my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Tart Nenas Nyonya yang sedap

Ketika update blog ni (selasa 22hb July, 2014) hujan lebat sangat, angin kencang. Dua hari lepas cuaca terik sangat, hinggakan waktu pagi pun nak beraircond. 
Kakpb tak dapat update panjang lebar nampaknya. Ada kerja tak selesai lagi ni. Apa lagi.....biskut raya ler....buat untuk mereka yang dikasihi. Setakat ni dah ada enam bekas. 

Kali ni kakpb tak main gulung2 punya. Main terap2 je. Ini pun dah sakit bahu. 
Resipi kakpb ambil dari Mat Gebu dan Mat pun ambil daripada Kak Jee. Kakpb memang suka sangat pastri tart nyonya ni. Tidak terlalu lembut dan tidak keras. Sedap je masuk ke mulut cikgu fahmi. Si Messy (kucing kakpb) pun suka. Pantang nampak dan berbau keluar dari oven je dia dah panjat meja...huhu...hari tu 2 biji dia bedal. Risau juga kakpb, takut ceret beret. Apa jenis kucing nak makan benda manis2.


Minta izin dari Mat dan Kak Jee ye....

TART NENAS NYONYA
@blogsurirumah
sumber: Mat Gebu
sumber asal : Kak Jee/Fauziah Samad

300 gm tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula icing
200 gm butter (kakpb guna buttercup je)
2 biji kuning telor
jem nenas
sedikit pewarna kuning
esen vanila

Cara membuatnya kakpb tak ikut macam kak Jee tau. Style kak Jee tu buat kakpb teringat arwah atok. Orang dulu kan suka sepit keliling tart (penyepit pun takde). Memang cantik kalau disepit, nampak kemas je.
Ok, kakpb ayak tepung dengan gula icing sekali. 
Gaulkan butter dengan tepung hingga berderai.
Masukkan telor yang telah dibancuh dengan pewarna dan esen.
Kakpb tak simpan dalam peti pun. Terus canai.
Tenggekkkan snow flake atas jem nenas...hehe...cantik tak?
Bakar pada suhu (ikut oven kakpb) 170C lebih kurang 30 minit.
 Oven kakpb ni bakar apa pun mesti kena lebih masanya. Tak taulah kenapa.
Boleh dapat sebekas lebih. Maksudnya satu bekas kuih tu dalam 56. 
Adalah dalam 70 lebih biji untuk satu adunan menggunakan acuan seperti di bawah.

Kakpb canai guna lapik plastik yang beli kat Daiso tu. Senang. Sebelum canai, letakkan plastik atas adunan. Kakpb tak letak minyak pun, lepas canai terus buka secepatnya, jadi adunan tak lekat pada plastik.
Jem nenas pula kakpb guna yang readymade. Takdelah berair. 
Kakpb basahkan jari dengan air untuk bulatkan jem nenas sebelum letak atas tart.
Senang kerja tau. Kalau tak, melekit2.

6 ulasan:

  1. Dalam kata sengal tangan tapi siap juga zana.. bukan selalu kan. Setahun sekali aje:)

    BalasPadam
  2. dah berthun lamanya tak buat tart.selalu oder je.tingin pulak nak tart jenis ni.selalu mkn yg gulung je

    BalasPadam
  3. Assalam kak pb,
    kita memang tengah sibuk ni..sibuk buat kuih yg tak habis2 dari hari tu..kita tahun ni baru kali kedua buat tart..alhamdullilah sedap pada kita tahun ni punya recipe..
    just in case kita tak sempat nak update...selamt hari ray juga pada kak pb..maaf zahir batin sekira ada terkasar bahasa...:)

    BalasPadam
  4. Wah sedapnya TART NENAS NYONYA. Mesti meriah raya nanti.

    BalasPadam
  5. p/s SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG PERKENALAN & PERSAHABATAN KITA MESKIPUN HANYA BERLEGAR DI ALAM MAYA. JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH YA...

    BalasPadam
  6. salam lebaran kakPB...ALAHAI TART NYE COMEL2..saya suka sgt biskut ni...ni pun muka dah bambam sbb byk mkn sekut raye...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)