kakpb sibuk dengan menggoreng mihun dan ayam untuk si Shasya, anak Ct Min sambut birthday dia kat taska. Mula tu kakpb beli tepong kfc adabi dua kotak. Entah macamana bila sibuk-sibuk tu, terlupa pulak tepong dah ada. Kakpb pi bancuh tepong lain.... nyanyuk datang ler tuh! tapi.../nobigdeal


Katanya hubby si Min suka goreng macam ni, lenkali boleh tempah lagi.....:D

Resipi sebenarnya mula-mula tu ikut macam sini tapi tak buat juga. Cuma jadikan panduan.

SAYAP AYAM GORENG SALUT TEPONG
oleh: @blogsurirumah

Perap ayam bersama bawang putih, halia, garam dan kunyit.
Kakpb perap dalam 1 jam je.

Bila nak menggoreng, pecahkan telor sebiji, kocak.
Masukkan sayap ayam dalam telor, golek2.
Kemudian masukkan dalam bancuhan tepung seperti di bawah.

1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 camca teh serbok kari
1 camca teh serbuk lada sulah
garam
(gaul rata semua) kakpb tak masukkan tepung beras, saja tak letak sebab yang nak makannya budak-budak. Kalau suka rangup dan keras sedikit, boleh masuk tepung beras.
Juga tak letak baking powder, lain kali nak letak sikit.

Setelah di salut dengan telor, masukkan dalam tepong, golek2 la juga bagi rata.
Gorengkan dalam minyak yang panas dan banyak.
Kakpb takde periok deep fried, gunalah kuali antik zaman tok kadok...:))
Bila warna gorengan sudah keemasan, bolehlah angkat.
Bagi kakpb, ayam dah diperap, cepat je masaknya banding dengan ayam segera yang kita beli di pasaraya.
Makan cicah dengan sos ye, buat sendiri atau sos tunjuk!

Untuk peringatan, kepak ayam tak bagus untuk kesihatan jika dimakan terlalu kerap/banyak. Harga pun boleh tahan mahalnya.
Menurut pembacaan kakpb, ayam-ayam ni biasa di suntik bahagian kepaknya, boleh cari kat pakcik google ye....:)

Orang belah Sabah biasa sebut 'sayap'.

Terima kasih yang sudi komen, nanti kakpb balas kunjungan ye....assalammualaikum!



Burung

Sekitar Kampong Air, kalau cikgu fahmi pergi bank dia, wah....macam kaya je :P...selalu kakpb nampak banyak burung merpati kat sini. Mungkin ada pekedai yang beri makan. Selalu juga nampak orang ambil gambar.....terkenang pula satu ketika dulu, bersama dengan kawan-kawan kerja di Jepun. Manis sungguh untuk di padam tapi pahit untuk di kenang....aduhai...




Datuk cikgu fahmi kat Johor, suka sangat dengan burung. Tapi bukan burung merpati, burung apa tah....kecil-kecil dan comel. Dia letak di bahagian depan rumah. Kakpb sebenarnya tak suka tengok burung dalam sangkar, bukanlah tak suka apa. Kesian tengok burung tu kena kurung. Sedangkan hidup dia sepatutnya terbang bebas di angkasa luas sana.


Seronok tengok macam ni, mereka tak takut pada sesiapa walau didekati. Memang taknak dekat pun, takut kena tembak, tak pasal-pasal kena cari air....:))

Hanya dia yang bertahan

Biasanya kaum wanita suka dengan bunga, kakpb tak nafikan kakpb pun suka bunga.  Bunga tulip, bunga matahari, bunga oked.......orang kata kalau dah nama pun perempuan, haruslah minat berbunga-bunga.:)

Blog ada bunga, buat kek ada bunga, melukis gambar bunga, baju raya pun bunga-bunga......apa lagi....pinggan mangkok pun nak bunga....kiranya bunga ni penyeri dalam hidup kita.

Tapi bagi kakpb dari dulu, tak pernah suka orang bagi bunga (alaaa...macam orang bercinta tu). Pada kakpb, bunga yang kita hadiah kat orang seperti membazir, bila layu....buang dalam tong. Itu pendapat kakpb, lagi bagus kalau beri kek, baju, benda yang kita boleh simpan sebagai kenangan.

Untuk pengetahuan, kakpb pun tak pernah terima bunga dari muda hingga ke tua ni./XD Pernah dapat pun bunga plastik, zaman-zaman cinta monyet dulu. :P


Di rumah ni, cuma ada satu pokok, satu pasu (yang tepi2 tu cuma menumpang) dan selalu ditinggalkan berminggu-minggu. Bila balik dari semenanjung, mesti kakpb kejar kat pokok ni dulu......hampir mati...layu, kesiannya....lepas beberapa hari dia segar semula. Tahan betul nyawa pokok ni walau jarang dapat layanan istimewa dari tuannya. Nak berbual hari-hari, memang tidaklah.

 Kakpb kurang minat sekarang ni berbanding zaman sekolah dulu, kakpb kelas sains pertanian. Sekarang mana ada, ke ada?:D
Kalau pun ada tanah nanti, nak tanam pokok yang tak berbunga jugak!




Asam rebus ikan putih


Ikan putih ni kakpb beli minggu lepas dan ini yang terakhir dalam stok. Nak digoreng, nipis sangat ikannya, jenis yang kecil. Confirm lepas goreng jadi mengecut, alahai.....banyak mana la dapat isi ikan tu. Akhirnya kakpb buat asam rebus simple je. Kalau orang Johor kata, singgang tapi biasanya letak kunyit kan?

Cikgu fahmi suka kuah takde kunyit begini. Sedap buat hirup-hirup katanya. Baguslah, senang kerja si isteri, main campak-campak je. Cuma ni kakpb tumis sikit, bagi naik bau.




ASAM REBUS IKAN PUTIH
oleh: @blogsurirumah

2 ekor ikan putih yang sedang besarnya
sedikit halia, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 btg serai, titik
1/2 labu bawang besar, belah-belah
1 biji tomato, belah-belah
Air asam jawa secukupnya
Sedikit gula melaka
garam

Tumis halia, bawang putih hingga naik bau.
Masukkan air asam jawa, gula merah, tomato dan garam.
Setelah mendidih, masukkan ikan.
Siap! lawankan dengan sambal belacan di cicah dengan kacang bendi...huhu...


Baked Caramel Apple Pudding yang adooo:D

Teringin sangat nak makan macam matsaleh, inilah jadinya. Puding karamel apple yang di bakar ni agak mencair di bawahnya. Tak tau kenapa, rasanya nak salahkan oven ku itu.....:) Dah bakar lebih dari 50 minit, mungkin terlebih sukatan air. Bagaimana pun kami (bersama cikgu fahmi) makan dengan aiskrim......fuhh...sedap, asyik nak ulang makan je...:D

Letakkan sesudu aiskrim vanila di atasnya, dah rasa macam makan kat hotel five star..../wahaha

BAKED CARAMEL APPLE PUDDING
oleh: @blogsurirumah
sumber: food.com

3/4 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula putih (kakpb kurangkan)
1 camca teh baking powder
1 camca teh serbok kulit kayu manis (kakpb letak secubit aje)
1/4 camca teh garam
1/2 cwn susu segar/susu cair
1 1/2 cwn apple cincang

Untuk sos
3/4 cwn gula perang
1/4 cwn butter
3/4 cwn air panas
(gaul semua bahan hingga butter dan gula mencair)

Bancuh semua bahan di atas, tepung, gula, garam, susu, baking powder hingga sebati.
Kemudian campur bersama apple cincang tadi.
Sediakan loyang (kakpb takde caserol merol) sapu sedikit minyak.
Tuangkan puding dalam loyang dan sos di atasnya. (mungkin cara kakpb salah sebab tak kacau, biarkan begitu je)
Bakar selama 40-50 minit dalam oven, 375F atau 187C.

Jika ada yang mencuba dan cantik kejadiannya, sila tayang kat kakpb ye....:)

Hajat hati nak elakkan, tapi...





 Kak Nong ABC special satu!! jam 9 malam kami order....
Tak berdaya menahan dek cuaca yang kering dan panas, berjerebu lagi (sekitar KK tak teruk sangat)




Ayah nak.....Honey Pearl Durian /omg....dah la cuaca panas, durian lagi? 

takpe......campur ais, tak panas sangat kan....apa ada hal, tidur beraircon.


Mata ibu terpandang satu famili minum air hijau ni, terus ibu order Guava Asam Boi. Kejap je kena sedut dah tinggal ketul ais dalam gelas.

 Macam sikit pulak......tak cukup....ibu cilok abc anak sebab dia tak makan kacang-kacang dan serdak dalam abc tu.

Syukurlah, kita dapat merasa pelbagai jenis makanan dan minuman yang enak-enak.
Esok.....kita puasa ye..:)  untuk elak rasa bersalah.

Wordless Wednesday, Matahari ku



terbit atau terbenam?

KERAPU KUKUS ASAM LIMAU

Assalammualaikum.
Cuaca berjerebu betul sekarang ni kan?  Tapi sekitar KK tidak teruk sangat rasanya berbanding dengan di semenanjung. Banyakkan minum air ye.......terutama anak-anak kita yang banyak aktiviti di sekolah pagi dan petang. Kakpb selalu pesan kat si bujang tu, kena minum air masak banyak. Semalam dia balik dari sekolah kak pb nampak dia beli air mineral sebotol. Selalunya dia susah nak minum air masak. Tektik kakpb, kat rumah saja tak buat air manis satu jug, buat setengah je. Bila habis air dalam jug tu, dia akan minum juga air masak....=D>

Ini resipi semalam petang, untuk makan malam. Simple dan menyihatkan. Kerapu ni badannya warna merah, taktaulah kerapu bara ke.....atau ada nama lain....yang penting sedap di kukus.


 terjungkit siripnya, tak sopan betul siang ikan macam ni.....



KERAPU KUKUS ASAM LIMAU
oleh: @blogsurirumah
sumber : halaqah.net


Bahan-bahannya:

500 gram ikan kerapu atau siakap 
10 gram cili api di cincang halus
50 gram bawang putih dicincang halus
1 tangkai akar ketumbar jugak di cincang halus (takde akar ketumbar, kakpb cincang daun sadri dgn batang-batangnya)
½ cawan air limau nipis
¼ cawan kicap cair
gula dan garam secukup rasa 
(campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati)

Cara menyediakannya:

1.        Ikan dibersihkan lalu dikukus selama 15 minit

2.       Angkat dan tuangkan sos yg telah disediakan tadi diatas ikan lalu dikukuskan semula selama 3 minit

3.       Angkat dan hidangkan.  Enak dimakan dengan nasi panas2.



 Memang enak makan dengan nasi panas. Kakpb kurangkan sukatan air tu dan tuangkan kicap biasa je (kes takde kicap cair). Senang, tak payah nak buat sos untuk cicah, sekali gus kukus semuanya.

nota kakpb: takziah untuk ahli keluarga kami yang baru meninggal kerana pelbagai penyakit, alfatihah.



Emoticon dalam blog

Kakpb ni bukan pandai sangat nak mengajar orang ubahsuai blog. Ini pun kakpb buat untuk menjawab pertanyaan Asyifa tentang emoticon yang kakpb guna dalam blog ni. Kakpb cuba mengajar tapi sekali sekala boleh, kakpb garang tau! :P

1. Sign in ke blog dan pergi ke Layout > Edit HTML dan tick dulu expand widget template.
2. Gunakan Ctrl+F untuk mencari kod </head>

3. Copy kod di bawah dan paste sebelum head.

 <script src="http://mltan100.googlepages.com/emoticons.js" type="text/javascript"/>

4.Tempat terbaik untuk memasukkan kod ini adalah betul-betul sebelum </ head> tag.
5. Klik pratonton dulu, dah ok baru SAVE template.


Dengan cara ini, anda sebenarnya menambah javascript ke blog anda. Setiap kali mana-mana halaman blog anda dimuatkan, yang javascript secara automatik akan berubah watak / simbol - simbol tertentu yang telah ditetapkan ke dalam emotikon .. Jadi selepas memasukkan javascipt itu, anda akan menggunakan aksara berikut yang telah ditetapkan.

Sumber dari SINI
Pastikan ketika menggunakannya didalam entry, tiada ruang di antara setiap perkataan itu. 
Kat SINI pun banyak boleh kita pelajari tentang blog, rajin dengan malas je.


nota kakpb: kakpb guna google translate je..

 

Ketua Mathematic, choral speaking


Minggu ni anak bujang kakpb agak sibuk nampaknya. Dengan latihan menari setiap hari sabtu, letih tau ibu, katanya. Hinggakan nak ajak shopping bila sabtu dan ahad pun macam menolak je. Kemudian cikgu lantik dia sebagai ketua mathematic untuk tahun 4 bagi minggu ni. Kalau nak diikutkan takde la rajin mana buat latihan math kat rumah. Manjang kena bebel baru nak ambil buku. Itu pun tak sampai satu jam dah angkat punggung. Sabar je la......

Baru-baru ni bawa balik kertas 3 keping, katanya masuk Choral Speaking. Apa tu? Zaman ibu mana ada benda tu semua. Bercerita dengan irama dalam Bahasa Inggeris, gitulah kalau tak silap. Ibu cuma tolong betulkan sikit2 je sebutan tu sebab ibu bukannya fasih sangat. Ramai yang masuk pertandingan tu dan kena hafal ceritanya, macam hafal skriplah ye....dua tiga hari cikgu latih dah boleh hafal separuh cerita. Cuba kalau ibu dan ayah yang suruh, alamat kering tekak ni......nanti kejap, nanti kejap alasannya.

Harap-harap dengan memasuki pertandingan dan apa-apa aktiviti sekolah akan menjadikan dia sedar yang dia berbakat dalam banyak bidang. Bagusnya dia jarang menolak jika cikgu yang minta ambil bahagian.


AYAM HITAM KISMIS

Assalammualaikum semua, dah selesai beli kain untuk baju raya semalam. Tinggal nak hantar kat rumah tukang jahit, orang Johor juga. Kak pb dah taknak tukar tukang jahit lain. Kakak ni pun boleh bertolak ansur dan tak berkira sangat. Semalam cari nombor talipon dia.......aduhai...tak jumpa pulak. Kena pergi direct kerumah dia nampaknya.

Ok, ni resipi yang kak pb masak semalam. Rajin tau, pepagi dah ke dapur.....:D (sebab cikgu fahmi dah kenyit-kenyit mata :P ajak keluar) Kebetulan adik ipar pun ada sama, sukalah cikgu fahmi dapat mengasah lidah dia yang ketandusan loghat Kelate tu :)



Kali pertama kakpb letak prop begitu, cuma cili merah dan daun sadri =)) orang lain tak heran pun..

AYAM HITAM KISMIS
oleh: blogsurirumah
sumber: Alaf21 (buku Kompilasi Masakan Ayam)

Bahan-bahan:
500 gm ayam - dipotong 6 bahagian (kakpb guna sebelah ayam)
200 gm kerisik
80 gm kismis
20 gm bunga lawang
20 gm kulit kayu manis
10 gm bunga cengkih
2 sudu besar kicap pekat
1 liter air
Minyak untuk menumis
Garam

Bahan kisar :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia

Cara Membuatnya :
1. Ayam di goreng separuh masak (ni kak pb ubah sikit, garam kunyit baru goreng)
2. Tumiskan bahan yang telah di kisar halus, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih hingga naik baunya.
3. Masukkan kerisik, kismis dan air.
4. Masukkan ayam dan kicap. Masak hingga pekat dan sebati serta ayam masak elok.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Jika nakkan kuah lebih, jangan masak sehingga kering.

nota kakpb: kalau makan lauk ni, kalau terkunyah cengkih tu, biarkan je...:D  obat mulut berbau!


Selamat Hari Bapa


Ketika update blog ni, kakpb dalam panggong. Nak tengok cerita Piranha 3DD.

tuuuuu......kasut baru cikgu fahmi....ngeeee...bukan nak tayang atau menunjuk kat kawan2, cuma nak ucap 'Selamat Hari Bapa' pada semua bapa diluar sana.

Dapat hadiah apa dari anak atau isteri? Kakpb takde beri apa pun, cuma doa mengiringi setiap lepas solat. Walaupun hari bapa, cikgu fahmi beli untuk diri sendiri.....kesian dia...

Ok, nak concentrate kat cerita ni......jumpa lagi nanti..

kUNING juga akhirnya...

Semalam kak pb cari kain ela di Jakel selepas isi perut yang nak kata kosong sangat tu, tidaklah. Tapi dasar kak pb dengan hubby memang suka menikmati masakan tangan orang lain sesekali. Anak bujang kat rumah opahnya. Taknak ikut shopping.

Selepas pekerja kedai melayan kerenah kami, tertunailah hasrat dihati (hehe...pinjam header blog kakina kl) cikgu Fahmi ku itu!/hihi... Sebelum tu, semua yang dia cadangkan, ku geleng kepala. Hinggakan budak yang kerja tu pun agaknya pening sekejap. Setelah satu kedai meround, jumpa juga colour kuning yang berbunga-bunga, agak menarik juga bagi kakpb. Tak menarik pun, buat-buat nampak cantik....



Ala....cikgu fahmi ajak keluar pulak, nanti kak pb sambung...:D.....dan tunggukan resipi ayam yang dibawah ini sepulangnya kakpb dari berjimba-jimba ye!!


Mungkin ada yang dah tau resipinya, tapi takpe......kakpb catit diblog ini untuk simpanan sendiri....
tunggu ye!!  /bye



Baju raya tema kuning??

Assalammualaikum dan selamat pagi Sabtu semua..

Entry ringkas dari kak pb ni. Semalam dah masak kari kepala ikan. Hari ni tak pasti nak buat apa, samada masak atau tidak.......macam taknak masak je..:P.
 Lepas anak bujang balik dari sekolah (latihan menari) ingat nak shopping baju raya, nak cari kain ela di mana? tak tahu lagi......kamdar...jackel?

Encik hubby dah sepakat dengan anak bujang, nak tema 'kuning' katanya. Uwaaa.....daku tak suka kuning../omg.... Kalau dua lawan satu, mestilah kakpb kalah.

 Entah kenapa warna kuning memang tak masuk akal bagi kakpb.

 Begitu juga warna pink.

Pastilah akan ada sengketa manja di kedai kain nanti.......:/



Di syaki darah tinggi

Pagi tadi pergi klinik kerajaan kejap.....bagusnya, orang tak ramai. Pukul 7.30am masuk terus ambil nombor. Punyalah lama tak ke klinik, sampaikan tak reti nak tekan mana kat kaunter tu. Dah berubah benar sekarang ni......dulu kena beratur ambil nombor dari kakitangan di situ dan tunggu dia panggil. Sekarang tunggu dia panggil juga cuma tak seteruk macam dulu.

Sekarang dah ada http://www.idaftar.my/ senang sangat. Nak pergi esoknya, malam sebelumnya boleh booking pukul berapa nak datang. Waaaa.....cakap kat cikgu fahmi, senang la awak nak mc ye? Jadi tadi pekerja tu terus bagi nombor bilik 10 untuk yang guna idaftar ni. Kiranya dia tolong kasi cepat sikit.

Siapa yang darah tinggi? Bukan kak pb....tapi hubby yang darahnya tinggi. Patut ler asyik pening kepala....gatal2 kulit dia tu setiap hari telan ubat. Mungkin kena pantang makan udang dan sotong, kerang lagi la tak boleh. Minggu depan doktor nak check lagi......kena berpantang ler awak!


Dulu tengok je, sekarang...

Ikan merah menjadi kesukaan ramai keluarga di Malaysia. Juga keluarga kecil kak pb. Dulu, susah benar nak makan ikan merah kerana harganya.....hemm...kita kadang kala tak mampu nak makan selalu, tengok je. Kerling dari jauh, telan air lior dan bayangkan rasanya yang lembut masuk ke tekak.

Sekarang, alhamdulillah rezeki Allah beri, bolehlah merasa pelbagai jenis ikan yang dulunya kita jeling2......pandang2.../hihi

Sekilo RM18, beli seekor RM23, banyak dah tu......fikir nak masak kari.....esoknya boleh buat sup. Selang beberapa hari boleh masak lemak pula......apa lagi yang boleh ye?


Nak tangkap kepala dulu masak kari hari ni....:D

Mini Croissant di Yoyo Cafe

Suka makan Mini Croissant, rangup, manis dan lembut je. Sekali beli, tak sempat nak simpan sampai malam.....apatah lagi esoknya, memang tinggal kertas bungkus je. Dulu tengok rupanya......:P.. dalam hati kata mesti tak sedap. Bila dah cuba satu.....alamak....kena cari pula kedai si Yoyo ni....buat kita teringat-ingat je..../wahaha



Beli empat ketul dah RM5, mana cukup kan? Nampaknya ibu kena usaha lebih, cari resipi dari kawan-kawan blogger yang pakar memasak. Ada sesiapa nak tolong bagi resipi?
/please




Sardine Puff MatGebu

Terima kasih banyak sangat pada encik MATGEBU dan juga kakak ku yang mengirimkan puff segera tempohari. Inilah hasilnya, dapat juga merasa buat sendiri, makan sendiri......untuk buka puasa hari isnin lepas. Tapi bagi kak pb sedap lagi yang emak buat dulu-dulu. Kakak pun pandai juga, dia nak bagi resipi tapi tah mana-mana buku masaknya. Takpe, tunggu aku balik......kita selongkar sama-sama.:D


BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus (ni tak letak)
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
Sedikit serbuk lada hitam, jika suka - (tak letak)


  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2 seperti dalam gambar. Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...



 Beginilah rupa puff sardine ku, belah ikut suka hati...ko hado?:)) Ada juga buat empat segi macam Mat tu, tak snap gambar.../blush.. Nak komen apa eh? Rasa macam kat kedai yang biasa jual la kot.......entah la...tak pernah beli kat luar sana.



Wajah awan

Mendongak ke langit seketika.......awal pagi selasa 12hb June, 2012.


Seperti gulungan karpet gergasi yang nak melitupi bumi...


Ibarat seekor naga menjunam entah kemana arahnya...



nota kak pb: tergamam seketika, ingat nak publish pagi semalam, susah pula upload gambarnya.

Tofu Telor Bersarak





Semalam kak pb dengan hubby puasa. Alhamdulillah, tak terasa terik sangat tekak ni (tak kerja kat luar ok la kan?) cuma kasihan kat cikgu Fahmi, kena naik bot seberang Pulau Gaya. Tapi dia ok je masa balik tu, ceria dan tak terasa letih. Alhamdulillah.

Bila puasa, mulalah pening kepala fikir nak masak apa. Masa pergi pasar hari tu ada beli tofu telor dan sebenarnya dah lama sangat tak buat. Bolehkan terlupa makanan kegemaran kak pb ni. Tempohari jalan blog Cendana Kasih dan nampak dia buat tofu telor, tu yang teringin.

Untuk tofu tu, kak pb salut dengan tepung gandum.Potong dulu, kemudian goreng dalam minyak panas, api jangan terlalu besar atau terlalu kecil. Setelah kuning atau masak, angkat. Dulu-dulu tak tau juga macam mana nak masak tofu telor ni.../blush.. takkan nak goreng gitu je, mesti hancur.

Resipi kak pb ikut macam kak Ummi Kuantan 
Cuma ada tambah sos tiram sikit dan ada bahan yang tiada dalam simpanan. Terima kasih Ummi, minta izin copy paste resipi ye, halalkan ye! :)

TOFU TELOR BERSARAK
oleh: @blogsurirumah
sumber: Ummi Home Sweet Home

Bahan:-

  • 6 paket tofu telor (tauhu jepun) - dikerat 3 setiap satu
  • 10 tangkai cili padi thai *
  • 3 tangkai cili merah *
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)- ni tak letak
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram - tambah sendiri
  • 6 - 7 batang kacang buncis - kerat panjang 3 inci
  • sedikit lobak merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang - dikerat-kerat 2 inci
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa (optional)
  • minyak masak secukupnya

Panaskan minyak dan goreng tofu telor hingga berkulit, angkat dan toskan.
Kurangkan minyak tinggal 4 sudu besar dan tumiskan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, kicap cair dan gula secukup rasa.
Masukkan lobak dan diikuti kacang buncis.
Kemudian masukkan pula tofu telor tadi. Kacau rata perlahan agar tofu tidak hancur.
Bila semua bahan telah bersalut, seimbangkan rasa. Tutup api.
Taburkan daun bawang dan kacau balik perlahan biar rata. Hidangkan.

Aziz tak makan tofu telor sebelum ni, semalam dia teringin makan, sedap katanya...=D>

Patong atau Batu?

Pagi ni sebenarnya nak upload gambar masak, tapi blog walking kejap kat satu blog baru dan terjumpa ni.......




Cuba tengok betul-betul. Ramai yang pertikaikan video ni. Kak pb nak kata benda ni di reka, tak berani pula sebab kita tidak berada di sana untuk melihat kebenarannya. Cubalah korang baca kat SINI lepas tu sila komen ye :D

nota kak pb: wartawan tu kursus kat mana la agaknya ye? /hmm

Dapat yang di hajati:-)

Dah lama tak ronda kedai buku. Kalau pergi hanya kerana beli barang sekolah anak. Hari Sabtu baru ni, tinggalkan si bujang kecik kat rumah sendirian dan ibu ayah senang hati pergi kedai buku.

Cari punya cari, dah jumpa yang berkenan di hati. Harap-harap hubby tak bising......:)


 Kalau dah pegang......memang tak boleh letak balik....jiwa jadi tak keruan, pasti /floor kat lantai kedai!

Lepas ni jangan jeles :P kalau entry dalam blog ni penuh dengan spesis ayam saja..



Warga laut di pasar KK

Semalam kak pb ajak hubby ke pasar besar KK, lauk dalam peti ais tinggal ciput je. Nanti dah naik sekolah banyak pula tugasan lain nak buat. Masuk je pasar, banyak betul ketam dan jenis2 kerang. Agaknya dah musim kot........


Tengoklah tu, entah apa kenama bendalah ni......tanya kat hubby dia geleng kepala....nak tanya kat penjual nanti tak membeli, segan pula. Hubby kata, spesis kerang juga kot.



Siput sedut agaknya yang telah di buang cengkerang. Kak pb dan anak tak berani makan. Tapi masa kecik-kecik dulu, arwah tok biasa masak lemak cili api dengan keladi siput ni. Sedap aje kak pb makan, mungkin masa tu tak kisah sebab tak berapa kenal jenis-jenis siput.

Ketam suri yang banyak ketika ini, sekilo RM18 kira murah lagi bagi orang semenanjung kan? Tapi di sini, mereka kata mahal, boleh dapat RM13 atau RM15 dan masih hidup lagi.

Sejak menetap di Sabah ni, kerap sangat makan udang. Macam mana nak elakkan eh? Udang kan banyak kolestrolnya.......asal pergi pasar je taksah kalau tak beli udang. Ni tak perasan pula berapa hengget......mahal kot......biasanya paling mahal yang kami tengok RM25 sekilo. Itu yang baik punya. Mungkin ni lebih lagi mahalnya....


Akhirnya, ini saja yang kami beli, ikan yang pelbagai jenis, cuma ikan kerapu jadi pilihan. Sembang dengan penjual tu, hubby tanya, takde ke ikan sulik (kita orang suka sangat ikan tu, lembut dan manis bila di goreng dengan kunyit hidup) Katanya setengah nelayan menggunakan bom untuk memukat ikan dan ikan akan kelihatan sedikit lebam, tulang pula patah-patah. Ish...kena berhati-hati kalau beli ikan lepas ni, jangan fikir nak murah saja. Ikan di atas tu RM10 sekilo, cukuplah....

Kalau bercuti ke Sabah, haruslah melawat pasar besar KK ni.......hehe....pasar pun nak tengok eh. Boleh je nak bungkus bawa balik, ada di sediakan bekas berisi ais dan harganya mengikut kecil atau besar kotak. Pekedai akan tolong bungkus dengan plastik, masuk kotak dan ikat. Kita cuma bayar je......hehe....wajiblah bayar kan?



Bola versus MasterChefMalaysia

Kalau dah nama lelaki tak kiralah kecil besar, tua muda, gagah atau tidak.......minat mereka tetap pada bola, kebanyakkannya. Ada juga kaum lelaki yang tak minat bola kan? Tapi jarang jumpa. Bila dah satu rumah majoritinya lelaki, confirm pihak perempuan akan mengalah. Inilah masa yang paling membosankan bagi kak pb sebagai surirumah. Tapi nasib baiklah game start waktu lewat malam.



Bilik si bujang kecik ni pun penuh di tampal dengan poster-poster kegemarannya. Puas ibu membebel, bilik nampak comot.......dia buat tak tau je! Katanya sokong Sepanyol. Padahal bukan dapat tengok pun bila hari sekolah. Asal celik mata pagi je, terus tanya ayah.....siapa score, berapa gol, bla...bla...bla...


Ibu memang tak boleh miss tengok MasterChef Celebrity ni. Seronok tengok telatah mereka memasak, terutama bila ada aktiviti luar dari studio. Tak sangka si Tomok pun pandai dan cekap di dapur. Paling kontroversi, of coz la Double A dan kak Raja Azmi. Mungkin juga banyak dapat kutukan dari luar kerana mereka ni lantang bersuara. Tapi apa yang patut kita tabik dengan mereka, kesungguhan mereka untuk terus kekal supaya dapat mengumpul dana.


nota kakpb : si bujang kecik tu layan juga MCM ni, sama minatnya dengan bola..