my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Aku tak bodoh

Kenapa tajuk kakpb tetiba macam sentap je? Haruslah sentap kalau orang keluar ayat 'bodoh ke hape', 'tak baca ke?'. Sayangnya.....kakpb tak sempat print screen masa tu, guna handphone. Dia dah delete ayat yang kakpb rasa agak tidak sesuai dengan 'darjat' yang dia junjung sekarang.



Kalau baca balik apa yang kakpb tweet tu, takde salah dimana-mana pun. Kisahnya apa yang kakpb baca, dia naik komuter dan ternampak sorang lelaki mengintai apa yang sorang perempuan ni sedang membelek handphone atau gajet. Dia ambil foto dan pos ke twitter.

Soalan 'bodoh' kakpb adalah......"kenapa u naik bendalah tu? sesaje?" yang bermaksud, kereta ko rosak ke tetiba naik komuter atau ko sesaja suka-suka?? itu pun tak faham ke?

Tiba-tiba balasan yang kakpb dapat, lebih kurang begini......"eh ko ni bodoh ke hape? lain kali nak menyampuk, bacalah dulu twit tu" haha....lepas tu dia kata kakpb yang sentap dengan jawapan dia. Haruslah aku sentap bila tanya soalan senang, melalut kelain pula perginya. Kalau nak soalan bijak pandai, awak tu bijak sangat ke? Soalan senang, lain ditanya lain dijawab.



Ini adalah rentetan peristiwa malam tadi dan hanya ini yang dapat kakpb siarkan. 
Seorang yang dulunya kakpb selalu baca blog dia, tapi kini tinggal kenangan. Tak rugi rasanya unfollow atau blocked dia. Cuma apa yang dia suarakan tu seolah dia tak salah dan untuk menyelamatkan diri sendiri, dia delete apa yang telah di twit.


 Kenyataannya.....sudah sebaik mungkin membalas twit follower....maksudnya menggunakan bahasa yang elok? Rupanya dia tau juga yang dia hanya manusia biasa dan hanya menulis mengikut cara dia. Jadi? dimanakah kesalahan kakpb dalam menulis atau bertanya soalan. Paling sedih, ada pula yang membodek dia ni tanpa usul periksa. Apa yang awak dapat? Pahala berapa kali ganda? Sekadar makan direstoran biasa je habis2 pun!

Saudara-saudara sekalian yang masih muda belia, tak perlulah memperli kakpb ni dah jadi makcik atau nenek tapi  masih nak bertwitter. Apa korang takkan jadi tua? Apa korang takde emak, bapak, makcik, pakcik yang dah tua ganyut berkedut seribu? Memang kakpb dah tua, tak pernah pula setakat ni mengaku muda belia. Perkataan "makcik mana pulak ko layan, ignore je" seolah kakpb ni makcik yang nyanyuk kononnya. Belajar tinggi budak2 sekarang tapi kalau bercakap atau menulis dimana2 laman sosial menunjukkan kerendahan akhlak yang amat sangat.

Mungkin ada yang tertanya, kenapa kakpb tak balas atau hentam di twitter semalam. Kakpb ni jenis yang tak suka gaduh. Iyelah.....kita kan dah makcik2, layan budak kurang akal nanti label sama pulak. Jalan terbaik tidak membalas atau putuskan saja hubungan.

Maaf kiranya mengganggu ketenangan kalian. Sekiranya dia terbaca disini, maaf dipinta. Sekadar meluah perasaan bukan untuk menjatuhkan. Ada sesiapa nak report kat dia, silakan.


 

2 November 2013 dalam kenangan

Tika ini berleluasa berita tentang pemergian allahyarham Ahmad Ammar di facebook dan blog. Kisah pelajar cemerlang ini menarik hati bukan sahaja di Malaysia tetapi luar negara juga. Untuk lebih lanjut kisah2 trajis ini bolehlah google atau baca sini ye. Kakpb dah tengok videonya dari kecil hingga saat dikebumikan. Takziah untuk keluarga beliau. Allah lebih menyayangi beliau dan ditempatkan jenazahnya disisi sahabat Rasulullah SAW.

Tika 2hb November itu juga sebenarnya tarikh kakpb bertemu dengan kawan-kawan lama di UTM, Jalan Semarak. Kakpb tak sempat nak update disini. Baru ada peluang menulis.

Memang tak sangka dapat berjumpa kembali walaupun tak ramai yang datang dan dapat jumpa. Kawan yang sama-sama disekolah rendah dulu pun masih ingat kakpb. Katanya dulu dia miskin, selalu mengendeng bekalan karipap yang kakpb bawa. Dia masih ingat rumah kakpb depan sekolah masa tu. Sayangnya kakpb dah banyak lupa kisah dikampung, zaman kanak-kanak sebab kakpb dah lama sangat tinggalkan Johor. Dapat balik sekali sekala mana sempat nak bermesra dengan kawan lama?

Jadi, kawan kakpb ni plan bermula di facebook, supaya kami dapat berjumpa untuk melepas rindu. Baik sungguh hati mereka ni sanggup menaja makan minum dan bilik menginap untuk mereka yang jauh. Kakpb pula tak dapat dinner bersama sebab kena balik Kelantan malam tu. Tak dapat merasa kambing bakar...hehe...bukan suka sangat pun. Dapat hi-tea pun dah cukup. Itu pun tak minum sebab asyik bersembang je. Aktiviti petang tu cuma tolong susunkan cenderahati yang kami bawa untuk lucky draw. Kakpb terpaksalah ambil awal sebab pukul 5 ptg dah kena balik.


Ramai yang dah menikmati kerjaya yang baik, anak-anak diuniversiti. Ada yang doktor, datin, cikgu dan sebagainya. Kakpb tumpang bangga walaupun kakpb tak berjaya seperti mereka. Apa yang penting ikatan persahabatan tidak pernah membezakan itu semua.

InsyaAllah panjang umur kami akan cuba berkumpul lagi bersama keluarga masing-masing pula. Tempatnya mungkin di Putrajaya? Sabah? Johor? Perlukan perancangan yang teliti kerana masing-masing ada komitmen yang perlu didahulukan.

Untuk sahabat yang membaca coretan ini, terutama sahabat SDPB pertemuan tempohari amat manis dalam ingatan. Terima kasih kerana sudi menaja dan berusaha merealisasikan perjumpaan ini.

Wordless Wednesday : Macam nak je!!


 Macam nak pindah lagi je.....


Macam nak lagi je...
 
Macam nak balik muda je....

huaarhhh.......tak cukup rehat!!
 

Karambunai dan trajedi pahit campur lucu

Salam hari sabtu teman-teman kakpb. Hari ni pasti korang ukur jalan atau cuci mata kat shopping complex kan? Kalau tak makan-makan, beli barang dapur yang dah licin. 

Kakpb nak sambung kisah kami yang bercuti di Karambunai tempohari. Biasa-biasa je. Tapi nak bagitahu ye, masa kami pergi booking hotel tu main walk-in je sebab cikgu fahmi dah call sebelum tu katanya banyak kosong. Hampeh!! Memang banyak kosong tapi yang mahei ler.....

Rupanya hotel yang kami pernah menginap dulu sedang di renovate. Itu murah sikit, dalam RM200 keatas. Boleh guna kad kerajaan bagi penjawat awam. Hari kami datang tempohari hanya potongan RM30 saja. Kami kongsi dua beradik kena bayar RM420, ambek kau!!
Takpelah....adik beradik boleh kongsi bilik. Tapi katil yang kami dapat ni macam tak best je nak tidur berdua. Kena pulak adik kakpb tu kuat berdengkor. Kita orang gelak sampai sakit perut dengar dengkor dia tu. Anak dia pun tak tahan. Masa tidur rumah kakpb, anak dia kata.....nasib baik Haziq tidur dalam bilik :)


Nilah rupa katilnya.....depan tu tv besar, agak luas kalau bawa famili ramai takpe kot. Boleh angkat tilam letak bawah atau minta tilam spare. Buka pintu belakang terus nampak laut.


Pemandangan sekitar rumah kami.....hehe....cantik kan? Segar je mata tengok hijau-hijau ni....


Sebelum merendamkan diri dalam air laut, puan blog berfoto depan kolam teratai warna ungu. Cantik sangat dan teringin nak petik. Ala-ala gadis pingitan duduk tepi sungai tunggu kekasih hati baling batu dalam air....hehe...

Kolam renang pun best tapi puan blog malas nak berendam sebab tak bawa tudung lebih. Pergi kelam kabut macam tu ler. Lelaki tengah tu adik kakpb, putih dan tinggi besar orangnya. Jauh beza dengan kakpb yang hitam manggis ni...hehe....

Cerita pahit kami tu pasal kereta cikgu fahmi berasap lepas balik makan seafood di KK. Nasib baik dah nak sampai hotel. Tempreture naik tinggi sebab air kering. Terpaksalah tinggalkan kereta di hotel semalaman. Rancang nak tidur sana kami batalkan sebab teringat kat arnab kat rumah tu tinggal dari pagi takde orang tengokkan.
Jadi....kami balik dengan kereta sewa adik kakpb. Jam dah pukul 11 malam. Perjalanan dari Karambunai ke rumah dalam 40 minit. Dengan hujannya....mata mengantok, letih lagi memang dah tak fikir apa melainkan bantal, tilam dan aircon je.
Lagi 5 minit nak sampai rumah, kakpb biasanya dah pegang kunci rumah. Dah ready kat tangan biasanya. Bila tunduk kepala ke bawah (kat handbreak tu selalu letak kunci) eh...kunci rumah kita mana?

Ah sudah!! Kakpb tengok muka cikgu fahmi, dia tengok muka kakpb. Nak marah siapa eh? Tak larat dah nak gadoh2 malam hari. Aziz dah terbongkang kat belakang, letih sangat.
Kunci rumah tinggal dalam kereta kami di hotel. Nak patah balik, tak mungkin sebab memang dah tak sanggup menempuh hujan dan perjalanan jauh.

Sampai depan rumah, kami relax dulu. Tenangkan fikiran, macam mana nak korek/cungkil sliding door rumah. Cari dawai tak jumpa. Akhirnya kakpb korbankan pin tudung kakpb. Yeaaaay...boleh buka sliding door. Cikgu fahmi jadi Mac Gyver daaaa.....
Satu lagi mangga grill yang belum buka. Bila dah boleh masuk tangan, kami berharap sangat boleh capai apa saja kunci yang terletak didalam kotak kunci, tersangkut kat dinding berdekatan pintu. Guna payong, guna kayu berus lantai.....akhirnya dapat. Alhamdulillah.....ada satu kunci yang boleh kami gunakan. 
Akhirnyaaaaaa.....masuk dalam terus tidur, tak larat nak kemas yang bersepah tadi.



 

Tahniah anak ku

 Salam 10 Muharam hari ni teman-teman yang dikasihi. 
Baru dapat blog walking kejap tadi, itu pun dah curi masa kakpb menggosok baju sepatutnya. Sambong esok pula atau malam nanti kalau rajin.

Entry ni sepatutnya hari selasa lepas. Anak kakpb menghadiri majlis anugerah Mapec di dewan berdekatan sekolahnya. Tahun ni markah setiap subjek hanya beza satu  mata je dengan pelajar yang dapat terbaik. Kakpb dah pesan, masa jawab soalan kena hati-hati, semak balik lepas jawab.
Satu kelemahan budak2 ni kekadang dia confident jawab betul. Lepas tu tak baca balik soalan. Contohnya soalan karangan Bahasa Malaysia, dia tersilap format menjawabnya. Jadi, dah hilang markah disitu. Walaupun karangannya baik, ayat bagus, banyak point tapi kalau dah salah format?

Apa pun perkara dah lepas. Alhamdulillah, walaupun hanya dapat 2A 3B, dia masih tempat pertama. Tahun depan ibu dan ayah harap dapat naik pentas bersama untuk wakil pelajar terbaik keseluruhan dan tokoh pelajar.....wah....ada harapan ke?

Lepas ambil anugerah, cepat2 salin baju. Ada persembahan tarian yang mereka menang dulu. 

 
Habis menari berfoto untuk kenangan di wall belakang ni. RM10 untuk seorang murid. Ambil juga sebagai kenangan.
Kemudian dia bersongkok pula, ada paluan kompang untuk anugerah cikgu2 dan tokoh murid.
Anak kakpb memang aktif apa2 projek disekolah. Baru ni dia merungut kena mengecat dinding sekolah. Merungut sebab orang lain tak buat, dia je yang kena buat katanya.
Kakpb pesan, kalau nak buat biar ikhlas. Jangan ikut orang lain yang curi tulang atau malas. Kalau Aziz ikut, maknanya awak pun sama seperti mereka. Dia diam je.....

Selalu pesan kat dia, berkawan biar ramai. Mana yang baik ambil sebagai tauladan. Yang buruk jadikan sempadan atau peringatan diri.

nota : lepaskan dulu entry ni baru kakpb sambung yang cuti2 Karambunai..
 

Kundasang dan Mesilau : entry hari sabtu 9hb nov,2013

Kami pergi tanpa dirancang kerana cuaca mendong sejak beberapa hari lepas. Ini pun sebab adik kakpb datang dari KL. Asalnya nak ke pulau Manukan tapi kami batalkan. Lain kalilah....

Ni first time adik kakpb datang Sabah bersama kawan dan anaknya yang seorang. Alhamdulillah cuaca elok pula hari tu. Terus menuju ke kaki gunung Kinabalu. Singgah sekejap di Pekan Nabalu, kakpb tak masuk pun kedai karangkraf. Takut terbeli pula kalau dah masuk. Biarkan adik dan cikgu fahmi yang tinjau2 barang. Beli juga akhirnya, topi bulu....untuk budak berdua tu.

Awan menutup puncak gunung. Biasanya boleh lihat tapi cuaca menunjukkan akan hujan masa tu. Ramai pelancong masa ni......suasana amat nyaman, sejuk dan tenang. Mata ni tak lepas memandang gunung yang gah didepan. Teringin sangat mendaki dan menikmati keindahannya.

Selepas berfoto di Pekan Nabalu, kami singgah di Mesilau Dairy Farm. Dulu tempat ni berbeza masa kakpb pergi...tengok entry dulu disini. Sekarang dah kena bayar, kaunter tiketnya di sebelah depan pula. Dewasa RM4 dan kanak2 RM2 kalau tak silap (tak ingat sebab adik yang bayarkan)
Kami masuk dalam tapi tak sampai ketempat memerah susu lembu. Ketika sampai pun lembu2 import ni dah jauh dari pagar jadi tak dapat bergambar seperti dulu.
Pernah menginap di Mesilau beberapa tahun lepas, entry disini



Berfoto mana yang sempat je, gaya tah hape-hape....
entry di Mesilau yang lama baca sini


Beli aiskrim fresh dari susu lembu yang diperah dan popcorn. Tak beli pun susu kotak, malas nak jimbit.


 
Menikmati keindahan, walaupun panas, angin bertiup menyejukkan badan. Padang ragut je yang mampu kami fotokan. Lembunya nun jauh disana.

Oklah, entry pendek bergambar yang dapat kakpb siarkan. Masa tak mengizinkan sebab kerja menimbun sejak adik datang, kami asyik berjalan kesana kemari. Semalam menghadiri majlis anugerah sekolah anak kakpb. 
Badan dah mula sakit bila membongkok, tanda2 nak demam kot. Bilik air belum cuci lagi.....uwaaaaa!!

Entry akan bersambong ke Karambunai pula....