Sekarang....kakpb dan keluarga berada di Kuala Perlis pula kerana menghantar adik ipar ke UITM. Tadi pagi bertolak dalam pukul 8.30 pagi, sampai pukul 4.30 pm kerana cikgu fahmi tak biasa drive ke utara. Kena berhenti call adik dia yang dah biasa area sini, nasib baik jalanraya sini senang dengan signboard yang jelas.
Kakpb menginap di Hotel Putra Brasmana, dekat dengan jeti Kuala Perlis. Entah tahun bila jejak sini, dah lupa. Esok nak jalan2 sekitar sini, Langkawi tak dapat pergi kot walau sebenarnya dalam perancangan. Insyaallah, lain kali boleh pergi.Hotel ni agak selesa tapi kecil. Nanti kakpb cerita lagi ye sebab keletihan ni. Perjalanan dari Kelantan lebih kurang 8 jam, punggung rasa kebas, pinggang lengoh dan perut berkeroncong.
