my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Kek Pisang Marble

Assalammualaikum.....
Follower hilang?? Takde hal punya. Hehe....lama betul kak pb menghilang. Alasan? Tablet masuk bengkel 😣 ntah berapa minggu tu.

Kakpb update ringkas je ni. Sebenarnya banyak maklumat dalam tu. Gambar dah upload tapi lupa sumbernya. Minta halal ye tuan punya resipi. Mungkin drp Myresipi.com



KEK PISANG MARBLE
@blogsurirumah

2 cwn tepong gandum
1 cwn gula pasir
1 sk baking powder
1/2 sk soda bicabonate
3 biji telor
6 biji pisang emas
1/2 cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak masak
Sedikit serbuk koko
Esen vanila
Secubit garam

Ayak tepung bersama baking powder dan soda.
Lenyek pisang tak perlu halus pun ok.
Kisar gula dan telor hingga sebati.
Masukkan pisang dan garam.
Masukkan minyak masak.
Masukkan tepung berselang seli dengan susu.
Kemudian masuk esen vanila.
Asingkan sedikit adunan untuk di campur dgn koko.
Lenser loyang size 8/9 inci dengan minyak/butter
Lapik dengan kertas minyak.
Tuang adunan kosong ditengah loyang, kemudian tuangkan adunan koko sedikit ditengahnya. Lorek dengan garpu.
Buat berselang seli sehingga habis.
Bakar oven selama 1 jam 15 minit, 180C.
Cucuk ditengah kek, dah masak, angkat.


Sedap bagi kakpb. Budak2 pun suka sebab moist. Dah kali keberapa buat ni, sekejap je licin 👍👍😊

11 ulasan:

  1. nampak gebu betul tu Kak Zana.. kalau ada teh panas.. memang makin laju menyuap.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha....takde teh o pun sodap sari...

      Padam
  2. As Salam,

    Ingatkan saya saja yg hilang follower. Dlm satu hari 32 hilang.

    BalasPadam
  3. Meh bagi sepotong buat kakak Zana:)
    Cantik dan gebu bukan main.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak zakie!! Rindu akak....meh jln sabah

      Padam
  4. Zana.. long time no see. menarik kek pisang tu.. lama tak membaking..

    BalasPadam
  5. p/s ada virus laa kak blog akk ni

    BalasPadam
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)