my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kek Pisang Marble

Assalammualaikum.....
Follower hilang?? Takde hal punya. Hehe....lama betul kak pb menghilang. Alasan? Tablet masuk bengkel 😣 ntah berapa minggu tu.

Kakpb update ringkas je ni. Sebenarnya banyak maklumat dalam tu. Gambar dah upload tapi lupa sumbernya. Minta halal ye tuan punya resipi. Mungkin drp Myresipi.com



KEK PISANG MARBLE
@blogsurirumah

2 cwn tepong gandum
1 cwn gula pasir
1 sk baking powder
1/2 sk soda bicabonate
3 biji telor
6 biji pisang emas
1/2 cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak masak
Sedikit serbuk koko
Esen vanila
Secubit garam

Ayak tepung bersama baking powder dan soda.
Lenyek pisang tak perlu halus pun ok.
Kisar gula dan telor hingga sebati.
Masukkan pisang dan garam.
Masukkan minyak masak.
Masukkan tepung berselang seli dengan susu.
Kemudian masuk esen vanila.
Asingkan sedikit adunan untuk di campur dgn koko.
Lenser loyang size 8/9 inci dengan minyak/butter
Lapik dengan kertas minyak.
Tuang adunan kosong ditengah loyang, kemudian tuangkan adunan koko sedikit ditengahnya. Lorek dengan garpu.
Buat berselang seli sehingga habis.
Bakar oven selama 1 jam 15 minit, 180C.
Cucuk ditengah kek, dah masak, angkat.


Sedap bagi kakpb. Budak2 pun suka sebab moist. Dah kali keberapa buat ni, sekejap je licin 👍👍😊

Kek hitam manis


Lama tak buat kek ni. Hari tu tayang kat whatsapp group kawan lama, dia minta resipi. Kakpb pun share la, menjadi juga dia buat. Kek ni memang sesuai untuk mereka yang baru nak belajar buat kek.

Resipi boleh tengok SINI

Mee Kari di AidilAdha

Hari raya aidiladha lepas kakpb beraya di sabah je. Sedih tu memang la sedih tapi apa boleh buat? Bersyukurlah walau dimana saja kita berada. Hidup ini sementara saja, nikmati sepenuhnya apa yang telah dikurniakan kepada kita.

Nak update masa raya hari tu, letih sangat. Apa tak letih kalau buat dua hidangan sorang2 didapur. Mee kari, nasi impit dengan rendang ayam serta kuah kacang. Untunglah mereka yang ada ramai anak perempuan dan rajin membantu didapur. Anak bujang kakpb ni boleh juga menolong cuma kakpb rasa makin menyibuk ada la....haha....esok2 jangan salahkan anak kalau dia tak reti kerja dapur ye.

Ni first time kakpb cuba buat mee kari lain sedikit daripada biasa. Lain pun, bukan resipi kakpb.....hehe...
Terima kasih ye Puan punya blog Azlita MasamManis. Kakpb ni tiru apa yang Ita buat seratus peratus. Memang sedap sangat. 
Bagi mereka yang nak mencubanya, baik bersedia mental dan fizikal....hehe....mee kari ni banyak bahannya. Kalau makan kat kedai memang tidak memuaskan hati. Baik buat sendiri. Penat pun berbaloi. Kakpb minta izin share resipi disini ye, untuk rujukan.


MEE KARI
@blogsurirumah

Bahan Untuk Menumis 

1 senduk minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 tangkai daun kari di raut
2 batang serai di titik perdunya

Bahan Kisar

4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja
1 inc lengkuas
2 inc halia
3 biji buah keras


1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus
4 sudu besar rempah kari Baba's

Bahan Stock

1/2 kg udang basah

Bahan stock yang kita perlukan adalah stock udang. Stock udang ni kita kena buat sendiri. Senang aje buat dia. 1/2 kg udang tadi kita bahagi dua. Satu bahagian kita buang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

Satu bahagian lagi kita kopek udang tu. Asingkan isi udang dan kepalanya

Kulit udang dan kepala udang tadi kita masukkan dalam periuk, kita tambahkan air dan kita rebus. Bila dah masak, dan didih, kita biarkan dia sejuk kejap, kemudian kita kisar dalam blender hingga halus.
Lepas tu kita tapis.
Ambil isi udang tadi, campurkan dengan air udang yang kita dah tapis, masukkan dalam blender yang bersih dan kisar semula untuk hasilkan stock udang.
ok! dah siap stock udang kita. Stock ni kita boleh simpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, macam nak buat laksa atau tom yum.

Bahan Perasa

1 buku gula Melaka
3 keping asam keping
300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa
1 kiub daging
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
Boleh juga tambah maggi secukup rasa

Bahan-bahan lain

1/2 kg daging batang pinang Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empuk
udang basah yang kita asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadi
fish ball ~ ikut suka
1 cawan kerang
8 keping tahu pong ~ di belah 2
3 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halus
air secukupnya



Untuk cara memasak, menumisnya boleh layari blog AZLITAMASAMMANIS dengan lebih jelas dan tersusun.



Proses untuk menumis bahan-bahan kisar ni kita kena masak lama ya, hingga semua bahan betul-betul masak dan garing. Kalau tidak nanti bila kita makan masih terasa lagi bau serai, halia lengkuas , udang kering dan kari yang kuat dan ianya mengganggu kesedapan dan keenakannya nanti.

Kakpb ikut step by step apa yang Azlita masak. Memang sedap, tak jemu kami mengadap dari pagi sampai petang raya tu. Terima kasih banyak ye.

TUDUNG ONLINE

Sudah menjadi seakan satu trend apabila selebriti berniaga. Jika dahulu, ramai selebriti tempatan menceburkan diri dalam perniagaan F&B atau membuka restoran tetapi kini sudah ramai selebriti wanita yang mengusahakan jenama tudung sendiri. Bagi seorang wanita, rasa bangga jugalah dengan perkembangan ini. Bukan sahaja dapat menarik kaum hawa berhijab dengan fesyen yang cantik, terbaru, malah dapat memberi peluang pada mereka yang berminat untuk berniaga. Jom kita lihat selebriti tanah air dengan Koleksi Tudung Online mereka yang tersendiri.



Jenama tudung terkini di online paling popular atau trending adalah koleksi instant shawl Naelofar Hijab yang diusahakan oleh selebriti cantik manis, Neelofa. Jenama yang telah menjadi fenomena dan menaikkan lagi nama Neelofa di awal kemunculannya ini, paling digemari di Malaysia. Kualiti tudung yang ditawarkan memang terbaik, tidak dapat disangkal lagi memang citarasa Neelofa.



Majestic Love Instant ShawlMajestic Love Instant Shawl

Majestic Love Instant Shawl

Majestic Love Instant Shawl





Selain Neelofa, Emma Maembong tidak kurang hebat dengan menawarkan pelbagai rekaan  tudung online yang trendi dibawah jenama tudung beliau iaitu Hijab by Emma Maembong. Bukan rekaan instant shawl sahaja, Emma turut menyediakan beberapa rekaan shawl yang lain dengan harga yang berpatutan.




















Selebriti seterusnya. penyanyi dan pengacara Heliza Helmi yang cukup terkenal dengan penampilannya yang sopan. Heliza juga mengusahakan jenama pakaian Muslimah iaitu Falah Abiyana yang turut menawarkan koleksi tudung online yang cukup menarik.






Hasil carian imej untuk falah abiyana heliza helmi


Layari laman web ZALORA atau download aplikasi di handphone anda....

Simple Hijab

Kakpb rasa ramai dah yang follow Instagram/Facebook SimpleHijab. Kalau dah follow tu,baik daftar sbg ah!i. Tak kena bayar pun. Kakpb yakin mesti adik2 dan kaum hawa suka. Kakpb share link ni Simplehijab.

SeriMuka Pisang

Ya Allah, berdebu blog ni, tuan rumah punya la malas nak kemas. Apa dah jadi ni? Biasalah kan, mood menaip jatuh merudum. Gambar dah lama dalam draf, jadi pekasam. Minta maaf pada mereka yang jadi follower kakpb. Ada masalah yang kena selesaikan, masalah jiwa raga...hehe

Beberapa hari ni kk hujan lebat disertakan dengan ribut. Hari ni nampak cerah sikit, petang karang tak tau lagi.
Kakpb baru habis puasa enam. Punya la lama nak mengabiskan. Tergendala sebab minggu lepas kakpb demam selsema. Jadi tak larat nak puasa, sambung minggu ni.

Oh ye, kakpb jarang dapat blog walking. Rindu nak macam dulu, tapi apakan daya. Kena dapatkan tablet baru kot baru ada semangat berblog....hehe....macam nak je. Sejak tablet samsung kesayangan kakpb kena curi, kakpb jadi kurang rajin berblog. Apa2pun terima kasih pada silent reader, blogger2 dan kawan2 yang masih sudi baca catatan kakpb. Cuma sekarang ni kakpb kurangkan share gambar2 family. Kalau nak kenal kakpb lebih dekat, kita jumpa di instagram kakpb ye....@yangsetia 

Ok, entry kali ni pasal kuih serimuka pisang. Sedap sangat. Kakpb dah jatuh cinta dengan serimuka ni. Senang pula tu nak buat. Resipi drp YatieMemories terima kasih Puan Yatie.

SERIMUKA PISANG
@blogsurirumah
 
 Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
  • 2 sudu tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen pisang-saya tambah
  • sedikit pewarna kuning/oren
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg di lecek.
  2. Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas
  • 60gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 250gm santan
  • 50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit garam dan pewarna hijau
Cara-cara
  1. Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi.
  2. Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...
  3. * Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi....kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah di potong.


Tak jemu makan tau....
 

 
Nak buat lagi lepas ni...

Kuih Bom Inti Kacang


Assalammualaikum semua, dah hari ke tigabelas kita berpuasa kan.....Alhamdulillah.
Sebenarnya, kakpb takut sangat nak buat kuih bom dan tak pernah buat pun. Tapi disebabkan bulan puasa, selera makan kita ni agak besar, itu nak ini teringin. Ini pun sebab inti kacang hijau hari tu ada simpan dalam peti ais, tu yang buat tu.

KUIH BOM INTI KACANG HIJAU
@blogsurirumah
sumber : Azie Kitchen


Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air 
Bijan secukupnya - untuk salut 

Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.







Serius masa goreng ni kaki kakpb dah pasang kuda2, takut bom meletop. Bila nampak kuih dah merekah sikit dalam kuali, hati ni dah gedebak gedebuk, bila la nak melompat keluar dari kuali.Tunggu punya tunggu sampai kuih masak, elok pulak tak meletop....haha....selamat.

Agar serikaya


Dah lama buat agar-agar ni. Selalunya kalau buat agar2 mesti fail. Tapi kali ni menjadi sangat. Suka tau!! Puasa ni boleh buat lagi....huhu....dalam kepala otak ni macam2 nak buat. Yang makannya dua orang, sedih. Anak bujang kat asrama, apalah yang dihidangkan di sana agaknya. Selalu kakpb pesan dengan dia, bersyukur je dapat makanan tak sedap pun. Masih ada juga terhidang.

Terima kasih pada MatGebu, jumpa resipi ni kat blog dia.

AGAR-AGAR SERI KAYA
@blogsurirumah
sumber : DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 gram serbuk agar cap burung layang2 (atau agar2 pilihan anda)
3/4 cawan gula (atau secukup rasa
1000 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca teh pes pandan (mat guna jenama "kupu2" dari Indonesia)
180 ml pati santan (boleh guna santan kotak)
1 putih telur
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan agar, gula, air dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kacau selalu. Masukkan pes pandan dan masak sekejap lagi.
  2. Sementara itu, satukan santan dengan putih telur, secubit garam dan esen vanilla, kacau rata dan tuang ke dalam periuk agar2. Kacau perlahan dan biar mendidih. Matikan api, keluarkan daun pandan dan tuang dalam bekas kegemaran anda.
  3. Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga betul2 beku. 




Ayam kurkar



Assalammualaikum dan selamat berpuasa sahabat kakpb yang dikasihi. Lama tak update, masa memang tak cukup kalau mengadap blog, bukan macam dulu. Nak menjelajah ke blog kawan pun tak sempat (ye la tak sempat? alasan tu)

Ok kakpb nak share resipi ayam kurkar ni dari blog Ibundo. Kadang bosan masak ayam, balik2 rendang, kari, goreng masak sambal. Sekali sekala masak macam ni, sedap tau. Terima kasih Ibundo kerana sudi share di blog.

AYAM KURKAR
@blogsurirumah
sumber : DapurIbundo

2 ekor ayam kampung (ayam kampung kecik sebab tu masak 2 ekor)
santan dari 1 biji kelapa 
3 biji kentang dipotong 4 setiap satu
5 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar pes tomato puri
2 sudu besar pes cili giling (cili kering)
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih
1 inci  halia dihiris mancis
2 batang serai dititik

Masukkan rempah kurma, kari, pes tomato dan cili ke dalam mangkuk.  Tambah sedikit air dan jadikan pes.
Panaskan minyak.  Tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wanngi.  Masukkan pes rempah dan serai titik.  Tumis sehingga masak dan berbau wangi.
Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
Tambah santan.  Apabila ayam setengah masak, masukkan kentang.
Masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat.  Jangan lupakan garam. Tak payah bubuh asam sebab tomato puri memang dah ada rasa masam.




Salam RAMADHAN, maaf seandainya ada salah silap kakpb dalam penulisan dan komen yang sensitif di blog kawan2.

Jebat, Messy, Coco, Kiki, Putih dalam kenangan

Assalammualaikum semua sahabat blogger. Begitu lama tak update tetiba muncul hari ni. Ingatkan nak update semalam tapi kerana terlalu sedih, hari ni baru dapat kakpb coretkan.

Kakpb ni memang jenis yang sayang sangat dengan kucing, tak kiralah kucing orang punya ke, jumpa kat kedai makan ke, mesti nak pegang. Bayangkan kakpb kehilangan, bukan hilang tak balik tapi hilang dalam erti kata 'mati' kesemuanya sekali. Naik bengkak mata ni menangis meratapi pemergian mereka.

Asalnya si Jebat kami lepaskan sekitar taman. Biasalah, kalau dah berjalan tak ingat nak balik. Balik2 je sakit kaki, sakit tangan, lukalah.....bergaduh la tu. Silap kami juga agaknya. Bila dia balik kami letak dia bersama dengan anak dan pasangannya si Messy yang bunting lagi. Lepas beberapa hari tu kakpb tengok dia macam selsema, suara serak. Tapi masih ok selepas di mandikan.

Balik dari mana tah agaknya si Jebat tu bawa penyakit. Muntah hijau, mulut berbuih. Selang beberapa hari je dia tenat dan terus meninggalkan kakpb. Paling buat kakpb kecewa kerana kakpb tak sempat bawa dia ke klinik haiwan. Cikgu fahmi pula out station seminggu. Pemergian Jebat didepan mata kakpb dan Aziz. Berjurai ler air mata kami. Fikirkan siapalah nak gali lubang kat belakang rumah? Kebetulan adik cikgu fahmi ada dirumah, dia yang tolong galikan. Bersemadilah Jebat disitu. Jebat manja sangat dengan Aziz. Mesti nak berkepit celah ketiak kalau tidur malam. Macam manalah tak sedih. Setiap malam tidur sebilik dengan Jebat dan Messy (masa tu belum beranak lagi)

Koko, Kiki, Putih dan seekor lagi kawan cikgu ambil, lahir pada bulan Disember tahun lepas. Umur mereka baru 6 bulan. Masih muda. Tapi dah sampai hukum. Semua pergi mengikut Jebat selepas beberapa hari Jebat mati.

Bila cikgu fahmi balik dari Sandakan, Koko dan Kiki masih ok tapi monyok je. Selang beberapa hari, mereka pula pergi. Tinggal Messy dan Putih yang nampak gagah sedikit. Terus kakpb bawa pergi klinik. Mengikut kata doktor, mungkin jangkitan virus daripada anjing atau binatang lain. Daripada pembacaan kakpb google, mereka ni mengidap radang paru-paru. Patutlah suara serak, sukar bernafas.

Kalau nak cerita soal perasaan kakpb, memang tak terucap, sedih yang teramat sangat. Rasa bersalah kerana tidak sedar yang mereka ni sakit dalam diam. Sampai sekarang ni kakpb masih terasa kehilangan.




PUTIH - Anak Messy yang paling dia sayang ketika kecil. Selalu dia gonggong kesana kemari, nak bawa pindah. Hinggakan ada bekas ditengkok kerana terlalu kerap dibawa kesana kemari. Putih yang terakhir bertahan hampir seminggu. Takde muntah dan cirit birit. Tapi taknak makan. Setiap malam kakpb letak dia dalam bakul dan tidur sebelah kakpb. Bila terjaga malam, kakpb jengah dia, bernafas atau tidak. Kadang2 dia bangun kencing dalam pasir dia. Kadang2 dia tak larat, kencing kat situ je, kesian. Selalu kakpb dukung waktu pagi bawa keluar, tengok2 burung, hirup udara pagi. Putih memang tak larat nak jalan apatah lagi berlari. Pagi khamis lepas, sebelum menarik nafas terakhir dalam pangkuan cikgu fahmi, dia tenong muka kakpb selepas bagi minum. Lama tenungannya.......seolah nak ucap selamat tinggal. Kakpb selalu cakap dengan Putih, kalau Putih tak larat, pergilah......tak sanggup ibu nak tengok Putih merana begitu. 




Tinggal kenangan, banyak foto mereka dalam simpanan kakpb. Daripada baru lahir, hingga akhir hayat mereka.

Messy yang paling rapat dengan kakpb. Akhir2 sebelum dia mati, selalu nak minta dukong. Hinggakan kat klinik pun dia nak bertenggek atas bahu, dah la berat. Messy ni jenis yang dengar kata. Kalau pintu terbuka, kakpb tak bagi dia keluar, dia duduk je depan pintu.


JEBAT : Paling manja. Walaupun besar, nampak garang tapi dia la yang paling best bila di pelok.
Kini tinggal kenangan. Tiada lagi Jebat yang bising setiap hari minta keluar dari sangkar. Tiada lagi suara Messy minta ikan. 




Tinggal la kami berdua bila abang Aziz balik asrama. 
Moga kamu semua tenang disana. Ibu harap jumpa kamu di syurga, insyaAllah.

Pulut Serunding Kelapa

Lamanya tak masukkan resipi masakan dalam blog. Kakpb sibuk dengan tempahan karipap frozen beberapa minggu ni.

Tapi tadi tekak ni nak sangat makan pulut serunding kelapa. Jadi petang tadi, kak pb merajinkan diri didapur.

Ni cara kakpb buat serundingnya. Sama je kot dengan resipi orang lain.

PULUT SERUNDING KELAPA

Segenggam udang kering direndam dulu.
2 btg serai hiris halus, kisar
Sebiji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
Sedikit jintan manis
2 sudu besar cili kering kisar
Sekeping asam keping
Kunyit
Setengah biji kelapa parut
Garam dan gula

Kisar semua bahan kecuali asam keping dan kelapa.
Tumis bahan dengan sedikit minyak. Kacau hingga kering.
Masukkan kelapa parut tadi.
Kacau hingga kering.

Untuk pulut tu kakpb kukus dengan sedikit santan dan garam.

Pemergian adik ipar

28hb Mac2015 kami sekeluarga telah kehilangan seorang keluarga yang dikasihi. Adik ipar (suami adik) telah pulang ke rahmatullah kerana kemalangan.

Pemergian arwah tak dapat kakpb hadiri. Hanya mendoakan dari jauh, moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Untuk adik kakpb pula, kakpb harap dia kuat dan tabah menghadapi dugaan yang berat ini. Allah menduga hambaNya yang dikasihi....
Mudah-mudahan selepas ini segala urusan duniawi berjalan lancar walau perit menanggungnya. Kakpb faham. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kita hamba yang lemah. Namun jangan mudah putus asa, redhakanlah.....insyaAllah ada hikmah disebalik kejadian.

Al-fatihah...

Letsmasak

Salam sejahtera sahabat yang kakpb sayangi....

Update ringkas je hari ni, harap semuanya sihat ye. Ok, dah lama kakpb nak update pasal ni tapi asyik tertangguh je. Alasan biasa, sibuk dan sibuk....hehe...

Taknak bebel panjang, korang dah follow IG Letsmasak? Senang nak masak apa2 boleh refer kat sana. Mana yang takde instagram boleh tengok kat SINI. Mana yang ada blog, takde pun takpe, boleh letak widget dia kat blog setelah register nama disana.

Contoh widget yang kakpb dah letak ada bawah2 entry ni. Rajin2kan jari tu scroll ye adik-adik sayang!


Menyepikan diri

Assalammualaikum sahabat blogger yang dikasihi....

Kakpb sekarang dalam dilema. Samada nak teruskan berblog atau tidak. Kalau teruskan blog, tak dapat nak update hari-hari. Seminggu sekali pun kadang susah. Banyak masalah akhir-akhir ni. Masalah keluarga, masalah anak, masalah jiwa kacau....hehe.....biasalah kan?

Apa2 pun kakpb menghargai sangat mereka yang sudi dan rajin baca kisah kakpb disini. Kisah biasa2 saja. Baru2 ni kakpb tak sihat, ulang alik Labuan. Family datang dari Kelantan, bercuti di Kundasang lagi.

Kalau mereka yang ada Instagram, boleh la jumpa kakpb selalu disitu. Carilah 'yangsetia', insyaAllah kakpb rajin update IG.

Jumpa lagi bila kakpb free.....

Sukarnya...

Assalammualaikum....
Tiga hari ni kakpb tak sihat. Demam batuk melanda selepas pulang dari menghantar mak balik KL 19hb lepas. 23hb balik KK terus tumbang. Tapi gagahkan juga pergi Labuan melawat anak. Ikutkan memang tak larat sangat namun hati ni kuat nak pergi juga.
Seperti biasalah, drama airmata pun bermula. Ni yang ibu malas nak datang. Puaslah kami bagi semangat pada dia. Hidup bersendirian bagi budak 13 tahun memanglah perit. Kena pula anak manja. Biasa tidur bantal peluk kiri kanan, sekarang satu bantal je. Biasa baju kotor ibu basuh, gosokkan, sekarang cuci sendiri. Makan pula nasi dan lauk kawah....kesian...tapi bukan tujuan ibu dan ayah nak menyusahkan anak.
Kami mahu dia pandai berdikari. Pandai menyusun waktu belajar dan riadah. Belajar jadi pemimpin yang disegani, insyaAllah. Banyak lagi perkara baik yang diperolehi disana.
Janganlah fikirkan facebook, game coc, basikal, kasut bola, kawan-kawan bermain dirumah. Benda2 tu semua tak kekal lama. Sekadar hiburan. Menuntut ilmu lebih penting dari itu semua.
Kadang2 sukar juga nak jelaskan pada budak yang tak pernah berpisah dengan keluarga. Faham, dia rindukan suara lantang ibu kejut bangun pagi, suruh solat, mandi, makan dll. Rindu nak main coc dengan ayah. Tapi sampai bila nak berkepit dengan ibuayah? Satu hari nanti akan berpisah juga.
Ibu ayah minta, anak ibu bertahan. Sebulan sekali ada outing kita boleh jumpa. Tiap2 minggu kalau ayah free, ayah boleh datang lawat sekejap. Bandingkan dengan anak orang lain yang langsung mak bapak tak datang setiap minggu tu, beruntunglah anak!
Ok sampai sini dulu coretan ibu...

Dunia baru SBP Labuan

Selamat bertemu kembali sahabat blogger sekalian. Waktu kakpb update ni jam 4.30 pagi. Masa betul-betul mencemburui kakpb ketika ini. Tak dapat nak mengadap blog sepanjang masa. Mak kakpb pula ada disini. Kalaulah kakpb asyik dengan pc, laptop, handphone, mesti dia tension 
Nak cerita sikit, anak kakpb dapat belajar di Sek.Men.Sains Labuan. 13hb lepas daftar dan bermulalah dunia dia sebagai junior kembali setelah memegang watak senior tahun 6 di sekolah rendah....hehe..
Sebenarnya hati ni sayu sangat meninggalkan dia di asrama tempohari. Bayangkan...basuh baju, gosok baju, kemas katil dll semua sendiri. Itu takpelah....tang makan kat asrama tu yang paling kakpb runsing. Sebab dia cerewet sangat. Tapi biarlah dia belajar hidup dirantau orang. Pasti dia akan lebih menghargai apa yang ada didepan mata bila tak dapat apa yang dia suka.
Sekolah ni kakpb rasa ok juga. Besar, cantik, lengkap dengan persekitaran yang selesa untuk pelajar. Kedudukannya di persisiran pantai yang indah dan bersih. Bukanlah betul2 tepi pantai tapi seberang jalan dan di atas bukit. Kakpb harap sangat tiada masaalah anak disini samada dengan kawan2 seperti kes buli. Pengetua dah warning, you touch you go!!

Nota: update guna hp, kalau ada salah silap, maaf ye. Nak ke Labuan pagi ni...😊

Masih cuti menulis

Assalammualaikum......
Kepada semua sahabat blogger kakpb, harap maaf kerana kakpb sunyi seketika, rasanya lebih sebulan tak update.

Banyak urusan anak kakpb akan bersekolah di Labuan. Nantikan kunjungan kakpb diblog kalian.

Jumpa lagi, insyaAllah.