my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

jalan-jalan Munok!

Salam Sejahtera....

Selepas jalan2 di Pontian dan JB, kami balik semula ke KL. Seminggu selepas tu, kami ke JB semula kerana ada majlis perkahwinan adik hubby ku, kali ni pihak lelaki pula. Rasanya tak perlu aku ceritakan lebih detail sebab takde yang lain dari lain. Cuma ketika pulang dari majlis tu, kami ke Bandar Tenggara, rumah anak kepada kawan mak mertua ku. Mulanya rasa berat hati nak kesana tapi memandangkan dia beriya2 mengajak dan mertua pula kata pergi sekejap, ikutkan je la..........huhu......dua jam kami kepanasan dalam kereta. Bukan apa, kepanasan kerana 'memikirkan' nak balik semula ke JB, betapa jauhnya. Esok nak balik Kelantan pula. Bagaimanapun kerana kami konvoi tiga kereta, tak terasa bosan. Sempat bersms sesama kami.

Ok, ni perjalanan kami ketika ke Munok, pertama kali dalam hidup aku menyeberang sungai untuk kenegara sebelah......hehe....lucu pulak. Tak perlu passport, tak perlu tunjuk IC. Bayar RM1, dah sampai. Air sungai dia boleh tahan juga, nampak deras. Kalaulah ada buaya, huhu......

Pergi sana bukannya apa, saje nak tengok apa yang murah. Ada la jersey murah2, kasut dan lain2. Tapi aku tak reti nak beli, mungkin sebab suasana yang tak biasa. Dengan selut dan becak kerana hujan beberapa hari. Seluar memang kena lipat ler........kalau tak.....bawa balik lumpur.

 Teruk......kan? kami redah juga, alang2 dah sampai.
Bot yang kami naik (boleh panggil bot ke?), menggigil jugak lutut aku masa ni, risau kalau terbalik ke......dengan takde safety jacket......
Akhirnya, aku bawa balik lumpur je.........barang yang di beli tak seberapa, beli baju anak dan selipar jepun untuk che abe. Apa yang ku beli, cuma gula kabung/melaka......haha....datang jauh2 beli tu je.......apa nak buat? Otak ku buntu masa tu, kena pulak mereka2 ni nak kejarkan sembahyang jumaat. Mana sempat?

Jalan2 ke Rantau Panjang pula tak banyak ambil gambar, sebabnya.........hujan jugak! Nasib kami ler kali  ni.......sepanjang cuti mengalami musim hujan.

err....nak gi masak ni, nanti aku sambung lagi ye!

Pontian ke JB....

Salam Sejahtera....

sambungan perjalanan kami dari Pontian ke JB......

Selepas melawat muzium bugis, kami bertolak ke JB, cuaca cantik je.......kalau hujan, basahlah mak aku kat belakang tu. Bukan apa, kereta lama abah tu masuk air, getah pintu dah lama tak tukar. Tapi nasib baik sepanjang perjalanan, cuaca panas terik.

Kami terus menuju ke Ulu Tiram, rumah bapa saudara ku (satu2nya yang tinggal, adik arwah bapa ku). Ini kali kedua aku jumpa dia seumur hidup aku. Kalaulah aku tak cari dia, siapa lagi? Aku takut silaturrahim kami terputus sekiranya aku jarang melawat dia, dah la jarang telephone.

Tiba sana, kami makan tengahari. Sambil buka cerita lama satu persatu. Seronok aku dengar. Jauh beza dulu dan sekarang. Paling menyentuh hati ku bila pak andak kata, rupa ku sebiji macam adik dia yang meninggal ketika usia muda, belum kahwin lagi. Sayangnya aku tak dapat lihat wajahnya sebab tiada sekeping pun gambar dalam simpanan mereka. Kata pak andak ku, makcik ku itu pendiam orangnya, suka duduk di rumah menjahit dan tak suka bersosial. Aku rasa, ada sikit2 macam perangai aku.
Pak Andak ku yang sporting, penyayang dan sopan orangnya, begitu juga famili mereka.

hehe......belakang rumah pak andak ku memang cantik, boleh main kejar2 atau guling2 macam cerita hindustan, bersih je. Macam2 pokok ditanam, ciku, serai, terung, lada dan lain2. Walaupun rumah lama tapi aku tengok keliling rumah dia takde sampah sarap, sedap mata memandang.

Selepas kenyang isi perut dan sembang2, kami menuju ke Bandar Uda, rumah mak sepupu ku. Aku dan mak tidur di sana dan hubby serta anak ku tidur rumah nenek dia.
Oh ye, masa di Pontian kami menginap di Hotel Pontian, dekat dengan laut. Makan malam kami di Tanjung Piai dengan ikan bakar yang lain dari restoran biasa. Ada sambal dalam ikan. Tapi aku tak makan nasi sebab dah lewat 8.00 mlm, pantang aku tu.......kalau nak makan kena sebelum pukul 7.
Aku harap mak puas hati, seronok ketika bersama kami. Hanya itu yang mampu kami bawa mak, nak makan angin keluar negeri, ntah bila? InsyaAllah jika ada rezeki kami bawa mak lagi ye!

Nanti aku cerita ketika kami ke Rantau Panjang dan Munok pula.......

Melawat Muzium Bugis....sayangnya....



Salam Sejahtera....

Singgah di Pontian, kami melawat satu2nya tok saudara ku yang kurang sihat, sakit tua. Tahun ni dah dua kali aku melawat dia. Walaupun tak boleh bersuara, telinga dia masih boleh mendengar dan mata masih terang. Setiap kali kami datang, mesti dia menangis. Aku pun turut sedih kerana dulu2 masa aku kecil, rumah dialah tempat aku bertunggu tangga. Rumah tu pun dah tak macam dulu lagi. Dah renovate jadi moden pulak.

Gambar2 disini ketika kami membawa mak melawat Muzium Bugis di Pontian. Sebenarnya barang2 ini adalah pemberian percuma daripada mereka2 yang berketurunan bugis. Kononnya mak nak beri gambar arwah datoknya yang dulu Imam Besar Pontian tapi dia tertinggal pula di KL. Sayangnya muzium ini tak berjaga dengan elok. Katanya pernah di rompak oleh budak2 kawasan situ juga, ratus ribu rugi.
Setelah meninjau2 sekeliling muzium, akhirnya kami berjumpa juga dengan penjaganya. Rupanya muzium ini baru nak di pindahkan ke satu kawasan lain yang berdekatan. Lebih besar dan cantik agaknya. Jadi, barang2 yang kami tengok tadi hanya sebahagian saja. Banyak lagi di muzium yang baru sana tapi kami tak sempat pergi sebab nak terus ke JB. Lain kali la nampaknya.........bersambung.... 

Majlis berkhatan..

 ni kawan2 dia masa tadika dulu, sempat jumpa sekejap, akrab betul dia org ni....
Salam Sejahtera....

Selama balik kampung, masa memang terhad untuk menulis blog. Mana lagi anak nak bersunat. Haa....cakap pasal sunat ni, aku nak update tentang anak aku yang bersunat pada tarikh 28hb November lalu tanpa rela. Sebab apa tanpa rela? Dia memang belum mahu bersunat tapi memandangkan tubuh badan dia yang tinggi (orang kata dah macam tahun 4/5) kami tak kira dah perasaan dia tu. Bagaimanapun dia tak menangis. Selalu aku tekankan, lelaki jangan mudah menangis, jangan jadi macam anak perempuan.

Sebelum tiba masa 'keramat' tu, kami buat sedikit kenduri doa selamat kat rumah kakak ku. Bagi dia seronok2 makan dan minum sebab lepas tu dah kena berpantang pulak.
Mak ku masakkan pulut kuning dan nasi beriyani. Panggil saudara mara yang dekat je. Lepas kenduri, pukul 4 ptg terus bawa pergi klinik yang kami dah booking. Mahal juga bersunat ni, RMM150 kena bayar. Mungkin sebab cuti sekolah kot?

Masalah selesai dalam masa setengah jam. Terkengkang kengkang dia balik dengan kain pelikat. Terus duduk bawah meja yang kecil dan kain tu di tapekan atas meja. Sebenarnya tak perlu buat begitu sebab dia berkhatan cara clamp. Lepas seminggu doktor suruh datang balik untuk buka sarung tu. Masa nilah baru dia keluar air mata. Bendalah tu melekat kat kulit (ni bahana taknak dengar cakap doktor soh rendam dgn air suam tapi taknak buat) Terpaksa biarkan dulu sarung yang satu lagi. Kalau dalam masa dua hari tak tanggal, kena jumpa doktor.

Aku dan hubby serta mak aku dah plan nak ke JB. Tak kira dah dia kengkang ke tak, kena bawa jugak. Suruh tinggal dia taknak. Nanti aku sambung cerita ketika kami di hotel Pontian dan ke JB.....



hehe.....gambar bawah ni, ibu dan ayah pun nak enterframe jugak! sedondon tak?


AidilAdha kami di Sabah

Salam Sejahtera....

Ini entry ku yang tertunda ketika raya haji tempohari. Kami sekeluarga tak dapat pulang ke semenanjung pada hari raya itu jadi kami beraya di Sabah, rumah pakcik suami ku. Walaupun tak semeriah seperti biasa, kami tetap bersyukur kerana masih boleh menyambutnya dengan sempurna.

7.40 am kami bersembahyang sunat hari raya aidiladha di mesjid berdekatan dengan rumah pakcik. Tergesa2 juga ketika itu kerana tak sangka mesjid yang kami pergi tu, cepat pula waktu sembahyang raya. Dah la aku tak pernah masuk mesjid disitu, terkocoh2 aku dibuatnya.

Selesai sembahyang raya, kami pulang ke rumah pakcik dan mengisi perut dengan lontong, lemang, laksa penang dll. Aku buat kuah kacang je. Selebihnya makcik ku yang masak, yelah.......dia ada maid, senang sikit.

Dah kenyang, kami menuju ke tempat korban di mesjid berdekatan. Ada dua puluh ekor lebih lembu yang akan dikorbankan. Macam2 gaya aku tengok lembu yang diikat sebelum korban. Ada yang menggelupur lari sana sini, susah nak di ikat. Ada yang relax je........macam dah rela di korbankan. Ada yang tak henti2 makan sebelum sampai ajal. Paling aku suka tengok seekor lembu yang berdiri tegak, maintain je.........memerhatikan kawan2nya yang sudah di lapah. Agaknya dia memikirkan bila agaknya giliran dia?




Ini kali pertama aku menyaksikan penyembelihan beramai2 lembu korban. Biasa kat kampung tengok dua tiga ekor sembelih pun dah riuh rendah. Tapi kali ni mereka yang buat kerja macam professional je......budak2 pun join sama. Aku tengok dari jauh je, tak sanggup tengok darah dekat2. Lembu2 ni pun tak meraung macam kat kampung.
Selesai korban, kami bergegas pulang ke rumah kerana flight kami pada petang raya tu. Tiba di LCCT dah pukul 10 lebih. Malas nak minta sape2 datang ambil di airport sebab flight ke KB pagi esok. Kami melepak sekadar meregangkan badan yang letih di surau airport. Ini juga kali pertama aku mengalaminya. Abang ipar nak ambil tapi taknak menyusahkan dia, bukan dekat dari rumah dia tu, mau satu jam perjalanan. 

Tahun depan mungkin kami akan beraya haji lagi di Sabah dan kemungkinan besar juga akan menyambut hari raya puasa pula. Semuanya bergantung pada cuti sekolah. Walau bagaimanapun jauh kami berada, jika di izinkanNya, kami tetap akan pulang bertemu keluarga tercinta.

Catatan untuk Tina

Salam Sejahtera....

Apa khabar teman2 blog semua? Rindu nak menyelongkar dapur kawan2 tapi sejak balik kampung hari tu, masa dan kesihatan selalu tak mengizinkan. Sekarang ni baru ada masa sikit, itu pun selesema tak baik lagi. Musim hujan, biasalah........kena pula berjalan kesana kemari, kejap aircond kejap berpanas, apa lagi kepala pun naik pening.

Nak tau gambar siapa kat atas tu? Itulah saat paling gembira bagi aku bila dapat jumpa teman lama ketika kami bekerja dulu. Aku sekeluarga susah payah cari rumah dia yang terletak nun jauh di Sepang sana. Ada busines juga rupanya dia. Setelah hampir 6 tahun kami tak bertemu, sekali jumpa, macam2 nak cerita. Kena pulak kawan aku ni becok orangnya. Memang sesuai la dia buat 'homestay' kat rumah dia tu.

Aku tengok dia masih macam dulu, gempal dan tembam. Tapi sekarang saiz dia lebih kurang dengan aku je......pandai dia nyorok belakang aku masa ambil gambar hari tu, tersorok la segala lemak dia dan lelemak ku pula yang expose!!

Anak dia dah enam sekarang daripada yang ku tau dulu cuma dua orang. Hemm.....betapa tuanya kita sekarang ni ye Tina? Ingat tak dulu2 masa kat Tochigi? Korang terpaksa carry kak zana dengan basikal untuk kemana2 sebab kak zana tak pandai naik basikal. Dalam sepuluh orang perempuan, aku sorang je tak pandai bawa basikal. Pelik kan? Memang dari kecil aku tak biasa main lasak2. Main masak2 ada le........heheh...

Tina masih ingat Mr. Wang yang handsome tu? Dah jadi apa agaknya dia ye? Masa kita jumpa dulu, dia masih bujangan. Ingat tak masa dia bawa akak naik basikal? haha.....cikgu bahasa jepun pun carry akak tau....masa nak turun bukit tu, dia soh akak pelok dia.......ish...tak hingin akak walaupun dia dah berjasa pada akak. Agaknya dah bertongkat dia sekarang ni.....ataupun lebih nampak muda dari kita!!

Walaupun kita jauh, akak harap Tina tak lupa persahabatan kita. Sayang selalu dari kak zana.....

DIA dah pergi!!

Salam Sejahtera....

Akhirnya dia pergi jua.......
Tinggalkan kami dalam kesedihan
Sampainya hati 'makhluk' yang tidak berotak ini.....
Menamatkan riwayat makhluk yang tidak berdaya,
yang terkurung di dalam sangkar.....

Tak dapat ku bayangkan...
Betapa seksanya pemergian dia dengan sebegitu rupa..
Dalam kesakitan yang amat sangat
Menanggung pedih.......

Tuan yang bagaikan 'ibu'......tiada di sisi
Kalaulah 'ibu' ada....ibu akan pastikan ianya di lindungi...

Sedangkan aku berseronok dengan keluarga
Bernyanyi riang di lereng bukit
Ibarat drama hindustan....
Gambar sana, gambar sini.....

Dua tahun menyemai kasih
Kau ku anggap sebahagian dari keluarga ku
Kini kau aman 'disana'.......dan aku?
Hanya boleh memandang dari jendela
Kuburan mu bukan di laman ku
Tetapi di laman orang!

Sedihnya....

Kesihatan tak mengizinkan....

Salam Sejahtera....

Tak dapat nak cerita lebih panjang sekarang ni sebab ada saje kerja yang perlu di selesaikan. Anak pula baru lepas bersunat. Selepas selesai majlis kahwin adik ipar di Kelantan, sambung pula doa selamat di KL untuk anak yang bersunat. Buat kecil2an je..........kecil2 pun bukan keluarga kecil. Itu pun tak semua yang hadir. Apa yang penting doa dari keluarga agar tiada halangan sepanjang kami di sini.
Gambar2 aku tak sempat nak  upload. Masa ada tapi kesihatan pula terganggu. Selepas selesai semua perkara, aku akan sambung lagi upload gambar2 kami ketika di Cameron Highland, kenduri doa selamat dan lain2....

nota: rindu juga nak jengok dapur blogger tp masa tak mengizinkan!!

Mini Korokke

Salam Sejahtera....

Kali ni akak marathon update blog sebab takut tak sempat nak update bila dah balik semenanjung. Kerja banyak tak buat lagi ni........

Resepi akak ambil dari blog Hana.....boleh tengok resepi dia kat sini http://hanamemories.blogspot.com/2010/11/mini-korokke.html. Terima kasih Hana kerana akak suka sangat makanan ni, sedap dan lembut. Orang takde gigi pun boleh kunyah....







cuti2 Cameron Highland

Salam Sejahtera....

Selepas selesai kenduri adik ipar ku, kami ambil keputusan untuk merehatkan badan di Cameron Highland tanpa di rancang. Sejak cuti sekolah bermula kami belum jalan2 makan angin lagi. Jadi terlanjur menghala ke Selangor, kami singgah di Cameron Highland untuk kali ke berapa tak ingat dah.

Dalam perjalanan cuaca mendong membawa ke hujan lebat. Nasib baik kereta tak buat hal masa tu tapi lepas ni ada kisah kereta mati dan kena tolak pula.

Setiba di Hotel Equatorial, en. abe terus booking bilik, nasib baik ada. Cuti sekolah ni laku la pulak. Lepas meregangkan urat2 yang tersimpul tadi, kami turun ke pasar malam Brincang. Cari apa yang patut untuk di makan dan beli sedikit souvenir untuk diri sendiri dan anak saudara.

Hanya dua tiga keping aku upload kat sini, selebihnya boleh tengok kat facebook. Ini pun pilih mana yang elok je sebab kamera ku tinggal di Sabah, guna handphone kali ni.

Balik pada kisah kereta tadi, selepas jalan2 cari makan kat pasar malam, kami pun nak balik ke hotel. Apa taknya, perut dah berkeroncong, dah pukul 8.30 malam. Lepas tu nak cari kfc untuk anak pulak. Tetiba.......tak boleh start pulak dah.......kat kawasan tu gelap. Che abe tolak sorang, aku dok pusing stering........mana larat? Akhirnya ada sekumpulan lelaki lalu nak kepasar malam, che abe panggil minta tolong tolak dan dia ambil alih tempat ku. Alhamdulillah, akhirnya boleh juga start enjin. Ni mesti masalah bateri kereta sebab dah empat tahun tak tukar. Biasalah, kereta orang tua..........dia tak pergi jauh2 macam kami ni.

Pusing2 area kfc tu, akhirnya jumpa kedai bateri kereta yang hampir nak tutup. Bertuahnya, dia pasangkan sekali. Lega rasanya, barulah ada selera nak makan balik ni..........itupun dah kopak RM160.

Mata ku kedip2, rupanya....

Salam Sejahtera....

Dah beberapa hari mata akak ni asyik berkedip2 je. Naik rimas dibuatnya, dalam hati akak berkata, nak jumpa seseorang yang dah lama tak jumpa kot.

Malam minggu kami makan di satu tempat yang open dan memang jadi kesukaan akak mengorder char kue tiow. Aziz pula dengan baju tidornya, order chicken chop. Ayahnya order kebab. Cuaca baru lepas hujan petang tu, jadi tak ramai orang.

Akak pilih tempat duduk yang berdekatan dengan gerai2 di situ. Sambil tunggu makanan sampai, akak ambil video Aziz, konon2nya jadi pengacara....hehe....berangan tu! Tiba2 akak terperasan, mamat dua orang kat meja sebelah kami tu macam kenal je....

Puas di tenong2, rupanya Ebi Kornelis. Akak bisik2 kat Aziz, Ebi kat sebelah kita tu. Hemm.....memang tak boleh diajak berbisik budak ni.....siapa la....tak kenal la...lupa la....ayahnya pun sama. Puas akak jegilkan mata supaya jangan tengok2 orang sebelah, makin di buatnya.

Che abe suruh akak pergi kat dia, suruh salam tapi sorry.....takkan aku buatnya. Takpelah, nanti kita nak balik, kita jumpa dia kejap. Belum habis makan, tetiba Ebi dah angkat bontot nak balik. Che abe tegur dia, boleh tak ambil gambar sekejap? Nasib baik dia ok, bergambar la akak dua beranak dengan rasa malu.....hehe...tak tengok kiri kanan dah....mungkin orang Sabah tak kisah dengan Ebi tapi akak ni ada sejarah masa Ebi dalam af dulu. Akak pernah vote dia....hehe...pernah hantar kek kat dia, pernah bual di talipon, cuma belum jumpa je.

Pandangan akak Ebi ni peramah orangnya, merendah diri dan paling penting handsome!!
Kat gambar nampak tak berapa hensem, reality dia memang macho la!!

Hari Anugerah Cemerlang

Salam Sejahtera....

Tahniah pada anak ku baru2 ni dapat anugerah cemerlang untuk matapelajaran Math dan Science. Walaupun tak dapat kedudukkan 1 - 3 dalam keseluruhan kelas 2. Kalau tahun lepas dapat sijil dan duit RM10 untuk satu subject terbaik, tahun ni cuma dapat piala dan sijil. Tak apa la.......ada juga tanda sebagai kenangan. Penuh juga almari tu nak sampai ke tahun 6, insyaAllah.

Ceria ketika di dewan MUIS bersama kawan baiknya.

Ketam batu

Salam Sejahtera....

Malasnya nak update blog, sibuk dengan kemas rumah yang berhabuk. Tempoh hari ada orang repair sikit dinding rumah ni, bila hujan selalu masuk air. Orang yang buat sebelum ni tak berapa elok. Akak tengok rumah pun takde mood, suram je.

Nak cerita pasal seafood ni. Kalau pergi pasar KK nampak binatang pelik2, akak mesti ambil gambar. Agak2 apa ni?


 Adakah lobster? katanya kat sini sekilo RM80 tapi che abe boleh dapat RM50 dengan kawan dia. Tengok la nanti macamana rupa yang dia beli, yang ni akak snap gambar je tapi tak beli pun.



 Ni pulak ketam batu, memang sebiji la rupa batu, akak tak pernah makan sebelum ni. Hubby nak merasa sangat, beli la seekor.......RM9....mahal tak? Keras betul kulit dia, parang pun tak jalan, kena guna lesong batu baru pecah kulit kat kaki. Karang kalau tak pecahkan, ada pulak orang patah gigi nak gigit kaki ketam.....hehe....akak memang malas makan ketam.......ciput je isinya. Tapi lebih sedap ketam yang kulit biru tu drp ketam ni.


Jarang jumpa ketam macam ni dan tak ramai yang jual. Batu pun batulah........dah masak, sedap je......sekali hadap, licin!




Akak letak garam kunyit dan cili sikit, perap sekejap, lepas tu goreng dgn api kecil. Masukkan telor dia, tutup kuali. Sedap!!

apa ada Gaya Street?

Salam Sejahtera....

Cuti 3 hari pergi mana? Pulau? Hotel? oh tidak!! akak melepak kat rumah membesarkan tubuh badan yang semakin menjadi-jadi. Faham2 je la kalau dok rumah, keluar masuk bilik, tengok tv sambil mengunyah makanan. Plan nak pergi mandi2 pun tak menjadi memandangkan cuaca sekejap panas, sekejap mendong. Nasib baik anak tak ingat, kalau tak mau di tuntutnya.

Dah lama tak ke Gaya Street, jadi minggu baru2 ni kami ke sana. Alah.......macam pasar malam kat semenanjung tu......macam2 ada jual terutama batu2 kristal, brooch pelbagai bentuk, anjing dan kucing pun ada jual. Kekadang saja pergi nak tengok2 je, kalau berkenan.......beli......abe akak belikan topi kembang tepi. Kelakar la pulak, tetiba dia nak suruh akak pakai topi kan? Bukan apa, konon2 kalau pergi bercuti mana2 pantai atau pulau, nak suruh bini dia ni pakai. Cantik juga pilihan dia, terima kasih la che abe ye!!


Beberapa keping gambar je sempat snap. Setiap kali pergi mesti bergambar sampaikan kena tegur dengan che abe......sudah2 la tu....
Kalau nak kata kat sini murah, tak juga. Tapi pelancong2 memang wajib turun sini. Bagi akak sekeluarga, tak dapat bercuti tempat2 yang menarik, dapat cuci mata pun jadi la.........sekurang2nya terhibur juga tengok gelagat manusia keliling kita.

Buntu!!

Assalammualaikum semua. Lama tak update blog. Buntu kepala otak ni atau bahasa lainnya 'blur'.......beberapa hari ni akak rasa macam malas berfikir pulak. Entah apa yang akak nak tapi tak dapat. Atau mungkin kebosanan melanda dalam rumah ni......ye la....cuti2 Malaysia orang pergi bercuti sana sini tapi akak kat sini masih keluar masuk dapur dan bilik komputer.

Kalaulah akak ni loaded, confirm dah terbang ke London, Phuket, Indonesia dan ntah mana2 lagi. Tapi akak pun sedar diri tau, takkan nak minta yang bukan2 dengan hubby. Mau migrain dia!!

Lagi beberapa minggu kami akan pulang bercuti di semenanjung. Rasa happy ada, rasa tak happy pun ada. Walaupun kat sini akak tinggal dirumah orang (sewa) tetap seronok berbanding bila kita kena bermalam dirumah saudara mara. Bukan akak nak kata layanan tak bagus tapi faham2 sendiri. Kebiasaan yang biasa kita lakukan dirumah, tak dapat kita lakukan bila berada di rumah orang lain. Rasa kekok, tak selesa, tak lengkap dan sebagainya. Bagaimanapun akak tak kisah sangat sebab setiap kali balik semenanjung, banyak tugasan yang kena diselesaikan sebelum balik.

Jadi bila disana nanti, tak sempat la kepala akak ni nak 'buntu' sebab banyak kerja.  Harap2 tak jadi stress pulak!!

Bola vs Mari Menari

Salam Sejahtera....

Tahniah Kelantan kerana memenangi piala pada tahun ni. Tak sia-sia penyokong yang datang dari jauh untuk menyaksikan pertandingan sengit dengan Negeri Sembilan.

Akak tak tengok malam tadi walaupun di gesa anak supaya menyokong Kelantan. Bukan tak minat tapi akak lebih suka menonton Mari Menari, walaupun ramai yang kata rancangan tu tak menarik, membosankan, rancangan paling teruk la........tak kesah....bukan apa, saje nak seronok2. Tengok orang menari ni kekadang kelakar pun ada. Paling penting akak nak tengok Zulhuzaimi yang handsome tu.....hehe.....kalau takde dia, besar kemungkinan akak tinggalkan MM tu....

Cerita pasal bola, lelaki dua orang dalam rumah ni, siap pakai baju merah juga untuk merasakan kehangatan yang sama seperti dalam stadium. Walaupun jauh beribu batu dari stadium, mereka tetap bersemangat menontonnya. Anak beranak baju merah, siap selongkar almari cari baju. Lucunya bila anak akak suruh beli tiket balik KL hari tu jugak. Aduhai, dia ingat murah agaknya.....budak2....mana la dia tau, nak seronok je!!

Paling best masa dalam kereta petang sebelum perlawanan kami bertiga meneka berapa gol akan dijaringkan. Akak kata 2-1, anak kata 4-1 dan suami kalau tak silap 3-1. Tapi akak tak kata pasukan mana yang akan menang, cuma menjangkakan kemenangan 2 berbalas 1. Akhirnya tekaan akak tepat. Maka riuh rendah la malam tadi dalam rumah akak walaupun hanya tiga umat. Nasib baik takde orang kena belanja akak, kalau tak dah kena tuntut hari ni......

Tahniah Kelantan!!

Kek Lobak Merah Nenas

Salam semua......
Kek lagi? apa nak buat? dah takde keroje, otak ni mikir nak makan je. Akak memang suka kek lobak dan saje je buat nak bagi anak makan sayur. Kalau nak suruh dia makan sayur macam tu aje, jangan haraplah.......sampai bila2 pun tak makan. Kenapa eh bebudak sekarang susah nak makan sayur? Pada hal dari kecil lagi dah cuba bagi makan sayur campur dalam bubur nasi. Jangankan sayur, bubur tu pun dia tak makan, muntah ada ler.......

Kek ni akak buat tak ikut macam dalam buku resepi. Asal resepi dari buku Alex Goh, American Carrot Cake tapi akak ubahsuai dengan sebab bahan yang diperlukan tak ada. Tekak nak makan, mana boleh tunggu, ye tak?

Resepi asal guna kacang walnut tapi akak ganti dengan nenas, kulit kayu manis akak tak guna.

Bahan2:-
A
3 biji telur
150 gm susu
300 gm gula
1/2 sudu teh garam
B
180 gm minyak sayuran
1 sudu teh esen vanila
C
280 gm tepung biasa
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda bikabonat
1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (kalau nak guna)
D
200 gm lobak merah dihiris (akak tak hiris, parut je....takut anak nampak dia tak makan)
120 gm kacang walnut di cincang (akak ganti dgn nenas)

Cara membuatnya:-

Pukul bahan A hingga pekat.
Tambah B dan pukul lagi hingga sebati.
Ayakkan C dan gaulkan kedalam adunan hingga rata.
Masukkan D dan sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam acuan berukuran 9x9 (dlm buku 30 x 23 cm) yang di gris dan alas kertas.
Bakar pada suhu 180C selama 30-45 minit.

Untuk topping akak tak ikut macam dalam buku. Ikut suka hati sendiri je.........putar krim yang di campur dengan blueberry, balance dulu punya ada sikit dalam bekas.

Note: akak rasa sedap lagi takde kekacang dalam kek ni, tekak akak la!!


Kuih Keria Labu

Assalammualaikum para pembaca blog akak.......(tukar la pulak gantinama 'aku') Sebenarnya entry ni dah tulis dari semalam tapi bila nak upload gambar, tetiba gambar kat dalam laptop pulak. Jadi, terpaksalah ubah sikit entry semalam.

Akak paling suka hari Isnin hingga Khamis sebab ada cerita di tv yang akak follow. Boring kan hidup surirumah yang macam ni? Macam takde matlamat je.......tapi itu kata orang yang tak suka jadi surirumah sepenuh masa. Kadang kala akak pun boring juga. Nak cari sesuatu yang boleh mengisi masa lapang macam kawan2 di alam maya ni, dah ada business sendiri seperti buat kek dan lain2.

Che abe ada juga suruh kursus buat kek dengan kawan tapi masa tak mengizinkan pula. Selain drp tu, suruh akak tulis skrip, ada ke patut akak jadi penulis? Layak ke? Kata dia, kalau suka sangat berblog, tulis itu ini, cuba2lah buat skrip drama ke.......hehe....tak yakin akak. Kalau tulis resepi....haaa..memang rajin. Ni nak tulis resepi kuih keria, buat beberapa hari lepas.

Labu yang di buang kulit, rebus dan lecek
Tepung gandum (kali ni tak campur dgn tpg beras, biasanya kalau keria keledek, campur tpg beras sikit)
Gula untuk menyira
Dah campur semua bahan, uli bentuk macam tayar tu. Orang kata letak sikit minyak kat jari, baru senang nak membentuk kuih. Masa akak buat hari tu, memang leceh la.......melekit2....tapi sebab nak makan punya pasal, tak kesah la!


setengah biji labu tak habis buat kuih keria, akak buat cekodok pulak, rasanya lebih sedap dari cekodok pisang...

Laksam

Salam Sejahtera....

 Jom kita makan LAKSAM!!

Aku suka sangat laksam. Masa aku kerja dulu, kerap beli laksam untuk bekalan. Kalau di kantin ada laksam, tak lepas peluang, aku mesti nak juga.

Sebelum ni kalau buat laksam, aku guna laksa beras sebab aku tak pandai buat laksam yang macam kueteau tu. Pernah sekali aku buat......tapi......segan nak cerita....ada ke patut aku bakar atas kuali leper laksam tu. Aku memang mati2 ingat macam goreng lempeng. Patut la keras kejong, sekali tu je aku buat.

Bila selalu melepak kat myresipi, tertengok la resepi laksam kat sana. Rupanya laksam ni di kukus......haha....bodohnya aku. Tak terfikir langsung masa mula2 buat dulu benda ni patut di kukus atau di goreng.

Sekarang aku dah boleh buat laksam tapi masih belum memuaskan hati lagi. Tapi bila adunan hampir habis, aku tambah air, cuba tengok macamana rupa bila lepas kukus. Barulah cantik laksam ku. Aku ni kalau buat apa2 kuih atau masak lauk tiru dari resepi orang, memang aku tiru bulat2 dan tak ubah sukatan. Kalau kali pertama buat tak jadi atau tak puas hati, kali kedua buat barulah aku ubah sedikit.

Resepi ku ambil dari yani, terima kasih ye!!

3 cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4 cwn air suam

untuk kuah laksam
Ikan di rebus dan buang tulang (aku rebus dgn asam keping, airnya boleh guna utk kuah)
Sedikit halia
sedikit bwg putih
sedikit bwg merah
sedikit lada hitam/serbuk lada hitam
santan
Asam keping
garam
sedikit gula merah

untuk ulaman
timun, kcg panjang, taugeh, daun kesum

untuk sambal
cili merah
belacan
garam
limau

Cara2 membuatnya:
Untuk laksam, gaulkan semua bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak untuk elakkan dari melekat. Ambil sedikit adunan dan letakkan atas tudung periuk. Kukus hingga masak (sekejap je dah masak)
Bila dah masak, keluarkan dari kukusan. Biar sekejap sebelum di gulung, supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Ulang sampai habis.
Untuk kuah:
Kisar ikan bersama halia, bwg putih, bwg merahl, lada hitam.
Masuk dalam periuk bersama santan, asam keping, garam dan gula.
Masak hingga pekat.

Tumbuk cili merah, belacan, garam dan perah limau untuk sambal laksam.
Ulam-ulaman semua di potong halus2. Tabur atas laksam ketika hendak di makan.

LONTONG GORENG

Salam Sejahtera....






 sekarang ni kamera ku ada masalah sikit, ni guna kamera hp, kalau takde hp.......mati kutu aku....

Lontong goreng ni aku ambil resepi dari myresipi dan kredit to kak fida. Aku tokok tambah sikit drp asal...

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • sepinggan lontong,ketupat atau nasi himpit yg telah didadu kasar2
  • 1 senduk cili kisar(lebihkan jika suka pedas)
  • 1 biji bawang besar kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • 1 hiris halia kisar
  • 200 g daging/ayam cincang
  • 200 g udang hidup - kupas kulit
  • 3 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb kicap manis
  • daun sop,daun bawang - hiris
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 2-4 biji telur
  • minyak masak utk menumis
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan yg dikisar.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan daging /ayam cincang dan udang dan gaul rata dan masukkan sos tiram,sos tomato dan kicap.Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
  2. Masukkan lontong dan gaul hingga sebati dan 1/2 bahagian daun sop,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng,gaul lagi.
  3. Pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul sebati dan masak hingga lontong bersalut dgn telur hingga kering,kacau sentiasa.
  4. Ketika menghidang,tabur lagi dgn daun sop,daun bawang dan bawang goreng.Sedap dimakan ketika panas atau ketika telah sejuk.

note: aku tambah tahu kering (apa nama tahu yg selalu letak dlm mi kari tu?) , cili padi dihiris2 dan tabur, ayam pula aku rebus dulu, kemudian dicurah kicap dan goreng sekejap. potong sama besar dgn lontong dan gaul sama.

Bahana rabun dekat!!

Salam Sejahtera....

Korang kalau kat rumah pakai spec tak kalau buat kerja? Maksudnya kerja2 seperti menyapu, sidai kain, membasuh dan lain2 lagi. Membaca, memang wajib la pakai spec kan, kalau tak sampai ke esok pagi tak habis2 satu muka suratkhabar.

Aku ni kalau makan, tak suka pakai spec. Walaupun kekadang mata ku kabur tengok tulang ikan. Rasa rimas dan lemas pakai spec ni, melekap je kat muka. Mungkin sebab aku mula pakai spec selepas berkahwin, bukan dari bujang dulu2. Jadi lebih banyak tak selesanya.

Mataku ni tak rabun sangat kalau benda jauh. Aku cuma rabun dekat je....hehe...rabun orang tua la katakan! Maka terjadilah kisah ni ketika aku didapur menyediakan hidangan untuk makan malam kami sekeluarga.

Aku kedapur, kalau tak silap nak masak lemak ikan ke hape, dah lupa, santan dah keluarkan awal. Senang nak masak kalau santan dah lembut (santan beli dah siap). Sementara benda tu terbiar kat dapur, aku sambil buat kerja lain.
Bila nak masak, aku nampak ada sampah dalam santan, warna hitam kelabu, macam daun dah layu gitu. Aku selamba je ambik keluarkan dari santan. Alah....kalau setakat daun kering macam tu, apa salahnya aku guna santan tu. Aku buang dalam singki dan tuang santan dalam periuk (belum masak lagi ni)

Bila aku kembali ke singki dan buka air, 'benda' tadi tu tak boleh lepas dari tapis singki. Jadi aku korek dengan tangan dan tengok dekat, apa kebenda ni? Ya Allah!!
 ???????
??????
?????
????
???
?


Binatang ni yang aku pegang tadi rupanya?? Selama ni punyalah gigil nak pegang cicak, tiba2 tadi selamba je aku pegang dan letak dalam singki. Geli geleman aku dibuatnya. Inilah bahana tak pakai spec........cepat2 aku buang santan tadi. Nasib baik tak 'terlanjur' memasak, kalau tak.......kami makan masak lemak bersantankan cicak......uwekkk!!

Jadi, sesiapa yang sedar diri dia rabun tu, tolonglah pakai spec senantiasa......

TERATAI nan indah....


TERATAI BUNGA INDAH!!!

Setiap kali pergi jogging area pantai Tanjung Aru (bukan le jogging sangat, jalan2 dating dengan che abe je...) aku berdua selalu berhenti di sekitar kolam situ. Menatap bunga2 teratai yang kembang, putih melepak di tengah2 kolam. Cantiknya......tak jemu mata memandang. Nak di ambil tak tercapai tangan.......untungnya hidupan yang ada sekeliling teratai tu.

Bila sebut teratai, aku mesti teringat che abe aku tu. Suka sangat lagu Teratai nyanyian Pakcik Ramli Sarip, suara jantan yang serak2 basah. Dulu2 tak seserak sekarang suara dia. Tapi, serak2 pun pengikut dia dari budak2 sampai ke orang tua kan?


Dua minggu lepas kami tiga beranak sempat berkaraoke (seumur hidup aku, baru ni la aku gi masuk bilik karaoke pastu nyanyi pulak tu....) di sebuah shopping complex. Setengah jam RM10, mahal ye? Tempatnya selesa juga, boleh baring2 lagi. Dalam fikiran ku, agaknya macam ni la keadaan mereka2 yang kerja sebagai GRO atau kata lain yang lebih sopan 'teman tapi mesra'. Sambil nyanyi, ada minum2 dan buat 'kerja' lain sikit2. Jadi, kalau sesiapa yang nak benarkan suami masing2 pergi seronok2 berkaraoke dengan kawan2 sepejabat, aku rasa baik pastikan tempat tu sesuai untuk kita. Elok isteri ikut sama atau bawa anak-anak sekali.

Bukanlah aku kata tempat berkaraoke ni tak bagus. Bagus untuk famili dan kawan2 sekali sekala lepas tension kat pejabat atau surirumah yang penat melayan anak dan suami. Cuma dengan keadaannya yang berbilik, dikunci dari dalam, tutup lampu (pasti gelap kan?) Tapi kalau nak buat benda tak elok, tak semestinya masa berkaraoke je......cuma bayangkan kalau pasangan kekasih? tak ke haru jadinya....pasangan suami isteri ok la.....tapi kena pastikan bawa sijil nikah anda. Nanti tak pasal2 kena dakwa berkhalwat, dah pernah terjadi kes ni.

pilih lagu nak nyanyi, semua lagu rancak......walaupun ustaz, layan rock kapak che abe aku ni....

hehe....nak jugak tu nyanyi walaupun tak terikut wording kat skrin sebab lagu rock Spider....
bininya mana eh....hehe...kat belakang tabir je, nyanyi pun sekadar backup singer!