my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Creamy Coleslaw yani....

Sebenarnya dah biasa pun buat coleslaw ni cuma kali ni ikut resipi macam Yani, tak ikut sepenuhnya juga sebab takde sour cream tu. Tak apa, masih sedap dan tak jauh bezanya. Orang makan coleslaw dengan kentang putar, ayam goreng......tapi kak pb makan dengan spageti goreng.....buat lauk sebab takde selera sangat nak main masak-masak. Hubby akan pulang hari ni katanya, mungkin petang nanti baru sampai. Mudah-mudahan tiada halangan dalam perjalanan nanti, isteri mu sentiasa mendoakan siang dan malam.


CREAMY COLESLAW
oleh: blog surirumah
sumber: yani@myresipi

  • 1/4 biji kubis (guna kobis Beijing)
  • 1/2 biji lobak merah (kak pb potong memanjang)
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sour cream (tak letak)
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar fresh lemon juice
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 biji bawang besar

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali kubis, lobak merah dan bawang besar. Gaul biar rata.
  2. Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
  3. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
  4. Kemudian masukkan no.3 ke dalam no.1 tadi. Gaul sebati. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan. 
Terima kasih Yani.......





12 ulasan:

  1. Oh... kakak buat tak letak serbuk lada hitam. Boleh cuba resepi inilah Zana...

    BalasPadam
  2. Zana pun selalu tak letak, ni lain skit..

    BalasPadam
  3. salam kak Zana.. saya suka coleslaw ni.. kalo pegi kepci, sure order ni..

    ni link utk tortilla tu. Maaf la, blog saya mmg disable right click..sbb ada satu fanpage kat FaceBook suka share gambar saya tanpa kebenaran..

    http://cendanakasih.blogspot.com/2012/03/tortillas.html

    -BAHAN
    2 cawan (cup) tepung gandum.
    3/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder).
    1/2 kecil garam (kalau kurangkan lagi baik).
    3 sudu besar minyak masak
    3/4 cawan air panas (mendidih).

    CARA-CARA
    1.Masukkan tepung dalam sebuah bekas dan masukkan baking powder dan garam, kacau rata adunan. Tambahkan minyak masak kedalam adunan itu dan kacau lagi sehingga tepung jadi bergentil-gentil.
    2.Tuang air panas kedalam adunan itu dan kacau dengan garpu supaya diadun dengan baik. Apabila suhu tepung agak reda bolehlah mnggunakan tangan untuk menjadikan doh yang lembut dan licin permukaan.
    3. Biarkan doh ini dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab selama 15-30 minit.
    4. Jadikan bebola 10-12 biji. Lenyekan sikit dan canai nipis. Macam buat capati.
    5. Panaskan kuali non stik, letakkan adunan yang dah dicanai dan masak kedua2 bahagian (macam buat capati la jugak) Jangan letak minyak yer !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe ck, akk faham. Menyusahkan ck pula. Akk baru draf, tp dah ada sini akk copy nnti ye...

      Padam
  4. Ctk je rupe coleslaw akak tu. Sy suke coleslaw. Masalahnya, klu sy bt...sape nak mkn? Uwaaa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala.....buat sikit je, tak abis boleh simpan peti..

      Padam
  5. salam kak pb ^^ wahh.. mesti gembira cik abang balik petang ni ye ^^ dh prepare utk masak sedap ke tu =) semoga selamat dlm perjalanan pulang insyaAllah.
    tun suka mkn coleslaw ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm Tun, tak sabar ni.....nak masak nasi bukhari..
      Insyaallah, moga dia slmt sampai.

      Padam
  6. Salam Kak pb.. akhirnyer erma berjaya masuk dapo akak neh hu hu hu.. dari aritu x leh.. line tenet kat sini kot problem.. aperpun salam kunjung balas n erma follow akak.. kita link yer.. he he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm...err..Erma kan? ada masalah masuk blog akak ke? terima kasih follow..

      Padam
  7. wah!! tengok je pun dah menyelerakan..pergh!!

    hehe..tunggu je kak.pasti akan diupdate..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)