my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label makan angin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan angin. Papar semua catatan

Pine Resort Kundasang, mengubat rindu

Tahun ni kakpb  tak balik semenanjung sebab banyak urusan.  Ada hikmah rupanya. Menguruskan pertukaran  sekolah anak tu makan masa berminggu juga. Pertukaran dari negeri ke negeri dan dari daerah ke daerah. Alhamdulillah dah selesai. Kasut dengan baju je belum beli.

Oh ye.....lupa nak wish happy new  year kepada semua blogger yang dikasihi. Moga 2016 ni menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya. Kakpb takde la mengharap perkara yang tidak pernah terfikir cuma minta kesihatan yang baik untuk keluarga. 

Ok terus pada isi cerita, kakpb bercuti di Kundasang hari tu. Pine Resort Kundasang ni first time pergi. Itu pun cuma ada 1 bilik kosong daripada sebelum Krismas menggoogle. Atas cadangan  Mia (blog dia suka bercuti) kakpb tertarik nak bermalam di sana. Alhamdulillah ada kosong tapi tingkat bawah. Ada famili bawa anak kecil tingkat atas, memang masak la telinga korang. Dentam dentum kaki dia melompat, berlari.....huhu....nasib baik malam tu dia tidur awal agaknya. Sunyi je.

Bilik R (rabbit) ni kakpb suka sebab menghadap ke gunung Kinabalu.  Tak jemu mata ni menatap seolah2 kakpb di atas sana melambai dari puncak gunung......
 Bilik R, Pine Resort Kundasang 

Gunung  Kinabalu  yang belum pulih sepenuhnya 

Banyak  lagi foto menarik kakpb snap tapi malu pula nak share

Sambungan setelah tertangguh 2 minggu kerana demam dan banyak urusan lain......
Pagi esoknya kakpb bangun awal nak tengok gunung Kinabalu. Sayangnya awan tebal seolah nak hujan menutup puncaknya. Nasib baik la masa mula sampai dah snap banyak.




Makan malam di Pine Resort Kundasang, simple Menu


Happy dapat bercuti di hujung2 Disember


Kami singgah di Herritage spa n Resort sekadar isi masa kerana hajat nak tengok lembu dan makan ice cream di Mesilau tak kesampaian dek terlalu ramai orang.
Ingat nak naik Resort paling atas sekali tapi tak sanggup pula. Kalau pagi2 Ok kot. Jadilah sekeping dua foto sebab dah banyak kali kami ke sini.

Pine Resort Kundasang

Banyak kenangan manis pahit kami dalam berseronok tu. Paling tak boleh lupa ketika di restoran mamak nak order roti canai. Kami tak tau ada orang lain order 50
Keping. Kalau tau baik kami makan maggi di bilik je. Suami nak cansel roti canai yang kami order sebab dah lama tunggu. Tiba datang sorang lelaki suruh mamak tu buat dulu untuk kami dengan ayat sopan dia, "buat la untuk dia dulu sebab tengok muka tak sabar je" WHAT????
Ingat kita ni kebulur sangat ke nak melantak roti canai tu? Pelik juga tetiba kena sound Macam tu. Sudah la orang semenanjung, menyampuk tak tentu pasal. Kalau ye pun nak suruh orang tu buat roti kami dulu, berbahasa la sikit.....huhu....

Berangin je kami balik pagi tu. Kalau terjumpa lepas ni memang nak tanya apa masalah dia agaknya.

Ok la.....kakpb banyak kerja ni. Jumpa lagi....

Borong buah di Pesta Gata Sipitang

 Jumpa lagi sahabat yang dikasihi......tenggelam timbul kakpb ni ada sebabnya. Pc belum format, laptop cikgu fahmi pulak entah kenapa kakpb tak boleh komen guna google chrome. Ni yang buat terbantut semua niat baik kakpb nak blogwalking.

Jadi kakpb minta maaf sekiranya yang follow blog ni tapi tak dapat kunjungan dari kakpb atau komen diblog. Kadang kakpb boleh baca, nak komen tak boleh. Kalau ada shoutbox tinggal message disitu nampaknya.

Nak cerita ni, hari tu cuti 31hb Ogos, kakpb sekeluarga ikut kawan cikgu fahmi balik kampung dia di Sipitang sana. 6 tahun dok Sabah baru ni dapat jejak Sipitang. Oklah pekannya.....berdepan dengan laut juga. Pergi pun katanya ada Pesta Gata. Jangan tanya kakpb Gata tu apa ye....dua tahun sekali diadakan pesta tu. Masa kakpb sampai jalan jem toksah cakaplah....entah apalah yang dicari agaknya.

Kami pergi pun takde tujuan, sekadar nak tau bagaimana mereka merayakan pesta gata tu. Ada konsert Ramli Sarip dan artis lain malam terakhir. Selain daripada tu ada booth adat istiadat perkahwinan kaum mereka, kraftangan, pertandingan gasing dan lain2 lagi.

Biasa2 je bagi kakpb. Cuma yang menariknya kakpb dapat menikmati buah2an seperti buah binjai yang manis. Buah mata kucing yang dipetik dari laman rumah kawan cikgu fahmi. Ada kedondong, buah nona, siap bawa balik lagi.
 

Jadi jakun sekejap duduk bawah pokok ni sambil makan buah yang manis tu..

 
Buah binjai biasanya masam tapi di Sipitang ni buahnya manis dan murah pula, RM1 sebiji. Kita orang tak buat sambal pun, makan gitu je. 

 
Buah binjai cepat masak, kakpb kopek semua dan simpan dalam peti.

 
Durian Sipitang ni ada yang panggil durian hutan. Bagi kakpb tak sesedap durian biasa yang selalu kita makan. Rasa pahit dan muak. Mungkin kakpb nak buat serawa baru sedap kot.


Buah tampoi pun manis, kakpb suka. Lebih sedap dari buah sentol. Itulah tangkapan kami masa ke Sipitang hari tu. Balik hari je sebab perjalanan kesana dalam dua jam. Gambar di pesta kakpb tak share disini, kat IG ada satu dua keping.

Ikan kerapu bara kat bawah ni bukanlah dari Sipitang tapi dari KK. Selalunya kakpb belikan untuk orang semenanjung yang kirim, kali ni beli untuk makan. Sekilo rm25, kakpb beli 2 ekor rm20. Patutlah mahal, ikannya lembut dan sedap betul. Kakpb goreng dan masak tiga rasa. Stimkan pun sedap.

Hingga ketemu lagi, salam jumaat dan selamat berhujung minggu.

 

Jalan-jalan Penang

Assalammualaikum, apa khabar dan semoga semuanya sihat di musim cuti sekolah ni. Termasuk kakpb juga sedang bercuti di Penang mengikut abang ipar yang bertugas di sini. Tidak plan langsong nak ke Penang, tiada dalam senarai pun. Tapi orang kata kalau dah rezeki di ajak, kebetulan tiada siapa di rumah

Perjalanan semalam dalam keadaan hujan lebat sekali sekala. Jalanraya tidak terlalu sesak. Kami singgah di R&R Rawangsekejap, minum petang dengan kuih pau dan kacang kuda rebus. Sedapnya kacang kuda rebus tu. Lepas ni nak cari lagi.

Singgah di Tambun, entah apa nama kedainya, kami dihidang dengan mee udang dan ketm oleh kawan abang ipar. Kakpb share dengan anak sebab perut belum lapar masa tu. Memang sedap sangat mee udang di situ.

10 mlm baru sampai hotel Bayview Batu Feringghi. Belum dapat lihat keindahan sekeliling. Nanti kakpb update lagi ye......gambar pun belum dapat upload. Ini pun kakpb draf hari jumaat malam, pagi ahad baru publish.

Jumpa lagi dan selamat bergembira bagi mereka yang pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti sekolah ni.

lagi Karambunai

Jangan jemu ye, tak habis-habis lagi nak share gambar di Karambunai tempohari. Bukan apa, manalah tau kot-kot ada kawan-kawan yang nak bercuti di sini.

Ni foto sebelum check out, masa check in takde mood nak bergambar sebab letih. Dari rumah ke Karambunai ni cuma 30 atau 40 minit je, boleh kalau nak balik kejap ambil barang tertinggal.....:)

Aktiviti paling best ketika melukis batik. Mula-mula nak ambil sorang satu tapi memandangkan kami keluar dah lewat sikit, banyak dah kena ambil oleh pelancong lain. Jadi ambil satu je, itu pun gambarnya takde pilihan. Sekeping RM15, lepas kaler biarkan jemur sekejap. Leka pula melukis batik ni, rasa macam nak kerja kilang batik la pulak.....



Tu diaaa....cantik tak?


 Ni pula di ruang makan bersebelahan dengan kolam renang, sarapan pagi......lepas tu ayah dengan anak terus kecebor dalam kolam. Kakpb tak kuasa nak layan, lepak kat bilik lagi best.

Paling best dapat kayuh basikal keliling taman....:-bd....rasa nak guling-guling dapat naik basikal. Kebetulan basikal yang di sewa tu baru sampai, ada bau kedai lagi, masih balut plastik....satu jam RM10. Kakpb kayuh selagi ada trek kat situ.....huhu...padahal basikal tu sewa untuk anak bujang, ibu dia pulak yang belasah. Lepas ibu, ayah pulak tenggek....jahanam basikal orang.



 Jangan muntoh hijau ye.....aksi ni usah ditiru oleh mereka yang belum bernikah. Duduk tu pun bercover, takut patah basikal orang:))




Weiiii!! nak bawak mana basikal tuuuuuu? balik siniiiii.....huh!!

Sebenarnya........

kakpb tipu-tipu korang......:( kakpb tak pandai kayuh basikal......X(


nota kakpb: bagi yang inginkan cuti-cuti Sabah, boleh tengok Kasih Sayang ResortPulau MabulBukit Trig SandakanMesilau Dream World ResortKampung Luanti RanauHot SpringOcean King SandakanTawau, Gaya Street, Kota Belud, Tanjung Aru, Kundasang, Mount Kinabalu View.
mungkin penulisan kakpb masa tu tak begitu lengkap tapi harap dapat membantu mereka yang nak bercuti di sini.












Karambunai (part 2)

Tak habis lagi kisah bercuti hari tu. Saja nak kongsi gambar kat sini. Malas nak share kat facebook. Ni gambar yang kakpb snap guna samsung tablet. Kakpb guna photowonder macam Nurfarah, walau ada kemudahan tu dalam tablet, kakpb ni bukan pandai sangat. Farah tulis dalam blog, baru terhegeh-hegeh mencari.....



Ok sambung balik......masa di kolam renang tu, kakpb cuma kuis-kuis air kolam, duduk-duduk tepi tangga.....tak berani nak ke tengah walaupun ada cikgu fahmi kat sebelah (dia pandai berenang, boleh eksyen dengan kita). Lepas kolam renang, lepak tepi pantai pula. Cuaca amat-amat memahami kami yang susah hati, takut hujan lebat seperti beberapa hari lepas. Alhamdulillah.....dapat mandi laut sekejap, orang tak ramai. Ada mat saleh, jepun dan korea beberapa kerat je.

Pantai di sini bersih, pasirnya halus dan tak banyak karang atau siput yang dah mati bila kita jalan kat pesisiran. Katanya pekerja resort membersihkan kawasan ini setiap hari. Teringat masa mandi kolam hari tu, sorang pekerja tu terdengar kakpb menjerit kegelian kerana ternampak kumbang dan binatang apa tah dalam air, terus dia ambil jaring cedok bendalah tu.

Ada lagi kakpb nak update lepas ni. Aktiviti sebelum check out esoknya. Kakpb ada open house rumah makcik hari ni.........jumpa lagi, insyaallah.







Karambunai, Nexus resort (part 1)

Sebelum membebel pasal bercuti hari tu, kakpb nak bagitau, tadi kita orang bedal durian musang king ni (kata penjual tu) kat dalam kereta berdua sahaja. Nampak tiga ulas je, memang pun......bijinya ada tiga je....tapi isinya, mak datok.....bukan main tebal. Padanlah dengan harganya, RM20. Tapi takpelah....puas hati dapat makan durian. Haruslah berkipas beraircond bagai lepas ni...fuhhhh!!

Maaf ye kerana beberapa hari ni kakpb tak sempat nak update pasal bercuti di Karambunai hari rabu lepas. Sebenarnya kakpb dan cikgu fahmi plan pergi hari selasa, dah siap-siap packing baju semua tapi tak jadi. Hari rabu kami check in. Nasib cuaca terang sehingga esoknya. Sebelum tu hujan lebat pagi dan petang.

 (abaikan budak nakal yang terlentang tu, kepenatan.....)

Bilik hotel yang selesa, besar dan lengkap semuanya.Untuk rate kerajaan, cikgu fahmi kena bayar RM320 untuk satu malam. Dua kupon untuk sarapan pagi tapi hari tu anak bujang kakpb tak kena bayar pun. Setakat dia sorang sarapan pagi, apalah sangat? Roti sekeping, air secawan dan 2 batang chicken sosej.

Gambar atas sekali (yang ada 'awek cun baju purple' tu) bilik kita orang menginap. Keluar pintu depan dah nampak laut. Bilik macam ni sesuai untuk keluarga besar walau katilnya satu (king size) sebab boleh minta extra bed......tidurlah selambak kat bawah tu, luas.......boleh golek-golek, jangan golek sampai ketepi pantai sudah!!

Keliling rumah di hiasi pokok menjalar, kelihatan agak suram di waktu malam. Mungkin sebab kedudukannya yang berdekatan dengan laut, ada ternampak tiang rumah/bilik yang dah reput. Kakpb tak ambil gambar waktu malam, risau juga kalau-kalau terambil gambar bendasing kan? Waktu malam memang agak sunyi.

coppp....kakpb letih la, sambung esok-esok ye....layan je dulu gambar ni.


Indah dan tenang

Walau hanya satu malam di sini, cukuplah sekadar menenangkan hati dan fikiran.......



Matahari terbit hujung sana...........entry akan bersambung kemudian.....


Kerana Anak (Resort Kasih Sayang, Menggatal)


Assalammualaikum dan salam sejahtera.....
Rindunya kakpb pada teman-teman blogger kerana tak sempat nak menyapa kamu semua setiap hari. Kakpb pun takde entry masak memasak, mungkin agak boring sikit bila masuk sini kan?

Kisah percutian sehari kami di Resort Kasih Sayang ni pada petang jumaat (anak bujang ponteng sekolah agama) dan ayahnya pun kebetulan sekolah pagi. Dari cuti sekolah yang lepas kami nak bermalam di sini tapi asyik tergendala je. Baru kali ni tertunai.

Tempatnya jauh sedikit dari bandar KK, di kawasan Menggatal. Dari atas resort ini boleh lihat bandar KK dan pemandangan yang indah untuk tenangkan fikiran. Insyaallah, fikiran yang berserabut menjadi tenang disamping kita bermohon padaNYA, mudah-mudahan kakpb dapat atasi segala rintangan dan dugaan.


Untuk bercerita lebih lanjut, biarlah gambar ini mentafsirkannya.......anak-anak....tidak kisahlah anak sendiri, anak angkat, anak saudara, anak yatim.....mereka tidak memahami masalah orang dewasa atau ibubapa mereka. Hanya yang mereka tahu, menangis dan tertawa. Menangis.....bila sedih, terluka.......tertawa pula bila di usik dan ada yang menggelikan hati. Kakpb rasa macam nak jadi kanak-kanak semula. Tiada beban dalam kepala.

Selepas check in, kami makan tengahari merangkap sekali dengan malam. Walau makanan masuk ke perut, fikiran melayang jauh entah kemana. Teringat keluargalah.....zaman berkerja dululah.....zaman remaja dengan kawan-kawan yang takkan pernah luput indahnya kenangan bersama mereka. Oppss.....kesana pula perginya.
Nasi goreng kampung yang diminta, dihidangkan bersama 2 ketul kepak ayam dan sebiji telor mata kerbau. Kakpb pula taktau nak makan apa, ambil saja mee goreng basah (kalau kat tempat kita sana mee ladna) dengan air mango dan vanilla float untuk anak. Ayah pula makan pasta bersama chicken chop (agaknya, ayah dan anak kata sedap hidangan ni). Harga macam biasalah, mana ada belas-belas ringgit.

Ni pula bilik penginapan kami disebelah atas. Bilik kami menghadap ke matahari terbenam. Waktu ni dah petang, seakan nak hujan tapi sampai ke esoknya, tak hujan juga. Tidur malam tak perlu kipas. Cuma tak selesanya banyak serangga seperti rama-rama pun tumpang tidur sama :) Mungkin sebab pintu bilik kami dedahkan dan lampu pula terpasang hingga ke pagi.

Lupa nak cerita pasal booking bilik, kami tersilap rupanya. Harga murah weekday RM129, cikgu fahmi silap tengok. Dia ingatkan hari yang kami menginap tu harganya sama, rupanya RM198 :)) tak apalah, dah rezeki resort ni nak sengam duit awak, cikgu!

Ok sampai sini dulu ye. Nanti petang atau esok kakpb sambung lagi kisah cuti ni. Ada gambar lain yang kakpb belum upload. Ini pun pilih-pilih mana yang sesuai untuk di kongsikan.

YA ALLAH....lindungi keluarga ku dari segala godaan syaitan. Eratkan kasih sayang kami sekeluarga hingga ke akhir hayat. Ampunkan dosa kami, mudah-mudahan hidup kami diberkati. Syukur dengan apa yang telah Kau beri pada ku, suami dan anak yang baik.......harta ku di sana nanti. Amin.