22hb September.....
Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut Syawal. Namun aku rasa tahun ni tidak terlalu ghairah sangat menyambutnya, mungkin keseronokan lebih pada kanak2 saja.
Persiapan raya ala kadar, aku pula sejak awal puasa sering tak sihat. Mungkin cuaca yang tak menentu dan aku sendiri ada alahan pada makanan laut. Dah lama rasanya aku berpantang makan udang, sotong, kerang dan lain2. Masalah juga kalau nak masak untuk suami kerana apa yang dia suka, aku tak boleh makan. Aku pula suka sangat mencuba masakan yang ku ambil dari kawan2 dan intenet.
Jumaat ni aku akan bertolak pulang ke kampung suami. Kuih raya aku dah siapkan dalam 3 botol. Cukuplah.......daripada tiada langsung........
Kali ni lama menginap dikampung sebab giliran suami beraya dengan keluarga dia. Aku, bukan tak suka tapi risau meninggalkan kucing ku sendirian lima hari. Iyalah.....dari kecil aku bela, dah macam anak sendiri........harap2 dia tak mengamuk masa ketiadaan kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)