my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Kuih Lapis dan Cekodok

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Kaki ku dihempap pintu almari baju anak ku sebelum sembahyang subuh tadi. Aduh!! Kena pulak dekat ibu jari kaki, bengkak jadinya!! Pintu tu memang dah tanggal, agaknya semalam hubby pasang balik. Tiba-tiba pagi ni nasib ku tak baik, buka je terus tanggal. Kebetulan kaki ku terletak dibawahnya. Biru la sekejap.......

Ok la.....sakit-sakit pun kena juga buat sarapan kan? Takkan sikit tak boleh buat kerja. Pagi ni sarapan cekodok udang je........jom kita buat cekodok.....
Adik-adik yang baru belajar masak boleh cuba, senang je....ambil tepung dalam 2 cawan, garam, 1 biji bawang besar potong dadu, 1 biji kentang potong dadu, udang besar di kupas dan potong kecil-kecil. Kalau ada daun sup lagi sedap, atau carrot dll. Bancuh dengan air semuanya, jangan pekat nanti keras kejong cekodok tu.....jangan letak kunyit tau, biar je macam tu.

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng seperti biasa. Kalau aku suka garing-garing.




Dah siap pun.......boleh cicah dengan sos buat sendiri atau sos dalam botol. Biasanya aku buat sendiri. Tak reti buat sosnya?

Blend cili hidup dengan bawang putih. Tumis cili kering/cili boh, masukkan cili yang dah blend tadi. Letak sedikit garam, gula, cuka (kalau tak suka letak sos tomato) Guna gula melaka lagi sedap. Kurang manis boleh tambah gula pasir. Masak dengan api yang kecil hingga pekat. Boleh simpan dalam botol dan letak dalam peti ais. Macam tu la aku buat selalunya. Mungkin orang lain, caranya lain tapi tak banyak beza.

 Semalam juga aku sampaikan hajat anak ku nak makan kuih lapis. Masa kat rumah lama kami, aku selalu beli kuih ni kat kakak yang jual nasi lemak tepi jalan. Agaknya rindu sangat dia nak makan kot. "Ibu pandai tak buat kuih lapis? Aziz suka sangat kuih tu" Dia tak suruh aku buat, tektik dia kalau nak makan sesuatu, macam tu la.........

Akhirnya aku tunaikan juga walau tak pernah buat. Resipi aku ambil dari www.myresipi.com/ oleh tulip77.
Terima kasih ye kerana resipi yang sedap ni. Walau tak cantik buatan ku, rasanya sedap sangat. Dapat seloyang yang sedang dan sempat hulur kat jiran belakang dan depan rumah.

Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak 

nota aku: tak guna santan peket tapi guna santan pekat biasa dalam secawan lebih.

1 ulasan:

  1. cucur udang sememangnya sedapp... sedangkan buat cucur ikan bilis pun boleh habis sekelip mata.. inikan pula cucur udang... hehe..
    cantik kuih lapis tu... pilihan warna pun cun..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)