my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Begedil Udang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Catatan ringkas dan pantas terlanjur celcom brokband tengah ok ni. Cuaca mendong kat luar tu, semalam PB puasa sempena Israk Mikraj, petang hujan lebat sampai malam. Alhamdulillah, setelah beberapa hari panas kering bumi disimbahi hujan rahmat.

Ni resipi begedil udang ciptaan sendiri. Dah buat dua hari lepas tapi tak sempat nak update kat sini.


2 biji kentang dikupas dan potong, kemudian di goreng (kalau famili ramai, lebihkan kentang tu)
Udang basah 10 ekor (kat sini udang besar2 tak perlu banyak)
serbuk lada hitam dan lada putih
Sebiji telor
sedikit garam
minyak untuk menggoreng


Resipi ni PB cipta untuk anak yang tak makan sayur dan bawang. Sepatutnya begedil letak bawang kan? tapi PB tak boleh letak, nanti anak keluarkan balik.
Goreng kentang yang telah dihiris hingga kekuningan.
Tumbuk kentang goreng tadi dan letakkan sedikit garam.
Udang dihiris halus-halus dan campurkan bersama lada sulah, lada hitam.
Bentukkan bulat begedil tadi.
Pecahkan telor, kacau rata dan celupkan begedil kedalam telor untuk digoreng.
Api gorengan jangan terlalu kecil, nanti begedilnya serap minyak. Tak sedap.

Senang kan? boleh la cuba.....kalau tambah cili hidup, bawang dan daun sup pun sedap.


Hubby kata, dalam banyak-banyak awak masak, yang ni paling sedap......huhu....ada ke gitu? tak patut....tak patut....sebab selama ni PB tengok semua yang dia makan, nampak berselera je. Bukan PB masak, kat restoran pun dia berselera....hemm....boleh caye ke?

Bila anak demam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dah dua hari Aziz tak sekolah. Cikgunya telephone suruh ambil dia, badan panas dan pening kepala katanya. Ni mesti sebab main bola dan swimming kat Sutera Harbour hari minggu lepas. Dah dua kali demam bulan ni......

Ibu mana tak runsing kalau anak demam? Kejap-kejap bangun, rasa badan dia. Tidur tak lena, susah hati kalau anak macam ni tapi anak tak tau ibu dia resah. Pergi klinik kerajaan memang boleh, dekat je dengan rumah. Tapi........kalau orang demam pergi, memang bertambah sakit la jawabnya. Sebab menunggu yang tak tahan tu. Masuk pukul 8 pagi belum tentu balik pukul 9 pagi. Ubat pun boleh dapat kat farmasi. Kami letakkan cool fever dan bagi panadol syrup. Dulu doktor sarankan Aziz makan ubat pil tapi sebab dia tak biasa, panadol dibelah dua pun tak jalan.......buat sakit hati kita je tengok dia muntahkan balik.

Dua hari demam tu, PB mandikan dia dengan air asam jawa yang dah direndam dari pagi. Malam-malam letakkan towel basah kat dahi dan badan. Selain dari tu tampal cool fever jugak. Sekarang ni dah ok sikit. Dua hari ponteng sekolah ni, susah hati pula tinggal pelajaran. Nasib baik dah lepas exam.

Bagi ibubapa yang nak baca petua mengatasi demam cara Islam, tengok kat Halaqah.net. Mudah-mudahan kita mendapat munafaat darinya.

Apam Keledek Ungu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Nak terus ucap terima kasih pada Mama Wandiha kerana jumpa resipi ni kat fotopages dia......tengok la kat SINI. Biasanya PB takut sikit nak buat apam, takut tak naik, bantat la, keras la......dan memang tak suka sangat buat apam.

Tapi dengan bantuan resipi dari Mamawandiha ni, alhamdulillah, menjadi apam PB. Cuma apam PB tak secantik kat fotopage dia, kembang semangkok, elok je.....


Minta izin copy resipi disini ye......

Bahan2 A
3 tbsp Tepong gandum
2 tsp yis segera
1 tsp gula kastor
3 tbsp air suam

Bahan2 B
200 gm keledek (dikukus) kaler purple
180 gm gula kaster (MaDiHa guna 150 gm) PB pun kurangkan gula
1 biji telur
150 ml santan pekat

Bahan C (di ayak bersama)
200 gm Tepong gandum
1 tsp D.A.B. Powder (double action baking powder ;-)PB guna baking powder yang biasa tu.....

Cara2 Membuatnya
1. Campurkan bahan2 A dan kacau sampai sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
2. Campurkan semua bahan2 B dan dikisar halus.
3. Masukkan bahan C ke dalam adunan yang dikisar sedikit demi sedikit dan dikacau rata.
4.Masukkan pula bahan2 A dan kacau lagi hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam.
5. Panaskan kukusan dan bolehlah dikukus apam tadi samada dlm loyang besar atau acuan kecil2 sehingga masak. (pastikan sapukan sedikit minyak masak pada dasar loyang atau acuan) 





yang ni terlebih kembang kot, sampai pecah-pecah gitu.....tapi sedap sangat rasanya.....


saje malas nak keluarkan dari bekas tu, separuh dah bagi jiran........untuk resipi ni dapat dalam 15 ketul apam....

kalau nak, tak boleh sabar....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Kita dah hampir masuk bulan Julai, sekejap je masa berlalu. Lebih2 lagi kami yang tinggal di Sabah ni.......pukul 5.45 am dah terang benderang. Pukul 6.30 pm dah gelap. Cuaca masih panas terik. Langit biru jelas kelihatan dan awan-awan yang biasa berkepul-kepul tidak kelihatan.

Dua hari ni PB sibuk siapkan bekas pensil untuk kawan Aziz. Dari minggu lepas dia nak tapi PB tak sempat nak buat. Sabtu dan Ahad sibuk masak pagi dan petang. Maklumlah, buat kraf ni pun bila ada masa. Selagi tak siap selagi tu bertanya.........naik bosan.....

Malam tadi, ayahnya ada tusyen kat luar jadi PB kena masuk bilik, bawa segala alat menjahit. Hubby PB tak suka ada orang kalau dia mengajar, tak nak anak murid alih perhatian ketempat lain.

 design ni permintaan kawan anak....
Namanya Anis Sufiah, kita orang selalu gosipkan dengan Aziz. Pandai budak ni, dapat nombor satu dalam kelas. Aziz memang baik dengan dia, tu yang suruh ibu dia buatkan pencil case.


nota PB: tadi search kat yahoo, Maharaja Lawak ranking ke dua dalam pencarian, kira lebih top dari AF...

Bukan tak ingat....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Salam dihari minggu untuk semua......
Tiada cerita istimewa, tiada shopping sakan dimana-mana....tiada makan-makan dimana-mana.....
Ada 'jom heboh' area Likas tapi kami semua tak berminat nak pergi, confirm jem gila dengan panas teriknya...
Tapi....kat luar nampak mendung tu.....

Cuma yang seronok minggu ni, PB dapat chat dengan kawan lama...
Mungkin akan ada lagi susulan dari kawan-kawan lain....

Maaf la kalau selama ini kak zana mendiamkan diri dari kamu semua...
Bukan tak sudi, bukan bawa diri.......hanya ingin menyepikan diri sementara waktu.....(macam la korang nak tau sangat kan?)

Mana teman-teman yang sudi berhubung dengan kakzana lagi, bacalah blog ini untuk melepaskan rindu.......
Rindu ke?? Kesah ke?
Ada juga tu sorang dua yang rindu, kakzana pasti mesti tersenyum-senyum bila ingat kisah kita dulu-dulu....
Kenangan pahit dan manis yang tak mudah hilang dari ingatan melainkan bila kita semua dah 'nyanyok'!

Kita berkawan dari zero (bujang) hinggalah masing-masing dah beranak pinak. Harap-harap anak kita pula penyambung silaturrahim ini. Itu pun kalau masih berhubung.....

nota PB: kalau dah terjumpa jangan terputus pula.....

Nak berkepit je.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sekarang ni musim panas kan? Panas yang terlampau. Hubby kata ada dengar khabar beberapa orang murid sekolah menengah pengsan kena strok lepas minum air batu. Sebelum tu katanya budak tu di denda jemur kat panas.Hati2 la mana teman2 yang ramai anak tu, jangan bagi main tengah panas sangat. Kalau nak main pun, tunggu la cuaca redup sikit.

Cakap pasal anak-anak ni, kekadang PB stress jugak. Anak PB dah besar, dah sunat, tinggi pun dah dekat sama dengan ibu dia. Tapi, penakut yarabbi. Taknak tidur bilik sendiri. Puas dah ajar dari tadika dulu, macam-macam cara buat. Tak berubah juga. Berbagai-bagai alasan dia bagi. Dengar suara la.......dengar bunyi pintu la.......nampak bayang la.......ish...malas nak layan kadang-kadang tu.

Semalam PB membebel, lepas ni ibu nak suruh tuan rumah ni pecahkan dinding yang memisahkan bilik dia dengan bilik kami. Sambil pelok bantal busuk, dia angguk-angguk.......
Kalau macam tu pun masih nak sekatil dengan ibu dan ayah, tak tau la ibu nak buat macam mana lagi. Dia dengan muka sadin........buat permintaan pulak!!

Boleh tak alih katil Aziz tu, masuk kat bilik ibu?
Aduhai.......anak...anak...
Bilik ibu ni bukannya besar sangat, kalau dah dua katil kat dalam bilik ni........mana pulak nak letak almari ibu, tv ibu tu.....

Bagaimanapun ibu yakin, walau dah masukkan katil dalam bilik ibu, Aziz tetap akan tidur dikatil ibu. Sedangkan masa tidur sama, Aziz akan beralih bantal kat ibu.......jadi satu bantal dua kepala. Kalau la ibu ada kutu, berjangkitlah ko nak!

Ibu tak tau sampai bila Aziz nak macam ni?

Bibir bergerak2, tandanya?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Semalam PB mimpi jumpa bekas teman sekerja yang telah pergi (arwah). Dalam mimpi tu PB tegur dia, kerja balik kat sini ke? (maksudnya.....dulu dia dah berhenti tapi agaknya apply balik kerja disitu) Tapi dia diam je, muka serius, cuma angguk kepala sedikit. Dalam hati PB, sombongnya dia ni (masa tu dalam mimpi)

Bila terjaga dari tidur, PB tertanya-tanya kenapa PB mimpikan dia ye? Dulu memang kawan rapat dan dia pergi pun PB dapat tau dari mulut ke mulut. Katanya accident dan PB pernah buat entry tentang dia dalam blog. Mungkin sebelum tu PB ada sebut-sebut nama dia tentang satu hal. Hal itu dah lama PB lupakan dan halalkan. Moga dia tenang disana.......

Oh ye, orang kata kalau bibir kita gerak2 dengan sendirinya, nak cakap dengan seseorang yang jauh atau nak bertengkar. Mulut PB beberapa hari ni asyik bergetar je.......otak ni terfikir, nak gaduh dengan hubby kot? hehe....tunggu punya tunggu......takde pulak topik yang nak digaduhkan!! Selamat PB.

Rupanya petang tadi PB dapat nombor talipon teman lama dari seorang teman lama juga. Dah lama PB cari dia dan akhirnya dia angkat talipon. Waaaa....seronoknya kita orang dapat sembang......setelah hampir 10 tahun terpisah. Suara tak berubah, macam anak dara dulu juga. Cuma katanya dah 'solo' dan masih kosong sejak 9 tahun lepas. Rasanya tak cukup dapat sembang sekejap. Lepas ni akan ada lagi kesinambungannya.......insyaAllah.

Onde-onde keledek purple

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Salam sejahtera semua........hari ni kan, mood kakzana baaaaaik sangat! Nak tau kenapa? Sebab.......hari ni hari GAJI.....hahaha....ketawa besar kakzana hari ni. Orang dapat gaji, aku pulak yang suka sakan. Dah lama tak terima gaji, teringat masa kerja dulu. Asal awal bulan je mula la merancang nak itu, nak ini.......masa bujang lagi best. Joli sakan dengan member, bukan shopping apa pun, pergi makan-makan je.....

Tapi sekarang tinggal la kenangan semua tu. Sedih juga.......tapi....kerana 'kekanda' tersayang, ku sanggup berkorban apa saja.....tinggal kawan, tinggallah kerjaya...

Takpe, tak kesah......yang penting kakzana bahagia. Ops....kejap kakzana, kejap aku....rasa macam nak tukar la. Ok tak kalau gunakan ganti nama PB (pondok burok) sebab kekadang bahasa 'aku' tu macam kasar la pulak. Padahal tak pernah pun cakap 'aku engkau' dengan teman-teman, lebih2 lagi kalau perempuan.

Ishh....melencong kelain pulak. Ni...teman2 blogger yang selalu datang sini, terima kasih banyak2 ye. Kalau PB tak sempat balas kat sini, PB pergi blog masing2, jangan risau. PB tak sombong punya....hehe....

Ok, ni resipi cipta sendiri. Nak kata cipta sendiri tak juga la. Ada nampak kat satu blog (dah lupa kat mana) dia buat onde-onde keledek. Tapi PB tak salin resipi dia, kiranya ciplak idea dia je.....jangan marah ye....

Onde-onde Keledek Purple

3 biji keledek kaler purple (harus la kan?) di rebus dan lecek. PB guna keledek kecil2 je.
1 1/2 cwn tepung pulut (sebenarnya tepung pulut dah nak habis, itu je yang ada)
Air untuk bancuhan (agak2 la )
Gula Melaka atau gula nisan (potong dadu)
Kelapa parut putih
sedikit garam

Keledek yang dah dilecek digaul bersama tepung pulut. Masukan air sedikit-sedikit hingga bahan yang diuli tidak melekat dijari.
Panaskan air dalam periok.
Bulatkan adunan tadi ikut kesukaan masing-masing. PB suka kecil-kecil sebab nampak comel.
Isikan dengan gula nisan yang telah dipotong dadu dan masukkan dalam periok yang telah mendidih airnya.
Onde-onde yang telah masak, akan timbul.
Boleh diangkat dan masukkan dalam kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam.
Masa ni PB masukkan dulu dalam air sejuk sebab PB sambil2 tengok cerita Kemilau Cinta Kamila....hehe...
Kelapa putih tu biasanya PB kukus dulu sebelum digaul bersama onde-onde. Kalau tidak takut cepat basi kelapanya.
Itu saja, mudah dan cepat. Nak dengan taknak buat.....

Hubby kata, sedap awak buat drp orang jual! Iye ke ni?? Ada orang puji sebab memang betul-betul sedap, ada orang puji sebab nak ambil hati.......hemmm...

Unik sangat ke?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Setiap hari Rabu, aku sorang termanggu-manggu depan tv, anak bujang ada kokurikulum. Ada masa free jalan-jalan blog teman. Itu pun tak dapat terjah semua. Penat duduk, aku meniarap pulak. Ingat nak update blog dari pagi tadi tapi tak tulis-tulis juga sampai la ke petang ni.

Aku memang jarang buka email. Sebulan sekali kot aku buka, itupun kalau ingat. Tadi aku buka kejap, fuhh.......400 lebih email ku tak berbaca. Sape nak tolong tu?

Disebabkan hari ni ramai member blog join Wordless Wednesday, aku pun nak tepek gambar je kat sini. Dapat dari email.........
*
*
*
*
*

eiiuw!! sape punya ni??

Talam Ubi Keledek

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Keledek lagi? Nak buat macam mana kan.......bukan senang nak habis kalau yang makannya tiga orang je. Ingatkan tadi sempat nak bagi jiran tapi dah lepas buka puasa, malas pula nak keluar rumah.


Resipi ni aku jumpa di blog http://seleraputeri.blogspot.com/ , puan blognya Iza Akma. Katanya resipi asal dari SAJI. Tapi resipi dibawah aku copy paste dari blog ANYMZ. Terima kasih ye, halalkan apa yang saya copy ni.....hehe..


bahan2 untuk lapisan bawah

300gm keledek merah - akak guna keledek biasa-rebus hingga empuk dan lecek
75 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
150 gm santan - akak guna santan kotak + 150 gm air
250 gm gula pasir - akak guna 200 gm
1 sudu kecil garam
1/2 st esen vanila-akak tak letak
sedikit pewarna kuning

bahan2 untuk lapisan atas

100 gm tepung ubi
200 gm santan pekat + 200 gm air
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam

untuk lapisan bawah

Bancuh tepung beras dan tepung ubi dgn campuran santan hingga sebati.kemudian tapis.
Akak blend semua bahan termasuk keledek.
Kemudian masukan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana hingga pekat.
Tuangkan ke dalam loyang.boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 min.
Jgn lupa sapu acuan dgn sedikit minyak dahulu

Untuk lapisan atas

Akak blend juga semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi dan kukus semula selama 10 min.bila dah masak sejukan dulu baru di potong ataupun keluarkan dari acuan.
macam cantik je kan? dah takde orang nak puji, sendiri la angkat bakul.......


Kat dapur tu ada lagi keledek kaler pepel, nanti nak buat apam pulak, kalau rajin la....


nota aku: muak la lepas ni nak beli keledek....

Pengat Keledek Pepel

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pernah buat ke? hehe....kaler pepel lagi tau.....i like!!

Petang semalam aku beli keledek kaler oren dan purple, RM3 sebungkus, banyak tu....
Hubby kata buatlah pengat, tekak teringin nak makan. Esok nak puasa dah (hari ini le).

Lama aku tak buat pengat keledek. Nak buat pengat ni kena keledek yang manis, baru sedap.
Entry ni aku tulis lepas balik dari pasar. Nak tau tak? Kat pasar KK tadi ramai yang tutup gerai, kenapa eh? Boikot ke? Aku tengok kerusi dan barang2 niaga elok je telungkup. Banyak gerai yang kosong, ikan pun tak banyak. Mahal pulak tu. Ikan baulu yang biasa sekilo RM5 jadi RM10. Ikan kecil2 pun naik harga. Tu belum pi tanya sotong dengan udang. Dua tiga hari ni baik makan ayam dan daging. Harga lebih kurang je.

Ok balik pada resipi pengat keledek. Ni resipi sendiri ye. Nak cuba pun boleh. Untuk makan 2/3 orang.

Keledek manis 2 biji (potong dadu dan rebus), akak guna keledek kaler oren dan purple
Gula nisan yang kecil 1 keping setengah.
Gula pasir 2 sudu
Santan pekat 1 1/2 cawan
Kalau ada daun pandan boleh letak
Sago biji dalam sesudu

Mula-mula rebus keledek bersama gula nisan. Jangan terlalu empok, nanti hancur pula.
Kemudian masukkan santan dan gula pasir.
Sentiasa di kacau supaya tak pecah santan.
Akhir masukkan sago biji. Kacau hingga sago kembang.


Pengat keledek manis ni memang sedap. Ada lagi kat dapur tu, ingat nak try buat kuih talam pulak.
Nak gi cari resipi ni......

Spray minyak wangi kat muka....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Aku jumpa satu blog baru2 ni, cerita kisah zaman kecil dia tinggal dengan nenek dia. Lucu juga baca tulisan dia, nampak memang dia agak nakal masa kecil.

Tapi sayangnya, aku tak lalui zaman-zaman nakal begitu. Kerana aku memang jenis yang tidak berapa aktif. Aku pendiam, pemalu dan manja. Aku biasa main sendirian. Melukis anak patong paling aku suka. Lepas tu gunting dan buatkan baju2. Kadang-kadang je aku main diluar rumah. Tempat paling aku suka bila duduk bawah pokok rambutan yang rendang. Bawa tikar dan bentang dibawah pokok.

Peritiwa paling aku ingat ialah bila satu hari tu kami main sorok-sorok. Orang Sabah kata main tapok-tapok. Aku tak ingat main dengan siapa, jiran sebelah rumah kot. Main dalam rumah, biasalah menyorok belakang almari, bawah amben (bahasa jawa kot 'amben' ni), belakang pintu dan semua celah abis di gunakan.

Ada sekali tu aku menyorok belakang kepala katil. Bukan bawah katil sebab katil kat kampung masa tu jenis yang rendah, tak boleh masuk punya. Ada ruang boleh muat aku di belakang katil. Sedang lepak nyorok tu, terjumpa pula sebotol minyak wangi. Tak tau siapa yang punya. Botolnya bukan jenis yang biasa orang tua guna. Jenis spray,  mungkin bapa saudara ku yang punya sebab aku tengok dia memang kaki melaram.

Aku belek botol tu.......ni kira first time pegang botol minyak wangi. Maklum la.....budak2 lagi, dok kampung pula tu.....aku pulas kepala botol tu, tak boleh buka. Godeh punya godeh, aku tak nampak ada lubang kecil menghala kemuka ku. Aku main tekan je punat tu dan..........aku spray minyak wangi ke muka ku rupanya.....hohoho....macam di cili-cili mata ku.

Punyalah pedih tak boleh nak cakap. Menangis pun tak guna....masa tu umur ku dalam 8 atau 9 tahun agaknya. Hingga sekarang aku agak sensitif dengan minyak wangi yang spray. Hidung ku akan sakit naik ke kepala. Aku lebih suka guna yang roll on. Kalau guna yang spray pun aku akan berhati-hati, tersilap spray, naya la jawabnya.

Selamat Hari Bapa berbagai bahasa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Kepada semua bapa-bapa di Malaysia, selamat bergumbira disamping keluarga tercinta. Anak-anak bagi hadiah apa ye? Rumah? Kereta? Kek? Atau hanya ucapan dari bibir masing2?

Aku pasti semua bapa-bapa di dunia tidak mengharapkan lebih dari itu. Secebis doa dari anak pun sudah cukup untuk bapa. Dan aku hanya mampu menghadiahkan bacaan yassin kepada arwah bapa ku. Moga Arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Nak kongsi sikit pencarian ku di google. Bahasa lain didunia dengan ucapan yang sama.


Happy Fathers Day > masaya ama araw dalam bahasa Filipino

Felice padri giorni dalam bahasa Itali.

Felix dies patrum dalam bahasa Latin.

Dia de pais felizes dalam bahasa Portugis.

Gelukkige vadersdag dalam bahasa Afrika.

huhu...cukup le, tergeliat nak menyebutnya. Kalau silap aku mohon maaf la ye. Ini pun saje-saje godek kat google translate.....

'I'm SORRY!'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pagi tadi aku agak 'hangin' sikit, bukan sebab senggugut atau apa-apa. Cuma terkilan tengok satu blog ni yang aku follow tapi dia tak benarkan aku masuk blog dia. Maknanya apa tu? Aku tak di jemput untuk sama-sama memeriahkan blog dia. Kalau aku tau begitu, baik aku tak follow dari dulu. Ingatkan dia duduk luar negara, boleh la bertegur sapa. Kalau nak tulis blog tapi tak suka orang lain baca, baik tulis dalam diari dan simpan elok-elok dalam bilik.

Jadi sekarang ni aku 'terpaksa' unfollow blog dia. Sorry ye dik, sekali orang tak sudi, seribu kali akak tak hingin. Ada juga teman-teman lain yang aku unfollow tadi. Sebabnya?

Pertama, kerana tak update blog berminggu-minggu, malah masuk berbulan. Ada tu makan tahun. Aku rasa, baik la delete je blog tu atau buat satu pengumuman. Beritahu pada teman-teman yang tertanya-tanya ni, mana pergi, cuti bersalin  ke, pergi haji ke, laptop rosak ke, pindah rumah ke atau apa-apa alasan yang sesuai.

Kedua, agak-agak 'sombong' gitu. Kita ni terhegeh2 kat blog dia. Jangan pula ada yang terasa hati. Aku pun faham kalau blog yang follower dah ribu riban tu, mana ada masa nak lawat blog 'low class' macam aku ni. Mana lagi sibuk dengan tugasan harian. Tapi takkan dia tak tengok orang komen kat blog dia? Takkan dia tak ambil tau profile orang yang komen tu?

Aku respect blogger yang menghargai follower dia. Bila kita komen blog dia, esok lusa atau bila-bila free dia akan datang blog kita dan tinggalkan komen. Aku tau kalau blogger lelaki agak sukar nak komen di blog yang rata-rata menceritakan hal-hal rumahtangga, masakan dan yang bukan di bidangnya. Tetapi......itu bukan alasan untuk kita tidak bertegur sapa kan?

Minta maaf la kalau aku agak sensitif hari ni. Biasalah orang perempuan. Apa-apa pun aku tak simpan di hati sebab aku dah unfollow.  Senang gitu.....

Roti Paratha inti sardin dan kentang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sebenarnya dah bosan nak makan roti canai kat restoran. Kadang sedap, kadang keras kejong. Bila rotinya sedap, kuah pula hampeh! Susah betul nak jumpa tempat makan disekitar KK ni yang menepati citarasa ku.

Pagi tadi pergi pasar tamu, belikan nasi lemak untuk si bujang ku itu. Hubby tanya ku, taknak beli kuih ke? Aku takde selera la.......balik-balik kuih yang sama juga aku beli. Aku ni jenis yang memilih sikit, kalau sekali dah terkena tak sedap, jangan harap aku akan datang balik tempat tu. Jadi setiap kali pasar tamu, aku akan pergi tempat yang sama. Sehinggalah aku sendiri naik jemu.

Aku rancang nak goreng roti canai segera yang ada dalam peti ais. Ada inti kentang dan sardin yang ku buat semalam. Sebelum ni aku tengok kat blog CMG guna roti canai segera tapi dia letak telor. Kira macam mertabak.

Mula-mula ambil sekeping roti paratha jenama KAWAN goreng atas kuali leper. Roti ni sedap tau, lembut je. Kat rumah kami ni kalau beli sepeket tak cukup. Dalam tu ada 5 keping je.

Bila roti hampir garing, letakkan inti sardin dan kentang yang telah dimasak dahulu (macam biasa la masak inti tu ye, akak tak ajar kat sini).

Kemudian lipatkan dua dan bakar hingga masak. Roti ni kami makan begitu je sebab dah cukup rasa didalamnya. Tapi kalau ada kuah kari lagi sedap kot.

Senang kan? Adik-adik yang bujang boleh cuba kat rumah ye!!

Kain batik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Suka tak kain batik? Dulu-dulu, aku memang tak pandai ikat kain batik. Aku tak macam kakak ku, berkain batik siang malam. Sebut kain batik ni, aku teringat kat dia.

"Tidor pakai kain batik?", mengarutlah....kata ku.
Kakak ku mengiyakan, "huhu....betapa nikmatnya tidor dengan kain batik!"

Kakak memang tak pandai baju moden-moden ni. Dia agak kekampungan dulunya. Dia biasa dengan kebaya dan baju kurung Johor saja. Pernah aku cuba sarankan dia pakai seluar untuk buat kerja-kerja yang lasak, tapi dia tetap pilih kain batik. Di ikat separas lutut dan tugas dapur dia lebih lancar.

Aku pun tak dapat lari dari kain batik. Berlambak dalam almari tu......tapi.....bukan aku beli. Semuanya orang bagi, ada yang belum jahit lagi, plastik pun belum buka. Cuma aku tak macam kakak, sampai tidur malam pun berkain batik.

Bagi ku walau kemana kita pergi atau setinggi mana pun darjat kita, kain batik tetap diperlukan dimana jua. Cuba tanya para menteri tu, mesti mereka pun biasa guna kain batik kan?

Aku pula, selagi kain batik yang ku guna hari-hari tak koyak atau berlubang, aku takkan buang. Itulah bagusnya kain batik, tahan lama dan lasak. Sampaikan warna dah pudar pun susah nak koyak.

Info kain batik boleh baca kat....SINI

nota aku: di Sabah ni belum pernah beli kain batik, nampak cantik pula....

Ribut awal pagi, mungkin sebab gerhana..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pagi tadi KK (kawasan rumah kami) dilanda ribut awal pagi. Lebih kurang pukul 6 hingga 7 lebih. Dengan angin yang kuat berserta dengan bunyi. Lepas update blog, bergegas aku keluar rumah.....





Langit gelap disebelah kiri tapi sebelah kanan agak cerah. Kemudian awan gelap mula menutup keseluruh kawasan taman perumahan. Hubby tanya kenapa aku keluar? Masa ni belum hujan lagi jadi aku ingat nak ronda-ronda belakang rumah. Bukan ronda nak exercise sebab takde maknanya kalau aku dengan kain batik dan t-shirt saje....hehe...kain batik memang kesukaan ku.

Aku ajak hubby ke belakang rumah (selang satu block, dah jumpa laut). Hubby dengan seluar pendeknya, aku berkain batik merentas tepi rumah untuk melihat keadaan air laut, adakah berombak besar? Kan tadi gerhana bulan.

Walau kain batik ku seakan2 nak terbang di terjah angin, aku nak juga lihat tepi benteng ni. Kelihatan air laut yang keroh kerana ombak kuat. Ada serpihan pokok kayu yang tumbang hanyut hingga ke longkang besar rumah kami dibawa oleh ombak.
Dalam takut, sempat juga ambil gambar. Angin begitu kuat hingga hampir menerbangkan tudung dan kain ku. Alhamdulillah keadaan reda selepas 8 pagi.

Hubby ku balik dari sekolah awal hari ni. Aku taulah dia puasa, tapi takkan boleh balik awal kot? Rupanya jeti disekolah dia runtuh!! Sebab tu kena balik awal. Memang patut pun runtuh, kalau tak, takkan berganti baru sampai bila-bila.

Teman kerja ku dulu dah pergi, kanser menyerang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Terkejut pagi ni bila buka fb, banyak pemberitahuan kat profile ku. Rupanya teman lama ku ketika bekerja dulu telah pergi mengadap ilahi. Baru dalam minggu ni aku dapat berhubung dengan teman2 lama melalui fb, tiba-tiba aku dapat tau dia nazak dihospital Serdang kerana kanser.

Pagi ni buka fb (aku jarang online malam, mata tak tahan mengadap komputer) katanya arwah telah pun meninggal dunia. Sedih dan terharu hingga menitis air mata ku. Sedih kerana beliau pergi ketika usia muda, meninggalkan beberapa orang cahaya mata. Sedih juga kerana aku tak dapat menziarahi dia.

Arwah dulu bagi ku seorang perempuan yang tak banyak cakap. Rajin berkerja overtime, tegas dan kadang kala agak serius orangnya. Aku tidak kenal begitu rapat tapi sedikit sebanyak aku tau juga peribadinya. Dulu tubuhnya kurus tinggi tapi baru-baru ni yang aku lihat di foto, agak berisi, mungkin tubuhnya sembap.


Ajal maut ketentuan dariNya. Sesiapa pun tidak dapat menghalang. Allah lebih menyayangi dia dan semoga dia di tempatkan bersama mereka yang beramal, amin.

Pedih mata menumbuk sambal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari ni kami berdua puasa. 3.30 am tadi aku bangun goreng ikan dan buat telor dadar. Nasi dah masak malam tadi. Tinggal buat sambal belacan yang belum.

Jadi menumbuklah aku ni pepagi buta (buta ke pukul 3.30 pagi?).
Tung...tang...tung..tang...tetiba....aduh!!
Sebelah kiri mata ku terpercik lada yang ditumbuk, ada cili padi pulak tu....
Meraba-raba aku mencari paip, punyalah pedih.......

4 pagi aku kejut che abe ku makan, hidangkan milo panas untuk dia tapi aku minum air suam je. Ikutkan tak lalu tekak ni makan nasi tapi dah niat nak puasa, nanti berkeriut pulak perut nak sampaikan 6.30 petang.

Lepas sembahyang subuh, layan blog kejap. Terbaca pula blog ni...Hj Lokman, kisah dia bertempur dengan iblis dan jin ayah pin. Barulah aku tau kisah sebenar. Aku baru follow blog dia. Itupun sebab selalu tengok kat tv9 dan ada rancang nak ke lokasi perubatan beliau jika ada masa cuti panjang nanti.

Oh ye, katanya malam tadi gerhana bulan. Cuaca di KK mendung dari pagi sampai ke malam. Biasanya 5.45 pagi suasana dah terang tapi hari ni agak gelap sedikit.

Gempa : buat ku gelisah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sana sini orang memperkatakan gempa yang terjadi baru-baru ini. Tengok berita, mereka2 yang berkerja dibangunan tinggi kelam kabut turun. Siapa nak tinggal sorang-sorang kalau semua orang turun, mesti kecoh masa tu.

Teringat masa kami di Selangor dulu. Sampaikan nak mandi pun susah hati. Manalah tau, tengah bersabun, tetiba datang gempa, haru dibuatnya. Kat rumah pangsa lagi la kecoh, dengan anak beranak, datuk nenek berebut-rebut turun ikut tangga. Ada jiran aku tu, India, emak dia lumpuh, terpaksa dukung turun kebawah. Bayangkan kalau dalam sebulan tu ada tiga empat kali gempa? Nak naik lif, takut jem dalam lif, lagi satu hal.

Di Jepun, ketika aku kursus disana dulu, orang Jepun selamba je soal-soal gempa ni. Ketika kami sedang belajar dalam kelas, masa tu Mr Wang mengajar kami, dia kata itu perkara biasa. Aku nampak pintu bergegar, kali pertama aku mengalami gempa bumi. Sebelum tu suasana ribut melanda, sampaikan nak berjalan pun susah. Sepanjang jalan balik hostel aku nampak pokok tumbang dan ada rumah yang pecah cermin tingkapnya. Tapi aku tak risau pun, tak tau kenapa.

Sekarang berbeza, aku mudah runsing bila dengar gempa bumi dan hujan lebat seharian tanpa henti. Belakang rumah pula, laut. Doakan kami tiada apa-apa berlaku. Segalanya kehendak Allah, kita hanya manusia biasa dan hanya mampu berdoa.

Kuih Lompang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pagi ni otak blur nak sarapan apa. Malam tadi masak soto ayam dan ada balance, boleh buat sarapan. Pukul 7 pagi aku selak buku resipi. Nak cari yang simple punya, jumpa kuih lompang. Lama betul tak buat padahal senang je.

Malas nak kedapur petang nanti, kerajinan ku datang awal pagi so buat aje la.....resipi pun simple, boleh ingat dalam kepala. Cuma aku lupa ambil dari mana, myresipi kot?

1 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn air
1/4 cwn gula pasir
1/4 cwn tepung ubi
paste pandan sedikit
pewarna hijau atau apa2 pun boleh
sedikit garam
kelapa parut muda (kalau ada lagi sedap)

Mesin semua bahan di atas dan kukus menggunakan acuan lompang dalam 15 atau 20 minit.
Keluarkan dari acuan dengan pisau yang dibasahkan dengan air.
Golek atas kelapa parut.



nota aku: kuih ni tak berapa manis, sesuai orang yang tak suka manis.

dari Dinda utk Kekanda!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Lewat sikit hari ni tengok blog. Malam tadi siapkan hubby ku punya bekas pensil. Mesti ada yang kata, alah....beli kan senang? Menyusahkan diri nak buat sendiri. Betul, lebih mudah beli dari buat sendiri tapi aku lebih suka buat sendiri kerana rasa puas dan bangga bila nampak orang tu bawa hari2.

Ini juga sebagai tanda kasih sayang ku pada seseorang. Bukan dari segi kraf saja, kalau aku buatkan kuih, kek atau seumpamanya pada seseorang, itu tandanya aku sayang dengan orang tu.

Aku jenis yang tak pandai mengayat orang, tak pandai memuji untuk menarik perhatian. Tapi kalau betul aku suka dan aku rasa patut di puji, secara berdepan aku akan terus cakap. Orang kata, perempuan ni apa keluar dari mulut dia, adalah lahir dari hatinya. Iye ke? Betul la kot?

Cerita panjang tak mau, kita tayang gambar je. Bekas pensil dari Dinda utk Kekanda (saje nak lomantik sikit)


Walaupun murah harganya (sebab sang isteri buatkan) tetapi tetap dipuji si suami tercinta dan dicemburui oleh anakandanya......hehe.....sabar ye, tahun depan ibu buat pencil case baru untuk Aziz dengan tema 'KELANTAN WARRIOR', mesti suka!!

AF kerana ada Amy Search dan drama Nora Elena

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Buka blog sana, update af9, buka blog sini, update Nora Elena. Nak join juga cakap pasal AF dan drama NE ni......

 Nak juga ucap tahniah Hazama walaupun dia tak baca blog aku. Sebenarnya af kali ni aku tengok pun sebab ada Amy Search sebagai pengetua. Kelakar juga tengok dia dalam diari, terutama muncung bibir dia tu kalau bercakap. Teringat kisah dulu2 pasal Amy ni. Amy berkawan rapat dengan bapa saudara ku di JB, sekampong dan rumah pun dekat2 je.

Masa mereka berkawan rapat (ketika itu Amy belum popular) arwah bapa saudara ku ni agak2 terkenal sekitar JB tapi bukan penyanyi, ramai kawan keliling pinggang. Kisah2 tentang Amy yang arwah ceritakan tak dapat ku kongsi di sini. Lagi pun cerita dah lama dan aku pun sebenarnya tidak begitu rapat dengan arwah bapa saudara ku berbanding dengan abang-abang ku.

Arwah selalu datang KL bila dia boring di JB dan kami adik beradik selalu tanya pasal kisah2 Amy sebelum popular. Arwah juga kalau berbual selalu guna bahasa 'lu' dan 'gua' dengan anak-anak saudaranya. Kira rockers jugak la, tu yang sekepala dengan Amy. Aku rasa Amy pun tau agaknya arwah dah takde.

Sekarang ni Kg Bakar Batu hanya tinggal dalam kenangan. Kerana tiada siapa disitu setelah arwah bapa saudara ku tiada, arwah tok lelaki dan perempuan juga dah lama pergi. Kalau aku pergi pun sebab saudara sebelah hubby yang masih disitu.

Tentang Nora Elena pula, memang aku suka drama tu kerana dah terfollow dari mula. Suka dengan watak Ivonne yang gedik dan pelat-pelat manja. Makan hati tengok perangai dia. Sorang lagi aku suka, mungkin orang lain tidak, Zul Ariffin (betul ke?)
Kalau tengok lakonan dia dalam drama Yusof Haslam, memang tak memikat hati ku. Tapi dalam Nora Elena, tetiba aku suka kat dia. Nampak natural, dialog tak kaku. Harap selepas drama ni, nama dia akan lebih menonjol.

Kek lapis dari kakak dan jerok lagi...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari ni abang ipar ku datang bawa kek lapis dan jerok Penang. Kami masak lemak cili padi ketam kesukaan dia. Lepas sarapan pagi dengan roti jala dan kari ayam (buat sendiri ye, bukan makan dikedai) kami kepasar KK. Nampaknya hanya ketam kecil je yang ada, bukan musim dia, apa nak buat? Katanya kalau bulan mengambang, baru ketam berlambak kat pasar.

kek lapis kiriman kakak, suka sangat dia buat kuih ni, senang ada stok dalam peti ais...

Selesai, perut masing2 dah kenyang, baru aku dapat menatap blog ku. Semakin hari blog ku ada follower walupun tak semeriah blog yang dah ribu riban follower. Alhamdulillah, aku tak kesah sikit ke ramai. Apa yang penting, teman-teman ku dialam maya bertambah.

Sebenarnya aku tak memilih siapa2 yang aku nak follow. Tapi apa yang buat ku kekadang terasa bila kita selalu pergi ke blog seseorang dan tinggalkan komen,  tiada langsong kunjungan balas dari mereka. Iyelah, blog picisan, tak glamour. Nak tinggalkan jejak pun agaknya macam membazir, betul tak?

Ada tu tinggalkan jejak sebagai follower tapi bila usha profile dia orang, takde pula url kat situ. Macam mana aku nak follow balik? Jadi taknak terputus hubungan, sila periksa profile masing2 untuk memudahkan teman-teman bertegur sapa.





nota aku: sebenarnya ini entry petang semalam tapi dek kesengalan 'brokbeng' yang teramat la sangat, maka pagi ni baru dapat ku publish.

Ole-ole dari semenanjung

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Bestnya dapat ole-ole dari sahabat utara. Mereka bertiga beranak baru je turun flight tengahari tadi di airport Sabah. Setiap kali balik sini, dia akan bawakan ku jerok Penang. Aku dan hubby memang suka sangat jerok utara. Walaupun di Sabah ada jerok, tak sama dengan jerok Penang ni.

Masa bercuti di rumah uncle kat Penang, aku dah pergi tempat yang popular jual jerok. Tak ingatlah nama apa kedai tu. Aku rasa setiap pelancong memang akan kesana, bermacam2 jenis ada.


Tak dapat balik kampung, dapat rasa makanan dari semenanjung pun dak ok. Oh ye, mak mertua pun ada kirim gula nisan dan mangga permintaan ku.

Terima kasih mak, walaupun mak tak sihat (sakit lutut) kiriman mak dah pun sampai dan dah masuk ke perut ku tadi. Sedap sangat mangga tu, lepas rindu ku mak oii!!


nota aku: esok abang ipar pula sampai, ada lagi ole-ole...

Roti Inti Epal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Petang tadi aku sempat buat roti inti epal. Kelmarin beli epal hijau semata2 nak buat roti ni. Padahal kalau tunjuk dengan jari kat kedai kek tu, dah boleh makan. Tapi semangat nak membuatnya begitu kuat walaupun hanya mengguna jari jemari saje.

Resipi dari sifu kita, www.tiffinbiru.com/. Boleh tengok kat sini. Aku buat separuh adunan je. Dah nak abis dah tu.......
Sebenarnya gambar masa lepas keluar oven, cantik je. Tiba2 kamera tu buat hal pulak, hang! Geramnya!!!!
Maaf la, mood malas nak tulis resipi. Mata mengantok, tekak haus. Nak pi buat root beer shake lepas ni.

Selamat malam semua, sweet dream!!

Masak lemak Peria

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

'Astaghfirullahalazim', ayat ni selalu aku sebut kalau aku terkejut atau sesuatu yang buat ku marah. Terutama anak ku, dengar je perkataan ni, mesti dia berlari datang pada ku. Kenapa ibu? Kesalahan dia biasanya lupa nak jirus bila 'melabor', towel campak atas katil, baju sekolah berlonggok tepi katil. Dia tau aku ni pantang jumpa benda-benda macam ni, mula nak naik angin. Kalau sekali sekala lupa, ok la tapi kalau hari-hari nak kena ingatkan, mana boleh tahan.

Tapi yang bestnya bila hubby sebut 'astaghfirullahalazim', untuk 'bergurau' dengan ku. Katanya "saje nak buat ibu terkejut, sebab suka tengok ibu marah" kata hubby. Cute tak gurauan dia? Dia jarang cakap macam tu. Kalau dalam drama romantik, selalu ada adegan suami buat isteri dia marah kerana katanya isteri makin cantik bila marah. Tapi......cantik ke aku bila marah? hodoh rasanya........

Ok, kita tukar topik masakan pula. Hampir 3 tahun aku di Sabah, tak pernah beli sayur peria. Baru-baru ni kawan hubby ambil dari kebun dia, dapatlah merasa peria free. Harga peria disini boleh tahan juga mahalnya.

Semalam petang aku masak lemak putih sebab hubby suka sangat. Campurkan udang segar, cili padi, bawang merah dan sedikit lada hitam. Semua ditumbuk. Nasib baik peria ni tak pahit, menambah2 dia makan.

nota aku: maaf gambar ku edit di picnik tak menjadi, ni guna kamera canon yg belum repair..

Aku RINDU dia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Hari ni, pagi ni.......tiba-tiba aku teringat arwah bapa ku yang ku tau semua adik beradik memanggilnya dengan panggilan 'Bak'. Entah kenapa begitu panggilannya, cuma yang ku tau kebanyakan orang Johor menggunakan 'Bak' untuk bapa. Mungkin bahasa Jawa?

Di tv sekarang ni kerap tayang cerita tentang bapa. Kalau tak silap ku, bulan Mei atau June sambutan Hari Bapa agaknya. Maaf kerana aku kurang perihatin dalam soal ni kerana aku dah lama tak punya bapa. Jadinya, terlalu lama sangat aku tak menyebut atau memanggil 'bak' dibibir ku, menjadikan aku langsong tak ingat hari bapa. Melainkan bapa mertua ku yang ku panggil 'abah'. Alhamdulillah, hubby ku masih punya abah. Aku tumpang abah dia nampaknya.

Bapa ku meninggal ketika usia ku dua tahun lebih. Ketika itu arwah adik ku baru pandai meniarap. Kata mak, bapa ku putih orangnya, macam cina. Rendah dan gempal, mak lebih tinggi dari dia. Kiranya aku ni mengikut gen bapa la ni.......kulit je ikut mak (coklat2 gitu....hehe)

Mak kata, arwah bak dulu orang yang penyabar tapi tegas dengan adik beradik. Dia anak sulong. Fasih berbahasa Inggeris dan mengajar adik beradik serta sepupu2 bila ada masa terluang. Apa yang ku tau, arwah bak berkaca mata dan agak tampan orangnya. Ini yang ku lihat dari fotonya di rumah kakak.

Dia juga kaki bola dan selalu jadi perhatian ketika ada perlawanan dengan pasukan Polis di kawasan perumahan dulu. Hinggakan pernah berlaku pergaduhan kerana ketidakpuasan hati setengah pihak. Aku dengar sendiri cerita ni dari adik arwah (pak andak ku)

Dalam ramai2 adik beradik ku, kakak la yang paling disayangi. Ketika itu dia tua dua tahun dari ku, agak banyak juga pengalaman dia dengan arwah bak. Naik basikal kehulu kehilir dengan arwah. Tapi dalam manja-manja tu pun kena marah juga katanya. Pernah sekali arwah masukkan kakak dalam tempayan (bukan kurung) aku tak tau pasal apa. Cerita ni buat kami gelak sekeluarga.

Apa lagi yang ku ingat? Hanya ketika dia sakit selepas operate dibahagian kepala, katanya ada ketumbuhan. Mata menjadi buta dan tak boleh bangun selama setahun. Hanya terbaring di atas tilam dan emak la yang menjadi nurse, merawat dan mencuci najis setiap hari. Hinggakan kata emak, dia tak larat nak uruskan  kerana badan arwah bak ketika itu berisi. Lama kelamaan jadi melepuh bila lama terbaring.

Dalam setahun arwah bak menanggung sakit. Ketika itu aku terlalu kecil untuk membantu emak yang beranak lima. Aku di ambil oleh arwah tok, mungkin untuk meringankan beban emak. Sekejap tok di JB ambil, sekejap tok di kampung ambil. Lama2 aku terus dibela oleh datok ku hingga 18 tahun umur ku.

Arwah bak meninggal dalam usia muda. Anak-anak masih memerlukan dia. Tapi itulah takdir hidupnya. Allah lebih menyayangi dia. 
Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Mahmudiah. Aku selalu berharap arwah datang dalam mimpi ku, tapi tidak. Aku cemburu melihat mereka2 yang masih ada bapa. Aku tak cemburu kalau kawan2 ada handphone canggih, ada rumah besar, kereta mewah tapi aku akan jadi benar2 cemburu jika melihat satu keluarga yang hidup bahagia di samping bapa tercinta.

Dari itu, sayangilah, hormatilah kedua ibubapa kita semasa hayatnya masih ada. Kerana bagi ku, satu kerugian besar bila mereka telah pergi dan kita tidak gunakan sepenuhnya menjaga dan menyayangi mereka. Doakan mereka setiap hari agar dikasihi olehNya.

AMIN.


nota aku: aku tau, arwah bak pasti 'aman' disana....

Selonggok depan rumah!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Nak tau apa yang selonggok kat depan rumah bila aku balik dari pasar pagi tadi?
Tetamu tak di undang tu la yang punya!!

Chettt!! pengotor betul la.......dah la datang makan kat rumah, tinggalkan bahan toksid dia kat rumah kita?
Kurang ajar punya binatang.

Tapi, marah2 pun, kalau dia datang, aku usap juga.
Dia baring2 atas sofa, aku belai-belai juga.

Dah nama pun binatang, nak buat macamana kan? Terima saja la.......
Memang aku dah cuci lantai depan tadi. Kalau hari-hari buat hal, aku nak report kat tuan dia.
Apa pun aku tetap sayang kat dia, aku letak nama dia 'BZ'....

Panacotta Nenas


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Ni aku nak bagitau, real story punya. Beberapa hari lepas ternampak resipi Panacotta ni kat blog Nazrah Bakery . Hati dah berkenan, tapi lupa nak salin resipi atau bookmark kat pc. Lama juga la aku nak mengingatkan nama resipi tu. Almaklumlah.......resipinya style omputih sikit...mana la nak ingat.

Tergeliat lidah ku ni nak menyebutnya, apalagi nak mengingat. Jadi hari ni aku dah cuba buat tapi menggunakan nenas dalam tin. Dah rasa pun, sedap sangat terutama bila cuaca panas-panas ni. Jom kita cuba........


Bahan2
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih siket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
Buah Mangga ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah mangga ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri mangga  keatasnya dan bolehlah dihidangkan.



huhu...puas hati dapat buat walau tanpa mangga dan buah kiwi.....

Tetamu tak di undang!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Seminggu dua tiga kali dia datang. Pantang buka pintu, main terjah je, ni dah bukan tetamu! Kekadang aku naik marah juga, meleset kat kaki, tergolek sana, tergolek sini. Tak pasal-pasal nak melayan dia pulak.

Bila datang tu, kempis je perutnya. Tah mana pergi tuannya, tak diberi makan kot. Atau memang spesis kurus kering kot? Masa dia kecik dulu, aku selalu nampak ibu dia perihatin sangat kalau anak dia main tengah jalan atau pergi rumah orang. Mesti dia angkut anak dia balik walaupun dah besar panjang. Punya la sayang kat anak.........yang si anak memang nakal, maklum le, masih budak lagi.


tengok tu, muka tak malu betul......melepak atas meja aku, macam dia punya rumah....

'Billu' buat kami menangis!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Korang nangis tak kalau tengok filem hindustan? Pompuan biasalah, tapi kaum lelaki ni kalau kita menangis tengok filem, apa daa.....macam tu pun nak nangis (terutama laki aku tu). Aku ni tengok cerita pasal binatang, katun, apa-apa je la....pun boleh menitiskan air mata. Memang agak sensitif. Tengok AF pun aku nangis tu yang hubby angin tu.....

Tapi.......semalam kami berdua tertengok filem Billu Barber di tv3. Cerita tu dah separuh jalan masa kami tengok. Sebenarnya dah agak lama aku tak tengok filem hindustan. Kekadang boring nak tunggu sampai habis. Selagi tak habis panjat gunung ganang, bukit bukau dan segala air terjun.......memang takkan ada penamatnya.



Cuma yang aku nak cerita ni, pasal hubby ku. Menitiskan air mata machonya itu........hehe....masa tu dia duduk atas sofa, aku kat bawah. Scene paling menyedihkan tentulah masa Shah Rukh Khan datang ke kampungnya mencari teman lama, Billu si tukang gunting. Saat dia menceritakan bagaimana baiknya hati si Billu membantu dia ketika zaman kecil, saat itulah 'airmata' ku dan juga hubby menitis. Aku toleh ke belakang memandang ke wajah hubby......."awak pun nangis jugak?". Sambil tersenyum dengan air mata menitis, "hehe...a'ah..."

Itulah dia filem hindustan. Selalu menyentuh perasaan secara simbolik. Kadang-kadang banyak pengajarannya, walaupun kita selalu kata mereka ni 'auta' je lebih.

nota aku: hero tak hensem tapi lakonan 'mantop'

Jalan2 Gaya Street, tangkap ikan!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Selamat berhari minggu teman2 semua. Kemana bawa keluarga bercuti? Ada yang bawa dekat2, ada yang suka travel jauh-jauh. Cuma aku dan famili je tak kemana-mana, belum ada perancangan lagi.

Untuk menghilangkan rasa boring setiap hari kami, aku akan rancang jalan tempat yang dekat-dekat je. Walaupun cuma ke pasar tamu, shopping complex, mandi laut dan seumpamanya. Sekurang-kurangnya cuti sekolah ni terisi juga dengan aktiviti yang berfaedah.

Masa mandi laut semalam, anak ku bisik kat ayahnya....."hari yang paling best hari ini (semalam)" sebab ayah ada sama mandi dan bermain pasir tepi pantai. Naluri budak-budak memang minta dilayan. Ada setengah famili malas nak bawa anak jalan dengan alasan budget ciput, anak2 nakal, berderet-deret nak bawa dan seribu satu macam alasan.

Terpulang pada diri masing-masing cara melayan kerenah anak-anak. Aku pun jarang bawa dia kemana-mana kalau tempat tu dekat. Bukan taknak bawa, dia yang tak mau ikut.

Pagi ni kami berdua je ke Gaya Street. Anak tinggal sorang dirumah. Bagaimanapun aku dah tinggal pesan, jangan buka pintu sekalipun pada kawan yang dia kenal. Talipon juga wajib tinggalkan. Kalau ada apa2 masalah, dia dah pandai guna talipon.

Ingat nak cari kasut untuk hubby tapi tak jumpa pula. Tengok punya tengok, hubby berkenan belikan anak akuarium yang comel untuk letak ikan kecil. Kami beli ikan laga sepasang, merah dan biru sebab dah lama dia nak bela ikan. Tapi aku yakin selepas ni, aku yang jadi mangsa jaga ikan2 tu.
Walaupun kecil je pemberian kami, dia tetap happy. Itu yang penting.

Mandi laut lagi!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Maaf la kalau blog aku ni takde cerita 'panas' macam blog orang lain. Sebenarnya aku taknak blog ku ini jadi kontroversi sekiranya aku update tentang diri seseorang seperti artis ke, atau sesiapa yang popular di Malaysia ni. Kalau aku nak komen tentang orang lain di sini, aku taknak sentuh nama dia melainkan dia tu artis yang dikenali. Jadi, jangan 'muntah hijau' kalau entry ku setiap hari membosankan, terutama blogger lelaki. Mesti boring datang sini.........tak kesah la......

Hari ni mandi laut lagi, pepagi aku dah masak nasi lemak, sotong bakar, sambal telor dan ikan bilis goreng. Bila dah siap semua, hubby kata takyah bawak la.....kita makan kat rumah je! Pulak? Aku macam nak naik angin jugak la masa tu.....sebab semalam dia kata, kita bentang tikar tepi pantai, makan kat sana best.

Tiba-tiba pagi ni? Nak makan kat rumah la pulak..........takpe, senang kat aku macam ni, takyah nak bungkus bangkis. Perut dah kenyang, kami semua melepak tepi laut tg aru lagi.

Aku tak join ayah dengan anak mandi, bawa jahitan ku kesana, sambil berfacebook.......hehe...sempat lagi tu...

Nak tayang jugak, sotong bakar yang aku buat pagi tadi untuk sarapan.
Tapi sotong ni aku tak bakar dalam oven, bakar atas kuali leper dengan minyak zaiton, sedap!!

Churp Churp Academy is looking to crown the #CutestThing ! Snap a pic and submit!

 Salam sejahtera semua, nak iklan sikit......aku ni tak pandai nak promot benda2 ni semua.
Tapi kalau nak join, klik je link tu, sila la ye.....

Churp Churp Academy is looking to crown the #CutestThing ! Snap a pic and submit!

Hajat nak bermalam, tapi dekat sangat...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Anak ku sibok betul nak mandi2 laut. Dah la panas terik ni........tak pasal2 nanti muka ku tembam ni jadi lebam pulak dek sunburn. Hari Khamis (semalam) kami usha2 kat area rumah. Nampaknya ada resort, tapi pantainya agak 'kureng' kalau nak mandi manda. Budak-budak memang tak peduli, kotor ke, lumpur ke......dia orang bedal je......Kat situ kami tak plan nak mandi manda, baju spare pun tak bawa. Anak ku muncung je.......sape nak bagi mandi kalau matahari dah naik? Kulit tu dah la 'gelap', tambah lagi berjemur tengah panas. Dia kata tak kesah, main bola kat padang lagi panas. Hemm....kalau nak sesuatu tu, masa tu la hendaknya!! Buat aku marah ni......
Datang tak sampai setengah jam, foto sana sikit sini sikit, terus angkat kaki.....ada jugak parent bawa anak-anak mandi. Tu yang anak ku nampak 'gian' nak kecebor dalam laut.


Masuk sini bukannya nak booking bilik (takde maknanya tidur sini sebab rumah ku dekat je dengan resort ni) Kami tengok-tengok je, macam orang nak beli tanah pulak. Lepas snap gambar, kami keluar dengan muka seposen....hehe....pekerja tu tak marah pun.

 Alamak, aku silap la.....bukan Borneo Beach Resort.......BORNEO PARADISE daaaa!!

Minta maaf la pada owner ni, apa2pun tempat dia memang bersih dan nyaman. Bagaimanapun kami 'tak sampai hati' nak bermalam disini, 15 minit je dari rumah. Lain kali la ye.......

Sudahnya kami bawa anak hari ni mandi laut Tanjung Aru. Pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Aku tengok dia sorang terkonteng-konteng mandi pagi tu. Ada juga famili yang datang lebih awal. Aku dan hubby jadi penonton jek.....hehe....tak best la....kena cari tempat lain yang lagi cun!

Kesian diaaaaa.......tertunggeng-tunggeng sorang diri, sorry la.....ibu ayah tumpang happy je..

Ayam Masak Merah Madu Kasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Update pantas, masak tengahari tadi. Mula2 ingat nak masak lain, tiba2 lain pula jadinya. Resipi aku jumpa dalam majalah Jelita. Awal aku masak hari ni, hubby keluar main bowling tak bawak bini. Berangan 'bujang' kejap la tu!

Ayam Masak Merah Madu Kasih 
sumber dari Majalah Jelita

Bahan:-
600 gm ayam
serbuk kunyit
120 ml minyak masak
120 ml minyak sapi (takde minyak sapi kat rumah)
40 gm bwg besar
20 gm bwg putih
2 inci halia
40 gm cili giling
60 gm pes tomato
30 ml madu
60 gm sos cili
1/2 biji kelapa jadikan santan pekat
garam dan serbuk perasa.

Cara membuatnya:
  1. Potong ayam kecil-kecil dan bersihkan. Gaul dengan serbuk kunyit dan biar sebentar.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali dan gorengkan ayam dahulu.
  3. Kisar halus bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan dikisar sehingga kekuningan.
  5. Masukkan cili giling serta pes tomato, tumis sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan sos cili, madu, santan dan akhir sekali ayamm goreng. Kacau.
  7. Garam dan ajinomoto secukup rasa.

Sebenarnya aku masak ni takde la ikut sangat sukatan macam dalam resipi tu. Main campak2 je.......hehe....berangan macam chef wan pulak. Orang tu campak2 pun menjadi masakannya, tak payah guna buku.


nota aku: panjang beno nama resipi tu....


PIKO dan santai tepi laut

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dah hampir seminggu si Piko ni menetap di rumah ku. Tuan dia balik kampong lama, cuti sekolah balik lama sikit. Masa jumpa dua minggu lepas, kecil lagi si Piko ni. Sekarang makin besar aku tengok. Apa taknya, dok dalam tu asyik melantak je........

Piko yang manja....

Aktiviti cuti sekolah ni memang tak menarik sangat. Selain jalan-jalan tepi laut, window shopping kat OneB. Tak boleh outdoor, cuaca panas sangat. Bil letrik kat rumah ni naik beratus walaupun penduduknya tiga orang je.

Lepak kejap tepi laut sementara tunggu shopping kompeks buka. Sebenarnya lepas sarapan pagi kat restoran, terus kesini, style aku kalau dah keluar malas nak balik rumah. Alang2 dah siap elok-elok, kalau balik dulu, memang malas nak bersiap semula.

Anak ku geram je tengok air laut tu. Tapi tak elok kalau mandi laut waktu tengahari. Dah la air laut nampak keruh je.....anak ku pula kulit hitam manis. Tambah berkarat le jadinya kalau berjemor.  Rambut dah le macam anak orang pulau. Panjang dan kering.........ish..budak ni memang malas kalau suruh melaram.

taknak difoto, merajuk tak dapat mandi laut. tengok la rambut dia tu.......

Lepak shopping kompleks pun makan2 je, anak ku letak kat CC, main game. Aku pula cari bahan felt kat kedai Japan (Daiso). Aku suka tengok barangan Japan, cute dan pelik2.

Itu saje cerita seharian ku dengan famili, agak membosankan. Orang yang baca lagi la bosan!! Maaf la ye, takde entry yang best sebab aku taknak la copy paste cerita2 orang lain. Sekali sekala nak kongsi boleh, kalau selalu, hilang la identiti blog ni sebagai blog surirumah.