my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label yong tau foo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label yong tau foo. Papar semua catatan

YONG TAU FOO

Assalamualaikum semua, sihat tak? kak pb menahan diri dari menulis entry... tangan ni rasa gian nak menaip. Macam tak best pulak buat Wordless Wednesday tu sebab tak dapat menceceh kat blog ni. Malam ni kak pb taknak tunggu esok pos entry, terus publish je.

Yong tau foo ni kak pb buat semalam....huhu...pedas gila lada kering yang kak pb guna tu.....naik terjelir lidah kami. Telinga pun panas, air mata meleleh. Dah lama tak makan yong tau foo sejak pindah Sabah. Bila balik semenanjung, tak sempat juga merasanya sebab banyak sangat makanan lain di dahulukan.

Masa belum kahwin dulu-dulu, emak kak pb pantang betul kalau anak-anak beli makanan style cina ni. Entah kenapa dia tak suka. Jadinya kak pb pun tak berapa sangat nak makan. Cuma bila dah kahwin, orang kata kebebasan tu lebih....bebas nak masak apa, nak makan apa.



Mula asalnya ternampak kat rumah Ijayuji, baru teringat lamanya tak makan bendalah ni. Simpanlah niat di hati, akan ku buat juga. Maka akhirnya, terjadilah......Yong Tau Foo di pondok burok ku ini.....




Kalau beli kat pasar malam semenanjong, wajib ada kuetiow dia tu. Tapi ni kak pb buat sendiri, alah.....ikut resipi laksam je......senang kan? Lain-lain tu main tunjuk je kat supermarket, balik rumah tinggal rebus.
Ika....akak copy paste ye....

SOS YONG TAU FOO
oleh: blog surirumah
Resepi Asal : Minami myresipi
copy: Arah

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering - akak lebihkan juga, terlebih pedas jadinya
  • gula melaka atau kurozato - di sebabkan pedas cili tu, terpaksa lebihkan gula
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)>>Lebih kurang 1/2 sudu besar
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan>>Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air>>yg ni terpulang
  • sedikit ajinomoto - tak letak

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

 Sekali pun pedas, licin juga kami hirup kuah tu. Siap simpan lebihnya dalam peti sejuk, bila2 nak makan kuahnya dah ada.



Sebenarnya, dalam banyak2 tu, kak pb hanya suka dengan kuetiow, kangkong dan yuki chikuwa (selalu tersebut chihuahua.....huhu...anak bujang tegur, apa la ibu ni....)



nota pb: tengok berita tadi, kenapa la tergamak seorang ibu memukul, menyiksa anak sendiri?