my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label coleslaw. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coleslaw. Papar semua catatan

Creamy Coleslaw yani....

Sebenarnya dah biasa pun buat coleslaw ni cuma kali ni ikut resipi macam Yani, tak ikut sepenuhnya juga sebab takde sour cream tu. Tak apa, masih sedap dan tak jauh bezanya. Orang makan coleslaw dengan kentang putar, ayam goreng......tapi kak pb makan dengan spageti goreng.....buat lauk sebab takde selera sangat nak main masak-masak. Hubby akan pulang hari ni katanya, mungkin petang nanti baru sampai. Mudah-mudahan tiada halangan dalam perjalanan nanti, isteri mu sentiasa mendoakan siang dan malam.


CREAMY COLESLAW
oleh: blog surirumah
sumber: yani@myresipi

  • 1/4 biji kubis (guna kobis Beijing)
  • 1/2 biji lobak merah (kak pb potong memanjang)
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sour cream (tak letak)
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar fresh lemon juice
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 biji bawang besar

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali kubis, lobak merah dan bawang besar. Gaul biar rata.
  2. Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
  3. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
  4. Kemudian masukkan no.3 ke dalam no.1 tadi. Gaul sebati. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan. 
Terima kasih Yani.......