my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bermalam di Kundasang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Kepada teman2 blogger yang sudi komen diblog buruk ni, terima kasih bebanyak. Nanti pb balas kunjungan ye.....pb sekarang di Kundasang, ikut famili kakak bercuti. Malas nak update panjang2. Balik rumah nanti pb layan blog kawan2.

Cuaca sejuk gila di Mesilau ni, kaki gunung Kinabalu........
Selamat malam.....

NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Suka nasi dagang? Mungkin setengah orang kata makanan ni menggemukkan. Tapi pb suka sangat nasi dagang. Masa kerja kat Trengganu dulu, hari-hari sarapan nasi dagang. Nasi dagang Trengganu memang tak boleh lawan dengan negeri lain.

Kerana terlalu suka, pb sanggup belajar sebab kat sini susah nak jumpa yang menepati selera pb. Ada tu ada tapi macam tak sempurna pula.

Tak mau membebel jauh sebab pb sedang menanti kedatangan kakak tercinta malam ni. Tak sabar nak jumpa, banyak yang nak di kongsi bersama.

Resipi nasi dagang ni dari MAMADZIE69 di myresipi. Pb buat tak ikut sukatan dia sebab makan untuk 3 orang je. Ada yang diubah sedikit. Bagaimana pun memang sedap gila la, hubby bagi 5 bintang der!! Lepas ni pb akan cuba lagi hingga betul2 mahir dan boleh masak kat rumah mertua nanti. InsyaAllah....

Untuk resipi asal, boleh tengok kat SINI dan pb hanya ubah sukatan dan sedikit bahan sahaja.

NASI DAGANG

Untuk nasi:
2 gelas beras nasi dagang (kat sini pb guna beras dari Bario) dibasuh dan direndam selama 8-9 jam.
Pb rendam dari pukul 9 pagi hingga 3 petang.
3 ulas bawang merah kecil (dimayang)
1/2 inci halia (hiris panjang)
1 gelas lebih santan cair dan 1/2 gelas santan pekat (sukatan ikut banyak mana beras)
Halba (pb tak guna halba, nanti susah nak buang kalau anak nak makan)
sedikit gula
sedikit garam

Cara memasak nasi :
Pb ikut macam resipi asal dari mula hingga penghujungnya pb ubah sedikit.
Beras yang direndam tadi dikukus kosong sehingga masak.
Angkat dari kukusan dan gaul rata dengan santan cair, bawang merah dan halia.
Kukus sekali lagi hingga masak
Untuk yang terakhir kalau dalam resipi asal, nasi tak dimasak, hanya gaul santan pekat dengan gula dan garam sahaja. Pb ubah sedikit, terakhir masukkan santan pekat, gula dan garam, kukus sekali lagi (sekejap je)

Untuk lauk/kuah:

2 ekor ikan tongkol kecil dipotong. Rebus bersama setengah keret nisan, 2 keping asam keping/gelugur dan garam. Simpan air rebusan untuk masak kuah nanti.

1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk kari ikan (gantikan serbuk jintan manis yg takde kat rumah)
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 biji bawang besar merah campur dgn 4-5 biji bawang merah kecil
2 sudu besar cili kering yang di mesin
sedikit kerisek
1 keret nisan yang kecil (gula melaka boleh)
1 kulit kayu manis

Cara memasak kuah :
Semua bahan untuk kuah di mesin kecuali kerisik, nisan, santan dan kayu manis.
Masak santan hingga naik minyak sedikit, barulah campur bahan2 yang dikisar tadi, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.

Masak dengan api kecil (renehkan), bila santan surut separuh, isi air lagi hingga paras pertama (guna air rebusan ikan tadi).
Kemudian baru letakkan ikan dan ulangi proses seperti di atas sehingga kuah pekat.
Menurut Mamadzie69, lebih lama masak ikan, kuah akan jadi gelap dan tulang ikan reput macam ikan sardin.

Untuk Acar :-

1/2 biji timun buang empulur dan potong memanjang seperti biasa.
1/2 biji lobak merah (potong halus juga)
cili merah dan cili benggala juga (pb tak letak kobis)
Gaul bersama garam, gula dan cuka secukup rasa.


Ok juga beras bario ni walau tak sesedap beras nasi dagang tempat kita. Jika betul caranya, takde la lembik macam kat kedai makan tu.......


Resipi ni memang betul2 sedap kalau ikut caranya. Pb pun bagi 'berbintang-bintang' . Akan disimpan untuk rujukan akan datang. Terima kasih banyak2 pada tuan punya resipi, mana nak cari dia ye? Ada sesiapa tau?

Ayam Masak Hijau

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Lama rasanya tak update masakan dalam blog.  Kali ni pb nak share resipi yang pb biasa buat dulu, sebelum kahwin. Resipi ni dulu pb tengok kat tv, kalau tak silap Amy Search yang masak. Pb pun dah hampir lupa bahan2nya jadi yang ni pb buat ikut suka suki pb.

AYAM MASAK HIJAU

4-5 ketul ayam
1 btg serai
5 biji lada hidup hijau
sedikit halia
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 cawan susu cair
sedikit kunyit
1-2 keping asam keping
Buah tomato - potong 4
Cara memasaknya:-

Tumiskan bahan yang dikisar, iaitu bawang merah, cili hijau, bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kunyit dan serai yang dititik.
Masukkan ayam dan biarkan ayam setengah masak.
Masukkan susu cair dan asam keping.
Tambah air jika kuah terlalu pekat.
Renehkan sehingga ayam empuk.
Masukkan buah tomato jika suka.
Tambah perasa, garam dan sedikit gula.
Resipi asal ada daun limau purut, kalau ada boleh letak, lebih sedap.



Sedap juga cicah dengan roti canai......



agaknya kalau masak dengan santan, lebih menarik dan sedap, tapi takpelah......demi kesihatan kita yang makin berusia ni, elok kurang2kan sikit lemak tu....

Harap-harap berhasil

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Terima kasih pada teman2 yang sudi komen setiap entry pb. Maaf kalau menyusahkan jika tak dapat tinggal jejak kat shout box lagi sebab pb dah padam untuk sementara ni. Kadang2 tu yang bukan2 je singgah, nanti kalau mood pb dah ok, pb letak balik ye!

Hari ni pb dah dapat apa yang pb inginkan dari minggu lepas. 'SABUN PELANGSING' yang teringin la sangat pb mencubanya. Tengok pada testimoni dari blog KAK FASH, macam bagus je sabun ni. Beli 3 ketul dengan harga RM36/ boleh pakai sebulan kot? Harap2 hubby tak 'join' sama cilok sabun pb ni. Dia pun nampak gaya macam teringin nak kurus tu......


Hubby masuk duit ke MB hari Ahad malam, pagi Selasa dah sampai. Cepat dan pantas Kak Fash buat kerja dia. Hubby kata, orang bisnes macam tu ler......
Jadi hari ni, bermula la segmen menggosok sabun ke badan yang berselulit dengan harapan akan berhasil satu hari nanti.

Kalau boleh, dari potongan macam ni......


Jadi comel sikit macam ni......



hehe...nak macam yang tengah 'hot' sekarang ni, siapa lagi? Soffiya atau Tiz Zakiah atau Yaya....(pinjam ye Tiz gambar awak yang comel tu)

Ada juga dalam masa yang sama pb amalkan minum air Bio Trifa oleh Winnie Beauty. Campuran lemon dan serbuk klorofil, takde rasa apa pun. Macam minum air sayuran yang di blend. Anak pb tanya, ibu minum air sayur ke?? Kalau tengok kaler hijau tu, memang tak lalu la nak telan tapi sebab dah 3 hari ni kita orang amalkan, rasa biasa pula.

Orang kata, usaha tangga kejayaan kan? Apa lagi? kita usahaaaaa..........sampai berhasil!!


Lepas ribut...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Mungkin ramai teman2 yang dah update status tentang cuaca malam dan pagi tadi. Sekitar KK hujan ribut mungkin sebelum pukul 3 pagi. Pb bangun pukul 4.30 pagi sembahyang isyak sebab malam tadi tertidur awal. Lepas beri salam, terus gelap rumah ni......

Meraba2 cari lampu emergency dan lampu picit. Cari lilin yang memang dah tersedia sebab hari tu dah kena sekali, 3 atau 4 pagi takde karen. Kali ni paling lama, hingga jam 10.30 pagi baru ada letrik. Susah hati juga dengan peti ais tu, banyak ikan baru beli.

Sepanjang jalan ketika hantar anak, kami saja round KK untuk lihat keadaan jalan. Dah macam Majlis Perbandaran pulak. Sedangkan pak polisi pun takde lagi kat jalanraya, traffik light semua tak berfungsi. Pagar2 sekitar kawasan airport dan tempat2 yang dalam pembinaan, semuanya rebah ke bumi.

Jalan yang biasa kami lalui sekitar sekolah anak pun tak boleh lalu. Semua pokok tumbang dan ada yang menghempap bus stop. Hubby singgah kat Seven Eleven beli top up Salamfone, budak yang kerja tu kata dia takut pagi tadi sebab pintu kedai terbuka, tertutup sendiri ditiup angin. Pb sendiri bangun pagi pun tak boleh buka pintu depan sebab habuk masuk dalam mata.

sebahagian pokok yang tumbang, yang ni tak menghalang jalanraya.....

 banyak yang tumbang sepanjang jalan.....

ketika ini belum pukul 7 pagi, kami lalu......nasib baik tiada kemalangan dihempap pokok, cuma ada satu di kawasan taman perumahan kami, langgar buntut kereta kat traffik light......polis traffic tak bangun lagi agaknya...hehe...hubby kata masih berselimut!

nota pb: Pak polisi jangan marah ye!!

jalan2 pagi minggu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Waktu 5.30 pagi.....
Sembahyang subuh dan kedapur, basuh pinggan lebihan makan malam tadi.
Terfikir, nak kemana hari ni (nak la jalan2 hari minggu kan?)

6.30 pagi.....
Kejut anak yang confirm taknak ikut kalau tak di paksa. Susah anak2 sekarang ni, suka tengok tv, intenet, game, daripada ikut mak bapak. Tau la ikut kita orang ni boring, beli barang dapur......

7.30 pagi.....
Kami tiga beranak dah terpacak kat Gaya Street. Kita orang memang suka pergi awal pagi. Perut belum isi makanan, confirm tak mengah.

Jalan2 jumpa ni.....

 nampak tak tu? pb tak berani dekat2, siapa nak gambar R10, boleh lilit kat badan ke....leher ke....ish...upah beribu pun, memang tak ahhh!!

Jalan punya jalan, nampak kuih denderam dalam peket (tak sempat ambik gambo), tertera di plastik kuih tu dengan tulisan ARDAM......hehe....macam nama orang pulak.

Jumpa lagi satu benda yang pb tak pernah tengok sebelum ni walaupun dah tinggal sini hampir 3 tahun........agak2 tau tak apa ni?


macam sarang burung kan? tapi bukan......


kasi fokus dekat sikit, tau dah kan? ni sayur petola yang dikeringkan......pb tanya, nak buat apa ni?
Cina tu kata, boleh buat sental badan ke, muka ke......halamak ai, habis la kalau sental muka.....calar balar nanti. Kreatif la dia orang ni, semuanya boleh buat duit.

8.30 pagi.......
Kaki dah lemah nak melangkah lebih jauh, maklum la.......badan tambah berat sejak lepas puasa. Sama je dengan hubby, lengoh la......lapar la....haus la.....
Jom ke McDonald!! yeayy!! suka la tu anak pb ayah dia offer mcD.

Sambil jalan ke kereta, singgah gambar kat Hyatt Hotel......


Kata anak, apa kata kita sarapan kat Hotel Hyatt? Amboi? awak tu makan tak banyak mana.......

Selesai aktiviti pagi minggu yang agak membosankan. Tapi terima kasih kat hubby sudi layan kerenah kami dua beranak walaupun dia penat.

Kisah anak, Jamal Abdillah, cikgu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Semalam anak pb menghadiri majlis raya di sekolah dia. Dengan baju merah bersampin, songkok dan sandle barunya, bersemangat tu nak pergi. Sebabnya dia ada persembahan menyanyi beramai2 satu kelas. Lagu Hail Amir dan Uji Rashid, kalau tak silap Seloka Hari Raya.

Anak pb memang suka menyanyi. Masa tadika dulu dia dah biasa naik pentas. Tapi beramai2, kalau sorang2 rasanya belum pernah lagi. Bagaimanapun dia pernah mengetuai pasukan sukan tadika dia dan membaca ikrar depan orang ramai (padang sekolah). Dia memang sukakan perhatian orang. Harap2 pada perkara tertentu la ye.......jangan esok jadi yang bukan2 pulak.

Katanya Jamal Abdillah ada datang sekolah dia dan menyanyikan 3 buah lagu. Sempat bersalam dengan Jamal. Naik jeles pulak ibu dia. Selama pb kerja dulu pun, belum pernah jemput Jamal ketika annual dinner. Paling hebat pun dapat Ziana Zain.........agaknya berapa la kos bayar Jamal tu? Takkan dia datang sukarela kan?

Sekolah anak pb ni kalau minta sumbangan, siap bagi surat mengatakan tidak boleh kurang dari RM5. Bayangkan kalau sorang murid, parent bagi RM10 (sekolah dia kira loaded jugak makbapak budak2 tu). Makannya cuma biasa2 je, budak2 pun bukan makan sangat. Bukan la nak mengungkit apa yang telah kita sumbangkan, tapi kalau dah nama sumbangan, tak boleh la hadkan berapa yang sepatutnya kita kena bagi.

Apa2 pun pb halalkan semuanya. Mungkin ini yang terakhir kali dia bersekolah di sini. Banyak benda tak puas hati dengan sekolah. Lebih2 lagi soal pilih kasih. Ada murid yang anak cikgu dibiarkan bermain komputer dalam kelas sedangkan orang lain buat kerja. Kalau betul sayangkan murid, biarlah sama rata. Jangan di tunjukkan depan murid lain. Budak sekarang bukan macam dulu, lurus bendul. Walaupun tahun 3, mereka dah pandai membezakan mana yang baik, mana yang buruk.

Seperti anak pb, dia mudah terasa. Pernah sekali dia tak datang sekolah (sambung cuti raya sebab takde tiket nak balik), semua murid2 dalam kelas sebut nama dia bila cikgu tanya siapa yang tak datang tempohari. Sedangkan ada lagi orang lain yang tak hadir sama. Tindakan merotan di ambil pada pelajar lelaki sahaja, sedangkan budak perempuan tidak. Adil ke tu?

Bagi pb, tak kisah nak rotan atau denda tapi biar adil. Sebab dia akan soal pb bila balik rumah. Alasan apa nak jawab kat dia? Sebab perempuan lemah dan tak boleh di rotan? Takut dia menangis dan mengadu bila balik nanti?

Cikgu disiplin pun satu hal. Patut ke dia cakap, saya taknak tau masalah awak. Kalau anak murid yang bijak, dia akan cakap balik, "lepas ni kalau ramai  murid tak datang dan cikgu kena sound dengan guru besar, itu bukan masalah saya". Seharusnya cikgu kena dengar juga masalah anak murid, jangan lepaskan kemarahan tanpa usul periksa. Tau la kerja cikgu banyak, Tapi budak2 kekadang takkan faham masalah orang atasan. Terpulang bagaimana kebijaksanaan cikgu itu sendiri untuk menanganinya.

Maaf la ye kalau cikgu2 diluar sana terasa. Hubby pb pun cikgu juga. Dia nak terasa, rasa la......

EGGLESS RAISIN CAKE by Amy Beh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Malasnya nak menaip panjang2 hari ni.......tangan pun sakit tak baik2 lagi. Sakit-sakit tugas kena jalankan juga. Ok, ini kek yang pb buat beberapa hari lepas. Jumpa kat satu website apa tah........daripada Amy Beh yang popular tu......

180 gm margarine
1 tea spoon vanilla esen
1 t.s golden syrup
120 gm gula castor
140 ml evaporated milk
60 gm raisin
230 gm self raising flour
1/4 tea spoon salt

Loyang 17 cm dan griskan.
Panaskan oven 180C.

Pukul marjerin, golden syrup, vanila selama 2 minit.
Masukkan gula castor dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.
Masukkan susu dan pukul lagi berselang seli dengan tepung.
Masukkan kismis.
Bakar selama 40-50 minit atau sehingga masak.


agak rapuh kek ni ketika di keluarkan dari loyang, mungkin sebab takde telur.....
bagus untuk orang yang tak suka kek ada telor....

Taknak guna Shout Box lepas ni...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Maaf la ye, pb rasa lepas ni taknak guna lagi shout box tu. Sebabnya? kekadang pb pun takde masa nak jawab 'jeritan' kawan2 kat situ. Kalau nak apa2, carilah pb kat facebook atau pun tulis kat komen.

Tengok blog POK AMAI-AMAI tu, simple je........tak pening kepala kan?

Nanti bila pb dah ada mood, pb letak balik. Apa komen semua?

Jamu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Awak semua biasa minum jamu? Jamu yang ori punya, bukan yang dalam kapsul tu, kalau yang dalam kapsul tu pb pun boleh telan. Pagi ni pb 'terpaksa' minum jamu (perkara yang pb buat ketika zaman remaja dulu). Bayangkanlah.......dah puluh tahun pb tinggalkan minum jamu, kali ni minum sebab makcik tukang urut tu suruh minum.


Satu set RM6 sahaja, berpasangan dengan satu lagi bungkus kecil tu. Lepas urut, makcik tu ajar pb bagaimana membancuhnya. Dia perah limau kasturi sebiji. Mula2 ingat nak minum malam tapi sebab dia dah bancuhkan, pb minum terus bila sampai kat rumah. Rasanya? Boleh tahan la..........bukan boleh tahan sedap, mana ada jamu yang sedap kan? Rasa pedas, masam dan manis sebab ada campuran madu. Nasib baik ada madu........

Katanya urat pb ni masuk angin. Tu yang sakit bawah pelipat kaki, sembahyang pun duduk atas kerusi. Tak khusyuk betul la sembahyang duduk. Dia suruh minum 3 hari berturut2 dan selepas baik boleh amalkan seminggu sekali. InsyaAllah pb akan cuba konsisten minum jamu ni. Tengok makcik tu umur dah 60 tahun tapi masih tegap berjalan sana sini urut orang. Satu hari sampai 4 orang di urutnya. Bukan urut sikit2, urut orang bersalin faham2 je la. Masih boleh bercucuk tanam lagi.

Harap2 selepas ni pb akan bertambah sihat di samping mengamalkan doa selepas solat. Susah juga kalau sakit kaki ni, pergerakan semua terbatas. Semalam pb asyik melepak je.........naik bosan...

nota pb : pagi tadi masa mandi, jatuh dlm bilik air pulak......huhu...dugaan betul!

Sakit kaki...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari ni pb sakit kaki, lepas solat asar semalam petang, ntah macam mana tetiba kaki ni seperti krem pulak. Hingga ke hari ni (selasa) pb masih melepak depan tv je. Tak boleh nak lasak sangat buat kerja sebab langsong tak boleh gerak terlalu aktif.

Anak pb pula kakinya agak bengkak sedikit dan kemerahan kerana di sepak oleh sorang budak lelaki ketika pulang dari sekolah. Budak tu bawa gunting dan minta duit. Anak pb cuma bawa RM2 je setiap hari. Dalam poket ada RM1.50 sebab dia pecah duit untuk talipon ayah dia, bagitau balik lambat sebab bas rosak.

Pb ada ambil gambar kaki dia yang bengkak tu dan ada post kat facebook. Terima kasih pada teman2 yang perihatin memberi komen dan nasihat supaya kami report pada pihak polis. Tapi kami tidak ada buat apa2 tindakan setakat ni cuma nasihatkan anak supaya jangan berjalan sorang2 ditempat yang jauh dari kawan2. Kejadian berlaku ketika dia melintasi sekolah disebelah sekolahnya untuk menunggu bas. Jam ketika itu pukul 1.30 pm dan ramai murid yang telah pulang.

Pb dan suami cuma nasihatkan dia supaya jangan berseorangan dan tunggu saja bas di depan sekolahnya. Sekiranya ada berlaku lagi, pb nasihatkan dia cepat2 cari orang yang boleh membantu atau duduk dalam kelompok yang ramai.

Apa yang merisaukan kami, anak tu tak pandai mempertahankan diri sendiri. InsyaAllah tahun depan tukar sekolah yang dekat dengan rumah dan ada cadangan nak hantar ke kelas tekwando.

Jadinya kami ni macam berjanji pula hari ni sakit kaki. Entah boleh masak malam ke tidak sebab nak diri pun susah, apatah lagi nak kehulu kehilir kat dapur. Makcik yang biasa urut pb tu tak angkat talipon la pulak........sibuk pergi mengurut la tu......

Open house dan Johnny English yang lucu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sebenarnya banyak cerita nak kongsi kat sini tapi takde kesempatan nak mengadap komputer. Hari Jumaat ada tetamu, hari Sabtu open house dan wayang. Hari Ahad semalam pun ada tetamu dan jemputan kenduri. Ada tempahan laksam untuk wife kawan hubby. Hari ni baru ada masa sikit, itu pun sakit la pulak.......sakit kaki macam orang lepas lumba lari.....kejang tak pasal2 lepas solat.

Sabtu baru2 ni open house rumah pakcik, rumah baru dia. Macam-macam ada hidangan, sate, kambing panggang, rendang daging dan lemang, soto, nasi beriani dan lain-lain. Pb cuma makan nasi beriani sedikit dan lemang. Tak larat nak makan yang lain2 tu.....lebih2 lagi kambing.....tak berapa suka.

tu diaaa.....kambing panggang, tak tau la pakcik order dari mana, tak tanya pulak....


tumpang gambar rumah orang, elok je ada dua kerusi kat situ, memang tersedia untuk kami kot....hehe.....kali ni datang rumah makcik, pb macam datin je......tolong sana sikit sini sikit...



Best friend, manja vs manja......tu yang sekepala tu, cuma macam tahi cicak je pb tengok....hehe....kesian anak ku, hitam2 si tampok manggis......belajar rajin2 nanti jadi orang berguna, tak nampak la kekurangan tu kan?

Lepas 'isi minyak' rumah pakcik, lepak kejap di panggung. Masa ni anak tinggal rumah pakcik. Bukan saje nak tinggalkan, dah dia suka main kat situ nak buat macam mana. Pb pun lenggang kangkong dengan hubby dan adik dia, tengok cerita JOHNNY ENGLISH yang buat pb gelak dari awal cerita hingga tamat. Nak pergi tandas pun rasa rugi kalau ditinggalkan. Tahan je la sampai habis.

Lucu yang amat lucu cerita ni........rasa macam nak tengok lagi je.....

MI Goreng Indomie

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Nak update ringkas je, berjela panjang pun bukan ada orang nak ambil kisah kan?


Encik hubby masak semalam, tak percaya? Masak separuh jalan je.......awalnya orang rumah dia yang potong bawang dan cili. Dia cuma tolong kacau-kacau dalam kuali.

Jadilah macam ni.......


Tanya dia, sedap ke? mencebik je......
Hemmm....dah asalnya memang tak sedap, cuma ubah suai sikit je letak udang dan cili.
Bukan bini tak masak, saje je nak makan maggi. Merasalah.....

NASI LOBAK MERAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sebenarnya semalam pb agak kebosanan dirumah. Hubby jaga periksa sampai petang. Katanya ada orang nak datang, orang sekampong dia. Dari Sarawak dia orang tu naik motor, fuh....larat betul budak bujang sekarang. Pb fikir nak hidang apa yang menarik takde pula barang nak di masak. Ada ayam, ikan, sotong dan udang dalam peti. Kalau makan nasi putih macam tu je, agak bosan rasanya.

Cari kat Kongsi Resipi, ternampak Nasi Lobak Merah dari blog Ayu Singapore, terus pb follow dia. Mungkin orang lain dah ramai kenal Ayu. Pb je yang ketinggalan.

Bila dah rasa nasi ni, pb rasa lebih sedap dari nasi tomato. Makan dengan ayam masak gulai kawah......huhu....sedapnya. Dah macam nasi beriani la pulak. Resipi pb copy paste dari blog Ayu je, minta izin ye Ayu. Jauh merantau resipi Ayu dari Singapore sampai ke Sabah. Teringat pulak kat Pak Ngah pb di sana. Apa khabar agaknya dia? Lama tak jumpa dan tak jejak kaki ke Singapore. Sebenarnya masa pb kecik2 dulu, pb hampir2 jadi warga Singapore. Emak saudara pb orang sana dan selalu bawa pb tinggal rumah mereka. Masa tu pb dah jadi yatim, ayah dah meninggal jadi selalu mak saudara (sepupu mak) datang bawa main pb. Eh....melarat sampai sana pulak.......ok sambung resipi tadi.....

NASI LOBAK MERAH
sumber dari Ayu


1kg beras beriani-(1kg basmathi rice)
6 biji lada hijau dipecah2-(6 green chillies bruised)- pb guna lada benggala yg dihiris2
1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar2-(saya gunakan serbuk aje)-(1 tsp cumin, grounded coarsely, I just used powdered ones)
1 cawan minyak kacang-(1 cup cooking oil)- pb ganti olive oil
1 sudu besar minyak sapi-(1 tbsp ghee oil) - pb guna planta sbg ganti
3 batang lobak diparut -(3 carrots shredded)
300g buah tomato dipotong halus-(300g tomatoes sliced thinly)
*6 biji bawang putih ditumbuk halus-(6 garlics minced)
*2cm halia ditumbuk halus-(2cm ginger minced)
2 biji bawang besar dihirs-(2 large onions sliced)
4cm kayu manis-(4cm cinammon bark)
3 biji buah pelaga-(3 cloves)
3 biji bunga cengkeh-(3 cardamons)
garam-(salt)


Method:-
Sukat air 1, 100ml lalu ketepikan dulu. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak-(saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).
-( Measure water at 1,100ml and put aside. Wash rice and drained. Mix with shredded carrots. Heat ghee oil and cooking oil. Saute onions and minced* ingredients, green chillies and cumin powder.Stir well till oil rises up the surface. Add in tomatoes, cloves, cinammon, cardamons and water. When boiles add in rice and salt let it till cooked-(this part I just pour into the rice cooker and cooked as normal.)
Sources:-From Aini Salim@ resipi ceria keluarga

Nota: ada perubahan sikit pb masak nasi ni, pb tak guna minyak sapi sebab kurang suka baunya. Sukatan beras pun cuma 1 gelas setengah je.


 Tengok tu, sedap makan dengan ayam gulai kawah. Lauk ayam tu nanti akak update kemudian.

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Ini atas permintaan sorang rakan hubby yang suka masak memasak. Malam tadi dia datang rumah dan pb hidangkan makan malam yang simple, asam pedas ikan baulu, sayur sawi goreng ikan masin dan telur dadar. Datang tak di rancang, jadi masak pun apa yang ada je......

Bagaimanapun pb tayang kat sini asam pedas ikan tenggiri yang pb masak sebelum puasa dulu. Ingat malas nak kongsi kat sini sebab bagi pb masakan asam pedas ni biasa2 je. Orang tengok tajuk pun, malas nak baca resipinya sebab ramai yang dah tau. Cuma teman hubby ni lelaki, jadi kena bagi detail sikit cara2 memasaknya.

Resipi ni pb masak main ikut suka je, takde sukatan yang sebenarnya. Kalau nak masak banyak, kenalah pandai2 bajet bawang dan cili tu ye.......

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

Cili kering (kisar) biasa pb campur cili yang pedas dengan tak pedas (yg lebar2 tu)
Cili hidup 5 atau 6 batang (kisar)
Belacan
Bawang merah besar (kisar)
Kunyit
Air asam jawa secukupnya
Gula
Garam

Cara membuatnya:

Mesin cili kering dan cili hidup bersama belacan.
Tumis cili dan masukkan bawang yang di mesin.
Masukkan kunyit sedikit.
Tumis agak lama sedikit, biar betul2 masak.
Kemudian masukkan air asam jawa. Kena pandai2 agak supaya tidak terlalu cair asam pedas tu.
Masukkan ikan atau suka daun kesom boleh juga letakkan.
Masukkan gula dan garam.


Sorry, gambar tak berapa menarik sebab masa ni pb sibuk sangat. Ada orang tempah untuk kenduri.

cuti UPSR, ingatkan dapat....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Selamat bercuti pada mereka yang tidak menghadapi UPSR dan selamat menjalani ujian pada anak-anak teman blogger. Semoga semuanya dapat menjawab soalan dengan tenang dan mudah.

Cuti 4 hari ni termasuk Hari Malaysia, pb tak dapat kemana-mana. Rancang nak ke sini, tapi hubby kena jaga periksa la pulak. Nampak gayanya kena bercuti dekat2 je la......anak bujang tu dah tak sabar nak mandi laut.

Mengisi masa lapang, pb jahit pencil case yang ditempah oleh kawan2 anak pb. Harap-harap rancangan nak mandi laut di Karambunai menjadi hendaknya. Risau juga kalau2 tak dapat book resort yang di ingini.

Ish....malas nak update panjang2, line Celcom asyik putus je.......sengal betol la!!

Hanya gambar jadi kenangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Balik raya hari tu pb sempat snap gambar arwah bapa pb kat atas meja (dlm frame). Pb takde sekeping pun gambar dia. Dah minta kakak tolong buatkan satu untuk pb. Orang-orang dulu mana ada banyak gambar. Kalau ada pun bersepah sana sini, rumah saudara sana, rumah adik beradik la........

Masa pergi rumah adik arwah, katanya banyak gambar arwah tapi makan masa nak cari. Hujung tahun ni pb rasa nak tidor rumah dia dan cari semua gambar yang ada dalam simpanan.

Ketinggian arwah memang tak seberapa dibanding dengan emak. Walau arwah lebih tua dari emak dalam 10 tahun gitu, emak tetap nampak macam sebaya dengan arwah. Kulit arwah putih, apa yang pb dengar dari kakak. Tapi pb tak ikut macam dia. Kakak la yang banyak mewarisi rupa dan kulit dia. Bagaimanapun pb bangga jadi anaknya sekali pun pb tak dapat memeluk dan mencium arwah ketika hayatnya.

Semoga arwah bersemadi dengan aman di Tanah Perkuburan Mahmudiah, Johor Bahru. Ampun dan maaf kerana anak mu tidak dapat hadir selalu ke makam mu. Hanya doa dikirimkan setiap kali selepas solat.

contest gambar raya paling HOT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pb nak join jugak contest dari blog 'sepanjang jalan kenangan'  http://denuanza.blogspot.com/ , kalau ada sesiapa nak join, klik je link tu...

Pic ni memang takde gambar pb sebab pb yang snapkan. Masa ni memang 'hot' tau, si bujang manja ni jadi perhatian seluruh keluarga ketika dia salam dengan ayahnya, mohon ampun dan maaf. Siap keluar air mata lagi.........dia nangis betul2, bukan tipu2 punya.....

Dialog dia lebih kurang macam ni........
"Aziz mintak ampun dan maaf, Aziz banyak sakitkan hati ayah, tinggi suara kat ayah dan selalu buat ayah marah"
Skrip dia tu bukan kami ajar, entah macam mana tetiba boleh pulak keluar dialog tu dari mulut dia. Lepas ayah, ibu kat sebelah dah tak boleh cakap banyak. Air mata mengalir kerana sebak dan sayu. Terasa diri ibu ni pun banyak salahnya. Selalu di marah tak gosok gigi, tak mengaji, tak buat homework dll. Tapi  ibu marah tak lama sebab ibu tak sampai hati.

walaupun sepupu2 dia gelak kat belakang tu, sebenarnya dia serius.......yang kat belakang tu dah lepas bermaaf2an, tu yang gelak sakan.......masa ni dia sorang kanak2 yang ada, lain2 belum sampai lagi.

Biskut Snow Almond

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Ketinggalan! Orang dah tak buat biskut raya tapi pb barulah pergi cari bahan kat bakery. Tapi pb nampak, ada juga mak2 orang tengah cari bahan untuk buat kuih. Agaknya nak buat open house kot?

Biskut Snow Almond ni pb makan masa kat rumah kawan mak mertua di Kelantan. Kita orang pergi dah malam, setiap tahun wajib pergi rumah dia. Masa kita orang makan biskut ni, hubby puji2 sedap. Makcik tu kata dah nak habis dah kuih tu. Memang cukup2 untuk kita orang je masa tu. Dapatlah rasa sekeping sorang.

Jadi pb pun bercadang, balik nanti nak buat jugak. Hari tu jalan2 ke blog Cute Oven, Small Kitchen....NAZ dan jumpa biskut ni, terus tak fikir panjang dah, rembat resipi tu....hehe...Terima kasih ye Naz dan mereka2 yang berkaitan memanjangkan resipi ni di blog masing2. Anak pb suka sangat, pagi makan, petang makan, malam pun dia bedal lagi.

Minta izin copy paste resipi ye Naz.

BISKUT SNOW ALMOND
copy paste dari NAZ

Bahan A 
  • 260 gm butter
  • 150 gm gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gm serbuk badam
Bahan B
  • 300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
  • 50 gm tepung kastard
  • 50 gm susu tepung
  • 40 gm tepung jagung
Bahan Hiasan
  • Coklat masakan - cairkan cara double boiler
  • Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut
Cara- Cara
  1. Pukul bahan A hingga berkrim
  2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
  3. Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
  4. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan biskut atas redai
  6. Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
  7. Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
  8. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Beza sikit dari Naz, pb buat biskut tu bulat2 sebab malas nak keluarkan barang2 terapan. Duduk depan tv sambil menggentel kuih......hehe.....lepas tu pb dengar budak2 bagi salam. Alamak, tengah berselerak ni ada pula nak datang beraya. Rupanya kawan anak, pb pesan datang esok je ler......hehe...takpe, dia orang tak kisah pun.

Tengok tu, besar gedabak jadinya......

Lembut bila dikunyah, rangup diluar dek bread crumb tu.....


Dapat banyak juga kalau satu adunan, kalau habis boleh buat lagi. Rasanya tak perlu tunggu raya biskut ni, anytime nak makan pb akan buat lagi sebab bahan dia tak susah mana pun. Botol kuih takde dalam simpanan jadi pb terpaksa simpan dulu dalam tupperware.

Beraya di Marang Trengganu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Ok, sambung balik cerita raya yang belum habis. Sempat ke Trengganu hari tu, lawat mak sedara pb yang anaknya accident sebelum puasa kalau tak silap. Dalam perjalanan kami singgah di Pantai Rhu Sepuloh area Penarek atau Permaisuri. Cantiknya pantai dia, rasa macam nak terjun selam terus kedalam airnya yang biru kehijauan.

Hubby cuma berhenti sekejap je, itu pun anak pb dah bukak kasut turun ke gigi air. Ayah dia punyalah marah sebab kawasan situ agak bahaya untuk mandi manda. Budak ni memang tak boleh tengok pantai la......


kalau posing bagi kat dia....




pantainya bersih (setakat yg pb nampak ni)
Perjalanan dari KB ke Trengganu makan masa hampir 3 jam lebih. Dengan tak ingat rumah makcik kat mana, terpaksa anak dia datang ambil kami di depan masjid Marang. Makcik pb ni asalnya orang Johor, kahwin dengan orang Trengganu, jadi pekat loghat dia.

Solok Cili Benggala kukus

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Apa kata kita lupakan dulu pasal raya. Pb nak update pasal masakan la pulak. Dalam pada demam semalam, pb sempat juga ke pasar filipine, cari sayur dan cili. Peti ais dah kosong sejak cuti hari tu. Walaupun rumah masih tonggang langgang, pb biarkan je........nanti kalau ada orang nak datang, barulah kelam kabut mengemas.


Pb suka sangat lada benggala ni, mesti ada dalam peti. Kekadang pb potong2 campur dengan salad, letak mayonis. Makan begitu je. Dah lama tak buat solok. Tengok dalam buku Rasa, ada resipinya tapi pb tak ikut macam dalam tu.

Resipi asalnya....
4 biji cili benggala

Bahan solok:-
300 gm isi ikan (dikisar halus)
300 gm isi udang (dikisar halus)
80 gm tepung jagung
1 biji telur
garam

Resipi Pb pula......

3 ekor isi ikan yang sedang(ditumbuk)
7-8 ekor udang buang kulit (ditumbuk)
Tepung jagung secukupnya
bawang merah dan bawang putih (tubuk)
sedikit serbuk lada hitam
garam
1 biji telur

Cara-caranya:

Isi ikan dan isi udang digaul bersama dengan bawang merah, bawang putih, serbuk lada hitam, garam.
Masukkan telur dan gaul rata.
Masukkan tepung jagung sedikit2 hingga adunan pekat.
Sumbatkan adunan kedalam cili benggala dan kukus selama 15-20 minit.



Cukur jambul, demam raya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Ketika ini dah dua hari pb demam selsema. Tak larat nak kemas rumah dan memasak. Pb lebih banyak baring, tak juga tidur kerana asyik nak ke tandas je. Mungkin keletihan raya hari tu tak habis lagi.

Nak kata kerja terok, tak juga. Cuma kurang rihat sebab nak penuhkan seminggu cuti dengan aktiviti yang berfaedah. Tempohari ada juga buat cukur jambul untuk anak saudara sebelah hubby yang baru lahir. Buat simple2 je.......



Dengan bapa mertua dan suami kpd adik ipar, bapa kepada baby yang di cukur....


Dengan pak sedara baby.....

Bersama atoknya....

Aleya Sofiya......asalnya nak letak nama Aisyah Sofiya tapi ayahnya lebih suka Aleya.....harap menjadi anak yang soleh.

Aidil Fitri 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Assalammualaikum pada semua pembaca blog Surirumah, maaf kerana begitu lama tidak berupdate. Kini dah mula beroperasi dari rumah (Sabah). Tempohari (raya) pb tak bawa laptop jadi agak sukar sikit nak update blog yang bergambar. Laptop memang banyak di kampong hubby, bukan pb punya tapi ipar duai yang punya. Jadi pb malas la nak upload gambar guna laptop orang.

Nak cerita pasal raya, boleh lagi kan? Kita pun masih lagi dalam suasananya. Pb raya kali ni simple2 je......baju baru, kasut baru....hehe....tudung baru, handbag tak dapat yang baru....huhu...tapi takpe, ini pun dah syukur berbanding orang lain yang tak mampu.

Tahun ni pb raya rumah kakak sebab mak pun raya disana. Kakak masak nasi empit dan soto dengan bergedil. Sedapnya.......kami adik beradik memang suka soto yang kakak masak. Laksa Johor pula, emak yang masak. Pb cuma tolong potong timun dan bahan2 lain. Abang ipar pula ada tempah lontong dalam daun pisang. Kali pertama pb makan, memang sedap........bukan senang nak jumpa tapi pb lupa nak snap gambar. Rendang tok pun kakak buat. Kiranya raya tahun ni memang meriah. Kolestrol pun agak meriah juga, berlumba-lumba masuk ke perut. Pb dah sediakan pil untuk buang lemak, adik pb yang sarankan.....hehe...lepas makan benda berminyak, terus telan sebiji.

Ok la, untuk sementara ni layan dulu gambar raya pb ye......

Raya kami kali ni tak sedondon dengan ayahnya sebab dia nak pakai baju tahun2 lepas...

Bonda yang dikasihi.....
di pusara adik lelaki yang meninggal pada 2010


sebahagian dari keluarga pb, saje je ambil gambar candid.......meriah sikit....