my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Selamat Tinggal Sk Tg Aru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"





Jumaat, 18hb Nov semalam adalah hari terakhir anak pb di sekolahnya. Tiada langsong wajah kesedihan saat terakhir dia di sekolah. Namun sebelum tu ada juga dia protes taknak pindah. Sayang kawan-kawan agaknya. Kelas dia cuma ada beberapa lelaki (rasanya bawah dari 10 orang, selebihnya semua perempuan) jadi hubungan tu agak rapat, terutama si Acap tu (berdepan dengan dia).

Bagaimanapun setelah ibuayah jelaskan sebab musabab kena pindah, dengan tanpa rela dia terpaksa setuju. Pertama, sekolah terlalu jauh dari rumah. Tambang bas je dah RM75, itupun dia ambil waktu pulang sekolah. Pagi ayahnya hantar, Dah rugi minyak kereta dan masa menghantar dia.

Bila sekolah berdekatan dengan rumah, tambang bas separuh dari sebelum ni. Apa2 hal berlaku, pb boleh jengok dia. Kalau ada aktiviti disekolah waktu petang, dia boleh kayuh basikal dengan sendiri.

Tahun depan juga nak hantar dia kesekolah agama. Sebelum ni dia masuk Kafa sekejap tapi disebabkan terlalu jauh (walaupun seminggu sekali) terpaksa diberhentikan. Bermula tahun depan, pb pasti dia akan keletihan sekolah pagi dan petang. Agak menggembirakan walaupun pasti dia merungut tak dapat join main bola dengan budak2 kat taman ni. Ibu dia pun jenuh la aktiviti menggosok baju dan menyental baju putih. Bukan boleh pakai sabun biasa baju budak lelaki ni, tambah pula dia jenis yang aktif.


Selepas ambil buku rekod, pb snap gambar dia dengan guru kelasnya, Cikgu Noripah. Terima kasih cikgu kerana menjaga, mengajar dan memberi ilmu pada anak kami. Begitu juga cikgu2 lain, halalkan ilmu yang telah cikgu turunkan. Semoga anak kami akan jadi manusia yang berguna pada orang tuanya, keluarga, agama, bangsa dan negara.


nota pb: walau nombor dlm kelas menurun, markahnya meningkat..
takpe, usaha lebih lagi lepas ni...

Daging Masak Merah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Maaf la kalau resipi yang pb tulis ni tak sama dengan tajuknya sebab pb tidak pasti apa nama masakan ni sebenarnya. Samada daging masak merah atau kurma. Pb masak pun ikut bahan yang ada kat rumah. Tidak lengkap dengan daun pudina dan daun ketumbar. Kalau setakat nak makan tiga mulut, malas la nak keluar pasar besar yang sejauh 12 km tu.

Semalam talipon kakak kat sana, sibuk je dia tu dengan tempahan kek lapis. Persiapan anak nak kahwin pun tak selesai, ada pula tempahan setiap minggu. Khabarnya sampai demam2.

Ok, masakan seperti ini biasanya emak yang masak. Serius, pb tak pernah buat sebab emak ada, air tangan emak lagi best. Biasanya orang makan dengan nasi beriani atau tomato. Tapi masa kakak tanya semalam, pb kata nak makan dengan nasi putih je. Tak kisah la tak sedap pun takpe. Cuma silapnya pb dah rebus daging tu awal2 nak kasi empuk. Seeloknya dan sesedapnya jangan rebus dulu.

DAGING MASAK MERAH

2 biji bawang besar di kisar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5/6 batang lada hijau (lada hidup)
1 cawan susu cair
tomato puri/tomato sos (sikit je)
1 biji tomato buah
Rempah beriani (2 sudu besar)
Daging lembu (potong dadu, besar mana ikut suka)
2 biji kentang potong empat
Bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
garam

Cara memasak:-

Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis.
Masukkan bahan kisar seperti bawang, halia, bawang putih dan lada hijau.
Masukkan rempah beriani.
Tumis hingga rempah masak atau naik baunya.
Masukkan daging dan kecilkan api, renehkan.
Masukkan kentang, tomato puri.
Bila daging dah lembut masukkan susu cair.
Akhir sekali kalau ada daun pudina, daun ketumbar dan kacang peas boleh masukkan.
Jika daging belum empuk, tambah air biasa.
Masukkan juga buah tomato yang telah dibelah2.



Tengok rupa macam kurma' tapi tak guna pun rempah tu. Sebenarnya masakan macam ni sedap makan dengan nasi beriani/nasi minyak. Tapi dek kerana nak sangat mencuba, belasah je la dengan nasi putih pun.



nota pb: kalau ada kesilapan, maaf la ye, kita pun bukan pandai sgt..

Sotong Masak Hitam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Suka tak makan sotong kaler2 hitam? Anak pb suka sangat, sebab dah macam masak kicap rupanya. Dia tu hantu kicap, asal makan nasi je, botol kicap mesti ada kat tepi. Ibu dia rasa macam nak baling je botol tu.......

Sotong masak hitam ni kesukaan pb juga masa kecil dulu. Arwah tok masak lagi sedap walaupun cincai je cara masaknya.



Rasanya ni resipi ulang tayang, dah pernah buat di sini, cuma ubah suai sikit je.

Sotong yang besar 2 ekor (siang buang kulit, dakwatnya jgn buang)
Bawang putih
Cili kering kisar
sedikit kunyit
garam dan gula

Kali ni pb tak letak cili padi sebab cili kering tu dah pedas. Macam biasa tumis bawang putih dan cili. Masukkan kunyit, dah naik bau, masukkan sotong yang telah di siang dan cuci bersih.
Biasanya pb toskan dulu sotong tu dalam tapis. Kalau tak nanti masa masak airnya terlalu banyak. Kalau ditoskan, kuahnya pekat dan lebih sedap.
Masukkan gula dan garam. Tak perlu lama2 atas dapur. Angkat dan hidang.



nota pb: minggu ni hati dah kat semenanjung....

Cucur Kentang dan kuah kari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"




Buat untuk sarapan pagi, kononnya nak ikut macam Chef Jo buat tempohari. Tapi lupa pula samada dia ada letak baking powder ke tak.

2 biji kentang dihiris memanjang
1/2 batang karot dihiris memanjang juga
2 biji lada hidup (pb guna lada hijau)
1 biji bawang besar di hiris atau potong dadu boleh juga
sedikit garam
Tepung gandum
Tepung beras
Udang basah di potong kecil
Minyak untuk menggoreng

Seperti biasa bahan2 tu di gaul seperti kita buat cucur atau cekodok. Masa goreng tak boleh letak banyak sangat. Tengok chef Jo masukkan dalam kuali guna tangan je tapi pb tak berani sebab dapur rumah pb ni agak tinggi sikit dari tuannya.......faham2 la ye....

Cicah dengan kuah kari semalam, sedaaaaaap!


Cucur ni pb buat kalau dah kehabisan idea nak sarapan pagi. Bosan jugak jadi surirumah ni kan? Bangun tidur je dah ingat nak masak apa.......tengahari lagi, malam pulak.....kan bagus kalau ada orang gaji? Tapi kalau semuanya orang gaji yang masak, nanti anak-anak termasuk laki pun 'sayang' kat orang gaji atau bahasa lainnya pembantu rumah. Tak best la.....

Cili/lada Jeruk

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dulu masa belum kahwin, pb suka sangat makan cili jeruk. Asal makan mee atau mihun goreng, mesti nak dengan lada jeruk. Buat tak pandai, makan pandai.......kata mak. Walaupun pb suka tapi pb tak pernah berminat nak ambil tau macamana buat lada jeruk.

Pb mula pandai buat lada jeruk bila emak suruh potong lada hijau banyak2 (masa ni selalu tolong emak kat restoran) Kerja potong lada memang pb suka sangat sebab lada hijau kan segar.

Lepas tu mak suruh rendam dalam air panas yang baru mendidih. Tak boleh lama2 nanti lada jadi hitam/gelap, tak cantik. Lepas tu toskan lada guna tapis. Masuk dalam bekas/botol, letakkan beberapa sudu gula pasir dan curahkan cuka secukupnya. Senang je kan?






 Kalau cili padi pb jarang buat jeruk, tak tahan woooo.......

Usia bukan pengukur kematangan/kemahiran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Betul ke tajuk tu dengan apa yang pb maksudkan ni?


Walau pb ni dah berusia (taknak cakap dah tua...hehe..) ada banyak benda yang pb masih tidak mahir atau pandai memilih sesuatu. Contohnya kalau nak beli keledek, ubi kayu, ikan dan banyak lagi, memang pb fail soal ni.

Setiap kali beli keledek, pb akan perhatikan kulitnya cantik atau tidak. Bagaimanapun tetap juga terkena yang busuk, nampak macam dah layu selepas di kupas. Ubi kayu lagi tak reti memilihnya. Masa nak beli tu, punyalah lama memilih, sudahnya kena yang dah masuk angin la.......banyak serat la.....sampaikan jadi tak berani nak beli.

Kekadang pb frust juga dengan diri sendiri. Kenapa pb tidak pandai memilih seperti kakak? Takkan masih belum matang, kan? Dalam hal lain juga begitu seperti memilih kain untuk dibuat baju. Mungkin sebab dari remaja hingga dewasa, emak yang selalu pilihkan. Bila dah kahwin, suami pula yang pilihkan.

Mungkin juga kerana sikap pb yang suka minta pendapat dari orang lain atau pb yang tak tetap pendirian. Rasanya ramai diluar sana mengalami seperti pb.

Lebih baik takde kawan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

 Pernah merajuk dengan teman baik atau kawan sendiri yang susah senang bersama? Sakitnya hati melebihi dari orang yang putus cinta pb rasa. Dah la nak talipon pun susah, manjang takde kredit. Sibuk satu hal, macam la anak berderet-deret, tu belum kahwin lagi.

Sebagai kawan baik dan orang yang lebih tua dari kawan tadi, pastilah pb banyak beralah walaupun sikap dia kerap buat kita naik darah. Mungkin dia tak sedar atau buat-buat tak sedar. Ego la tu......tak boleh terima teguran orang.

Kali ni nak diamkan diri je. Apa tindakan dia agaknya? Ah....dia peduli apa, kawan dia keliling pinggang. Orang peramah mesti ramai yang suka, kan? Kita ni cuma tempat dia mengadu sakit, mengadu susah, mengadu masalah tempat kerja. Dan telinga kami ni setia mendengar masalah dia, tak pernah jemu........simpati pun ada......tapi mungkin itu dulu. Sekarang........ tidak lagi, tolonglah cari orang lain.



nota pb: takde kena mengena dgn teman blog,
saja nak mengadu kat sini........

Sesal kemudian tak guna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Kenapa? kak zana atau pb dah buang tebiat ke? haha.....memang beberapa hari ni nak belajar melukis....tu la....dulu2 belajar komputer tak habis, baru sekarang nak ambik diploma dari dapur......huwaaaa!

Sebenarnya ada entry pasal anak yang dapat keputusan periksa tak berapa nak memuaskan hati. Belum tahu dapat nombor berapa tapi.......biasalah kalau ayahnya cikgu, mesti dah boleh agak kalau tengok pada markah peperiksaan.

Dua hari lepas, waktu pagi sebelum ke sekolah. Anak ni termenong dan menangis (biasalah....menyesal kemudian) kerana dapat bebelan percuma dari ayahnya.

Pertama, gagal dapat markah tinggi kerana sikap malas membaca.
Walau dikurniakan bijak bagaimanapun seperti Dr Sheikh Muzaffar, tapi kalau malas, memang takkan kemana. Ayah dah pesan, biasakan diri dengan membaca tak kira surat khabar, majalah, buku cerita atau apa saja. Buku sekolah tu memang la wajib. Orang yang bodoh sekali pun tapi kalau dia rajin, insyaAllah akan pandai juga.

airmata dah berjurai-jurai.......

Kedua, tidak ada disiplin.
Bila ibu dan ayah suruh, suka mengelak seolah belajar tu menyiksakan. Lebih tengok tv dan main bola. Disiplin bukan saja perlu masa belajar tapi dalam kehidupan seharian. Bila ibu pesan kena balik sebelum maghrib, janji bukan main lagi, nak balik sebelum tu. Tapi sampai azan maghrib baru terjengol. Ibu tak kisah, ibu tunggu belakang pintu je dengan rotan!

tambah lagi berjurai airmata....

Ketiga, cuai dan ambil mudah.
Semua yang ibu dan ayah suruh diambil mudah dan tak masuk dalam kepala. Hari ni cakap, tengahari lupa, petang nanti ulang lagi, malam terus hilang. Orang yang cuai akan ketinggalan. Contohnya jawab soalan periksa, kekadang senang je sebenarnya. Tapi sebab cuai, tak selak balik dah buat ke belum. Banyak kali dah jadi macam tu.........kesannya walaupun silap satu atau dua, akan mengurangkan markah kita.

dah tak lalu nak makan dan minum masa ni......

Dua tiga hari ni memang dia berubah sekejap. Harap2 berterusan hendaknya. Pukul tak, herdik pun tidak.......mak bapak membebel bukan nak bagi anak stress tapi anak2 ni kalau tak di ingatkan selalu, memang hanyutlah hidupnya.

Ibu dan ayah tak pentingkan nombor tu, dapat belas2 pun takpe asalkan ada peningkatan markah. Segala nasihat bukan untuk kepentingan ayah atau ibu, tapi untuk kebaikan anak kemudian hari.





nota pb: maksud gambar tu, bukan mendera ye....
tugasan dia setiap minggu!

Roti Telur Bersosej

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari-hari kita pening kepala fikir nak sarapan apa kan? Kalau setiap pagi pekena makanan yang agak berat, kekadang bosan juga. Terutama anak-anak ni, bukan suka sangat pagi-pagi makan nasi atau mee goreng. Biasanya kalau anak kesekolah, pb dan hubby sarapan diluar je, samada dengan kuih muih atau mihun goreng.

Pagi tadi anak pb ponteng sekolah, biasalah bila penghujung tahun je takde aktiviti yang menarik. Cikgu pula sibuk dengan urusan peperiksaan yang baru selesai. Buku teks pula dah dipulangkan. Melangut la bebudak tu kalau takde cikgu masuk. Anak pb ni bukan suka sangat kalau takde aktiviti......(iye la tu, ntah2 dia yg terlebih suka)

Pagi ni pb buat sarapan simple untuk dia. Rasanya ibu2 kat luar sana pun biasa buat macam ni......roti telur yang di letakkan sosej di atasnya.


4 keping roti
2 batang sosej
2 biji telor
sedikit easy cheese untuk sapuan
serbuk lada hitam
garam
sedikit planta untuk sapu kat roti

Buangkan tepi roti yang biasanya budak2 tak suka.
Sapukan planta pada roti (sebelah je) dan bakar atas kuali leper.
Angkat roti tadi.
Potong sosej mengikut suka dan masukkan dalam telor yang dipecah bersama serbuk lada hitam, garam.
Kacau rata dan tuangkan sedikit (agak2 cukup utk sekeping roti) atas kuali.
Tekapkan roti yang telah disapu dengan cheese keatas telor tadi.(bahgian yang tidak disapu planta)
Angkat setelah masak.
Kalau anak2 boleh makan bawang atau sayur, lebih sedap tapi anak pb tak makan, jadinya kosong je roti tu.


nota pb: tak sempat jln2 blog kwn hari ni....maaf sgt!!

Daging Goreng

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sebenarnya pb baru balik dari sekolah adik ipar, hantar nasi ayam yang dia order. Lepas tu singgah kfc, mengisi perut yang dari pagi kosong. Pukul 12 baru sarapan tu........hubby kata pagi tadi dia nak cuti. Sedap2 menjilat ayam kfc, tetiba dia kata kena pergi sekolah jugak. Laaaa.........ayam seketul tak habis lagi, dah kena tapau pulak sebab dia nak kejar masa. Terpaksa pergi kerana sebab2 tertentu. Pb pun jadi terputus selera nak makan lagi. Terus semua bungkus bawa balik.......aduiii..

Kali ni pb nak share masakan daging yang pb selalu masak kat rumah. Simple je masakannya tapi anak pb suka sangat sebab takde cili langsong. Ada hijau2 sikit tu saja pb tambah cili potong2, kasi kaler biar menarik. Kalau kat Kelantan, daging goreng macam ni memang popular cuma pb tak tau cara masaknya sama atau tidak.



DAGING GORENG

1/2 kg daging lembu (potong jangan terlalu tebal/besar)
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
garam
kunyit
sedikit gula

1. Basuh bersih daging yang telah di potong.
2. Tumbuk halia dan bawang putih.
3. Perap daging bersama halia, bwg putih, garam, gula, kunyit, serbuk ketumbar dan jintan.
    (pb perap lama dari pagi hingga ke petang)
4. Panaskan minyak untuk menggoreng daging tadi dengan api kecil.
5. Masak sehingga daging empuk (pb masak lebih kurang 1 jam sebab nak betul2 empuk)
6. Jika airnya kering, tambah air.
7. Akhir sekali boleh la masukkan bawang besar yang dihiris kasar2 bersama cili hijau.


Makan daging goreng ni tak payah kuah pun takpe, curah kicap botol tu pun dah cukup menyelerakan.

Jangan perlekeh nasib orang lain

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Bagaimana kita menilai diri seseorang? Adakah dengan memandang pada rupa? Menafsir dirinya baik atau tidak dari penampilan? Memuji kerana jawatan yang disandang? Kerana pangkat sebagai Dato', Yang Berhormat, Ustaz, Menteri dan sebagainya?

Bagaimana pula pandangan kita terhadap orang biasa-biasa yang berkerja sebagai kerani, guru, tukang sapu, pembantu rumah, surirumah dan seumpamanya? Adakah kita tahu mereka-mereka yang tidak berkerjaya dan terpelajar ini juga ada perasaan ingin menjadi seperti mereka yang hidup senang, gaji besar, kereta besar dan rumah banglo?

Kita tidak tahu mengapa mereka tidak dapat mengecapi itu semua. Tak semua orang bernasib baik, dikurniakan keluarga yang sempurna. Ada tu kena jaga adik2 yang kecil terutama anak perempuan sulong. Kena jual kuih, jual ikan, tolong mak bapak menoreh.

Nasib seseorang kita tidak tahu kerana itulah takdir hidupnya yang telah tertulis. Siapa kita untuk menentang ketentuan Allah?

nota pb: tak suka menilai dan dinilai....

Pancake Mayonis

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Malasnya nak update blog beberapa hari ni. Brokband pun kejap ada, kejap hilang, asyik putus je. Ni dok kat area bandar, belum lagi dok kat tempat dalam hutan sana........

Nak cerita ringkas je, kisah pancake mayonis pb yang tak naik macam IZAH MUFFIN LOVER. Agaknya pasal pb guna tepung Hongkong kot? saje gatal nak guna tepung tu..........lepas tu bila dah adun, tinggalkan lama terbiar kat dapur.

Bagaimanapun nak kongsi gak resipi yang di copy dari Izah, izinkan ye!

PANCAKE MAYONIS
Resepi : Kak Hana
Sumber : MasDuniaku
 
Bahan :
  • 1 1/2 cwn tepung naik sendiri (SRF)
  • 1 sudu teh (tsp) baking powder
  • 3 sudu besar gula caster (tbsp)
  • secubit garam
  • 60g butter - dicairkan
  • 1 cawan susu segar
  • 2 biji telur saiz XL (59g)
  • 1-2 sudu besar mayonis - Mas letak 2 sudu
 
Cara membuatnya :
  1. Dalam mangkuk kecil, cairkan butter. Add susu segar and telur ke melted butter and mix them well.
  2. Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung naik sendiri + baking powder.
  3. Add gula caster and garam and mix it. Then buat lubang di tengah2 and add the melted butter,susu n telur, juga mayonis. mix menggunakan whisk biasa, just whisk it until smooth.
  4. Tinggal kan adunan sekejap lebih kurang 20 minutes.
  5. Gunakan non stick pan and api sederhana, masak pancake seperti biasa.

Tengok la, tak naik gebu sangat. Dah jadi lempeng......nasib baik cicah madu, berselera sikit nak makan. Ni la bahana suka gubah2 resipi orang..huhu...

Juadah Raya Haji yang sepi.....2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Macam sendu je tajuk hari ni kan? Apa taknya.......dah la bangun tadi pukul 4 pagi, masak sorang-sorang. Malamnya dah perap awal-awal ayam dan daging. Lepas tu malas nak terperap kat dapur memalam, itu yang masak pagi hari.



Tengok la nasi beriani pb yang pucat lesi je, takde safron, takde daun pudina, takde bawang goreng..........lupa garam lagi.....
Nasi beriani ni asalnya nak buat macam En. MatGebu tapi tak cukup jugak bahan2nya. Sebenarnya emak pb pun terror masak nasi beriani dan pb dah biasa tengok emak masak. Tapi tak pernah buat sendiri. Bila dah berjauhan barulah teringin nak mencuba. Lepas tu, lupa garam, itu takde, ini tak lengkap.

Bagaimanapun ada juga rupa nasi beriani. Mungkin lain sedikit dari MG dan emak. Hidup berkeluarga ni kena pandai2 ubah resipi mengikut kemampuan dan citarasa sendiri.

2 setengah cawan beras basmathi - basuh bersih dan toskan
Air ikut sukatan beras
Bawang merah dan bawang putih di mayang (3/4 ulas)
Bawang besar (dlm 1/2 biji) dikisar
Sedikit halia (kisar)
1 biji tomato (potong dadu)
Minyak untuk menumis (biasa guna minyak sapi tp takde)
Bunga lawang dan kulit kayu manis, buah pelaga
1/2 cwn susu cair campur dgn perahan limau (tairu)
pewarna kuning telor (kalau takde safron)
sedikit garam

Basuh beras dan toskan dahulu.
Tumis bawang merah, bawang putih dan bahan kisar. (jgn jadi mcm pb, lupa garam)
Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
Masukkan air sukatan beras
Setelah mendidih, masukkan beras dan tomato yang telah di potong dadu.
Bila nasi hampir kering, masukkan tairu.
Kemudian lubangkan nasi dengan senduk/sudu untuk titikkan pewarna kuning.
Taburkan gajus yang telah digoreng atau bawang goreng.
Setelah nasi masak, baru di gaul rata.
(biasanya emak gunakan kacang badam utk nasi beriani dan pb yang selalu buat kerja tu dulu, kupas kulit badam yang direndam, sampai kecut2 jari)

Hidang bersama rendang, kurma, ayam masak merah atau yang seumpamanya. Pb masak ayam rendang, sayur dalca, daging goreng dan acar timun.


Dalca yang pb masak tak sesedap emak punya. Pb guna rempah dalca dari Kelantan, kacang dal, sayur kacang panjang, lobak, terong,  kentang dan sedikit daging. Boleh la...........ada iras-iras emak punya.....

Hidangan sampingan seperti kuih muih semua takde. Lepas hubby, adiknya dan anak pb balik dari mesjid (pb tak dapat ikut sebab masih sakit kaki, tak boleh lipat lagi lutut ni), suasana raya pun hilang. Lepak tengok tv dan internet. Nak jalan pun tak tau nak pergi mana. Cuaca mendong je...........umpama hati pb yang sunyi di pagi raya.....

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Untuk teman-teman blogger, pb ucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha (esok). Bagi yang pulang ke kampong halaman masing2, selamat pulang dan berhati2 dijalan raya. Pasti sesak kan? terutama mereka yang menghala ke pantai timur.

Pada keluarga pb di semenanjung, emak yang beraya di Johor kali ni, harap bergembira disamping keluarga sebelah sana. Rasanya ini kali pertama emak beraya jauh dari anak-anak dan cucu-cucunya. Mudah2an emak pulang nanti dalam keadaan penuh ceria. Biasalah, orang dah berusia ni kekadang cepat tersinggung dengan kerenah anak dan cucu. Kita pun pasti mengalaminya nanti.

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Penyebab sakit kaki

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Semalam pb pergi urut kaki, awalnya nak urut pagi tapi makcik tu pulak demam katanya. Tangguh belah petang lepas hubby balik sekolah. Dia balik dengan muka mencuka, ada hal tak puas hati pasal gaji la tu. Pb pun malas nak menambahkan beban sakit hati dia, layan je bebelan dia masa dalam kereta. Kesian kat hubby, dah la penat, bini tak masak pulak tu.......seharian duduk di kerusi urut (bukan mengurut, kerusi ni selesa untuk orang sakit). Anak pb balik sekolah pun tak dapat bukakan pintu, main campak je kunci rumah, suruh dia buka sendiri.

Makcik tukang urut tu kata, kenapa pergi jogging? kan dah sakit balik. Ni la asalnya pb sakit kaki. Sehari sebelum tu pb jogging, takde la lari kuat sangat. Lari-lari anak je.........biasalah...umur makin meningkat ni bukan boleh lasak sangat. Macam mana nak panjat gunung Kinabalu ni? Takde harapan la nampaknya.

Makcik tu pesan, jangan makan ayam terlalu banyak, jangan makan udang dan sotong kerana tak bagus untuk kesihatan. Pb tengok dia dah 60 tahun tapi masih berseri lagi.........dia amalkan jamu tu.....orang kita ni susah sikit nak makan jamu, betul tak?

Hari raya haji semakin hampir, mesti ramai dah plan balik kampung kan? Sebab kena hari Ahad dan Isnin masih cuti. Terasa sunyi dan bosan beraya di sini. Kalau kat sana, dekat dengan keluarga boleh juga merasa juadah adik beradik. Ini tak, sendiri buat, sendiri makan. Semakin lama tarikh hari raya semakin awal. Lama kelamaan, raya puasa nanti entah2 pb kat Sabah juga......huwaaaaa....nak nangis....

Menangis kerana apa?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pukul 3 pagi tadi pb bangun untuk ke tandas dan selimutkan anak yang tidur tak berbalut dalam kesejukan. Naik atas katil, kaki tetiba sakit (kaki kiri, dulu pun kiri juga) Hubby tolong apa yang patut sambil matanya pejam kerana masih mengantok. Seharusnya pb tak kejutkan dia tapi sebab dia dengar pb mengerang sakit yang amat sangat. Kaki tak boleh lurus, terpaksa selitkan bantal bawah kaki.

Cuba sapu dengan losyen halia juga tak berkesan. Terpaksa tidur (bukan tidur, langsong tak boleh) sambil bersandar dengan doublekan bantal. Kali ni betul2 tak boleh tahan hinggakan pb tersedu-sedu menangis dalam bilik air. Pb ni susah nak nangis kalau sakit tapi entah kenapa hati begitu tersentuh..........mungkin kerana rasa bersalah menyusahkan orang (suami) atau terlampau sakit. Rasanya dua2 yang pb rasa.

Bagi setengah lelaki atau para suami, menjaga isteri atau kaum keluarga yang sakit adalah satu penyiksaan kerana tidak biasa melayan kerenah orang perempuan/orang sakit. Berapa ramai lelaki yang boleh memasak, membasuh pinggan dan baju, mengemas rumah, sidai baju dan segala rutin orang perempuan?

Sebagai isteri kekadang kita tidak mahu menyusahkan orang lelaki. Pb lebih suka buat sendiri tanpa mengharap pada orang lain melainkan langsong tidak berdaya untuk bangun. Kadang kala orang akan melabel kita sebagai ego, berlagak dan seumpamanya. Tapi kalau seseorang tu menghulurkan bantuan dengan 'ikhlas', alhamdulillah. Kita tidak tahu sejauh mana keikhlasan seseorang dan ikhlas itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, saya ikhlas tolong awak.

Hanya Allah yang tahu.

Biskut Cornflake Thumbprint (Bro Rozzan)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Mesti ingat raya kan kalau nampak biskut ni? Raya Haji pun dah dekat, pb tak biasa buat kuih untuk raya haji. Kali ni saja nak mengabiskan cornflake dalam simpanan. Tengok resipi Bro Rozzan pun simple je, tak perlu macam2.



BISKUT CORNFLAKE THUMBPRINT
sumber drp ROZZAN


225 gm mentega
½ cawan gula perang
2 biji telur (asingkan kuning dari putihnya)
1 sudu teh esen vanilla
2½ cawan tepung serbaguna
secubit garam, diayak bersama tepung serbaguna
½ cawan kacang walnut (dicincang halus)
1 cawan cornflake yg dihancur halus, dicampur dgn kacang walnut
jem raspberry secukupnya (pb guna jem blueberi)

Cara:

1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.

2. Masukkan adunan tepung dan digaul rata. Bentukkan seperti guli kecil. Pukul putih telur sedikit, celup guli ke dalam putih telur dan golek ke dalam bahan cornflake dan kacang.

3. Dgn hujung jari ditekan leper dan dibentuk lobang kecil. Isi dgn jem raspberry dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 12-15 minit sehingga kuning emas.

senang je buat biskut ni, bulat2....lepas tu tekan dengan jari tengahnya, kemudian isi inti apa2 yang kita suka.

tak manis sangat, sesuai untuk orang tua2 (termasuk pb), jem pun tak la manis melekat orang kata..


Banyak juga dapat dalam 2 botol yang sedang besarnya. Boleh la untuk raya......hehe...saje nak sedapkan hati sebab raya kali ni masih di Sabah. Kalau dulu2 raya haji kena osom, balik mana dulu. Biasa kita orang gilir-gilir, kalau raya puasa di sebelah hubby, raya haji kena sebelah pb dan sebaliknya. Cuma 2 tahun kebelakangan ni terpaksa raya rumah sendiri. Nak masak apa eh?

Oh ye, pagi tadi pb lalu kat tempat keretapi dan lori yang accident tu, masih tak boleh operasi lagi dan ada van polis disitu.
Mushkil juga kan? Driver keretapi dah nampak lori kat tengah2 laluan, kenapa tak berhenti. Lori tu pula katanya tersangkut kat tengah2. Mungkin dia fikir sempat lori tu melepasi laluannya sedangkan lori tu ada masalah. Pb pun hairan, pagar penghalang tidak secara automatik jadi pelbagai masalah akan dihadapi. Setakat ni tak dengar lagi keretapi langgar orang, lepas ni kalau ada, baru nak diubah kot.

Tempat paling disukai dan barang disukai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari sabtu lepas (ingat nak buat entry malam tu tapi mata ni ngantok gila) pb sekeluarga window shopping lagi. Tiap2 minggu window shopping ek? Saje nak exercise kaki, kan bagus jalan kaki untuk kesihatan....hehehe....(lepas tu lengoh mula cari anak soh urut kaki ibu dia)

Hubby sibuk cari t-shirt, entah angin apa tetiba nak beli t-shirt sedangkan dia tu payah beno nak beli baju. Kena marah, kena bebel baru beli. Dapat 2 barang dia, kami pergi isi perut kat kfc pulak. Sebenarnya dah muak juga makan bendalah tu tapi ikutkan selera anak, makan la jugak.

Lepas tu ingat nak balik dah tapi kebetulan Body Shop hantar message, ada offer sehari je (29hb tu la) sempena Deepavali dan kebetulan birthday pb baru lepas. Dapat 50 peratus potongan untuk barang yang dibeli. Pb memang guna barangan ni. Hubby kata beli la apa yang awak nak. Senangnya dalam hati.........




 Harga? takyah bagitau la ye.......biasa2 je berbanding dengan orang yang berkerja, pb dah bersyukur dapat barangan ini. Terima kasih En Hubby......tapi......terdetik juga di hati. Ada apa-apa ke? Tetiba baik hati hari tu. Bukan la nak buruk sangka tapi apa yang pb tengok dalam drama dan baca di majalah, kalau orang lelaki 'buat baik' ada maksud tertentu....hehe....Harap2 tidak bermaksud nak pasang dua kan?

Teringat dialog kat petrol pam hari tu, dia tak mati enjin kereta masa isi minyak. Habis je isi, pb tegur, kenapa tak mati enjin, kan salah? Dia jawab, kesian kat awak, nanti panas pulak (alah, selalunya matikan enjin pb ok je, tak merungut pun)
"Sayang bini la ni?" macam perli je dialog pb tu.
"Abis tu?" dia jawab.
"Sayang bini la ni?" pb tekankan lagi sekali sambil tersengeh...
"Abis tu? sayanglah!" serius je muka dia cakap 'sayang'
ngeeeee.......orang lelaki kalau dah kahwin, ucap sayang tak seromantik masa bercinta kan? tapi tak kisah la.....tak ambil hati pun, memang susah nak ucap sayang namun kita faham segala perhatian dia pada kita dengan cara tersendiri.

Oh ye, tinggalkan dulu suami isteri tadi, pb suka sangat kedai barangan Jepun, Daiso ni. Ada baru buka kat satu tempat tu. Kalau masuk, memang wajib rembat satu barang, terutamanya barangan felt.


Meriah tengok kaler yang ceria ni tapi warna purple takde la pulak........

Si bujang pb ni tekun memilih kertas untuk origami dia. Dah beberapa minggu ni bilik dia penuh dengan lipatan kertas, pelbagai bentuk. Beli buku origami dah lama baru sekarang berminat nak buat.