my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Agen Dropship

Assalammualaikum,
Apa khabar kawan-kawan kakpb yang dikasihi. Beberapa hari ni kakpb sibuk atau buat2 menyibuk sebenarnya. Kereta kami tersadai kat depan balai polis area yang jauh dari rumah gara-gara lepas berjimba dengan cikgu fahmi di shopping complex. Mulanya kakpb tegur, kereta kita ni ada bau hangit laa.....cewah..dengan konfiden dia jawab, "orang bakar sampah tu!". Dalam hati kakpb, tak mungkinlah sebab bila keluar dari kereta, takde pula baunya.

Lepas seronok2 gelak ketawa dalam shopping complex, kami bergegas balik nak solat asar kat rumah targetnya. Belum separuh perjalanan, aircond tak berfungsi. Cikgu fahmi berhentikan kereta depan restoran dan berdekatan dengan balai polis. Buka bonet depan....hemm...motor kat kipas tu buat hal, kipas tanggal terus. Kakpb rasa sebab kereta tu pernah termasuk lubang yang dalam sebelum ni dan motor yang cikgu fahmi pasang tu kata pomen, jenis yang murah, takde qualiti. Ishh...panjang la pulak cerita pasal kereta....tak payah la....kisah kereta rosak ni perkara biasa.

Ni...nak cerita pasal agen dropship. Kakpb baru je join. Mungkin ramai yang dah tau atau pernah beli online. Sesiapa yang berminat nak beli baju atau t-shirt muslimah yang memenuhi kriteria yang anda suka (tetiba anda pulak..) boleh la contact kakpb di facebook atau email untuk sementara waktu ni. Kakpb belum sempat upload gambar dan kongsikan di sini. Masa tak mengizinkan.

Boleh klik Dwannamuslimahonline atau fb kakpb yang khas untuk berniaga ni...Suri Yang.
Harap dapat sambutan dari teman2 terutama orang Sabah.
Kakpb juga menjadi agen untuk  Reedha Collagen Sarang Burung Plus. Boleh klik kat blognya, http://reedha-collagen.blogspot.com/.

Moga usaha yang kecil ini akan menjadi besar dengan sokongan kawan2 di sini. InsyaAllah.

Doa Ketika Berputus Asa


Assalammualaikum, pagi Jumaat yang mulia semoga kita semua dalam lindunganNya.

Kita semua pernah alami saat-saat berputus asa (kadang kala) begitu juga kakpb. Apa yang kita hajati, ingini tidak terlaksana walau dah berusaha beratus kali. Jadikanlah Nabi Syu'aib sebagai panduan, nabi yang sering menangis memikirkan nasib kaumnya yang derhaka itu.

Siang malam beliau berdakwah untuk mengajak kaumnya menyembah Allah, mengajak meninggalkan kebiasaan buruk mereka. Tetapi ajakan beliau yang baik itu tidak di sambutnya, malah beliau di usir dan dilempar batu.

Akhirnya Nabi Syu'aib berdoa dengan doa di atas dan di makbulkan. Datanglah azab Allah, mendung yang disangka akan hujan, ternyata api yang membinasakan mereka.

"Robbanaf tah bainanaa wa baina qouminaa bil haqqiwa anta khoirul faatihina"

Artinya, "Wahai Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan haq (adil) dan Engkaulah pemberi keputusan yang sebaik-baiknya" (Surah Al-A'rof - ayat 89)

Puff Inti Sardin


Mungkin ni puff biasa2 je bagi mereka yang dah selalu buat. Tapi orang yang tak biasa masak atau senang cakap tak pandai masak pun boleh buat tau. Beli pastri puff kat Giant atau Tesco (sini Survey), ambil sekeping, masukkan inti......bakar. Dah siap, senang.....kan?

Sardin satu tin kecil, ambil ikan saja.
Bawang besar potong dadu.
Cili hijau hiris halus.
Kakpb tumiskan juga sardin ni dengan cili kering sebab kakpb tak suka sardin yang tidak di masak.
Minyak sikit je, kalau lebih minyak nanti masa isi ke dalam kulit puff, terkeluar2 pula.
Perahkan limau kasturi.

Masukkan inti dalam puff pastry, kapitkan samada bentuk segitiga atau empat segi.
Kelarkan sedikit bahgian atasnya. Tekan bahgian tepi dengan garfu.
Sapu kuning telor sebelum di bakar. Kakpb guna suhu 180, lebih kurang setengah jam atau hingga masak.

Salad Brokoli Ikan Selar

Assalammualaikum teman-teman kakpb yang dikasihi, terima kasih kerana sudi tinggal komen kat blog kakpb yang tak seberapa ni. Maaf kerana kakpb tak sempat nak balas komen, kerja Kaos Licca banyak, tapi kakpb akan cuba juga curi-curi masa melawat kamu semua, insyaAllah.

Kakpb suka sangat makan salad yang macam kat bawah ni. Takde brokoli, boleh guna salad daun atau yang bulat tu.Kaos Licca..apa nama eh? Buat ni pun sebab ada lebih ikan rebus lebihan buat laksa Johor hari sabtu lepas. Fikir punya fikir, buat salad brokoli la. Simpan lama2 nanti kuning pula brokoli tu. Dulu2 kakpb tak suka brokoli, tapi bila dah selalu amalkan makan cicah dengan sambal belacan, eh...suka pulak.

Cara kakpb buat simple je. Tak kukus pun brokoli tu sebab setakat sepiring buatnya, malas nak keluarkan periok kukus. Kakpb rebus kejap brokoli tu, toskan airnya.
Ikan rebus buang tulang, tak perlu tumbuk, cuma pecah-pecahkan atau leraikan saja.
Hiris bawang besar kuning, cili hijau.
Gaul ikan, brokoli, bawang hiris, cili hijau, mayonis.
Kakpb letak juga perahan limau kasturi dan sedikit garam
Tabur serbuk lada hitam pun ok juga kalau nak.
Dah siap, ratah macam tu je pun sodap! Kaos Licca

Mimimo mouse

Ayam Masak Bawang Berempah


Assalammualaikum semua....
Dari semalam lagi kakpb nak update masakan ayam ni tapi asyik tertangguh je. foto terbalik la...keluar bengkel la...malam tadi tengok wayang pulak. Balik rumah dah ngantok. 
Ayam ni kakpb masak hari khamis hari tu. Sebenarnya nak masak rendang tapi bila dah google2 resipi, terberkenan pula yang ini. Resipi kakpb copy dari blog Dapur Zaliedana.
Kakpb ubah ikut bagaimana kakpb masak tempohari. Terima kasih kat Zaliedana yang telah memanjangkan resipi ni diblognya. Begitu juga pada Watie Homemade

AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH
oleh: @blogsurirumah

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam, ptong, dibasuh dan bersihkan.
2 labu Bawang Merah (yg ni kakpb kisar) 
2 sudu besar serbuk cili/cili kering kisar
1 sudu kecil Jintan Manis
1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
1 sudu besar Rempah Kari (daging)
100gm serbuk kas-kas ( 1pkt)- kakpb takde serbuk ni
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu bsr Sos Cili
1 sudu bsr Sos Tomato 
1 sudu besar pes bawang putih-halia. (tumbuk/kisar)
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, buah pala
 daun pandan dipotong (ni pun tak letak)
1 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
Daun Kari (hiasan).
(daun kari dan cili potong tak letak sebab malas nak tengok anak bujang tu memilih2)

Cara-caranya:
Garam kunyit ayam dan goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang yang merah kecil yang dihiris (kakpb tak buat bawang goreng) kemudian masukkan  rempah 4 sekawan.
Masukkan pes halia dan bawang putih.
Masukkan bawang besar yang dikisar bersama rempah kari, cili dan lain2 rempah.
Biarkan hingga rempah naik baunya baru masukkan sos cili, tomato dan sos tiram.
Kemudian masukkan gula dan garam.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata.
Setelah siap, taburkan cili merah, daun kari kalau ada, kakpb tak letak pun.

Lauk ni kakpb hidangkan bersama nasi lemak tiga warna, sedap. Memang sesuai untuk sarapan pagi. 

Mari Muhasabah diri

Assalammualaikum semua teman yang dikasihi.....

Pagi jumaat yang mulia ni, apa kata kita muhasabah diri. Kakpb suka tengok Prof Dr Muhaya berceramah soal minda, hati, mata....celik hati, celik minda. Cuba baca SINI untuk tenangkan fikiran kita yang asyik berserabut dengan hal-hal rumahtangga dan pejabat.

Kakpb suka ayat dia, APA YANG KITA BUAT HARI INI, ITU YANG KITA DAPAT AKAN DATANG...gitulah lebih kurang.
Sedikit kakpb copy paste dari facebook beliau,

Buangkan cinta dunia dari mata hati yang menghilangkan kecintaan pada Allah. 
Pepatah arab- dunia akan berkata marilah menuju pada ku tapi awas pada tumbukan dan kekerasan ku kerana dunia alan menipu hinggalah kita ke kubur. 
Hingga kita ziarah kubur masih lagi berbincang tentang harta

Doa satu ibadat - maksud hadis dan perlu dilakukan setiap saat. 
Jika tidak berdoa tanda sombong pada Allah. Bila Allah izinkan kita berdoa insyaAllah Allah akan memakbulkan doa- hikam ke 4. 
Allah amat suka bila hamba berdoa. Jom doa dari sekecil perkara kerana tidak ada had Allah yang boleh kurniakan. 
Bayangkan nikmat hidup bila berilmu dan taat pada Allah. 
Hentikan mencari berita dan menyebar fitnah. 
Ingat mati setiap kali ingin bercerita keburukan orang dan merasa diri lebih baik dari orang lain. 
Jom renungi diri dan akhlak keluarga yang terhasil dari tarbiyah kita

Moga apa yang kakpb share di sini dapat memberi sedikit peringatan kepada diri sendiri. Dengan keadaan sekarang ni yang sedang hangat  berkempen mengundi sana sini, kadang kala kakpb agak rimas. Kisah luar dalam, buruk dan busuk semuanya terungkit....

Sambal saje yang mampu

Terlior tak tengok sambal kakpb tu? Momsekali rasa mesti nak lagi.....anak bujang yang tak makan sambal tu, boleh tetiba nak pulak!!
Sebenarnya kan.....ni rahsia Lips Are Sealed dia tak tau kakpb ada letak bawang merah...Lol padan muka dia. Rasa la betapa sedapnya bawang yang selama ini dia kata nak muntah bila makan bawang.

Kakpb ni tak suka, bukan tak suka sangat.....tapi memang tak berminat dengan nasi ayam penyet ni pada awalnya. Tengoklah dalam blog ni, mana ada nasi ayam penyet kan? Tapi anak saudara kakpb (bakal anak saudara kakpb) perkenalkan satu kedai kat area rumah kami ni, katanya sedap nasi ayam penyet tu. Kakpb pun try sekali, boleh laaaa.....sambal dia pedas gila Sick kakpb jenis tak tahan kalau cili padi banyak sangat. Kalau dah meleleh air hidong, bibir rasa tebal, telinga berdesing, macam mana nak menikmati keenakan makanan tu?

Jadi, buat sendiri lebih senang. Boleh kurangkan kepedasan tu, betul tak? Resipi kakpb google je dan ubah suai sendiri.

SAMBAL NASI AYAM PENYET
@blogsurirumah
sumber: ambooyatsblog

1/2 inci belacan (kakpb bakar)
2 biji cili merah
6 biji cili padi
1 labu bawang merah dipotong kasar2
2 ulas bawang putih di potong kasar
1/2 biji buah tomato (kalau kecil guna sebiji) di belah2
Segenggam ikan bilis goreng rangup (genggam kakpb kecik je Smile)
minyak untuk menumis
Gula putih atau gula perang (yg ni kakpb guna gula putih)

Panaskan minyak dan goreng bawang merah, bawang putih dan buah tomato hingga layu.
Angkat dan sejukkan. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat.
Tumbuk semua bahan goreng tadi bersama cili merah, cili padi dan gula.
Nak senang, masuk blender dan kisar tapi jangan halus sangat. Kisar sekejap je.
Tambah sedikit garam, ikut citarasa masing2.

Dah siap. Boleh cicah dengan timun madu bila makan tengahari. Gorengkan ayam berempah lagi sedap.
Teringat masa makan kat One Borneo hari tu, mereka letakkan kobis mentah dalam hidangan. Kita orang gelak sakan..Surprised..sebab apa...biasanya kat rumah kakpb kobis ni bagi makan arnab..hehe. Setengah kedai mereka hidangkan dengan pucuk ubi. Lebih sedap gitu.

Belajar bersyukur

Minta maaf sangat-sangat kerana dua tiga hari ni kakpb tak dapat blog walking dan tinggalkan komen kat blog kawan-kawan. Bukan pasal line slow macam siput....line ok...masa tak berapa mengizinkan. Bagi kakpb, walau sayang teramat sangat dengan blog dan kawan2, kakpb tetap utamakan suami, anak dan tugasan dalam rumah dahulu.

Kita ni kalau suka pada sesuatu perkara, biarlah berpada-pada. Tak boleh terlalu taksub atau terlampau minat hingga mengabaikan perkara lain. Tengok macam anak bujang kakpb tu.....bukan nak cerita yang buruk...tapi itulah kesukaan dia sekarang ni. TECH DECK...celik je mata, bendalah tu la yang di pegang dulu. Sedangkan mainan tu entah kali keberapa kami belikan. Kekadang sampai ibu membebel, budak-budak sekarang tak pandai bersyukur. Dah ada satu, nak lagi satu, nak buat koleksi.

Kakpb selalu cerita pada anak, kakpb dulu tak pernah merasa beli mainan. Ini cerita benar.
Kakpb ada satu je anak patong, itu pun mainan emak kakpb masa dia belum kahwin. Kakpb tak pernah minta-minta beli mainan. Bila teringin, kakpb lukis sendiri gambar perempuan dan lelaki, gunting. Lukis baju, seluar dan segala handbag, gunting.

Kadang kala, ambil daun betik, daun ubi kayu dijadikan anak patong. Main bawah pokok rambutan yang rendang. Sorang-sorang....takde merungut. Budak sekarang cepat bosan kalau takde geng nak main. Mungkin anak lelaki dengan perempuan berbeza.

Ayah pun selalu cerita, nak main apa-apa kena buat sendiri guna kayu dan sebagainya. Tak pernah dibelikan mainan. Teringin sangat, kena simpan duit sendiri nak beli. Alah...berapa sen sangat duit dulu dengan sekarang. Dulu belanja 50 sen pun dah banyak. Sekarang ni RM3 pun belum tentu cukup. Tapi anak bujang kakpb ni jenis tak belanja kat sekolah. Duit bulat2 bawa balik.

Kakpb selalu ingatkan anak, belajar bersyukur dengan apa yang kita miliki. Jangan mudah rasa kecewa, marah atau fikir orang tua tak sayang kalau keinginan kita tak di penuhi. Jika inginkan sesuatu kena belajar bersabar. Tiada ibubapa kat dunia ni nak tengok anaknya bersedih. Sanggup berkorban mengenepikan kehendak sendiri semata2 memenuhi kehendak anak-anak.

Hai....ikutkan hati panjang lagi nak bebel. Anak-anak ni sampai dewasa pun memang kena selalu ingatkan atau nasihat. Tak boleh kata, dia dah besar nanti dia tau sendiri. Tidak! Selain dari doa, jangan pernah putus kita memerhati, memantau perlakuan mereka.

Cara membanggakan ibubapa

Ini kisah malam tadi.....
Ibu dan ayah kat ruang tamu, sorang menonton, sorang mengadap komputer.
Lepas maghrib, ayah jengah bilik anak bujang.....
Ya Allah......dia menyonteng dinding dengan ayat-ayat bersemangat.

Bertubi-tubi ibu dan ayah menyoal, kenapa buat macam ni? Penat ayah dan ibu mengecat satu bilik.
Kalau tau nak buat begini, takdelah ayah dan ibu bersusah payah.
Bila di marah, air mata berjurai.......

Aziz nak buat ibu dan ayah bangga!

Aduhai anak.....bukan begini caranya untuk membanggakan ayah dan ibu. Adakah dengan menyonteng dinding buat kami bangga? Ibu jelaskan, berubah sikap dari yang buruk kepada yang baik pun sudah membanggakan ibu. Contohnya, kemas katil, tolong basuh pinggan, sembahyang tanpa di suruh, menepati masa belajar dan sebagainya.
Semangat nak dapatkan A+ tahun depan untuk UPSR memanglah bagus. Tetapi, jika semangat saja tanpa usaha yang gigih, manakan dapat A tu?
Jika dah berusaha sungguh-sungguh, masih tak dapat A+, ibu dan ayah pasti bangga juga. Jangan risau.

Malam tadi, dia tidur dengan air mata. Kasihan pula kami dibuatnya. Takpelah, nanti ibu dan ayah cat balik dinding yang dah berconteng tu. Lepas ni kalau nak tulis kata-kata semangat atau pendorong diri, tulis saja pada kertas manilacard dan tampal didinding. Tatap hari-hari, jangan bosan pula lepas ni.

Kolagen? Rumpai laut?

Siapa tak kenal rumpai laut dari Sabah yang popular sekarang ni kan? Warna kuning dan purple paling dikenali. Ada juga kakpb tengok area pasar besar warna kehijauan walau pun dah dikeringkan, itu lebih mahal harganya.

Sebenarnya kalau nak tau kakpb tak kenal langsong rumpai ni daripada menetap di Selangor dan berpindah ke Sabah. Baru tahun ni kakpb ambil tahu, itu pun adik kakpb sibuk-sibuk tanya. Padahal rumpai tulah benda pelik pertama yang kakpb ambil gambar masa baru jejak Sabah. Ketika jalan-jalan pasar tamu nampak orang jual benda ni tapi bukan yang kering. Siap tanya bagaimana makannya? Dia orang biasa makan mentah seperti kita makan ulam-ulaman, cicah dengan air asam yang ada cili potong, agaknya la.

Baru ni kecoh pasal tiada kolagen dalam rumpai laut yang orang bangga-banggakan tu. Boleh baca kat  http://jiwang.org/health-education/407193-tiada-kolagen-dalam-rumpai-laut.html
Bagi kakpb yang baru saja mengamalkan makan rumpai ni, nak kata boleh memutihkan kulit sangat, tidak juga. Cuma sebagai masker muka memang kakpb rasa selesa. Contohnya cikgu fahmi, dia selalu aktif tengah padang melatih kriket. Pasti hitam hangus kulit muka dia. Bila balik rumah, dia selalu tepek rumpai ni (yang dah masak) kat muka untuk beberapa minit, buat setiap hari. Kakpb tengok kulit muka dia cepat pulih. Nampak agak kurang kasar kulit wajah tu.

Untuk kesihatan kakpb biasa amalkan makan Evening Primrose setiap hari. Dah amalkan sejak zaman bujang lagi, sejak mampu beli sendiri. Begitu juga vitamin c berbentuk tablet (yang ni selalu lupa beli). Kakpb peminat tegar buah limau dan segala jenis buah. Sayur pun tak tolak. Jadi apa pun kita makan janganlah terlalu taksub yang ianya boleh menyembuhkan penyakit, memutihkan kulit dan sebagainya.

Nak cerita lebih lanjut, kakpb ni bukan ada ijazah dalam bidang yang berkaitan. Salah tulis nanti ada yang sentap. Cuma kakpb kongsikan apa yang kakpb alami. Pendapat kakpb, amalan pemakanan seperti rumpai laut ini mungkin akan melambatkan proses penuaan atau salah satu daripada makanan kesihatan. Itu saja.

Apa pendapat awak semua??Nerdy smiley

Apam Gula Hangus

Ini apam gula hangus kakpb tercicir kelapa tau!! Tak kuasa nak pergi cari kelapa parut, ko makan la togel gitu. Resipi dari blog Hana, kakpb kopipes jah...lembut dan halus kejadian apam ni (poji memoji diri sendiri The master chef) Tak percaya, cuba le...

APAM GULA HANGUS
@blogsurirumah
sumber: Kak Hanieliza

  • 1 gelas gula – untuk dijadikan gula hangus
  • ½ gelas air
  • ½ gelas gula
  • 3 biji telur
  • 1 gelas santan atau susu segar
  • 2 ½ gelas tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat - hana buh 1sk je
  •  garam sedikit dan butter dua sudu besar - yg nih hana tambah
Cara-cara
  • Panaskan kukusan.
  • Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
  • Untuk membuat gula hangus - masukkkan gula ke dalam kuali masak hingga keperangan, kemudian masukkan air. Kacau sebati, kemudian masukkan butter dan sejukkan sebentar.
  • Pukul telur dan gula sehingga naik dan kembang.
  • Masukkan gula hangus dan campuran tepung gandum bersama soda bikarbonat.
  • Masukkan santan atau susu segar dan gaul rata.
  • Masukkan adunan kedalam acuan apam atau loyang yang telah dilengser dengan minyak. Kukuskan selama 10- ­ 15 minit.
  • Sejukkan dan keluarkan dari acuan atau dipotong. Sedia untuk dihidangkan.
 

G.I JOE lepas berpisah seminggu

Lupa nak cerita, lepas ambil cikgu fahmi kat airport minggu lepas kita orang terus terjah panggung. Merempit dengan kereta merah kakpb tu (rempit la sangaaat setakat bawa 80kmsj...haha..lama gila tak drive)Family Road Trip) Serius, sejak kat Sabah ni kakpb dah gantung lesen. Bila mula drive, nak keluar masuk kereta dari garaj rumah tu rasa berputar kepala ni 360 darjah kau!! Tengok cermin depan, kiri kanan, tak puas hati jengah kepala pulak....haha...kalau makeup tebal seinci memang tipis jadinya sebab peluh jantan betina bagai keluar.

Ok la....driver dah ada ni, gantung balik lesen. Tunggu dia outstation mana lagi nanti baru turunkan. Kakpb jenis menggelabah kalau drive area berbukit, waktu hujan dan malam. MemangFeel the heat  orang belakang jawabnya....


 
Cerita ni kalau korang dah tengok yang pertama memang la faham. Macam kakpb ni tercengang2, siapa yang berserkup hitam, siapa yang macam rupa Korea, siapa perempuan tu....ish..memang tak faham betul. Cuma nak bagitahu ler, cerita ni memang best. Rasanya dah kali keberapa kakpb tengok si The Rock ni kat filem. Dulu2 selalu layan WWF (dulu ler...zaman bujang, dah ada anak ni tak layan langsong) kakpb memang minat The Rock ni. Tengok la body dia...huhu...tinggi gila orangnya (macam dah pernah jumpa?)

Nak cerita lebih pun, berbelit-belit. Tak rugi kalau korang pergi tengok. Bawa anak-anak sedara pun boleh. Ada tu kakpb tengok parent bawa masuk kereta sorong anak, lena dia tidur walaupun duduk kat depan.

Ok bye.....assalammualaikum.

Nasi Harissa


Pelik eh tengok nasi harissa kakpb? Hijau-hijau pulak ni? Iyaaa....kakpb blend cili hijau tu terlebih kot?  beras 1 gelas lebih....bawang besar kakpb tak hiris sebab si bujang kecik tu tak boleh nampak bawang. Nak muntah la....tak lalu nak makan laa.....banyak cekadak betul tau!

Ok, resipi ada kat blog Tun Telani. Untuk malam ni kakpb malas betul nak menderhakakan catatan Tun tu. Bila free nanti kakpb update semula.

Sehari dua ni kakpb takde mood nak komen blog masak-masak. Kadang datang kejap, baca yang penting lepas tu tinggal gitu je. Maaf la.....memang mood tidak mengizinkan agaknya.

Wordless Wednesday : KEEK la sangat!!

Assalammualaikum,



http://www.keek.com/amnamahazan



Jom berhibur di hari rabu tanpa kata......

Cinta jarak jauh, best juga..

Masa cuti sekolah baru-baru ni kakpb keseorangan kat rumah. Anak bujang rumah opah dia seminggu. Tinggallah si penunggu rumah ni sorang-sorang, cakap dengan rabbit 7 ekor tu hari-hari. Keluar rumah pun sekali sekala bawa kereta, beli sarapan dan makan tengahari. Malam cuma minum air, lepas tu tidur awal.

Mula tidur kat ruang tamu, bila satu malam tu tetiba cik ti masuk ikut lubang kipas kat dapur, kelam kabut masuk bilik tidur. Menggigil2 pergi dapur tengok apa yang jatuh, ish...susah juga kalau jadi orang yang penakut kan? Bukan takut apa, geli yang teramat sangat.

Setiap hari cikgu fahmi call tanya, arnab dah makan? Ada ke patut tanya arnab? tanyalah isteri ni haaaa...dia tanya juga isteri dia. Cuma, soalan pertama dari mulut dia mesti si arnab tu. Rindu agaknya.....nak cakap rindu kat isteri, hemm....orang lelaki ni payah sikit. Ego la katakan!!

Tapi sesekali berpisah seketika seronok juga. Macam cinta jarak jauh gitu! Hari2 call tanya perkembangan masing-masing. Makan sedap ke tidak, pergi jalan ke tidak, tidur lena ke tidak? Kakpb ok je kat rumah. Dia tu yang bawa anak murid untuk perlawanan kriket peringkat negeri di Penang, menginap di sekolah asrama. Pastilah dengan nyamok, panas lagi cuacanya. Runsing juga hati isteri tapi nak buat macamana kan?

Bila dia balik tu, dah tentulah ada buah tangan yang ditunggu.....

suka la tuuu...dapat jam tangan G-shock (murah je) dan jersey bola...


Ibu pun dapat sehelai tudung, alhamdulillah. Walau ayah tak pandai pilih, ibu terima je dan tetap gembira. Ibu faham ayah tak cukup masa nak jalan2. Tambah pula tempat orang yang susah nak cari transport dengan tugas sebagai jurulatih lagi.


nota kakpb: cuaca panas terik sekarang kan? tapi masa entry ni ditulis, tengah hujan lebat dgn angin kuatnya...