my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

WW: Berpantang Maut sebelum Ajal

Ini kisah benar
Kereta MIL accident di highway Melaka
Seorang koma, seorang lagi alhamdulillah tiada apa-apa kecederaan
Peringatan : berhenti rehat jika mengantok atau letih
Penting : doa, selain drp itu... serah padaNYA

Rendang Ayam Minang di Idul Adha




Hati sayu mengenang orang jauh
Moga mereka di sana juga tak lupakan diri ku

Salam Idul Adha dari kami sekeluarga
Moga persahabatan sentiasa kekal hingga bila-bila.



Rendang Ayam Minang hidangan pagi raya
Di sulami dengan lontong, kuah kacang dan lodeh
Jemput makan kawan-kawan semua
Hidangan sedikit, tak dapat nak agih

Resipi rendang ayam minang ni berlambak kat internet, search saja........memang sedap, cuma kakpb tak cukup bahan seperti lengkuas dan daun kunyit. 

RENDANG AYAM MINANG
oleh: blogsurirumah
copypaste: Pautan Kasih
* 1 ekor ayam kampung - klu tak de ayam bandar pun ok! dipotong 8
* 5 ulas bawang putih - dikisar
* 10 ulas bawang merah - dikisar
* 30 biji cili api - dikisar
* 2 inc halia - dikisar
* 4 batang serai - 2 kisar 2 lagi dititik
* 1 inc lengkuas
* rempah tumis - 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
* 1 sudu teh jintan manis - kisar serbuk pun boleh
* 1 sudu makan lada hitam - kisar serbuk pun boleh
* minyak
* sebiji santan kelapa
* 2 sudu makan kerisik
* garam dan gula secukup rasa
* daun kunyit dimayang
* 2 kiub ayam - ita tambah

* 1 sudu kecil serbuk kunyit - ita tambah

 Cara:
1). Tumiskan rempah tumis hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan serai titik dan masak hingga kekuningan. Bila sudah kekuningan masukkan jintan manis, lada hitam, serbuk kunyit, dan kiub ayam. kacau rata.
2). Setelah kuah sedikit kering, masukkan santan, ayam dan kerisik satu persatu.
3). Bila ayam sudah masak, masukkan garam dan gula seenak rasa dan daun kunyit.
4). Tunggu sehingga kuah pekat barulah sedia untuk hidangan.




WW: selama ni tak kisah

Selama berblog, kakpb tak pernah nak lihat siapa yang jengah blog ni. Ini kali pertama kakpb skodeng siapa yang 'suka' sangat mengintai kakpb.

Tahniah anak ku!

Assalammualaikum semua teman yang dikasihi.....

Alhamdulillah, kakpb sudah pun sihat ketika ini, dah pun berjalan ke shopping komplek beberapa hari lepas. Terima kasih kerana mendoakan kakpb. Minda juga agak segar. Tambah pula dalam fikiran ni asyik memikirkan keluarga di semenanjung dan hari nak balik tu semakin dekat.

Taknak la cerita panjang sangat. Nanti orang kata nak menunjuk-nunjuk pula. Cuma nak ucap tahniah pada anak bujang kakpb. Team bolasepak dia dapat nombor tiga mewakili UMS untuk Pesta Bolasepak Kanak-kanak, sponsor oleh Carino.

Dapat medal, piala, t-shirt carino 2 helai dan wang saku RM20 tiap seorang (satu team 4 orang) Berbaloi dapat tempat ketiga kerana anak kakpb baru dua kali datang klinik ni. Lawannya pula memang bukan calang orang, budak-budak sekolah sekitar KK yang memang dah terlatih.

Katanya, dapat pujian dari coach, boleh jadi pemain bolasepak yang baik dimasa akan datang. Itu komen coach dia. Komen ibu dia pula, anak kakpb ni kurang stamina. Dia ni bukan jenis pemakan orangnya. Kalau sekali makan, dia jarang ulang-ulang. Bila kat padang, nampak sangat cepat pancit!



Masa ni kami tengok dia main tepi padang. Nampak macam dia kekok, mata asyik nak tengok ayah dia je........nampak gayanya lepas ni kami akan datang tanpa pengetahuan dia.



Tahniah! ibu dan ayah bangga sangat dengan Aziz. Lepas ni kena tambah stamina, rajin berlatih dan paling penting walau apa pun sukan yang diminati, jangan sampai mengabaikan pelajaran di sekolah.

Kurang sihat

Maaf pada semua teman blog kakpb kerana tak dapat balas kunjungan kalian.

Kakpb kurang sihat 2 hari ni dan bila dah ok nanti, inshaallah akan membalas kembali kunjungan kalian.
Terima kasih atas ucapan hari lahir kakpb yang lepas. Terima kasih kerana mendoakan kami.

Happy Birthday to ME

Ayat 128-129 Surah at-Taubah


1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.
3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika di baca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malam. InsyaAllah.
4. Menambah keteguhan iman seseorang.

(sumber dari Himpunan Hadis Nabi dan Doa Harian)

Rasulullah SAW bersabda, "siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan". (hadis riwayat Tabrani)


Banyakkan menyebut Hauqalah seandainya kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai. Imam a-Nawawi berkata, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahwa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan dan tiada berupaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan). Serta tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT.

Hari ini hari lahir ibu yang ke xx (kaum hawa suka berahsia, jadi jangan tanya ye) Harapan ibu? Ibu mendoakan mudah-mudahan ibu di panjangkan usia, sihat walafiat dan dapat melihat perjalanan hidup anak ibu yang di kasihi hingga ke menara gading, insyaAllah. Ibu nak anak ibu berani hadapi cabaran hidup ini samada suka atau tidak. Seandainya ibu menutup mata, ibu nak anak ibu memandikan jenazah ibu dan sentiasa mendoakan setiap kali lepas solat.

Begitu juga ibu harapkan pada ayah, seandainya ibu tiada.....jagalah anak kita dengan sebaik mungkin. Jika ibu menutup mata dan ayah ada di sisi, siramilah jasad ibu dan ingatilah setiap inci jasad yang pernah berbakti kepada ayah. Tangan yang memasak hidangan lazat untuk ayah, kaki yang
menurut kemana saja ayah pergi, bibir yang senantiasa mendoakan ayah didalam solatnya, mata yang memerhatikan ayah dengan penuh kasih dan wajah yang tidak secantik 'idaman' ayah inilah yang sentiasa berada di sisi ayah saat sudah dan senang.

Terima kasih ayah (cikgu fahmi) kerana telah menjadi pelindung ibu yang terbaik selama melayari bahtera perkahwinan yang penuh ranjau duri ini. Akan ibu kenang segala jasa ayah hingga akhir hayat.

Terima kasih juga kepada teman-teman blog yang sentiasa berada di sisi maya ini, kamulah teman terbaik kakpb di dalam hati ini.



Raikan...hari ini..

Selamat berhari minggu teman-teman semua. Apa perancangan agaknya? Pastilah masa seperti ini di penuhi dengan aktiviti yang berfaedah. Kakpb macam biasa nampaknya.

Cikgu fahmi dah tempah kek untuk kakpb semalam......jeles tak? Suami tempah kek untuk isteri, takkan ada yang jeles? Kakpb bukan nak makan sangat kek tu......kan tengah diet.....: Tapi diet ketat pun, nak juga makan...rugi ahh...beli mahal nak tengok je?

Ok.....kejap lagi nak berhias, jumpa nanti malam....assalammualaikum:

Bergaya di Football Clinic







Tengok la mereka ni, baru je join klinik bolasepak dah berlagak macam professional....:P. Dapat pula bermain di tengah padang yang luas ni, dengan cahaya lampu terang benderang. Terasa macam Kelantan vs Sabah.....:) agaknya......

Malam tadi kakpb hantar anak di UMS untuk join klinik bola ni. Kalau anak2 ahli dapat murah. Takpelah kena bayar lebih sikit, dah minat sangat dengan bolasepak. Exam hujung tahun kalau fail, siap dia!!

Selami perasaan ini...

Tika ini hujan lebat dari pagi hingga sekarang.........
tiada entry menarik, hanya ingin berkongsi perasaan....




Wordless Wednesday: shopping disini

Kakpb suka beli barang di SINI. Insyaallah tidak mengecewakan. Cepat dan mudah!




Percubaan kali pertama, tapi barang belum sampai lagi.......on the way..:)

Kari Telor Pecah


Taraaaaaa......kakpb pun buat juga kari telor pecah untuk makan malam semalam. Gambar tu nampak gelap sikit sebab daun kari yang kakpb blend tu dah agak kehitaman, biasa la.....kalau jenis daun2 ni simpan lama sikit, gitulah jadinya. Nak tanam sendiri, memang tak ah.....nak petik kat depan rumah ustazah tu, dah ditebangnya pulak.

Kakpb ikut macam Mas Duniaku tapi kakpb ubah sikit.....

KARI TELOR PECAH
oleh: @blogsurirumah

2 biji telor ayam
3 ulas bawang putih
5-6 biji bawang merah kecil
Daun kari (blend sama mcm Mas buat)
3 sudu besar rempah kari ikan adabi (kakpb suka adabi atau babas)
Buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis
1 biji tomato belah empat
sedikit perasa ayam Tumixs
Perahan air asam jawa (agak2 banyak mana)
garam dan sedikit gula

Cara menumis seperti biasa, kakpb malas nak tulis daaaaa......
Sedap cicah roti canai segera atau roti keping, silalah mencubanya.

CiNTa HaTi ku Yang BaRu

MAT YO berbadan besar, putih melepak, bermata garang......
melenting sana sini, suka sangat la tu...

SWEETY....pemalu....kecil molek tubuhnya, kalau perempuan kira macam kakpb lah...:P
berbulu coklat dan putih, nak menyorok je bawah Mat Yo tu, mentang-mentang la boyfriend dia...:)

IBU harap sangat, korang happy tinggal bersama kami,
walau Ibu kuat berleter.....tapi ibu seorang yang penyayang tau, ibu suka spesis satu lagi....KUCING...tapi Ayah nak juga ambil Mat Yo dan Sweety. Berhabis duit Ayah pagi semalam RM200 lebih, Ayah sanggup tau.



Mat Yo dan Sweety jangan nakal tau. Bila Ibu dan Ayah balik kampong, kami tinggalkan kat rumah sebelah, jiran ibu yang baik hati. Mereka ramai anak perempuan, mesti Mat Yo suka kena belai dengan Dayah dan Deeba. Nanti ibu pesan kat mereka, letak Mat Yo dan Sweety kat dalam rumah atau belakang dapur (sian korang) sebab dulu pernah terjadi pada Datok K, mati kena serang dengan kucing ganas. Ibu nangis, sedih sangat sebab ibu takde masa tu, ibu kat semenanjung.

Insyaallah, lepas ni ibu jaga elok-elok, kalau boleh sampai dapat 'cucu'......hahaha....ko kenapa kakpb weh?? Saje berhalusinasi dengan dua ekor ni.......



HanTU kapCai

Assalammualaikum kawan-kawan yang di kasihi......ewah...macam tulis surat cinta pulak. Buat apa tu hari minggu macam ni? Kakpb bangun awal pagi sebab kebetulan sakit perut, terus solat kemudian lepas buat sikit 'amalan', on laptop sementara tunggu subuh.

Nak cerita ni semalam kan kakpb tengok wayang Hantu Kapcai. Best la ceritanya, tak bosan, asyik nak ketawa je. Orang tak ramai dalam panggung masa tu mungkin sebab cerita ni dah tayang daripada minggu-minggu lepas. Kakpb tak boleh tengok kalau anak bujang ada sebab 18sx. Heran juga kenapa 18sx, rupanya ada adegan yang tak sesuai untuk anak-anak. Adalah dialog yang agak 'nakal' dalam cerita tu. Tapi.....kalau dah tayang kat tv nanti, bebudak ni akan tengok juga kan?

Jalan cerita Hantu Kapcai ni simple je, disebabkan lakonan mantop setiap pelakon tu yang membuatkan cerita ni menarik. Terutama artis kesayangan kakpb la.....si Zizang tu....Remy Ishak...Fizz Fairuz dan lain-lain lagi. Kiranya dari awal hingga akhir tak menjemukan, tak kering gusi. Siapa yang stress kerja office, banyak masalah dalam kepala otak.....elok pergi tengok cerita ni (wah promote pulak, bukan dapat komisyen pun)

Jumpa lagi nanti ye......dan terima kasih yang sudi komen kat blog kakpb. Kakpb tak reply komen tapi kakpb pergi blog korang bila free. Lepas ni nak ke Gaya Street, saja jalan-jalan cari kerosang.

Apam Pisang Kukus

Apam pisang kukus ni dah beberapa hari dulu buat, cuma hari ni berkesempatan masuk gambar dalam blog. Silalah ke blog JintanManis ye....kakpb nak keluar hari ni....berjimba-jimba dengan cikgu kesayangan....tengok wayang, makan-makan...bla..bla..bla.

Apam ni kakpb ikut bulat2 macam resipi asal, kurang manis. Kalau korang nak manis, tambah gula ye......tapi lebihkan senyuman tu lagi bagus...






Mee Bandong ciplak


Mee bandong? uwaaaa......kakpb suka sangat mee ni, dulu kalau balik Johor, mesti cari. Paling sedap yang kakpb makan di Muar, entah tahun bila agaknya. Semalam kakpb bosan nak makan nasi. Nak makan tengahari pun boring sebab sorang2. Anak bujang ada latihan nasyid kat sekolah. Petang baru balik, sama dengan ayahnya.

Resipi kakpb ambil kat blog Soda Hikari dan resipi asalnya dari Chef Nazri. Kalau nak yang asal, klik la blog tu ye. Kat sini kakpb dah ubaisuai ikut bahan yang kakpb ada.

MEE BANDUNG
oleh: @blogsurirumah

1/2 kg mee kuning
2 senduk gulai cili kering blender
3 ketul ayam - potong kecil
4 sudu sos tomato
4 sudu sos tiram
1 mangkuk sederhana udang - buang kulit (kakpb tak guna udang)
1 mangkuk sederhana sotong - (sotong pun takde)
2 keping fish cake - hiris nipis - (ganti dengan bebola ketam)
2 buku keledek sederhana besar - direbus & dilecek (kakpb ganti dgn kentang lecek)
1 batang lobak merah - potong bulat
1/2 cawan kacang tanah - blend
4 biji telur
4 sudu besar udang kering - tumbuk
Sedikit bancuhan tepung jagung - (ni tak letak sebab dah pekat)
Air rebusan kulit udang

Bahan Tumbuk/Blend :
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci belacan

Bahan Tabur :
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang
Cili merah
Sawi di celur
Limau kasturi

CARA :
1. Tumis bahan yang di tumbuk.
2. Bila wangi, masukkan cili blender. Bila cili dah garing, masukkan ayam.
3. Biar air ayam kecut. Masukkan sos tomato & juga sos tiram.
4. Masukkan udang & juga sotong, bila udang & sotong masak, masukkan air rebusan kulit udang. (Kuah tu agak2 la, dalam 1/2 periuk sedang)
5. Masukkan pula fishcake.
6. Masukkan pula keledek yang telah dilecek, lobak, kacang tanah,gula & garam secukup rasa.
7. Bila kuah mendidih, masukkan telur sebiji demi sebiji & udang kering.
8. Masukkan pula air tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Terima kasih pada tuan punya resipi yang asal atau pun yang memanjangkannya.

KLCC ciptaan anak-anak


Anak bujang dapat tempat pertama dalam pertandingan rekacipta sempena Hari Kemerdekaan dulu. Tahniah pada kumpulan anak kakpb yang menang ni kerana tidak sia-sia usaha mereka dalam seminggu memerah idea.

Sebenarnya idea asal dari ayahnya menggunakan straw. Rekacipta ni perlu menggunakan bahan terpakai seperti kotak, gabus, botol, kertas dan sebagainya. Bahgian dalam bangunan tu mereka gunakan botol plastik yang besar. Dibaluti straw keliling botol dan juga kertas aluminium. Benda2 yang kat depan sederet tu, anak kakpb dapat hadiah ketika menjawab soalan kuiz. Keseronokkan dia berganda-ganda nampaknya.

Tahniah semua! Dalam pada bermasam muka hari tu, akhirnya membuahkan kemanisan dalam persahabatan kalian.
 (edit balik entry ni sebab hari tu guna tablet, susah nak edit)

Tenang

Sendirian di pagi yang indah......memikir masa depan....


Lepat pisang atau belebat


Lepat pisang dah lama kakpb buat tapi takde mood nak update resipinya. Sebab takde mood? sebab dah ramai yang tau .......cuma di ubah suai sedikit mengikut apa yang emak kakpb selalu buat.

LEPAT PISANG/BELEBAT

1 sisir pisang emas
3 keping gula melaka
1/2 cwn santan pekat
Tepong gandum secukupnya
Daun pisang

Lenyek pisang hingga hancur.
Masak gula melaka/kabung, masukkan dalam pisang.
Masukkan santan pekat dan tepung gandum.
Jangan terlalu banyak tepung, nanti lepat keras tak sedap.
Gaul sebati, kakpb buat adunan tu agak cair sedikit.
Sendukkan dalam daun pisang dan balut kemas.
Kukus dalam 20 minit.

Memaafkan

Allah Subhanahu wa Ta'ala seperti dalam firmanNya,
"(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan (QS Ali Imran: 134)

Kita hanya manusia biasa, tak lepas dari kesilapan samada sedar atau tanpa sedar mungkin telah mengguris hati orang lain. Amat pedih dan sukar untuk memaafkan tetapi kita kena cuba lakukannya demi mendapat tempat di sisi Allah. Biarkan semua berlalu pergi dan hati kita akan lebih tenang.