my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Best camper English in Camp Perlis 2014, tahniah!

Alhamdulillah.....kita dah masuk hari ke 2 Ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa untuk followers sekalian. Maaf sekiranya kakpb ada tersilap taip dimana2 blog kalian. Maaf juga kerana tidak dapat berkunjung awal sebelum puasa. Faham2 je, surirumah ni kerja tak habis selagi tak tidur. 

Kisah kali ni kisah anak kakpb juga....hehe....ibu dia takde cerita menarik nak kongsi. Habis2 pun update pasal masak memasak. Kena pula buat roti pritzel hari tu tak menjadi....huhu...sedih...tu yang merajok taknak update blog...haha..

Si bujang kakpb tu dapat gelaran the Best Camper English in Camp 2014 (peringkat kebangsaan) tempohari. Tahniah anaknda ku! Ibu dan ayah memang tak mengharap sangat apa2 gelaran pun masa menghantar di airport tempohari. Asalkan gembira jumpa kawan baru, pengalaman baru ditempat orang, kira ok dah. Tiba2 cikgu dia whatsapp, katanya Aziz jadi leader untuk group dia. Lepas tu dia update semua kegiatan mereka dengan gambar sekali. Dah macam kami ni pun berada disana juga.

Dari Sabah ada 8 pelajar sebenarnya yang mewakili daerah masing2. Seorang cancel sebab masalah keluarga, jadinya 7 orang saja. Tiga lelaki dan empat perempuan. Apa yang kakpb tau ada seratus lebih pelajar yang menghadiri camp dari pelbagai negeri. Aktiviti kebanyakkannya didalam dewan katanya. Tiada aktiviti jungle tracking dan di air....alhamdulillah...agak risau juga kalau ada mandi manda disungai atau pantai.

Paling seronok agaknya bila dibawa ke Padang Besar. Ibu dan ayah tau dah apa yang akan dibelinya. Confirm tshirt, musim bola pula sekarang ni. Tshirt Australia, cantik bagi dia. Katanya, sekarang ni dia tau dah macam mana rasanya membeli barang dengan duit sendiri. Pandai pula dia menawar daripada harga RM35, dia minta RM30. Minta kurang sebab budak sekolah la....datang dari jauh laa...haha...dapat pula harga yang dia nak.


Bangga tshirt yang dibeli sendiri tanpa ibuayah, sendiri tawar harga...



Bakal2 graduan ni...hehe...kiri sekali Teacher Merilyn dan kanan Cikgu Sean yang gila2 juga...



Sandy dari Sabah juga best camper bagi perempuan bersama Aziz, bangga campur malu. Ibu tanya, kenapa gambar jauh2? Malu ler tu....



 Sebahagian pelajar dari negeri lain ketika Gala Night. Tak tahu keputusan pemenangnya sebab pelajar dari Sabah ni tidak dapat menghadiri majlis penutup kerana bertolak pulang pagi tu.

 Piala kemenangan mereka berdua, gambar ihsan dari cikgu2.

Semalam masa jalan2 Karamunsing, dia tanya.....

Ibu taknak beli hadiah untuk Aziz ke?
Kenapa?
Kan Aziz dapat Best Camper di Perlis hari tu....
Itu terbaik disana.....bukan terbaik di rumah!! Nak ganjaran mesti kena buat sesuatu. Lebih dari tu pun boleh bagi, in sya Allah.

(ada keciwa diwajahnya tapi....biarlah...fikir sendiri betul atau tidak apa yang ibu katakan)

5 ulasan:

  1. Bagusnya anak akak. Insyallah nanti terbaik dirumah pula.

    BalasPadam
  2. Wow! Dah bsr bolej jdk cikgu english mcm cikgu henry middleton. Hehehe...

    Slmt berpuasa kak!

    BalasPadam
  3. Alhamdhulillah Aziz jadi anak cemerlang. Bangga mempunyai anak yang mendengar kata dan boleh berdikari kan pb..

    BalasPadam
  4. Tahniah buat anakanda Aziz. Moga terus cemerlang dan membanggakan mak/ayah..

    Selamat berpuasa Zana..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)