my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Labuan - Pantai Batu Manikar, Zoo

Salam semua, kakpb kurang sihat sikit sehari dua ni. Mungkin effect drp pemakanan satu produk yang kakpb akan share bila ada masa nanti.

Secara ringkas kakpb cerita sedikit percutian 2 hari 1 malam kami di Labuan. Memang sekejap je, lagipun hari hujan keesokkan hari ketika nak balik. Serius memang kakpb ngeri naik bot laju tak pakai life jeket, gila lah kalau tenggelam. Orang pandai berenang pun boleh tewas ditengah laut luas tu tau. Sebelum ni pernah naik, pun takde life jeket juga. 
Mungkin tak jadi masalah bagi mereka yang dah biasa. Kami ni yang tergigil-gigil nak melangkah kaki ke bot......aduhai...(rasanya life jeket ada tapi letak mana taktau pula)

Oklah, sambung kisah tadi. Naik bot laju di Menumbok, RM7.50 seorang. Perjalanan makan masa 15-20 minit sahaja. Kalau naik feri dari KK katanya 2 jam lebih? Sampai seberang, terus sewa kereta. Dapat Viva baru, RM60 (hubby tawar drp harga sebenar RM70)


 
Selepas isi minyak kereta dan isi perut yang kebulur, kami round sekitar bandar Labuan cari hotel. Ingat nak bermalam di Hotel Ambassador tapi penuh. Terpaksalah cari hotel biasa2, RM135, agak besar dengan katil queen dan single.
Kami round ikut suka hati cikgu fahmi. Sampai ke Pantai Batu Manikar. Cantik sungguh pemandangan pantai ni. Sepanjang jalan nampak bersih dan indah. Kena pula hari kerja, tak ramai melepak dipantai masa tu. 
Ada juga kami singgah di Muzium dan biasa2 je dalam tu. Seronoknya bila singgah di Taman Burung sebab anak bujang happy kat situ. Mula masuk kakpb rasa boring sangat sebab kakpb tak minat dengan burung. Aziz kata, takpelah ibu....kita ambil udara segar kat sini. Hemm....segarlah sangat dengan bau najis burung tu!!

Ada banyak gambar tapi malaslah nak upload. Paling best bila jumpa burung tiong dan burung unta. Burung tiongnya pandai cakap "assalammualaikum" "hello" "hai"....lucu betul!
Burung unta pula agak menakutkan dengan ketinggiannya. Tapi yang betina comel pulak.

Kakpb singgah di Parkson yang ada duty free tapi nampak agak mahal coklatnya. Banyak cadbury yang offer gila2. Tak sangguplah nak beli walaupun dah dihalalkan. Akhirnya kami ke One Stop Duty juga sebab lebih banyak pilihan. Beli untuk emak, kakak dan adik di KL. Untuk sendiri beli yang kita suka makan je.




 Kakpb tak cerita lebih2 sebab sebelum ni dah ada entry ke Labuan. Walaupun orang kata Labuan bandar kecil, simple, takde yang menarik.....kakpb suka juga sebab tak sesak sangat keadaannya.
Entry dulu di SINI




11 ulasan:

  1. Subahanallah.. cantik sungguh gabungan biru laut Dan biru langit tu zana.. tengok pun Rasa damai apa lagi zana yg menikmati secara live.. ;)

    BalasPadam
  2. Salam..Bila la nak sampai ke Labuan ni...cantik permandangannya.

    BalasPadam
  3. p labuan 1995 dulu. mesti banyak perubahannya kan kakpb. saya teringin nak p lagi. nanti rujuk blog kakpb.

    BalasPadam
  4. Cantik jugak pantai kat Labuan ni ye. Dua bulan yang lepas saya ditawarkan kenaikan pangkat DG52 tetapi perlu berpindah ke Labuan....saya tolak sebab tak sanggup duduk jauh dari keluarga...huhuhu..

    BalasPadam
  5. anatara tempat yang tak pernah pergi.. insyaallah one day..

    BalasPadam
  6. Asssalam
    Cantiknya pantai
    Damai mata melihat keindahannya

    BalasPadam
  7. salam kak pb.. teringinnyer nk gi labuan. tak bkesempatan lg.. murah kereta sewa 60inggit je. labuan kecik je kn, sesuai la pegi 2hari 1mlm tu.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum kak pb, kita dtg dari jauh niii nak tumpang makan baru nak balik ehehe.. mekaseh ya kak sudi singgah kat rumah buruk kita tu😁

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak pb, kita dtg dari jauh niii nak tumpang makan baru nak balik ehehe.. mekaseh ya kak sudi singgah kat rumah buruk kita tu😁

    BalasPadam
  10. Assalam kakpb..lamanya pcl x singgah blog surirumah ni kan....; ..me Labuan lagi la belum ..haha. Entah bila lah..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)