my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

DONAT MAYO

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Lama tak main uli-uli tepung, rindu pula rasanya. Semalam petang layan 'Sejuta Cinta Marshanda' sambil buat donut. Resipi dari blog wanieyra http://ummiaffaf.blogspot.com/  dan sumber asal dari Ros. Terima kasih kerana resipi donut ni lembut, gebu.........macam dunkin donut pun ada.

Donut ku macam di pam-pam naiknya. Malas nak repair, biarlah dia tinggi rendah ke, kerepot ke........nak makan sendiri je.....

Dah separuh goreng, nak masuk dalam freezer. Esok boleh buat sarapan pagi anak ku.

hehe....sebiji je goreng sebab takde sape nak makan petang semalam, kenyang makan nasi.....

Donut Mayo
(copy/paste dari blog mereka berdua)

Bahan-bahanya

330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball) (aku guna mayonis ladys choice)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.


1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Semut oh semut, sakitnya hati!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Terima kasih pada teman-teman yang sudi follow blog ku yang tak berapa menarik ni. Apa pun ianya ditulis lahir dari hati ku, jari ku dan idea ku. Kalau ada copy and paste tu, minta halal ye!!

Seharusnya aku follow balik siapa-siapa yang jadi follower aku tu tapi kalau tak ada link dalam profile, nak buat macam mana? Pastikan profile teman-teman lengkap ye. Senang nak follow balik dan kalau ada yang terlepas pandang, sila beritahu.

Nak membebel pasal apa ye? Akhir-akhir ni cuaca sering mendung kan? Tapi kalau jemur kain pepagi, matahari memancar terang, pasti kering. Petang biasanya hujan.......mana ada orang jemur kain petang, kan? Orang bujang aku tak tau la......ada kot.....

Sejak lepas balik dari KL tempohari, rumah ku sering dikunjungi 'sang semut'. Tak boleh tahan ni, letak ubat pun kejap je habis, dia datang lagi. Kalau semut yang besar2 tu senang sikit nak urus, ni semut halus......gatal pulak tu kalau menggigit. Geram betul aku!!



Gula dia kerumun, bekas air dia terjun.......dalam bekas cili taknak pulak dia berkampong!! Ada petua yang aku baca, katanya letak daun sireh tempat yang banyak semut, mana nak cekau sireh? Di spray dengan shieldtox......pun kejap je mati, makin ramai dia panggil kawan2, atok nenek pun datang.....

Katanya letak kulit kayu manis dalam bekas gula. Ni belum cuba lagi. Spray dengan Serai Wangi, tak pernah jumpa produk ni kat Sabah.

ke...ada jual...tapi aku yang malas nak round supermarket cari bendalah ni.....

nota aku: nasib baik la dia tak panjat katil aku tu, kalau tak......mau bintat2 bangun tidor!!

Kuih Lapis dan Cekodok

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Kaki ku dihempap pintu almari baju anak ku sebelum sembahyang subuh tadi. Aduh!! Kena pulak dekat ibu jari kaki, bengkak jadinya!! Pintu tu memang dah tanggal, agaknya semalam hubby pasang balik. Tiba-tiba pagi ni nasib ku tak baik, buka je terus tanggal. Kebetulan kaki ku terletak dibawahnya. Biru la sekejap.......

Ok la.....sakit-sakit pun kena juga buat sarapan kan? Takkan sikit tak boleh buat kerja. Pagi ni sarapan cekodok udang je........jom kita buat cekodok.....
Adik-adik yang baru belajar masak boleh cuba, senang je....ambil tepung dalam 2 cawan, garam, 1 biji bawang besar potong dadu, 1 biji kentang potong dadu, udang besar di kupas dan potong kecil-kecil. Kalau ada daun sup lagi sedap, atau carrot dll. Bancuh dengan air semuanya, jangan pekat nanti keras kejong cekodok tu.....jangan letak kunyit tau, biar je macam tu.

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng seperti biasa. Kalau aku suka garing-garing.




Dah siap pun.......boleh cicah dengan sos buat sendiri atau sos dalam botol. Biasanya aku buat sendiri. Tak reti buat sosnya?

Blend cili hidup dengan bawang putih. Tumis cili kering/cili boh, masukkan cili yang dah blend tadi. Letak sedikit garam, gula, cuka (kalau tak suka letak sos tomato) Guna gula melaka lagi sedap. Kurang manis boleh tambah gula pasir. Masak dengan api yang kecil hingga pekat. Boleh simpan dalam botol dan letak dalam peti ais. Macam tu la aku buat selalunya. Mungkin orang lain, caranya lain tapi tak banyak beza.

 Semalam juga aku sampaikan hajat anak ku nak makan kuih lapis. Masa kat rumah lama kami, aku selalu beli kuih ni kat kakak yang jual nasi lemak tepi jalan. Agaknya rindu sangat dia nak makan kot. "Ibu pandai tak buat kuih lapis? Aziz suka sangat kuih tu" Dia tak suruh aku buat, tektik dia kalau nak makan sesuatu, macam tu la.........

Akhirnya aku tunaikan juga walau tak pernah buat. Resipi aku ambil dari www.myresipi.com/ oleh tulip77.
Terima kasih ye kerana resipi yang sedap ni. Walau tak cantik buatan ku, rasanya sedap sangat. Dapat seloyang yang sedang dan sempat hulur kat jiran belakang dan depan rumah.

Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak 

nota aku: tak guna santan peket tapi guna santan pekat biasa dalam secawan lebih.