my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Santai dirumah kakak

28hb Oct, malam..


dihiburkan oleh Sharp Shooter sambil menjamu selera..........






Hidangan nasi goreng daging dan udang masak sweet sour menjadi menu simple pada malam dirumah kakak. Ditambah pula cucur udang cicah dgn kuah asam pedas buatan emak. Gorengan keropok pula utk anak-anak saudaraku yg ramai, itu pun sebahagian je yg ada.










Cikgu order karipap kentang

panas lagi, baru goreng

Semalam tak berkesempatan nak update kisah ku dirumah kakak hari tu. Sebab ada panggilan drp cikgu sekolah suami, minta buatkan karipap 150 keping. Aduh mak.........kelam kabut aku dibuatnya...........stock takde dlm peti ais. Sejak balik dari kampung, aku kurang masa nak buat karipap frozen. Ada saje hal nak kesana kemari.

Pukul 4 pagi aku dah mengelim karipap. Suami bagun gak tapi..............tengok bola.........
Siap juga karipap tu dlm pukul 9 pagi. Lega rasanya.......fuhh.....lepas suami pergi sekolah, aku pun tarik bantal...........meredakan otot yg lenguh!!

Kerabu mangga


Kerabu mangga drp kakak........
Aku tak tau nak jelaskan berapa banyak dia guna mangga. Kalau untuk makan dua atau tiga orang, sebiji dua dah cukup agaknya. Aku tengok dia potongkan buah tomato (potong kiub), serai di hiris halus-halus. Cili hidup dan cili padi sedikit, bawang besar hiris.
Sotong putih dibuang kulit dan direbus. Hiris kecil-kecil. Kacang tanah di goreng tanpa minyak dan di kisar kasar. Sos ikan tak lupa........masukkan gula dan garam secukupnya. Perahkan air limau nipis setelah digaul semua bahan.

Open house lagi......


Hemm.......makan-makan lagi......hari selasa, tempat kerja abang ipar ku adakan majlis hari raya. Sebelum tu, aku dah offer kat kakak, kalau perlukan tenaga kerja, aku dan suami sudi tolong sebab kebetulan suami tak kesekolah, masih cuti lagi. Drp dok melepak dan melangut kat rumah, baik tolong kakak.

9 pagi aku dan suami dah ada dirumah kakak. Kesian tengok dia, kerja banyak......tangan pula alahan sabun. Nasib baik lauk ikan sambal, mak yg masakkan. Kakak sediakan nasi putih, kerabu mangga, udang masak lemak, air minuman, telor masin, rendang dll lagi. Pukul 10 pagi kena bersiap utk kepejabat abg ipar ku. Dia ada meeting pulak..........tapi dia hantar tiga empat org kakitangan dia utk membantu.

Ada juga nyanyian drp Datuk Sabri (Menteri Belia dan Sukan), lagu 'dangdut' lagi.......ada persembahan ghazal dan kumpulan Sharp Shooter yg sudah tentu dianggotai oleh anak saudara ku.
Majlis bermula pukul 12 hingga 2 petang. Selesai majlis, abg ipar ku bercadang menjemput teman anak-anak mereka kerumah petang itu juga. Kakak dah pening kepala, letih yg tadi tak hilang, nak masak lagi lepas ni. Aku tawarkan diri membantu, lagi pun bukan orang lain yg nak datang. Kaum kerabat sendiri je.......anak-anak saudara yg paling meriah...
Kakak cuba talipon orang yg jual sate tapi tak jual pula hari tu.......hemm....beginilah orang melayu. Sekejap niaga, sekejap tutup...........sate ni kakak dah biasa tempah. Dia tak makan sate 'jenama' lain...









Senario The Movie

















Lama tak menjengah mak, pagi tadi singgah sekejap sebelum ke Alamanda. Bawa buah tangan kek dan kuih lepat ubi yg ku buat semalam. Saje nak dengar komen dr mak. Dia kata keras sikit (mungkin kurang santan), manis dah cukup. Senyum je dia bila ku kata aku tak pernah buat lepat ubi...........


Sambil berborak dgn kakak dan anak2 saudara ku, sempat juga suami ku snap gambar sekeping dua. Hari raya lepas tak sempat berposing kerana aku raya di kampung suami. Tengok la rupa si Mohamad tu........punya la nakal.....ramai-ramai cucu mak, dialah yg paling ligat.......

Hampir sejam setengah disana, kami pulang kerumah dulu, tukar baju. Hajat nak tengok wayang kat Putrajaya. Terpaksa ikut kehendak Aziz sebab cuti dua tiga hari ni dia asyik memerap je kat rumah. Ingatkan nak tengok cerita seram atau action tapi memikirkan anak.........terpaksalah kami ikutkan kemahuan dia. Pilihan dia Senario The Movie.

Suka atau tidak, layan je la..........aku sempat terlena dalam panggung. Orang pun tak ramai....budak-budak baya Aziz suka la cerita macam ni. Mula tu aku gelak juga, makin lama makin bosan pula........cuma part yg best tu watak Fauziah Nawi memandu gila-gila........Dia jarang bawa watak yg macam ni. Bagi aku dan suami, cerita ni boleh diberi 3 bintang.

Keluar dari panggung, suami tergoda pula melihatkan produk baru Osim. Produk baru ni boleh memicit kepala untuk mengelakkan stress dan migrain. Sambil urut kaki, sambil picit kepala......wah...aku kata dah macam orang sakit mental ayah ni kalau pakai benda tu....suami ku memang pantang jumpa tempat macam ni. Kalau aku segan nak masuk, macam nak beli je, tapi dia sebenarnya nak ambil kesempatan urut kaki yg sengal tu. Pada hal mesin urut ada kat rumah, saje je nak tanya itu ini.

Puas mengurut dan menonton, kami santai pula di food court. Makan time!! Singgah makan di Rasamas. Emmm......sedap....Aziz nampak berselera sekali makan nasi ayam. Memang itu la kesukaan dia. Suami order mee kari. Licin semua pinggan.................apa lagi....window shopping la pulak...









Percubaan pertama kali


Selama ni aku tau beli kat pasar malam je kalau teringin nak makan. Dah nama pun orang melayu, lidah melayu.....tentulah suka kuih tradisional.

Petang tadi, seharian tak kemana-mana. Ubi kat dapur tu dari semalam dok dalam plastik. Daun pisang masih ada dlm peti ais. Parut yg ku beli di Kelantan masih berbalut lagi, aku keluarkan dari almari. Lama sungguh tak guna parut style lama ni............kekok rasanya.....teringat masa sekolah dulu, selalu tolong arwah atok parut kelapa. Kerana itu saja kerja yg aku boleh tolong di dapur.

Sebelum tu, aku dah intai-intai resipi kat mana-mana blog. Hairan betul aku rasa.......lepat ubi ni rupanya takde guna tepung........ish....bengapnya aku ni.........

Tak puas hati, aku talipon kakak untuk kepastian. Dia pun tak mahir juga........hemm....dua kali lima lah ni.........tapi dia kata, mak pernah bagitau, kalau nak buat lepat ubi, kena letak tepung sikit........tepung apa, dia tak ingat pulak...........

Ahh......belasah je la........aku letak tepung ubi, sikit je.........santan sikit dan gula kena lebih. Tak manis nanti ada 'orang' komplen pulak.

Balut punya balut lepat......dapat la dalam 12 bungkus, banyak juga. Esok kan cuti...........lepat pun tahan lama kalau masuk peti ais..tak payah susah-susah cari sarapan.

Mee kari

Sabtu, 25hb Oct.....
Pagi lagi aku dah bangun, kena siapkan mee kari, tempahan drp sekolah suami ku. Katanya open house utk para guru. Tak banyak, untuk 30 orang aje.

Aku ni takde la pandai sangat masak mee kari. Sebenarnya yg cekap bab memasak ni, emak, kakak dan adik perempuan ku. Aku ni........kiranya.....mewarisi bakat emak kot. Kawan-kawan suami ku kata aku ni pandai memasak, tapi bagi aku tidak begitu. Cuma aku rajin mencuba dan tak putus asa. Sekali buat tak jadi, aku cuba lagi.

Mee kari yg ditempah siap dlm pukul 11 tepat. Jamuannya pukul 12 tengahari. Lupa pula nak snap gambar, kelam kabut buat kerja, maklum.......buat sorang. Suami bantu juga, rajin betul dia kat dapur, tolong basuh-basuh apa yg patut. Hemm.....suami mithali.........

Alaa........lupa nk snap gambar........

Anak saudara

Saje nak add link anak saudara ku kat sebelah ni. Rajin dan handsome gak orgnya......ish...kalau dia baca ni.......confirm senyum sumbing.....heheh....

Sebenarnya dia ada buka studio sebagai business keluarga, memandangkan sekarang ni susah nak cari kerja tetap. Nasib baik dia seorang yang berjimat cermat. Bukan dia saja, malah kesemua adik beradik mereka dah mula menabung sejak kecil lagi. Bila masing-masing dah dewasa, maka tertubuhlah studio ini.

Anak saudara ku ini takde la pandai main muzik pun. Adik lelaki bongsu dia saja yg bergiat dlm bidang ini. Dulu (kalau tak silap dlm tahun ini juga) ada masuk pertandingan anjuran rtm tapi hanya keperingkat awal, mungkin irama yg mereka bawa kurang diminati atau tidak sesuai dgn halwa telinga mereka yg lebih berusia. Lagi pula trend sms skrg ni susah nak ramal.........tapi aku yakin kalau mereka bersungguh-sungguh ingin mencipta nama di persada seni, insyaAllah akan berjaya. Dengan ilmu yg mereka ada, penampilan yg bersih dan kerja keras membawa nama kumpulan.......tak mustahil kejayaan menanti mereka........

Sebagai ibu saudara, aku hanya mampu mendoakan kejayaan anak-anak buah ku ini. Walaupun kami tidak rapat atau mesra (mereka ni semua pendiam dan pemalu), aku hanya ingin dihormati dan diingati oleh mereka bila masing-masing telah berkeluarga dan mengecap bahagia. Amin.....

Tak sihat.......

24hb Oct..........
Semalam aku rasa macam nak demam..........asyik bersin je sepanjang hari. Bagaimanapun kerja rumah tetap berjalan spt biasa. Kena pula kakak order kuih pukul 10 malam. Nak taknak, kena gorengkan juga......nasib baik dah ada dalam peti ais.

Cuti Deepavali ni belum ada tujuan nak kemana. Sebelum ni suami cadang nak 'beraya' di Johor Baru tapi memandangkan bajet 'ciput' bulan ni, aku cadang kita pergi yang dekat aje.......

Oh ye.......aku berterima kasih pada adik ku si melurr..........kalau tak......cbox aku ni kat situ la duduknya. Almaklum la.......baru nak belajar, dulu-dulu kursus computer tak tamat.....ni la jadinya!!

Kuih lapis......


Dah lama Aziz nak makan kuih lapis ni. Selalu beli kat pasar malam tapi semalam petang aku cuba buat sendiri. Resipi dah betul, kenapa pula lembik.....tapi masih boleh di potong.

Aziz kata, takpe la ibu, Aziz tak kisah......kesian anak ku. Nanti ibu akan cuba lagi sampai jadi.

Burger Malaysia


Dulu......masa belum pandai buat burger malaysia ni, aku dan suami tak pernah miss beli kuih ni kat kedai bawah. Entah kenapa, tiba-tiba orang yang jual tu tak buat lagi. Frust betul aku dan suami. Aku tekad.....nak cuba buat kuih ni, akhirnya aku jumpa di My Resipi. Lupa pula nama penyumbang resipi ni.....macamana pun aku nak berterima kasih kat dia sebab sekarang aku dah terror menguli burger ni.....hinggakan aku dapat pujian daripada kawan-kawan suami yang membeli.

Buku baru....


20hb Oct......
Semalam, selepas open house di rumah kawan suami, kami terus ke Alamanda. Hari dah petang, hajat nak masuk kedai buku disana. Cari punya cari, tak jumpa buku yang suami ku inginkan. Mungkin baru iklan di tv tapi tiada di kedai lagi.

Alang-alang dah sampai kesitu, aku tangkap satu buku masakan drp Chef Anuar. Dalam kepala ni, harap-harap adalah resepi yang aku inginkan. Tak sempat sampai rumah, kat food court tu juga aku selak buku masak. Ada tiga jenis resepi, cara buat pai, puding, biskut dan ada juga kek.

Tomy dan hamster


Kalau dulu ada kucing lain dalam rumah, mesti Tomy merajuk. Tapi bila Kiki dan Harry masuk kerumah kami selepas hari raya tempohari, dia tak kisah pun. Tak dengar suara dia menderam..........agaknya dia tengok spesis lain dari dia kot......

Taman Tasik Perdana


19hb Oct.
Dah lama aku dan famili tak ke Taman Tasik Perdana. Waktu pergi dulu (petang) hujan lebat, Aziz tak dapat main di taman. Kali ni aku plan keluar rumah waktu pagi pula sebab petang selalu hujan. Ikmal (anak jiran sebelah) kami bawa sebagai teman Aziz. Nampak seronok dia bila ada kawan.

Sementara mereka bermain kami bersiar-siar sekitar tasik tapi cuaca dah mula mendong.
Pukul 11 am hujan pun turun. Ketika tu kami dah berada dalam kenderaan untuk mengelilingi sekitar tasik. Seronok juga, apa lagi kalau anak-anak. Walaupun hanya sebentar, dah cukup menggembirakan hati mereka.

Dafi dan Aziz


Hari lahir yg ke............

15hb Oct. yang lepas berlalu tanpa ada apa2 yg istimewa. Tiada hadiah dari suami dan sesiapa pun namun aku bahgia. Syukur dipanjangkan umur dan masih dapat menghirup udara segar dibumi ini.

Cuma menghadiri majlis rumah terbuka Kementerian Belia dan Sukan petang hari yang sama sudah cukup menghiburkan. Suami ku dapat jemputan drp abang ipar yg bertugas di sana. Bersama 30 lebih anak2 murid dia dan beberapa orang guru mengiringi dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak kementerian.

Sebenarnya aku tak bersungguh nak pergi tapi disebabkan anak ku yg beriya-iya, aku ikutkan juga. Setiba di sana, dewan dipenuhi dengan para jemputan. Makanan ada berjenis2 hingga tak tau nak makan apa. Aku layan Aziz dulu sebab dia lapar sangat, tak sempat makan balik dari sekolah.
Ada juga pembahagian duit raya drp menteri belia dan sukan untuk murid sekolah dan anak2 yatim yg di jemput. Aziz bisik padaku, dia pun nak juga duit raya sebab anak murid suami yg sama2 pergi tu naik kepentas, mana boleh dia tertinggal? Dia pun menyelit2 dicelah2 budak2 darjah empat tu...........kelakar pulak.....dalam ramai2 tu dia sorang yg kecil.
Aku dengar budak2 tu seronok sangat sebab dapat duit raya banyak..........RM20. Wah.....meriah betul.......Aziz je yg tak kisah sebab dia tak tau lagi nilai duit.

Sebelum tu, aku dan suami sibuk jadi jurufoto artis...........hehe......ada Dafi Af5, Heliza Misbun, Awal Ashari, Roslan Shah (jadi pengacara) dan mungkin ada ramai lagi artis tapi aku tak nampak. Banyak gambar Dafi je dalam kamera ku..........tu pun bukan gambar ku tapi suami. Sebelum ni dia mengutuk2 Dafi, sudahnya dia pula yang beriya2 nak bergambar.

Hingga 4 ptg majlis baru selesai. Di luar stadium putra bukit jalil, ada juga pentas hiburan drp artis2 berkumpulan yang baru. Kumpulan Sharp Shooter yang dianggotai oleh anak saudara ku pun ada. Boleh tahan juga dia orang punya persembahan.

Syawal....6hb Oktober.

Telah seminggu kita umat Islam meraikan idilfitri. Hari raya kedua, aku dah pun pulang kerumah daripada rumah mertua. Rindunya pada Tommy, kucing ku..........buka je pintu, terus dia mengiau pada ku dan suami. Agaknya dia pun tertanya2, manalah tuan aku ni menghilangkan diri?

Sewaktu tiba depan pintu rumah tempohari, jiran ku (bangsa India) terus datang jumpa dan menceritakan ada orang datang pukul 12 tengahari mengetuk pintu rumah kami. Katanya, badan lelaki tu penuh darah, menitik dari lif hingga kedepan pintu rumah. Dia tolong cucikan. Aku dan suami pun tertanya2, siapa agaknya yang mencari kami tu. Kalau nak kata saudara, semua orang tau kami pulang ke Kelantan. Kawan2 suami pun tau..........terkilan juga hati ni sekiranya dia dalam kesusahan. Tapi........kalau betul dia nak minta pertolongan, kenapa tak jawab bila jiran ku bertanya? Hingga sekarang, aku tertanya2 siapa orang itu. Atau dia saja berpura2 minta pertolongan, ada udang disebalik batu............

Sekarang, bila suami ku keluar kemana2, aku akan mangga pintu..........takut pula terjadi apa-apa. Maklumlah, aku selalu tinggal sendirian bila anak keluar bermain. Jiran depan rumah pun jarang buka pintu. Sebelum terjadi pekara buruk, lebih baik aku berjaga-jaga. Orang kata, ingat sebelum kena..........