my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan

Cinta jarak jauh, best juga..

Masa cuti sekolah baru-baru ni kakpb keseorangan kat rumah. Anak bujang rumah opah dia seminggu. Tinggallah si penunggu rumah ni sorang-sorang, cakap dengan rabbit 7 ekor tu hari-hari. Keluar rumah pun sekali sekala bawa kereta, beli sarapan dan makan tengahari. Malam cuma minum air, lepas tu tidur awal.

Mula tidur kat ruang tamu, bila satu malam tu tetiba cik ti masuk ikut lubang kipas kat dapur, kelam kabut masuk bilik tidur. Menggigil2 pergi dapur tengok apa yang jatuh, ish...susah juga kalau jadi orang yang penakut kan? Bukan takut apa, geli yang teramat sangat.

Setiap hari cikgu fahmi call tanya, arnab dah makan? Ada ke patut tanya arnab? tanyalah isteri ni haaaa...dia tanya juga isteri dia. Cuma, soalan pertama dari mulut dia mesti si arnab tu. Rindu agaknya.....nak cakap rindu kat isteri, hemm....orang lelaki ni payah sikit. Ego la katakan!!

Tapi sesekali berpisah seketika seronok juga. Macam cinta jarak jauh gitu! Hari2 call tanya perkembangan masing-masing. Makan sedap ke tidak, pergi jalan ke tidak, tidur lena ke tidak? Kakpb ok je kat rumah. Dia tu yang bawa anak murid untuk perlawanan kriket peringkat negeri di Penang, menginap di sekolah asrama. Pastilah dengan nyamok, panas lagi cuacanya. Runsing juga hati isteri tapi nak buat macamana kan?

Bila dia balik tu, dah tentulah ada buah tangan yang ditunggu.....

suka la tuuu...dapat jam tangan G-shock (murah je) dan jersey bola...


Ibu pun dapat sehelai tudung, alhamdulillah. Walau ayah tak pandai pilih, ibu terima je dan tetap gembira. Ibu faham ayah tak cukup masa nak jalan2. Tambah pula tempat orang yang susah nak cari transport dengan tugas sebagai jurulatih lagi.


nota kakpb: cuaca panas terik sekarang kan? tapi masa entry ni ditulis, tengah hujan lebat dgn angin kuatnya...


Untuk CikGu

Salam Sejahtera....

Guru O Guru

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang
Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

sajak diambil dari blog http://penyair.wordpress.com/ (terima kasih ye)



16hb Mei.......para pelajar pasti menyambut Hari Guru seluruh Malaysia. Bagi teman2 ku disini yang bertugas sebagai guru, aku ucapkan Selamat Hari Guru. Semoga bakti kamu akan mendatangkan hasil untuk kebanggaan semua. Bertugaslah dengan jujur ikhlas, tanpa meminta balasan.

Begitu juga dengan suami tercinta. Harap 'ayah' bersabar menghadapi dugaan di sekolah sekarang dan tabah menjalankan tanggungjawab pada anak bangsa. Tiada hadiah istimewa dari ku, hanya doa......mudah2an tiada halangan apa yang dihajatkan selama ini dan dijauhi dari segala bencana alam (ayah gi sekolah naik bot, hari2 ibu risau)

Bila menyambut hari guru ni, dah tentu la anak2 sibuk nak beli hadiah untuk cikgu. Kalau di sini cik abe takde harapan nak dapat hadiah dari anak murid, maklum la.......mereka bukan orang senang. Tapi bukan itu tujuan sebenar menjadi cikgu, betul tak? Kalau dapat hadiah, itu dah kira bonus untuk cikgu. Masa di semenanjung, berbakul2 hadiah dia dapat. Sampaikan kita orang terpaksa simpan dalam kotak besar. Kita tak buang, simpan elok2 sebagai kenangan.

Sekarang ni anak aku pula sibuk nak beli hadiah untuk cikgu dia. Tapi aku beli dengan cik abe tak tanya dia. Ikut pilihan kita. Jadi, belek2 kat kedai buku.........berkenan dengan notebook. Harga pun tak mahal dan tak murah sangat. Atas dari RM5, ok la tu. Aku cadangkan bagi pada cikgu yang dia rasa rapat dengan dia. Kalau nak bagi semua, kopak poket ayah dia.



Jumaat malam aku sibuk buat kuih untuk anak bawa ke sekolah esoknya (kena sekolah ganti sabtu ni) Mula2 ingat nak buat donat tapi cik abe cadangkan buat kek hitam manis. Boleh potong banyak sebab dia orang kan ramai. Aku harap dia seronok di sana.

Kek ni aku dah selalu buat dan resepinya ada kat sini http://katahatiku-zana.blogspot.com/2009/05/kek-hitam-manis.html


Hadiah pembakar semangat



Sabtu lepas............




2 hari Celcom 3G bermasaalah, rasa macam nak
biol kepala otak aku ni bila tak dapat berintenet. Idea nak tulis blog pun hampir-hampir pudar......hehe.....maklum le....dah senja!!




Tempohari, aku dan suami mencari hadiah untuk Aziz. Mintanya bukan main lagi, monopoli.........awak tu baru je pandai sikit, dah minta mainan utk budak yg berumur 8 tahun ke atas.
Fikir punya fikir, cari punya cari...........aku rasa mainan monopoli belum sesuai dgn tahap umur dia. Harga pulak, boleh tahan mahal. Jadi aku dan suami cadangkan dia beli kereta kontrol saja. Kebetulan kawan baik dia kat rumah tu baru beli kereta kontrol, dah tentu la dia pun nak sama.




Gembira bukan main bila dah dapat. Tersenyum sepanjang hari. Makan pun lalu je..........hai, anak.......anak......bukan dia tau kita ni ada duit ke tak, ada masaalah ke tak........yang dia tau nak seronok je.

Zaman aku dulu, jangan harap nak dapat mainan macam bebudak sekarang. Aku pula jenis yg tak reti nak minta itu ini. Dapat nombor satu pun takde hadiah........huhu......nak main anak patong, ambik daun betik atau daun ubi yg dah layu tu.

Tapi aku tak kisah malah lebih seronok masa tu kerana aku tak pernah cemburu kat kawan2 lain yg ada anak patong sebab bila rosak, aku boleh ambik yg lain sebagai ganti!!!!

Sebelum pulang kerumah, kami singgah di kedai buku. Mata ku ternampak satu buku yg cute dan dah tentu isi dalamnya pun cute. Beli je.........nak buat? ntah la........bagi ku kalau beli buku, sampai bila pun masih berguna.