my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Udang Mayonis


Ni pula kakpb masak pada hari selasa lepas. Saja auto update sebab kakpb mungkin sibuk mengemas beg nak balik KL. Balik ada tugasan ye, bukan cuti2 Malaysia.

Anak bujang kakpb kan, dah muak makan udang. Iyelah, di Sabah ni taksah kalau ke pasar besar KK tak beli udang dan sotong. Udang pula segar2, ada udang kertas gred A, udang harimau, udang galah dan lain2 lagi yang kakpb tak pernah makan. Baru ni beli udang yang biasa2, tu pun dah ok, segar dan harga berpatutan. Beli sekilo boleh guna untuk seminggu lebih. Takdelah selalu sangat masak udang, kan udang banyak kolestrol?

Bila kakpb masak udang mayonis ni, anak bujang tu makan 2 pinggan nasi. Tak pandang lauk lain dah. Siap hirup kuah dia dan semangkok udang tu licin diratahnya. Padahal sebelum ni bila suruh makan udang dia kata dah jemu.....hehe....jemu apa? Cakap je la nak makan udang yang macam ni. Setengah anak2 ni dia tak reti minta masak itu ini, apa ibu dia masak, itulah dia makan. Bagus kan?

Resipinya kakpb tak copy dari mana2 sebab senang sangat. Main agak2 je.

UDANG MAYONIS
@blogsurirumah

1 mangkok udang yang telah dibuang kulit badan, tinggalkan ekor (buang jg jalur hitam kt tengah)
1 ulas bawang putih, cincang
sedikit halia, hiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu butter untuk menumis
sedikit garam dan gula

Cara-caranya:
Perah limau kasturi atas udang untuk buang hanyir dan toskan.
Garam kunyit udang, goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan butter, tumis bawang putih dan halia.
Masukkan udang dan mayonis.
Tambah garam dan gula.
Kakpb hiris cili hijau halus dan gaul bersama udang tadi.
Tak perlu masak lama sebab udang dah digoreng.

nota kakpb: auto publish entry ni...

Daging Masak Lada Hitam - Dayang Jack


Dah lama kakpb tak jengah blog DayangJack yang cun melecun tu (belum pernah jumpa sebenarnya). Resipi ni kakpb selongkar kat myresipi.com. Buntu nak masak apa, hari-hari pening kepala. Orang lelaki kalau kita minta idea, nak masa apa eh.....awak masak je apa2, saya makan. Hemm...tak boleh harap. Bukan suruh masak, minta bagi idea pun susah. Tapi ok juga, dibuatnya cikgu fahmi minta masak yang susah dan remeh, nanti komplen pula. Syukurlah dia tak cerewet.

Biasanya kakpb masak daging begini tak letak tepung jagung. Kali ni ikut resipi Dayang, ada tepung jagung. Memang sedap sangat. Daging yang telah di rebus dulu jadinya lembut kena pula di potong agak nipis. 

Oklah...kakpb tolong copy paste resipi disini, senang korang takyah nak kesana. Minta izin ye, halalkan.

DAGING MASAK LADA HITAM
@blogsurirumah
sumber : DJ@myresipi.com

  • 500 g daging (direbus dgn sedikit garam dan dihiris nipis2)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
  • 1 sb lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sdt sos masam manis- kakpb guna sos tomato
  • 1 sdt sos lada hitam - optional
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • 5 biji cili api (diketuk)
  • sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • sedikit garam dan gula (jika perlu) 

Cara-cara

  1. Perapkan daging bersama 1/2 sb kicap pekat dan 1/2 sb lada hitam selama 10 minit.
  2. Panaskan 2-3 sb minyak masak dlm kuali dan goreng daging hingga separuh garing. 
  3. Keluarkan dan ketepikan. Di dlm kuali yg sama, tumis bawang putih hingga perang.
  4. Masukkan daging, lebihan lada hitam dan juga kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan pula sos tiram, sos masam manis, sos lada hitam, bawang besar, cili merah, dan cili api. Kacau lagi.
  5. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, daun sup, daun bawang dan perasakan dgn garam dan gula. (jika dah cukup masin dan manis x perlu bubuh garam dan gula)
  6. Hidangkan panas2.

Ikan Patin Masak Asam - mood malas masak

Ikan patin lebih hari tu ada lagi. Tempoyak takde...takkan nak masak tempoyak je? Asal patin mesti masak lemak, asam pedas, tempoyak. Bosan kan?

Tadi kakpb nak masak simple2 je. Google punya google kat myresipi.com, jumpa resipi patin masak asam. Rasanya arwah tok dulu selalu masak macam ni. Kakpb nak buat juga tapi ikannya, ikan patin. Ahh....cuba je la. Sebelum ni belum pernah goreng ikan patin, takut juga meletop2. Ehh...tak meletop la....(sebab tutup kuali masa menggoreng..hehe)

Bagi kakpb ni resipi orang malas masak. Kakpb tak letak halba dan daun kari takde stok. Memang menyelerakan dan teringat arwah tok. Resipi asal checkmate@myresipi.com guna ikan kerisi, kakpb tukar ikan patin.

Ikan Patin Masak Asam
@blogsurirumah
sumber asal : checkmate@myresipi

4 ketul ikan patin yang telah di bersihkan, rendam dgn limau atau asam jawa
1 labu bawang besar, potong bulat
1 ulas bawang putih, hiris
3/4 btg cili padi, belah dua
1 biji cili merah, di hiris
sedikit halia di hiris halus
garam dan gula
kiub ikan bilis (kakpb letak sikit je)
1 cwn air asam jawa

Cara membuatnya:-
Ikan di lumur dengan garam dan kunyit hidup. Gorengkan dahulu.
Tumis bahan hiris hingga layu dan masukkan air asam.
Masuk garam dan gula, biar kuah pekat sedikit.
Tuang atas ikan yang telah di goreng atau masukkan terus ikan bersama kuah asam tadi.

nota kakpb: mood rajin pula update petang hari..


Jerebu melanda

Apa khabar teman-teman kakpb yang dikasihi? Harap pada teman-teman yang kawasan sekitarnya di landa jerebu, pakai mask ye. Ataupun kurangkan aktiviti di luar....wah...ingatkan orang, tempat sendiri pun berjerebu. Tapi area kakpb ni taklah seteruk di Johor, Melaka dan Selangor. Di sini dah lama juga tak hujan, ada sikit2 je. Itu pun sekali lalu. Nak masuk bulan Ramadhan ni biasalah....dugaan kan?

Beberapa hari ni kakpb memang takde idea nak update blog. Masak memasak pun lauk simple. Minggu ni pula kakpb akan pulang semenanjung hujung minggu kerana majlis sanding anak saudara. Laaaagi tak sempat update blog. Mungkin akan update gambar je di instagram.

Terlanjur update ni, nak sentuh sikit pasal sms, facebook dan seumpamanya. Kita ni biasa ada kenalan di alam maya, kadang kenal kadang tak kenal. Ada yang dah jumpa, ada yang dah rapat gila tapi belum pernah bersua muka, betul tak? Kalau yang bujang tu (terutama perempuan) berhati-hatilah kalau nak add friend di facebook. Jangan mudah tertipu dengan ayat manis lelaki. Tengok rupa memang handsome, kerjaya bagus, pandai tulis yang elok-elok nak tunjuk diri baik tapi sebenarnya......laki orang....tunang orang....budak hingusan....dan entah apa2 lagi status mereka tu.

Kadang kala tu mulanya nak suka-suka, bagi gambar....lepas tu nombor handphone pulak. Dah melarat sms jadinya. Kena lelaki yang baik, dia tak layan message, 'sayang' you buat apa? i sunyi la kat sini....tapi kena lelaki yang pantang di cuit, mula nak menggatal. Walau pun hanya message, itu dah jadi maksiat juga, maksiat sms.

Lelaki pula, bila dapat sms manja-manja, liok lentok gambar kat fb, hati pun mula goyah. Masih bujang ok juga, kena yang dah berbini? Hati pun jadi berbelah bagi, isteri aku tak cun, dia ni lagi gebu, pipi macam telor di kupas, body solid molid (iyelah....isteri tak pernah upload gambar kat fb) syaitan pun mula menggoda. Alaaa....sms pun nak suka2 je, bukan nak jumpa...(nak menghalalkan yg haram, begitu ler)  Bila dah lama2 bersms, berfb, teringin pula nak jumpa kan? Nak tengok realiti cun ke tak?

Jadi kakpb nak ingatkan, sebagai seorang perempuan janganlah menunjukkan sikap yang murah. Mudah terima pelawaan lelaki sebagai teman (gadis terutamanya) Bila dah jatuh cinta dengan suami orang, susah jadinya. Mulalah kata, itu semua takdir sedangkan kita yang mahu menjebakkan diri. Kita sedar tapi kita tidak berusaha menjauhinya.

Lelaki pula, jangan memperjudikan rumahtangga kamu. Jangan bagi alasan, sekadar main-main atau suka-suka. Sebagai ketua keluarga tanggungjawab kamu amat berat. Hati isteri bukan untuk di permainkan.

nota kakpb: sentap yang amat!!

Kari Laksa ala Cina


Bosan kan makan nasi hari-hari? Apa tah lagi yang memasaknya. Teramat la sangat....tapi perut kena isi juga. Kalau taknak makan, baik puasa kan?

Blog walking semalam sambil tengok Walang Hanggan last episod, jumpa resipi kari laksa ala cina ni kat blog Tun Telani. Wahhh....telan air lior kakpb. Kebetulan ada laksa kering dalam simpanan. Masalahnya bahan tak berapa nak cukup. Selera membuak nak makan. Ahhh....peduli apa, janji ada rasa laksa.

Jadi, apa yang kakpb buat ni tak selengkap resipinya. Tapi memang sedap. Cikgu fahmi bertambah makannya. Entah sebab lapar dia balik lewat minggu ni atau memang sedap laksa tu. Rasanya memang sedaplah!!

Tun, kakpb minta izin copy paste ye!

KARI LAKSA ALA CINA
@blogsurirumah
sumber : Tun Telani

Bahan A

  • 2 ketul leher ayam - tun guna 1 dada ayam
  • 6 cwn air
  • 1/2 cwn minyak masak - kakpb guna sikit je
  • 2 cwn santan

Bahan B
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1  inch halia
  • 1 btg serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering - sama mcm tun, 2 sb cili mesin
  • 1/4 cwn udang kering

Bahan C
  • 3 ekor udang 
  • 2 sudu makan isi kerang - yg ni takde
  • 3 bj bebola ikan - pun takde

Bahan D
  • 1 inch kulit kayu manis
  • 1/2 cwn serbuk kari daging - tun letak 2 sb
  • 15 helai daun kari - jgn hrp ada daun kari kakpb ni

Bahan F
  • 2 cwn laksa- rendam dlm air panas - tun guna laksa kering, rebus
  • 1 bj telur rebus
  • 2 sb hirisan timun
  • 1 bj tauhu pok - ni tauhu kering eh? takde laa..
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 sk bawang goreng

Cara2:
  •  Panaskan minyak dan tumis bahan B yg telah dikisar hingga harum dan kering
  • Masukkan Bahan D, ayam, dan kacau.
  • Masukkan santan, tutup periuk dan kecilkan api. Masak 10 minit hingga santan pecah.
  • Masukkan air, bahan C dan E. Masak selama setengah jam - tun masukkn tauhu pok sekali.
  • Masukkan bahan F dlm mangkuk dan tuangkan kuah.
  • Tabur bawang goreng dan daun sup.
nota kakpb: laksa ni buat semalam, masih ada baki kuahnya, sayang....nak mkn pagi ni.

Man of Steel



Review: Man of Steel

Korang dah tengok? Kakpb tak plan dan tak minat cerita macam ni, ye laa....bukan standard kita yang dah otai ni. Tapi anak bujang kakpb yang soksek dengan ayah dia, nak sangat tengok. Sudahnya dia orang senyap2 booking tiket online, show pukul 12 tengahari, sabtu lepas. Terpaksalah pergi.....

Kalau dah P13 tu memang ceritanya sesuai untuk kanak-kanak. Mata kakpb ni boleh kan terpejam masa dalam panggong. Cerita fantasi rekaan begini bukan pilihan kakpb. Aziz bisik, ibu...heronya handsome kan? Tapi bila dah pakai baju superman tu, dah tak handsome pada kakpb...haha...ntah kenapa. Agaknya kena pakai underwear kat luar kot baru nampak handsome. Ish...mengarut je kan?

Mungkin kalau kurangkan fantasi di dunia lain selain daripada bumi, akan lebih menarik. Tapi...rekaan beginilah yang orang suka agaknya.

nota kakpb: layan je kehendak anak walau tak minat

Daging Bumbu Bali


Tengok rupa, macam rendang kan? Rasanya pun lebih kurang je cuma tak guna serai.Kakpb suka rasanya yang seperti ada krisek. Saja letak kentang sebab nak tukar dengan tomato tu.

Resipi dari favourite-recipes blog, tuannya kakpb tak kenal tapi kakpb jumpa dari blog Ayu Curlybabes, Singapore. Terima kasih perkongsiannya ye. Izinkan kakpb kongsi di sini pula dan maaf sebab ada ubah sedikit.

DAGING BUMBU BALI
@blogsurirumah
resipi asal dari buku Chef Wan

  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 500 gm daging lembu - dipotong-potong
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji tomato - dibelah empat (kakpb ganti dengan kentang)
  • garam secukup rasa
Bahan kisar :
  • 5 biji buah keras
  • 8 tangkai cili merah- kakpb tukar dengan cili padi + 1 btg cili hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu teh kunyit serbuk

Cara memasak

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. 
  2. Masukkan daging, santan dan daun limau purut. Renihkan sehingga kuahnya pekat.
  3. Tambah kicap dan garam
  4. Masukkan kentang yang telah di belah empat. Masak sehingga daging dan kentang empok.

Patin Masak Tempoyak

Assalammualaikum,

Apa khabar teman2 blogger semua. Kakpb minta maaf kerana jarang dapat blog walking beberapa hari ni. Mood nak berblog agak terbatas. Bagaimana pun mood memasak tetap maintain...3DHari minggu aktiviti paling boring bila kena pergi pasar. Stock lauk banyak dah licin. Udang, sotong, daging adalah benda wajib ada dalam peti kakpb. Ternampak ikan patin, tekak kakpb teringin sangat nak makan. Tapi kakpb lupa nak beli daun2 seperti kesom, daun kunyit, kunyit hidup....Rabbit 3bila dah nampak banyak benda kat pasar, otak mula kelain. Beli keledek pulak.

Jadi kakpb masak patin tanpa daun2 yang sepatutnya. Tempoyak pun tinggal ciput je dalam peti. Cikgu fahmi tu, masa kakpb nak beli ikan patin, rupa dia macam tak setuju je. Bila dah masak...Mimimo mousedua pinggan kau!!

PATIN MASAK TEMPOYAK
@blogsurirumah

4 ketul ikan patin (cuci bersih dengan limau kasturi)
5/6 biji cili padi
1 keping asam keping
1 batang serai di titik
1 biji buah tomato di belah2
2 sudu besar tempoyak
2 ulas bawang merah (saja kakpb tambah)
sedikit air
garam dan gula

Tumbuk cili padi dan bawang merah.
Masukkan semua bahan dalam periok.
Tutup api setelah ikan masak. Kakpb masak dengan api sederhana.



Kakpb bukan pandai sangat masak apa2 pun menggunakan tempoyak sebab ia bukan kegemaran kakpb. Jadi bila dah siap tu, rasa macam tak menjadi je. Rasa tak menarik walaupun cikgu fahmi kata sedap.

Ok la....sekadar nak lengkapkan diri sebagai tukang masak blog surirumah, kakpb tak kisah kalau orang kata resipi ni tak best. Hidup harus mencuba, merasa, mencabar diri....barulah ada keseronokkannya. Betul tak? Mimimo mouse

Nikah dan sanding Idham & Suryani

Assalammualaikum.

Fuhh...leganya, semua dah selesai, alhamdulillah. Majlis anak saudara kakpb berjalan lancar bermula dengan malam nikah hari jumaat 7hb June hinggalah hari sandingnya 9hb June, 2013. Ada sehari rihat sabtu tu, mereka ni (keluarga dan kawan yang datang dari semenanjung) booking 2 bot untuk ke pulau Manukan, Sapi dan Mamutik. Satu bot charge RM200. Sayangnya kakpb tak dapat pergi, kirimkan Aziz dan ayahnya je. Kakpb demam teruk. Hinggakan terpaksa injection kat punggung....haha...orang berseronok, awak demam!!

Majlis nikah yang dibuat di dalam dewan Habiba Suite, sebumbung dengan tempat penginapan kedua belah pihak agak memudahkan ianya berjalan tepat pada waktunya. Cuma Tok Kadhi malam tu banyak sikit ceramahnya....hehe...anak saudara kakpb kejap sengih kejap serius. Tok Kadhi pula kejap geleng, kejap angguk-angguk. Sebenarnya kami yang perempuan ni tak berapa dengar apa kata Tok Kadhi, microfon takde. Orang lelaki yang jauh sikit dari pengantin pun tak dapat dengar. 8.15 pm sah sudah bergelar suami dan isteri. Sayangnya kami tidak di panggil bergambar di atas pelamin malam itu. Mungkin silap pada jurugambar. Keluarga perempuan pun mungkin terlupa.

 Pengantin baru sampai, dengan baju merah rekaan oleh SikiePurnomo.

 Ni bukan pelaminnya.....

Cikgu fahmi dalam sakit tekak pun kena paksa nyanyi....

Nak jugaaaak....body pengantin sama seperti kakpb muda dulu tau, jangan tak tau! cuma rendang je. Anak sedara semua kelangit tingginya.

Last foto, sebelum majlis sanding, kakpb terjumpa si dia ni....
kebetulan mereka shooting di tempat yang sama, cikgu fahmi pun tegur dan borak sikit-sikit...filem arahan Bard Haji Azmi katanya.

Ok, setakat ini dulu. Ada banyak cerita nak kongsi tapi tak tertaip. Kerja masih berlambak selepas famili pulang semenanjung. Rumah kakpb dah macam hotel ni.

Majlis nikah anak saudara, Habiba Suite

kad undangan yang di tempah di Indonesia

Assalammualaikum semua.
Hari ini kakpb ada majlis nikah anak saudara di KK. Kakak, emak, mak saudara dan suami masing-masing dah pun berada di sini sejak hari Rabu. Anak saudara kakpb akan bernikah dengan orang Sabah hari ini di Habiba Suite selepas maghrib nanti. Kakak dan familinya menginap di sini dan majlisnya berlangsong di dewan bawah tempat mereka tinggal. Senanglah kerja kami, tak perlu berduyun2 bawa dulang hantaran naik kereta turun kereta. Tekan lif dah sampai dewannya.

Habiba Suite ini terletak di Jalan Bukit Bendera Kota Kinabalu, boleh nampak Pulau Gaya dan kawasan sekitarnya. Ada 3 bilik tidur yang selesa, ruang tamu yang luas, ruang makan dan dapur. Lengkap dengan sofa, tv, aircon, peti ais. Cuma yang lucunya abang ipar kakpb ni, setiap kali datang menginap mana-mana rumah penginapan, mesti dia pergi shopping mob, penyapu, baldi, alas kaki dan lain2. Kita orang selalu perli, macam nak menetap lama je di sini?

foto ehsan google, kakpb tak sempat nak upload gambar lagi....





 


Labuan

Assalammualaikum..... Cuti sekolah kami tak balik semenanjung dan Labuan ni memang dalam list percutian kami. Walaupun ramai yang kata takde apa di sini, sekurang2nya kami dah jejak dan tau bagaimana rupa Labuan.

Labuan terkenal dengan....coklat!! Sah2 kena beli coklat banyak untuk diri sendiri atau saudara mara:) Kakpb beli yang biasa2 je. Emak suka Daim. Anak pun suka yang tu juga....
Paling best, minyak wangi.....ntah ori ke tidak, tak tau pula. Kakpb beli juga sebotol kecil, untuk koleksi. Cikgu fahmi jual mahal, taknak beli pulak!!

Plan asal bukan nak pergi hari Ahad lepas. Tapi ntah macam mana, bangun pagi tu kakpb terus ajak cikgu fahmi kesana. Mood tengah baik nak jalan. Kami menaikki kereta dari KK ke Menumbok, lebih kurang 2 jam lamanya. Inilah kali pertama kakpb melalui Kuala Penyu, Beaufort, Kimanis dan lain2 lagi. Seronok juga tengok pemandangan rumah kampong sepanjang jalan. Hilang stres teringat keluarga di Johor.

Sampai di Menumbok, kami memilih naik bot laju daripada bot penumpang biasa. Tambangnya sorang RM15, kalau bot penambang RM7 cuma masa perjalanan agak lama. Bot laju sampai cepat, kurang dari setengah jam. Waktu pergi pukul 10 pagi, ombak agak kuat jadi keadaan dalam bot seperti di hempas-hempas punggung ini.

Tiba sana perut dah menggelodak, kami cari kedai makan yang berhampiran. Sedap masakannya (sebab perut tengah lapar) Lepas tu baru plan cari hotel.
Kami menginap di Hotel Ambassador, satu malam RM118. Sebenarnya banyak hotel lain tapi sebab dah penat menapak kesana kemari. Masing-masing bawa baju sehelai dengan beg sandang kecil. Memang tak plan nak bermalam tapi sebab dah letih sangat, terpaksa juga bermalam.


Kakpb beli coklat Hersley, Ferraro Roche, Daim, Mars dan Bounty. Kinder Bueno pula untuk kawan baik Aziz, ingat kawan dia mana2 pergi. Bajet beli coklat, hotel, tambang boat dan makan-makan lebih kurang RM300, ok tak?

Kakpb tak sewa kereta walaupun murah sewanya, RM60 kancil dan RM100 untuk Vios. Lain kali mungkin nak jalan2 sekitar pulau ni. Takde yang menarik selain daripada COKLAT!!
Ok la...kakpb tak dapat nak blog walking. Dua tiga hari ni emak ada kat sini, begitu juga mak saudara, kakak, abang ipar, anak saudara......ahad ni majlis kahwin anak saudara kakpb dengan orang Sabah.


Terima kasih mereka yang sudi komen. Nanti kakpb balas kunjungan bila selesai semua hal keluarga. Jumpa lagi......