my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Rendang Pedas Daging

Masa anak kakpb kena chicken pox hari tu, memang pening kepala nak masak apa. Dia bosan hari2 makan sup ayam. Ibu ayah dia lagi la bosan. Boleh makan daging, ayam, ikan pun pilih2, ada yang tak boleh. Seafood memang dilarang. Untuk 2 minggu yang lepas hingga sekarang (sebab masih ada parut) kakpb takde masak udang, ketam, sotong atau seumpamanya.

Teringat nak masak rendang daging, makan dengan nasi impit dan kuah kacang. Tapi kakpb taknak resipi daging yang biasa kakpb masak. Cari2 kat myresipi, jumpa yang ni, simple dan nampak sedap. Cuma resipi asal guna ayam, kakpb tukarkan dengan daging. Daun kunyit tak letak sebab takde, lagipun kalau ada daun2 gitu dah tentu sibujang tu tak makan.



Resipi asal di SINI kakpb gantikan dengan daging saja.

RENDANG DAGING PEDAS
@blogsurirumah

  • 500 gm daging lembu - potong kecil/kiub
  • 15 - 20 biji cili kering - kisar (kakpb tambah cili padi dan kurangkan cili kering)
  • 5 batang serai - dihiris (**)
  • 2 inci halia - dihiris (**)
  • 1 cawan kelapa parut
  • 10 biji bawang merah - dihiris (yang ni kakpb blend)
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 2 helai daun kunyit - tak letak
  • 300ml santan pekat - dibancuh dengan air secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Potong daging nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
  2. Masukkan bawang hiris/kisar dan kunyit.
  3. Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi daging tadi.
  4. Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali.
  5. Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati.
  6. Masak sehingga daging empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambahkan air.
  7. Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit. Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.

tanpa daun kunyit

Sedap makan dengan nasi impit sesekali....

TEAM Tangkap Lalat (TTL)

Pasal apa digelar TEAM TANGKAP LALAT?

Hari-hari duduk kat dapur tunggu lalat yang lepas masuk dalam rumah. Lalat ni bermusim, bila sembur serai wangi tu, kuranglah dia. Tapi bila lepas orang angkat sampah, mulalah takde tempat dia nak bertenggek, rumah kita jadi mangsa!

Jebat memang tangkas....Messy pun tak boleh diperkecilkan. Walaupun betina, badan sedikit gempal dan kecil, tak pernah kecewa tangkap lalat.

Bukan je lalat, cicak, semut yang besar-besar tu pun dikerjakannya. Selagi tak keluar dari rumah, dia akan perambat sampai masuk dalam mulut, ngap....habislah....dua ekor ni memang tolak batu dengan kayu agaknya perut dia.

Dulu-dulu lebihan tepi roti kakpb buang, sekarang ni bagi kat dia, terutama Messy. Bernafsu betul tengok roti. Cheese tart memang tak boleh letak atas meja tanpa bertutup. Hari tu dibedalnya kaya dalam tin (pandai pulak buka tutupnya). Tengok2 ada seketul muntah atas karpet.....eiiiii...geram betul.




Abang Jebat yang cool, tangkas, handsome, bersih tapi manja gilaaaaa.....





Messy manja juga tapi tak suka dipegang selalu. Selalu minta dukong waktu pagi. Itu pun ada makna bila nak dukong, nak wetfood dia. Risau ni perut dia macam "membengkak" je....hahaha...siaplah bercucu pulak kakpb nanti..



Asal lepas maghrib je, mereka berdua ni masuk bilik tidur kakpb dulu. Tidur awal 6.30 pm. Time kita nak tidur 10 mlm gitu, dia pulak bangun berkejaran dalam rumah. Itu yang kadang2 kakpb suruh tidur dalam bilik sama2. Ada sangkar diluar tak sampai hati pula. Kadang2 dia mengamok (Jebat) diterbalikkannya bekas pasir tu.....

Masalah nak tinggalkan mereka ni bila balik lama nanti, siapalah nak jaga. Hantar kat pet shop confirm beratus hengget. Mungkin akan minta tolong kawan hubby jagakan. Pasti kakpb rindu keletah mereka ni.......teman berleter...teman pelok cium...teman untuk hilang stress.

Kuih Bakar Kemboja versi loyang

Kuih bakar pandan/kuih bakar kemboja ni memang sedap gila bagi kakpb. Susah nak cari yang betul2 sesuai selera tau, manis, lembut dan berlemak (siaplah lemak bertingkek2) Dah banyak kali kakpb cuba tapi resipi kali ni paling menarik bagi kakpb.

Dirumah ni cuma ada satu je acuan kemboja, yang bunga2 tu. Kalau orang buat berniaga, haruslah ada banyak. Jadi, kakpb tak dapatlah nak buat sebiji, bakar, sebiji bakar.....huhu....panas weh dok dapur lama-lama.

Kakpb buat versi loyang. Senang dan cepat, cuma lebihkan masa membakar tu. Kakpb minta izin puan blog disanun untuk share resipi kat blog ni ye....

KUIH BAKAR KEMBOJA
@blogsurirumah
sumber : Damai Kalbu
sumber : MekarMewangi
sumber : Wani

Bahan-bahan:(4 biji untuk acuan kuih kemboja)
1 cawan gula (guna 1/2 hingga 3/4cawan sahaja)
1 cawan jus pandan atau 1 cawan air+1 sk pandan paste (tambah 1/4 cawan air untuk dapatkan kuih yang lembut)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan@450 ml air
2 sudu besar butter  dicairkan
3 biji telur (jika tak nak tambah 1/4 cawan air, boleh tambah sebiji telur lagi)
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Bijan untuk tabur

Cara:
1.Campurkan semua bahan.Blend sampai sebati dan tidak berbintil@berbiji.
2.Masukkan dalam bekas yang disapu minyak.Tabur bijan.Bakar selama 30 hingga 40 minit pada suhu 180 darjah celcius sampai garing di permukaan.

Cara kakpb, bila dah blend adunan, tapiskan. Masuk dalam loyang segiempat 9x9.
Kakpb bakar selama 1 jam lebih. Bila dah masak, kelihatan perang sejukkan dulu baru boleh potong.





Guna loyang pun boleh!!


 Oven kakpb takde api bawah, jadi tak dapatlah kerak yang garing...

Terima kasih daun keladi, panjang umur, share resipi lagi...
Terima kasih teman2 blog kakpb yang sudi share, yang tak boleh copy paste tu pun nak ucap terima kasih juga. Kakpn ni bukan pandai sangat reka2 resipi sendiri, sekadar mencuba resipi orang.

Kerapu Bara

Biasa makan ikan kerapu? Bagi setengah orang yang suka, mestilah sedap kan? Kakpb tak berapa minat dengan kerapu. Kalau beli pun biasanya masak sweet sour, goreng dan steam saja. Hubby suka sangat kerapu.

Kerapu bara suka? haaa....yang ni betul2 kakpb suka. Sedap isinya, lembut. Memang patut pun mahal. Hari tu kakpb beli 2 ekor kecil2, sekilo RM25. Beli dengan orang yang kita dah biasa, kalau tak alamatnya berpuluh2 hengget ler.....ada kawan kata di semenanjung sekilo RM60? Khabarnya ikan ni kegemaran kaum cina.





Fikir punya fikir nak masak apa, ikannya 2 ekor je, macamlah nak masak untuk 20 orang. Nasib baik penjual tu dah tolong siangkan. Senang banyak kerja kakpb. Menyiang ikan jenis kerapu ni, kulit dia keras. Parang kena tajam. Lepas siang, rendam air limau kasturi lama sikit supaya hilang bau hanyir.

Bawah ni kakpb masak tiga rasa. Simple dan sekejap je siapnya.
Ikan kerapu digaram kunyit dan digoreng, jangan garing sangat
2 ulas bawang putih
sedikit halia, hiris halus
1 labu bawang besar (untuk hiasan)
2 sudu besar cili kering kisar
sos tomato
sos cili
sos tiram
sedikit nenas (kalau takde pun takpe)
tomato buah kalau suka
cili padi untuk hiasan (suka letak, tak suka tak perlu)
Garam dan gula
Minyak untuk menumis





Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga naik bau.
Masukkan semua jenis sos, jika pekat, tambah sedikit air.
Masukkan garam dan gula.
Masukkan nenas, bawang potong dan tomato.
Masukkan garam dan gula.
Angkat dan tuangkan keatas ikan yang dah digoreng tadi.


Edisi Blog yang menarik hati



Ramai yang dah update pasal #kelabbloggerbenashaari, kakpb je yang ketinggalan. Sebenarnya seminggu cuti sekolah ni anak kakpb kena chicken pox. Elok habis exam upsr hari tu (tangguh la pulak!!) dia terus kena. Memang nasib nak kena time cuti.

Maka berkurunglah kami, ibu ayah dan anak dalam rumah. Chicken pox ni banyak pantangnya kan.....tak boleh kena hujan, makan kena jaga, malam2 merengek sebab gatal dan macam2 kerenah dia. Hari pertama kena tu kakpb tak perasan lagi sebab dia belum demam. Kebetulan kakpb tak sihat, pergi klinik kerajaan, masa tulah nampak bintik2 kecil kat leher dia. Terus jumpa doktor ibu dan anak.

Esoknya makin banyak tumbuh. Badan makin panas, belikan cool fever dan ubat doktor bagi tak jalan. Selepas 3 hari, tak boleh tahan ibu dia tidur tak tentu arah dek menggosok badan dia, kami bawa ke klinik swasta. Doktor bagi ubat anti virus, agak mahal RM105 kosnya. Takpelah asalkan chicken pox tu boleh mengecut dan mengurangkan gatal.

Kiranya cuti sekolah kali ni paling mengecewakan dia. Tak dapat join liga bola UMS yang biasa dia join, tak dapat keluar makan2 shopping complex, tak dapat berbasikal, skate board dan lain2 lagi. Kesian juga tapi nak buat macam mana? Sabar je laaa......

Oh ye, ada yang nak join KBBA tu dipersilakanlah ye. Khabarnya kena dapat approve dari admin dulu. Kakpb dah lama join, whatsapp geng Sabah pun join....bolehlah korang ping entry blog disana. kakpb ni jarang berfacebook, kadang tu ping di twitter, itu pun boleh lupa...rugi tak join kalau anda rajin update blog.


Paling kakpb suka bila Play Store google dah ada aplikasi untuk mereka yang suka membaca. Korang boleh download "edisi blog" di handphone pintar masing-masing. Boleh juga daftar disitu untuk ping blog kita. Ni yang kakpb suka sebab kakpb kadang takde masa nak ngadap laptop atau pc. Boleh la sambil masak sambil baca blog kawan2. Best kan?



Wantan Goreng

Jangan gelak tengok wantan kakpb ye, rupa tanjak pun ada. Kisahnya kakpb dah lama sangat beli kulit wantan tu. Teringin nak makan sebab selalunya bila ke CRS kakpb mesti ngap dulu benda ni....(kenapa rasa kaku jari ni menaip? sah2 sebab dah lama tak guna keyboard, asyik taip kat handphone je)

Resipinya simple kakpb tengok satu blog tu. Dah lupa la.....manjang je kakpb ni lupa blog mana kakpb  singgah. Kakpb share juga walaupun tak berapa lengkap resipinya. Ikut citarasa sendirilah ye.,,



Ayam dicincang halus, sukahatilah nak guna ayam ke, daging ke, udang ke...
Kakpb tak guna ayam kisar ramly tau
Carrot dicincang halus
Bawang putih pun cincang
Kicap cair
sedikit tepung jagung
garam
olive oil
lada sulah

Gaulkan semua bahan diatas dan biarkan seketika.

Keluarkan kulit wantan, letakkan isi ayam tadi.
Balut sesuka hati kita ye puan-puan....

ikut mcm dalam video ni..
.

Selesai semua, bolehlah goreng dalam minyak panas. Kakpb mulanya balut banyak2 baru goreng, rupanya inti ayam tu lembab jadi tembus ke kulit wantan. Lepas ni tau dah, balut terus goreng, takyah tunggu.

Nak selit sikit cerita pasal semut,  lalat, lipas, cicak kat rumah kakpb. Banyak tau, tak menahan mata ni tengok tahinya kat dinding. Kotor rumah kena pulak dinding putih.
Bila dah ada serai wangi ni, spray je mana tempat yang binatang tu suka duduk. Confirm tak datang lagi. Spray atas meja makan dan lap, lalat taknak hinggap. Kalau hinggap kat lantai, spray pulak lantai, mop....huhu...takut dia.

Sekarang ni lega mata kakpb tak nampak lalat dan cicak merata2 dalam rumah.







Borong buah di Pesta Gata Sipitang

 Jumpa lagi sahabat yang dikasihi......tenggelam timbul kakpb ni ada sebabnya. Pc belum format, laptop cikgu fahmi pulak entah kenapa kakpb tak boleh komen guna google chrome. Ni yang buat terbantut semua niat baik kakpb nak blogwalking.

Jadi kakpb minta maaf sekiranya yang follow blog ni tapi tak dapat kunjungan dari kakpb atau komen diblog. Kadang kakpb boleh baca, nak komen tak boleh. Kalau ada shoutbox tinggal message disitu nampaknya.

Nak cerita ni, hari tu cuti 31hb Ogos, kakpb sekeluarga ikut kawan cikgu fahmi balik kampung dia di Sipitang sana. 6 tahun dok Sabah baru ni dapat jejak Sipitang. Oklah pekannya.....berdepan dengan laut juga. Pergi pun katanya ada Pesta Gata. Jangan tanya kakpb Gata tu apa ye....dua tahun sekali diadakan pesta tu. Masa kakpb sampai jalan jem toksah cakaplah....entah apalah yang dicari agaknya.

Kami pergi pun takde tujuan, sekadar nak tau bagaimana mereka merayakan pesta gata tu. Ada konsert Ramli Sarip dan artis lain malam terakhir. Selain daripada tu ada booth adat istiadat perkahwinan kaum mereka, kraftangan, pertandingan gasing dan lain2 lagi.

Biasa2 je bagi kakpb. Cuma yang menariknya kakpb dapat menikmati buah2an seperti buah binjai yang manis. Buah mata kucing yang dipetik dari laman rumah kawan cikgu fahmi. Ada kedondong, buah nona, siap bawa balik lagi.
 

Jadi jakun sekejap duduk bawah pokok ni sambil makan buah yang manis tu..

 
Buah binjai biasanya masam tapi di Sipitang ni buahnya manis dan murah pula, RM1 sebiji. Kita orang tak buat sambal pun, makan gitu je. 

 
Buah binjai cepat masak, kakpb kopek semua dan simpan dalam peti.

 
Durian Sipitang ni ada yang panggil durian hutan. Bagi kakpb tak sesedap durian biasa yang selalu kita makan. Rasa pahit dan muak. Mungkin kakpb nak buat serawa baru sedap kot.


Buah tampoi pun manis, kakpb suka. Lebih sedap dari buah sentol. Itulah tangkapan kami masa ke Sipitang hari tu. Balik hari je sebab perjalanan kesana dalam dua jam. Gambar di pesta kakpb tak share disini, kat IG ada satu dua keping.

Ikan kerapu bara kat bawah ni bukanlah dari Sipitang tapi dari KK. Selalunya kakpb belikan untuk orang semenanjung yang kirim, kali ni beli untuk makan. Sekilo rm25, kakpb beli 2 ekor rm20. Patutlah mahal, ikannya lembut dan sedap betul. Kakpb goreng dan masak tiga rasa. Stimkan pun sedap.

Hingga ketemu lagi, salam jumaat dan selamat berhujung minggu.