Telah seminggu kita umat Islam meraikan idilfitri. Hari raya kedua, aku dah pun pulang kerumah daripada rumah mertua. Rindunya pada Tommy, kucing ku..........buka je pintu, terus dia mengiau pada ku dan suami. Agaknya dia pun tertanya2, manalah tuan aku ni menghilangkan diri?
Sewaktu tiba depan pintu rumah tempohari, jiran ku (bangsa India) terus datang jumpa dan menceritakan ada orang datang pukul 12 tengahari mengetuk pintu rumah kami. Katanya, badan lelaki tu penuh darah, menitik dari lif hingga kedepan pintu rumah. Dia tolong cucikan. Aku dan suami pun tertanya2, siapa agaknya yang mencari kami tu. Kalau nak kata saudara, semua orang tau kami pulang ke Kelantan. Kawan2 suami pun tau..........terkilan juga hati ni sekiranya dia dalam kesusahan. Tapi........kalau betul dia nak minta pertolongan, kenapa tak jawab bila jiran ku bertanya? Hingga sekarang, aku tertanya2 siapa orang itu. Atau dia saja berpura2 minta pertolongan, ada udang disebalik batu............
Sekarang, bila suami ku keluar kemana2, aku akan mangga pintu..........takut pula terjadi apa-apa. Maklumlah, aku selalu tinggal sendirian bila anak keluar bermain. Jiran depan rumah pun jarang buka pintu. Sebelum terjadi pekara buruk, lebih baik aku berjaga-jaga. Orang kata, ingat sebelum kena..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)